Anda di halaman 1dari 70

Oleh;

Hamdan bin Hj. Ahmad

Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu,


Institut Perguruan Darulaman,
06000 Jitra, Kedah.

Tel: 013-2236960
Definisi Sintaksis
Bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses
pembinaan ayat. Sintaksis juga
bermaksud bidang yang mengkaji hukum
atau rumus tatabahasa yang mendasari
kaedah penggabungan dan penyusunan
perkataan atau kelompok perkataan untuk
membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.

(Nik Safiah Karim, 2004, p. 209)


Unit pengucapan yang paling
tinggi letaknya dalam susunan
tatabahasa dan mengandungi
makna yang lengkap yang
pengucapannya dimulai dan
diakhiri dengan kesenyapan,
serta mengandungi intonasi
yang sempurna.
(Nik Safiah Karim at all, 2008, p.432)
KLAUSA

FRASA

PERKATAAN
AYAT Anak orang itu sedang tidur.

KLAUSA anak orang itu sedang tidur

FRASA anak orang itu sedang tidur.

PERKATAAN anak orang itu sedang tidur.


BINAAN AYAT
Secara asasnya ayat terbina daripada subjek dan
predikat.

Subjek : Konstituen yang menjadi judul atu unsur


yang diternngkan dalam sesuatu ayat.
(NSK,2004, p.164)
Pokok, tajuk, judul, apa-apa yang hendak
diceritakan.
Predikat : Konstituen yang
menjadi unsur yang
menerangkan subjek.
(NSK,2004, p.164)

Ceritanya, penerangannya,
kisahnya.
AYAT DASAR
Ayat dasar ialah ayat yang
menjadi dasar atau sumber bagi
pembentukan semua ayat lain
dalam sesuatu bahasa.

(Nik Safiah Karim at all, 2004, p.209)


POLA AYAT DASAR
Dalam bahasa Melayu, terdapat 4 pola ayat
dasar;

1. Frasa Nama + Frasa Nama (FN +FN)


2. Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
3. Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
4. Frasa Nama + Frsa Sendi Nama (FN + FS)
CONTOH AYAT DASAR
Subjek Predikat
FN FN
Mohd Nasir pelajar sekolah.
Bapa saudara saya pengurus syarikat tersebut.
FN FK
Guru itu sedang bercakap.
Surat tawaran kami akan dikirim tidak lama lagi.
FN FA
Mereka sangat rajin.
Pokok kelapa di belakang rumah tinggi sungguh.
itu
FN FS
Ibu pejabat kami di Kuala Lumpur.
Hadiah itu untuk semua pelajar yang berjaya.
Contoh

Subjek Predikat
Dr. Sheikh angkasawan
Muszaphar pertama negara
Shukor kita.
Pertunjukan berlangsung di
Udara LIMA Langkawi.
Institut sedang
Pendidikan Guru dibangunkan.
AMALI

Rujuk modul muka surat


27, senaraikan ayat dasar
dan kelompokkannya
mengikut pola ayat
dasar.
AYAT TERBITAN

Ayat tunggal
Ayat majmuk
Ayat aktif
Ayat pasif
Ayat yang mengandungi satu klausa sahaja,
iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek
dan satu konstituen predikat.

Subjek Predikat
1. Ayah Ali peguam.
2. Dia sangat letih.
BINAAN SUBJEK AYAT TUNGGAL
Terdiri daripada frasa nama yang terbentuk
daripada ;

A) Kata nama
- Pelari itu sungguh pantas
- Ibu Ali Ustazah
- Pelajar itu rajin membaca
B) Kata ganti nama
- Dia rajin membaca
- Mereka pergi ke kedai

C) Kata kerja yang berfungsi sebagai kata


nama
- Melukis mnjadi kegemarannya
- Mencuri satu amalan mulia
D) Kata adjektif yang berfungsi sebagai kata
nama

- Sabar sifat terpuji


- Gemuk tidak semestinya hodoh
BINAAN PREDIKAT AYAT TUNGGAL
Terdiri daripada FN, FK, FA, dan FS.

A) Frasa Nama

- Pelari itu pengarah syarikat.

B) Frasa Kerja
- Ayam serama itu berkokok.
C) Frasa Adjektif
- Cikgu Amin sangat rajin.

D) Frasa Sendi
- Bapa ke Kuala Lumpur.
JENIS AYAT

I. PENYATA
2. TANYA
3. PERINTAH
4. SERUAN
(Ta/nya, tah/uan)
Ayat Penyata
Ayat yang diucapkan denganmaksud
membuat pernyataan. Dikenali juga dengan
ayat berita atau ayat keterangan.
Dilafazkan dengan intonasi menurun pada
akhir ayat.

a) Saya belum berkahwin lagi.


b) Dia pandai mengambil hati.
Ayat Tanya
Ayat yang diucapkan dengan maksud
untuk menanyakan sesuatu hal
dengan berdasarkan nada suara dan
penggunaan perkataan tertentu.

Dilafazkan dengan intonasi meninggi


sebelum kesenyapan pada akhir ayat.
(NSK,2004,p.235)
Jenis ayat tanya;
 Ayat tanya tanpa kata tanya

o Awak sudah mandi?


o Dia guru cemerlang?

 Ayat tanya dengan unsur tanya

◦ Ayat tanya dengan kata tanya


◦ Ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya
◦ Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya
A. Ayat tanya dengan kata tanya

◦ Dalam susunan biasa kata tanya menduduki unsur


predikat spt;

 Harga barang ini berapa?


 Hari perkahwinannya bila?
 Awang datang lambat kenapa?

 Secara lazimnya ayat-ayat di atas mengalami proses


pendepanan, menghasilkan ayat berikut;

 Berapa harga barang itu?


 Bila hari oerkahwinannya
 Kenapa awak datang lambat?
 Bagi bentuk bahasa tulisan, ayat tadi perlu
menerima partikal –kah pada unsur yang
dikedepankan, seperti contoh berikut;

◦ Berapakah harga barang itu?


◦ Bilakah hari perkahwinannya?
◦ Kenapakah awak datang lambat?

(Nik Safiah Karim at all,2008,p.446)


B. Ayat tanya dengan kata ganti nama diri
tanya

◦ Dalam susunan biasa kata tanya menduduki unsur


predikat spt;

 Benda itu apa?


 Gurunya siapa?
 Adik awak mana?

 Secara lazimnya ayat-ayat di atas mengalami proses


pendepanan, menghasilkan ayat berikut;

 Apa benda itu?


 Siapa gurunya?
 Mana adik awak?
 Bagi bentuk bahasa tulisan, ayat tadi perlu
menerima partikal –kah pada unsur yang
dikedepankan, seperti contoh berikut;

◦ Apakah benda itu?


◦ Siapakah gurunya?
◦ Manakah adik awak?

(Nik Safiah Karim at all,2008,p.446)


C. Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya

◦ Dalam susunan biasa, frasa sendi nama tanya


menduduki unsur predikat spt;

 Cikgu tinggal di mana?


 Ali hendak ke mana?
 Penyakit ini merebak sejak bila?

 Secara lazimnya ayat-ayat di atas mengalami proses


pendepanan, menghasilkan ayat berikut;

 Di mana cikgu tinggal?


 Ke mana Ali hendak?
 Sejak bila penyakit ini merebak?
 Bagi bentuk bahasa tulisan, ayat tadi perlu
menerima partikal –kah pada unsur yang
dikedepankan, seperti contoh berikut;

 Di manakah cikgu tinggal?


 Ke manakah Ali hendak?
 Sejak bilakah penyakit ini merebak?

(Nik Safiah Karim at all,2008,p.446)


Ayat Perintah
Ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk
menimulkan sesuatu tindakan.
(NSK,2008, p448)

Ayat perintah terbahagi kepada 4 jenis;

i. Ayat Suruhan

Dalam ayat suruhan subjek ialah kata ganti nama


orang kedua seperti awak,kamu dsb. biasanya
digugurkan. Namun untuk tujuan penegasan subjek
tersebut boleh dikekalkan.

a) Keluar dari bilik ini


b) Awak siapkan kerja itu sekarang.
 Ayat suruhan oleh menerima partikal –lah
untuk melembutkan ayat. Jika ini dilakukan
maka konstituen yang menerima –lah
tersebut akan mengalami proses
pendepanan.

◦ Keluarlah dari bilik ini!


◦ Awak siapkanlah kerja itu sekarang!
◦ Pujuklah gadis yang menangis itu!
 Bagi
ayat suruhan yang
menggunakan kata kerja transitif
yang menerima awalan meN-,
awalan itu digugurkan.

◦ Engkau menunggu dia di sini.*


 Engkau tunggu dia di sini.
◦ Awak menyiapkan kerja itu
sekarang.*
 Awak siapkan kerja itu sekarang.
 Bagiayat suruhan yang
mengandungi kata kerja tak
transitif yang menerima awalan,
awalan itu tidak boleh
digugurkan.

◦ Menangislah sepuas-puas hatimu.


◦ Mengucaplah banyak-banyak.
◦ Berangkatlah dengan segera.
ii. Ayat Larangan

Ayat yang digunakan untuk menegah sesorng


daripada melakukan sesuatu. Biasanya
mengunakan kata larangan seperti jangan,
usah, atau tak usah sebelum kata kerja.

• Kamu jangan beritahu dia.


• Awak tak usah datang lagi.
Ayat di atas dapat dilembutkan dengan
menambahkan partikal –lah seperti;

• Janganlah ambil harta orang.


• Usahlah kaupedulikan dia
• Kamu janganlah beritahunya.

Bagi ayat larangan yang menggunakan


KKT, berimbuhan meN- imbuhan awalan
tersebut digugurkan.
 Namun, terdapat sejenis ayat
larangan yang bersifat umum
yang tidak menggunakan kata
larangan dan tidak menerima
partikal –lah ;

◦ Dilarang merokok.
◦ Ditegah berludah di sini.
iii. Ayat Silaan

Digunakan untuk menjemput atau


mempersilakan seseorang. Lazimnya kata
silaan digunakan pada permulaan ayat yang
terdapat dalam contoh berikut;

• Sila datang ke rumah saya.


• Sila serahkan borang itu ke pejabat
• Jemput minum teh yang terhidang itu.
 Ayatjenis ini juga boleh
dilembutkan dengan menambah
partikal –lah seperti;

◦ Silalah serahkan borang ke pejabat.


◦ Jemputlah masuk.
◦ Jemputlah naik.
iv. Ayat Permintaan

Ayat ini dibina bertujuan untuk memohon


permintaan dan pertolongan seperti;

• Monta tuan benarkan kami masuk.


• Tolong tutup pintu.
• Minta kamu semua bertenang.
 Bentuk ayat silaan dan permintaan biasanya
tidak membawa pengertian yang negatif
sebagaimana yang terdapat dalam jenis ayat
larangan.

◦ Sila jangan merokok.*


◦ Tolong jangan ambil.*
◦ Minta jangan berludah.*

◦ Jangan merokok.
◦ Jangan ambil.
◦ Jangan berludah.
 Ayatlarangan dapat dilembutkan
dengan menggunakan perkataan
harap pada bahagian hadapanya.

◦ Harap jangan merokok.


◦ Harap jangan ambil.
◦ Harap jangan berludah di sini.
Ayat Seruan
Ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau
intonasi seruan untuk tujuan melahirkan sesuatu
keadaan perasaan, seperti tajkut,marah, takjub,
geram, sakit,dan sebagainya. Intonasinya
digamarkan melalui penggunaan tanda seru(!)
yang diletakkanya pada akhir ayat, sama ada ayat
itu didahului kata seru atau tidak.

a) Ibu!
b) Oh, Tuhanku!
c) Aduh, bisanya!
 … belon warna kuning, biru, merah dan hijau

 … belon warna kuning, biru, merah, dan


hijau.

 sawi, cili, tomato, dan bendi

 seluar, buku dan meja


RAGAM AYAT

Ayat Aktif
Ayat Pasif
AYAT AKTIF

Ayat yang mengandungi kata kerja yang


mengutamakan subjek sebagai judul atau
unsur yang diterangkan.

Terbahagi kepada dua iaitu;

a) Ayat aktif transitif.


b) Ayat aktif tak transitif.

(NSK, 2008,p. 484)


A. AYAT AKTIF TRANSITIF
Ayat yang mengutamakan
subjek asal sebagai judul dan
menggunakan kata kerja
transitif, iaitu yang diikuti oleh
frasa nama ataupun klausa
komplemen sebagai objek
atau unsur penyambut.
Contoh;
1. Guru besar memanggil saya.
(subjek/kata kerja/objek)
2. Ali menendang bola. (subjek/kata
kerja / objek)
3. Anaknya membawa secawan kopi
untuk saya.
(subjek/kata kerja/ objek/ frasa
sendi nama)
4. Kami mengetahui bahawa Siti sudah
berkahwin.
(subjek/kata kerja/ kalusa
komplemen)
 Ada juga ayat aktif yang menerima dua
objek sebagai penyambut
-objek tepat
- objek sipi

Subjek KKT Prediket


Objek tepat Objek sipi
Baginda menganugerahi pahlawan bintang
itu kehormatan
Halimah menghadiahi anaknya sebuah basikal
 Boleh diubah menjadi:

Cth 1- Baginda menganugerahkan bintang


kehormatan kepada pahlawan itu.

Cth2-Halimah menghadiahkan sebuah basikal untuk


anaknya

Syarat:
a) Objek tepat menjadi objek sipi.
b) Objek tepat yang asal didahulukan dengan KSN.
Ada AA yang boleh digugurkan objeknya

- Mengandungi KKT yang berciri adjektif


dan menerima kata penguat
- Kata dasar ialah kata adjektif

Contoh: Kegagalannya amat menyedihkan


saya ( )
: Kegagalannya amat menyedihkan
( )
B. AYAT AKTIF TAK TRANSITIF

Ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif iaitu


yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut.

Terdapat dua jenis iaitu;

1. Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang


boleh digugurkan.

2. Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang


tidak boleh digugurkan.
Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh
digugurkan (frasa keterangan sebagai pilihan)

Contoh,
1. Kanak-kanak sedang mandi di kolam itu.
Kanak-kanak sedang mandi.

2. Dia menangis sepanjang hari)


Dia menangis.

3. Mereka berkebun di kampung.


Mereka berkebun.
Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak
boleh digugurkan. Dalam hal ini unsur pelengkap
dimestikan selepas kata kerja tak transitif tersebut
untuk menyempurnakan maksud ayat.
Contoh,

1. Dia berada di Kuala Lumpur.


2. Bas itu menuju ke utara.
3. Kenderaan menghala ke timur.
4. Kebanyakan pelajar berasal dari utara.
5. Pembangunan menjadi pesat.
(TB, p. 488)
(Rujuk TB, 2008, p. 144 utk. keterangan lanjut tentang KKT @KKTT)
AYAT PASIF

Ayat pasif ialah ayat


yang mengandungi
objek asal sebagai
judul atau unsur
yang diterangkan.
AYAT PASIF TERBAHAGI KEPADA TIGA
JENIS IAITU;
1. Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja
pasif.
2. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri
pertama dan kata ganti nama diri kedua.
3. Ayat pasif dengan perkataan kena yang
hadir sebelum kata kerja.
1. Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif.
‘di’, ‘ter’, ‘ber’ dan ‘ke…an’

1. PASIF DENGAN IMBUHAN ‘DI’

Pasif jenis ini yang melibatkan pelaku terdiri


daripada ganti nama orang ketiga.

- Sampah sarap dibakar oleh ayah pagi


tadi.
- Roti itu dimakan oleh mereka.

( Dalam binaan di atas ‘oleh’ boleh


digugurkan)
Ayat tersebut boleh berbentuk;

- Sampah sarap dibakar ayah


pagi tadi.
- Roti itu dimakan mereka.

NAMUN, Sekiranya pelaku berada


jauh daripada kata kerja kata
‘oleh’ tidak boleh digugurkan.
Contoh ayat;
- Sampah sarap dibakar pagi tadi oleh
ayah
- Roti itu dimakan petang semalam oleh
mereka.

Ayat tersebut tidak boleh jadi begini;

- Sampah sarap dibakar pagi ayah.*

- Roti itu dimakan petang semalam


mereka.*
Binaan ‘oleh + FN’ dalam ayat
seperti di atas boleh
digugurkan jika unsur
subjeknya hendak diberi
penekanan.
 Buku itu belum dibaca oleh Ali.
 Buku itu belum dibaca.
2. PASIF DENGAN IMBUHAN ‘TER’

Pasif jenis ini berpolakan


Objek + KK (ter) + oleh + pelaku.

Pelaku boleh terdiri dari pelbagai unsur seperti


KGN 1, KGN 2 dan KGN 3. (Hamid Mahmood,

3. Tembok itu terlanggar oleh lori pada


bahagian bawahnya.
2. Paku terpijak oleh Aminah.
3. Istana raja terbina oleh rakyat dalam masa satu
tahun.

(Dalam keadaan ini, ‘oleh’ wajib hadir)


Ayat pasif berimbuhan ‘ter’ boleh juga
digugurkan binaan ‘oleh + FN’ jika unsur
subjeknya hendak diberi penekanan.

a. Tembok itu terlanggar oleh lori pada


bahagian bawahnya.

b. Tembok itu terlanggar pada bahagian


bawahnya.
a. Istana raja terbina oleh rakyat
dalam masa satu tahun.

b. Istana raja terbina dalam masa


satu tahun.
3. PASIF DENGAN IMBUHAN ‘BER’

Ayat pasif yang dibentuk dengan kata


kerja yang mengandungi imbuhan ‘ke ..
an’ dan ’ber’. Dalam ayat berbentuk
begini, bahagian ‘oleh + FN’ tidak
diperlukan.

Contoh;

a. Mereka kehujanan sepanjang hari.


b. Baju itu berjahit dengan benang sutera.
2. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang
pertama dan kedua.

Ayat pasif yang menggunakan KGN 1 dan KGN 2


dengan pola:
KGN (Pelaku) + KK.

Contoh;
i. Kerja itu sudah saya selesaikan semalam.
ii.Buku itu akan kubaca secepat mungkin.
iii.Persetujuan beliau belum anda peroleh.

(Tidak boleh ada sebarang penyisipan antara pelaku dengan kata


kerja)
3. Ayat pasif dengan kata bantu pasif kena
Ayat pasif jenis ii mengandungi perkataan ‘kena’ di
hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima
awalan.

Contoh:

i) Pencuri itu kena tangkap oleh polis.


ii) Dia kena tipu oleh pemuda itu.

(Kata sendi ‘oleh’ tidak boleh digugurkan, namun


binaan ‘oleh + FN’ boleh digugurkan secara
pilihan.)
Menjadi ayat-ayat berikut;

i) Pencuri itu kena tangkap.


ii) Dia kena tipu.
Ayat Majmuk

Anda mungkin juga menyukai