Anda di halaman 1dari 8

Ayat Aktif

Dalam Ayat Aktif, subjek sebagai perkara utama yang diterangkan dalam satu ayat
Subjek dihadapan kata kerja transitif dan objek seperti berikut.
Subjek Kata Kerja Transitif Objek
1. Penjaja itu menjual nasi lemak dan kuih
2. Ibu memuji adik
Ayat Pasif
Ayat Pasif berlawanan dengan ayat aktif.
Dalam ayat pasif, objek diletakkan pada permulaan ayat.

Objek Kata Kerja Transitif Subjek


1. Balai raya dibina oleh penduduk kampung damai
2. Esei itu dikarang oleh Zaini

Ayat Tanya
Ayat Tanya
Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat tanya ialah ayat yang digunakan
untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Dengan berdasarkan nada suara dan
penggunaan perkataan tertentu, ayat tanya dapat digolongkan kepada dua jenis, iaitu

i)  Ayat tanya tanpa kata tanya.


ii) Ayat tanya dengan kata tanya.
(Nik Safiah Karim et. al: 2004:423)

Ayat tanya digunakan untuk menanya sesuatu perkara. Terdapat ayat tanya biasa,
ayat tanya sonsang, ayat tanya dengan kata tanya dan ayat tanya tanpa kata tanya.
Kata tanya yang digunakan dalam ayat tanya adalah seperti; apa, bila, mana, siapa,
bagaimana, mengapa, kenapa dan berapa.

Kata Tanya Penggunaan


Apa Benda, binatang
Bila Masa
Mana Tempat
Siapa Orang
Bagaimana Cara
Mengapa Sebab
Kenapa Sebab
Berapa Bilangan

Ayat Tanya Biasa


Subjek di depan dan predikat di belakang.

Subjek Predikat
Orang itu siapa?

Ayat Tanya Songsang


Predikat dikedepankan, subjek dikebelakangkan.

Predikat Subjek
Siapakah orang itu?

Ayat Tanya Dengan Kata Tanya


Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat
tanya yang menggunakan kata tanya seperti; apa, siapa, berapa, mengapa dan
bagaimana.
(Nik Safiah Karim et.al: 2004: 426)
1.   Mengapakah kamu berdua datang lambat ke sekolah pada hari ini?
2.   Bilakah ibu bapa kamu akan pulang dari Perak?

Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya


Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat
yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada
akhir ayat. Nada tanya ini dilambangkan dengan tanda soalan (?). (Nik Safiah Karim
et.al: 2004:423)
1.   Encik Chandran pengarah syarikat itu?

Ayat Majmuk
Ayat Majmuk        
Ayat Majmuk mencantumkan dua ayat tunggal.

Ayat Majmuk Gabungan


Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat majmuk gabungan ialah ayat yang
terdiri daripada dua atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau
mencatumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi dan
sebagainya. (Nik Safiah Karim et. al: 2004:478).
Ayat Majmuk Gabungan mengabungkan dua ayat tunggal atau lebih. Ayat bersifat
setaraf setaraf atau sama penting.

Ayat Majmuk Pancangan


Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat majmuk terdiri daripada beberapa
ayat yang kedudukan antara ayat-ayat itu tidak sama (Nik Safiah Karim et. al:
2004:483). Ayat Majmuk Pancangan terdiri daripada satu ayat induk dan satu atau
lebih ayat kecil.

Ayat Majmuk Pancangan Jenis Relatif.


Ayat Majmuk Pancangan Jenis Relatif menggunakan kata hubung 'yang' untuk
menyambungkan dua ayat itu.
Contoh:
1.    Budak yang pandai itu adik Siti.

Ayat Majmuk Pancangan Jenis Komplemen


Ayat kecil dipancangkan ke dalam ayat induk.
Contoh:
1.    Ketua Jabatan mencadangkan supaya permohonan itu diterima.
2.    Pemberita itu menyatakan bahawa projek perumahan yang terbelangkalai itu  
       dipulihkan semula.
3.    Ibu bapa datang ke sekolah untuk menghadiri mesyuarat tersebut.

Ayat Majmuk Pancangan Jenis Keterangan


Contoh:
1.    Kamu akan mencapai cita-cita sekiranya kamu berusaha dengan tekun.
2.    Mereka berdiri tegak apabila lagu kebangsaan dinyanyikan.
3.    Murid itu lewat kerana ketinggalan bas.
 
Ayat Penegas
Ayat Penegas
Ayat Penegas disertai dengan kata penegas seperti ada, adalah dan ialah.
 

Kata
Penggunaan Contoh Ayat
Penegas
Digunakan untuk menegaskan maksud frasa 1. Pasukan Pengakap ada berkhemah di
Ada
kerja. sini semalam.
1. Bungkusan ini adalah untuk
2. Halimah.
Adalah Digunakan untuk menegaskan maksud frasa Pemuda yang tinggi itu ialah abang
Ialah nama, frasa sendi, frasa adjektif. 3. saya.
Banjaran Titiwangsa adalah banjaran
yang terbesar di Malaysia.

Ayat Perintah.
Ayat Perintah
Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat perintah ialah ayat yang diucapkan
dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat perintah boleh dibahagikan
kepada 4 jenis berikut:

i)    Ayat suruhan


ii)   Ayat larangan
iii)  Ayat silaan
iv)  Ayat permintaan
(Nik Safiah Karim et.al : 2004: 428)

i)    Ayat Suruhan
      Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat suruhan ialah ayat yang
diucapkan 
      dengan tujuan memberi perintah atau arahan.

ii)   Ayat Larangan
      Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat larangan ialah ayat yang
      menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah sebelum kata kerja
      dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu. 
      (Nik Safiah Karim et. al : 2004 :430)
iii)  Ayat Silaan
      Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat silaan ialah ayat yang
menggunakan
      kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput
atau 
      mempersilakan seseorang.
      (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 430)

iv)  Ayat Permintaan
      Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat permintaan ialah ayat yang
      menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon
      permintaan atau pertolongan.
      (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 431)
 

Ayat Tunggal
Ayat Tunggal
Ayat Tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Ayat Tunggal juga
dikenali sebagai ayat selapis.
Contoh :

Subjek Predikat
1. Mereka sedang menghadiri mesyuarat.
2. Adik bemain bola di padang.
3. Murid-murid sedang membaca buku di perpustakaan.

Cakap Ajuk & Cakap Pindah


Cakap Ajuk
Cakap Ajuk merupakan percakapan seseorang dituis semula perkataan diucapkan
tanpa mengubah apa-apa makna.

Cakap Pindah
Cakap Pindah merupakan percakapan seseorang ditulis semula dengan menyusun
tatabahasa yang betul.
Perubahan-perubahan yang berlaku secara umum dalam menukarkan Cakap Ajuk
kepada
Cakap Pindah disenaraikan dalam jadual di bawah:
Ganti Nama Diri (Cakap Ajuk) (Cakap Pindah)
Saya, aku, patik, hamba Dia, mereka
Kita, kamu Mereka
Kamu, awak, engkau, anda Saya atau kami, dia atau mereka, nya, kamu
Dia Dia
Mereka Mereka
Adverba Tempat (Cakap Ajuk) (Cakap Pindah)
Ini Itu
Sini Situ, sana, tempat itu
Di sini Di sana, di situ
Ke sini Ke situ, ke sana
Begini Begitu
Keterangan Waktu (Cakap Ajuk) (Cakap Pindah)
Sekarang Masa itu, ketika itu
Malam tadi, semalam Malam kemarin, malam yang selpas, hari semalam
Hari ini Hari itu.

Contoh:
Cakap Ajuk
1.    "Anda sepatutnya tekun membuat kerja rumah," kata Ahmad kepada adiknya.
Cakap Pindah
       Ahmad menasihati adiknya supaya tekun membuat kerja rumah.

Cakap Ajuk
2.    "Berapakah harga baju batik ini?" tanya kakak kepada penjual baju.
Cakap Pindah
       Kakak menanya penjual baju tentang harga baju batik itu.
Pembinaan Ayat
Pembinaan Ayat
Frasa Nama + Frasa Nama
 

Subjek (Frasa Nama) Predikat (Frasa Nama)


1.  Dia Rokiah.
2.  Dua orang itu pelajar.
3.  Itu meja.

● Klik ke Latihan ●

Frasa Nama + Frasa Sendi


Subjek terdiri daripada frasa nama dan predikat terdiri daripada frasa sendi.

Subjek (Frasa Nama) Predikat (Frasa Sendi Nama)


1.  Alor Setar terletak di Kedah.
2.  Dia berasal dari Pahang.
3.  Risalah itu tentang Negeri Selangor.
4.  Kuih ini untuk awak.
5.  Rumahnya terletak di Kampung Manis.

● Klik ke Latihan ●

Frasa Nama + Frasa Adjektif


Subjek terdiri daripada frasa nama dan predikat terdiri daripada frasa adjektif.

Subjek (Frasa Nama) Predikat (Frasa Adjektif)


1.  Adik Adelina cerdik.
2.  Ubat itu pahit.
3.  Australia jauh.
4.  Gula-gula itu manis.
5.  Rumah Siti dekat.

● Klik ke Latihan ●

Frasa Nama + Frasa Kerja


subjek terdiri daripada frasa nama dan predikatnya terdiri daripada frasa kerja.
Subjek (Frasa Nama) Predikat (Frasa Kerja)
1.  Mereka berbual-bual di taman.
2.  Adik berlari.
3.  Emak memasak di dapur.
4.  Kucing melompat.

Bentuk-bentuk lain.

Predikat
Subjek (Frasa Nama)
Frasa Kerja Frasa Sendi
1.  Emak menyidai baju di halaman rumah.
2.  Murid-murid membaca buku di perpustakaan.
3.  Penyanyi itu menari di atas pentas.

Bentuk-bentuk lain.

Predikat
Subjek (Frasa Nama)
Kata kerja transitif Frasa Nama
1.  Ibu memasak gulai ikan.
2.  Pekerja-pekerja mengecat dinding rumah.
3.  Dia menaip surat rasmi.
4.  Mereka membeli-belah di Pasar Raya Mydin.

Anda mungkin juga menyukai