Anda di halaman 1dari 3

KATA TUGAS

- perkataan yang bersifat pelbagai jenis, iaitu ia tidak boleh menjadi unsur utama dalam frasa nama,
frasa kerja dan frasa adjektif. Kata tugas hanya mempunyai tugas tatabahasa seperti penerang,
penghubung, pemeri, penegas, penguat dan sebagainya.

- Kata yang tidak dapat berdiri sendiri - memerlukan kata-kata lain untuk membentuk ayat lengkap

KATA TUGAS PRAKLAUSA

Golongan kata praklausa pula terbahagi kepada lima subjenis, masing-masing hadir di hadapan ayat dan
masing-masing memikul tugas tertentu. Subjenis kata praklausa ialah kata seru, kata tanya, kata
perintah, kata pembenar, dan kata pangkal ayat.

Kata Seru

 Kata seru ialah perkataan yang digunakan untuk menyampaikan perasaan-perasaan seperti
marah, sakit, hairan, geram, terperanjat, dan ejekan. 

Contoh kata: cis , amboi, wah, syabas dan aduh.

1. Cis, penakut rupanya!

2. Aduh, sakitnya kakiku!

Perhatikan bahawa dalam ayat seru, kata seru berada di hadapan ayat dan pada akhir ayat diletakkan
tanda seru (!).

Kata Tanya

  Kata tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu. Lazimnya kata tanya disertai bentuk penegas
–kah dan hadir di bahagian hadapan ayat. Misalnya:

Ayat tanya
Kata
Tanpa partikel "kah" Dengan partikel "kah"

Ada Tiada Adakah cara saya ini betul?

Apa Apa yang kamu beli tadi? Apakah yang kamu beli tadi?

Bagaimana Bagaimana cara untuk mendaftar diri? Bagaimanakah cara untuk mendaftar diri?

Bila Bila ayah kamu pulang? Bilakah ayah kamu pulang?

Mengapa Mengapa kamu datang lambat hari ini?. Mengapakah kamu datang lambat hari ini?.

Mana Mana ibu? Manakah ibu?

Siapa Siapa nama jiran baru kamu? Siapakah nama jiran baru kamu?
Kata Perintah

 Kata perintah ialah kata tugas yang hadir di hadapan ayat perintah. Terdapat banyak jenis
ayat perintah, iaitu ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan, dan ayat permintaan. Maka
terdapat pelbagai jenis kata perintah. 

Contoh kata: jangan, usah, sila, jemput, minta, dan tolong. 


Contoh ayat:
1.   Jangan ambil buku daripada almari itu.
2.   Sila masuk ke dewan sekarang juga.

3.  Tolong kembalikan borang ini sebelum akhir bulan

Kata Pembenar  

 Kata pembenar ialah mengiyakan atau menyokong kebenaran atau ketepatan sesuatu.
Contoh kata: ya,betul,benar, dan sungguh

Kata Pangkal Ayat

 Kata pangkal ayat ialah memulakan sesuatu ayat dan umumnya digunakan dalam bahasa
Melayu lama       
Contoh kata: maka, syahadan, alkisah dan hatta 
Contoh ayat:

Tersebutlah alkisah di zaman dahulu kala,ada seekor arnab ingin menunjukkan akan kehebatannya
kepada seluruh haiwan rimba dengan mengajak seekor kura-kura untuk berlumba dengannya.

KATA TUGASPASCA KATA

Pasca kata hadir selepas perkataan dengan tugas-tugas tertentu. Terdapat dua subjenis kata pasca kata,
masing-masing ditandai dengan perkataan –nya, iaitu :-

Kata penekan

 Kata penekan membawa maksud penegasan.


 Contoh kata: sesungguhnya, bahawasanya, dan nampaknya.
 " Dan apabila Kami menggantikan suatu ayat dengan ayat yang lain, dan Allah lebih mengetahui
apa yang diturunkan-Nya ,mereka berkata , “Sesungguhnya engkau ( Muhammad) hanya
mengada-ada saja”.Sebenarnya kebanyakan mereka tidak mengetahui. " Surah An-Nahl

Kata pembenda

 Kata pembenda ialah menukar perkataan bukan kata nama menjadi kata nama.
 Contoh kata: lajunya, sakitnya, dan datangnya.

Anda mungkin juga menyukai