Anda di halaman 1dari 1

Seorang kaunselor berdaftar perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan

kemahiran psikologi remaja. Dalam 1 muka surat, nyatakan sejauhmana kepentingan


pengetahuan psikologi remaja kepada kaunselor.

Kepentingan pengetahuan psikologi remaja kepada kaunselor ialah boleh


memelihara psikologi klien remaja. Kaunselor akan menanggap pengetahuan
psikologi remaja sebagai garis panduan kepada pengamal kaunseling. Kaunselor
mempunyai pengetahuan psikologi remaja akan mempertingkatkan tahap
profesionalisme kaunselor terhadap remaja. Selain itu, kaunselor akan memberi
perlindungan kepada setiap klien remaja daripada tindakan undang-undang
sekiranya berlaku kesilapan yang bukan disebabkan oleh kaunselor. Pengetahuan
psikologi remaja memberi perlindungan kepada setiap klien daripada layanan atau
tindakan tidak profesional kaunselor. Kaunselor juga mampu lebih memahami dan
menghormati latar belakang klien remaja apabila kaunselor mempunyai ilmu
pengetahuan psikologi remaja.

Apabila kaunselor memiliki ilmu pengetahuan psikologi remaja, kaunselor


mampu membantu remaja untuk berkembang dalam keadaan yang normal.
Contohnya, semasa remaja mepunyai personaliti gelisah ini masih boleh dibantu
oleh kaunselor supaya berjaya dalam hidup dengan memberi penuh perhatian dan
sokongan yang padu. Dari aspek pemikiran, remaja mempunyai cara berfikir yang
lebih abstrak berbanding dengan semasa zaman-zaman kanak-kanak mereka.
Remaja juga sudah mempunyai potensi untuk berfikir secara idealistik, iaitu berfikir
tentang apa yang mungkin berkaitan diri sendiri, orang lain dan dunia sekelilingnya,
Dengan itu, kaunselor perlu memiliki ilmu pengetahuan psikologi remaja untuk
membantu remaja mengenal diri sendiri, mengetahui diri ialah siapa dan memahami
perana diri sendiri terhadap sosial, keluarga dan orang sekeliling. Sebaliknya, remaja
berisiko untuk menjadi murung dan suka mengasingkan diri. Dengan itu, mereka
memerlukan kaunselor supaya mendapat bimbingan dan panduan daripada
kaunselor. Hal ini menyebabkan kaunselor perlu memiliki ilmu pengetahuan psikologi
remaja supay mampu membantu mereka.

Akhirnya, kaunselor perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan


kemahiran psikologi remaja supaya remaja mampu berkembang dengan keadaan
normal.

Anda mungkin juga menyukai