Anda di halaman 1dari 19

-GAN JIA JING

-LEO MIRANDA A/L DANIEES


- VIJAY A/L RAVICHANDRAN
Definisi:
-bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan
binaan atau konstruksi ayat.

-dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa


yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan
perkataan atau kelompok perkataan untuk
membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.
tattein yang
berasal bererti 'menempatka Kata suntattein ini
daripada n kata-kata secara kemudian menjadi
perkataan
bersama-sama istilah syntaxis dala
Yunani,
untuk menjadi m bahasa Belanda,
iaitu sun yang
kelompok kata atau dan synta dalam
bererti 'dengan
ayat' bahasa Inggeris
'
>Bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat.
>Melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum
atau rumus tatabahasa mengenai cara-cara penggabungan ayat.
>kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat melalui
jenis-jenis ayat dan ragam ayat.
Contoh: Budak itu baru pulang dari sekolah.

Oleh itu, sintaksis adalah kajian tentang bagaimana ayat-


ayat dibentuk bermula dengan penyusunan perkataan untuk
membentuk frasa, klausa, dan ayat.
Keterangan dan Contoh ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut:
(a)AYAT PENYATA

*Ayat ini diujarkan tanpa mengharapkan


akan jawapan atau gerak balas.

*Dalam lisan,diakhiri dengan nada turun


sebelum kesenyapan dan dalam tulisan
diakhiri dengan titik nokhta.
(b)AYAT TANYA

*Ayat ini diakhiri


dengan tanda
soal(?).

*Ayat ini diucapkan


dengan meninggikan
nada sura pada akhir
ayat.
#AYAT TANYA DENGAN KATA TANYA

#AYAT TANYA TANPA KATA TANYA


AYAT PENYATA
Maksud: ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk
menimbulkan sesuatu tindakan
-terdapat 4 jenis ayat:
1) Ayat suruhan
2) Ayat larangan
3) Ayat silaan
4) Ayat permintaan
Ayat SURUHAN
• Ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah
atau arahan.Dalam ayat suruhan subjek ialah kata ganti
nama orang kedua seperti awak,kamu,engkau, dan
selainnya yang biasanya digugurkan. Walau
bagaimanapun,kerana tujuan penegasan,subjek boleh
juga dikekalkan.

• Contoh:-Pergi kamu dari rumah ini!


-Engkau tunggu Fateha di sini.
Ayat SURUHAN
• Menggunakan partikel –lah untuk melembutkannya di samping
menegaskan predikat.

• Contoh: - Pergilah kamu dari rumah ini!


- Engkau tunggulah Fateha di sini.

• Bagi kata kerja transitif yang menerima awalan men-,awalan tersebut


perlu digugurkan dalam ayat suruhan jenis ini,seperti dalam ayat di
atas .

• Dalam binaan ayat suruhan dan ayat perintah jenis lain yang
mengandungi kata kerja tak transitif dan menerima awalan, awalan
tersebut tidak boleh digugurkan, seperti yang terdapat dalam contoh
berikut :
- Menangislah sepuas-puas hatimu.
- Berangkatlah dengan segera.
AYAT LARANGAN
• Ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan,usah
atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah
seseorang melakukan sesuatu.
• Contoh: -Jangan ambil harta orang.
-Usah dikenang lagi kisah yang pahit.
-Awak tak usah datang lagi ke pejabat.
• Ayat tersebut dapat dilembutkan dengan menambahkan
partikel –lah , seperti berikut :
-Janganlah ambil harta orang.
-Usahlah dikenang lagi kisah yang pahit.
-Awak tak usahlah datang lagi ke pejabat.
AYAT LARANGAN
• Bersifat umum yang tidak menggunakan kata larangan dan
tidak menerima partikel –lah.
• Contoh: - Dilarang merokok.
-Dilarang memancing

• Ayat larangan dapat juga dilembutkan dengan menggunakan


perkataan harap pada bahagian hadapannya :
-Harap jangan merokok.
- Harap jangan berludah.
AYAT SILAAN
• Ayat yang menggunakan kata silaan seperti
sila ata jemput sebelum kata kerja dengan
tujuan menjemput atau mempersilakan
seseorang.Lazimnya kata silaan digunakan
pada permulaan ayat seperti contoh
berikut :
- Sila serahkan borang permohonan tersebut
ke pejabat.
- Jemput masuk.
AYAT PERMINTAAN
• Ayat yang menggunakan kata
permintaan,seperti minta dantolong dengan tujuan memohon
permintaan dan pertolongan seperti yang terdapat dalam contoh
berikut :
- Minta kamu semua bertenang.
- Tolong tutup lampu sebelum kamu tidur.
• Bentuk ayat silaan dan permintaan biasanya tidak
membawa pengerrtian yang negative
sebagaimana yang terdapat dalam jenis ayat
larangan.
Oleh sebab itu contoh ayat berikut tidak dianggap
betul:

• Sila jangan merokok.


• Tolong jangan ambil.
• Minta jangan bermain dikawasan ini.

Anda mungkin juga menyukai