Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Tajuk

Program Pengurusan Stres, SK Pandan Jaya 2018.

2.0 Pendahuluan

Ketegangan merupakan satu pengalaman atau kejadian yang sering dialami oleh
seseorang individu. Ketegangan boleh mendatangkan gangguan ke atas pemikiran,
perasaan dan aktiviti seharian. Kursus yang akan diadakan ini akan mempersiapkan
semua guru untuk mengelakkan atau mengurangkan gejala-gejala kesihatan yang
diakibatkan oleh stres. Stres akan mempengaruhi gaya hidup seseorang dan ia
termasuklah hubungan interpersonal dan hubungan dwi hala yang melibatkan sama
ada ahli keluarga ataupun rakan sekerja. Kursus ini direka khas bagi menangani
masalah suasana kerja yang menekan serta cara hidup seseorang pekerja. Kursus ini
merangkumi definisi stres, faktor-faktor penyumbang, kesan fisiologi, dan strategi
menanganinya. Mekanisma pengelak stres adalah sebenarnya keberkesanan
pengurusan stres yang baik, dan setiap peserta akan belajar memperkasa diri untuk
mengelakkan stres.

3.0 Rasional

Program ini berfokus kepada peningkatan prestasi guru dari aspek sahsiah, rohani dan
emosi supaya dapat melaksanakan tugas sebagai guru dengan komitmen yang tinggi
dan mempunyai ilmu yang sempurna sebagai pendidik dan menjadi kaki tangan
kerajaan yang akur dan patuh dengan kehendak kementerian. Selain itu, diharap agar
kursus ini akan memberi panduan kepada guru-guru dalam menguruskan tugasan
sebagai guru dan pendidik di sekolah dan tugasan harian di rumah agar segala-galanya
dapat dilakukan tanpa rasa tertekan.
4.0 Matlamat

Matlamat program ini dilaksanakan adalah untuk :

4.1 Menambahkan pengetahuan peserta untuk mengurus tekanan diri (stres)


dengan berkesan melalui pemantapan kaedah pengurusan emosi dan kawalan
minda bawah paras sedar dalam kontek organisasi.

4.2 Meningkat kemahiran peserta untuk mengesan, mengawal dan mengatasi


tekanan dalaman diri serta meningkatkan fokus kawalan diri dan kemampuan
mengawal minda bawah sedar dan memberi kesan positif kepada prestasi
kerja.

4.3 Mewujudkan persekitaran yang lebih positif di tempat kerja dan mengatasi
tekanan dalam perhubungan dengan rakan sekerja melalui kemahiran dan
kecerdasan emosi.

4.4 Memantapkan kemahiran mengurus emosi diri dengan lebih baik dan
menangani emosi orang lain dengan bijaksana sekaligus mewujudkan
suasana kerja yang harmoni dan kondusif.

5.0 Pelaksanaan

5.1 Program dilaksanakan kepada semua guru Sekolah Kebangsaan Pandan


Jaya.

6.0 Strategi Pelaksanaan

6.1 Kertas kerja program disediakan dan mendapat kelulusan daripada Guru
Besar sekolah.

6.2 Bengkel Pengurusan Stress bermula.

6.3 Penilaian keberkesanan program.


7.0 Butiran Program

7.1 Tarikh Program


03 May 2018 / Khamis.

7.2 Tempat program


Bilik Wawasan, SK Pandan Jaya.

7.3 Sasaran/Penyertaan
Semua Guru dan Staf Sekolah, SK Pandan Jaya.

8.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

8.1 Jawatankuasa Pengurusan

PENGERUSI : PN.KARIMAH BINTI MOHD ANUAR


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya.

TIMBALAN PENGERUSI : EN. NIK IZME AFFANDY BIN NIK IBRAHIM


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,,
Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya.

NAIB PENGERUSI I : EN.ABDUL YAZID BIN ABDUL MUTALIB


Guru Penolong Kanan Pentadbiran & Akedamik,
Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya.

NAIB PENGERUSI II : EN.JACOB PAUL A/L L.P.P RAJA


Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya.
PENYELARAS : EN. VEERAH A/L SUBRAMANIAM
Guru Bimbingan Dan Kaunseling,
Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya.

SETIAUSAHA : PN. NORFATIAH BINTI YUNUS


Setiausaha Unit Bimbingan Dan Kaunseling,
Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya.

8.2 Ahli Jawatankuasa Kerja

Bacaan Doa : En Mohd Hafizul Arif Bin M,Kashim


AJK Buku Program
dan dokumentasi : En Veerah A/L Subramaniam
AJK PA Sistem / Siaraya : En Khairulanwar Bin Mohammad
AJK Jurugambar : Cik Umrah Binti Abd Muin

8.3 Tentatif Program


Sila rujuk lampiran I

9.0 Kewangan

9.1 ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM


Sumber perbelanjaan di bawah peruntukan Unit BnK.

Bil Perkara Perbelanjaan/Bilangan Jumlah

1 Bahan Fotostat 50 Orang x RM 1.00 RM 50.00

Jumlah RM 50.00
10.0 Penutup

Program yang dirancang ini diharap dapat dilaksanakan dengan lancar, berkesan dan
jayanya. Sesungguhnya, kejayaan hanya akan dicapai dengan usaha gigih, komitmen
padu, semangat jitu hasil ramuan kerjasama warga sekolah, pendidik dan pelajar
sendiri. Moga-moga kecemerlangan pelajar mencetus anjakan paradigma selaras
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menitipkan keseimbangan dalam aspek intelek,
rohani, jasmani dan emosi.

Disediakan oleh:

............................................................
(EN.VEERAH A/L SUBRAMANIAM)
Penyelaras,
Program Pengurusan Stres,
Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya.

Disemak oleh:

............................................................
(EN. NIK IZME AFFANDY BIN NIK IBRAHIM)
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya.

Disahkan oleh:

............................................................
(PN.KARIMAH BINTI MOHD ANUAR)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya.
Lampiran I

TENTATIF PROGRAM

1.45 petang : Semua guru berkumpul di bilik Wawasan SKPJ

1.50 petang : Bacaan doa oleh En.Hafizul Arif

2.00 petang : Ucapan alu-aluan oleh Pengacara Majlis

2.05 petang : Ujian Psikometrik

2.35 petang : Slot Pengurusan Stres

3.30 petang : Bersurai.

Anda mungkin juga menyukai