Anda di halaman 1dari 44

Ayat Perintah

Hasil kerjasama:
Muhammad Hafiz Bin Md Said (JEA080707)
Nur Ain Binte Mohamed Amin (JEA080712)
Kandungan
 Definisi
 Jenis-jenis
 Rumus tatabahasa
 Korpus
 Rumusan
Definisi
 Merupakan satu daripada empat jenis ayat dalam bahasa
Melayu
 Diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu
tindakan
 Ditujukan kepada orang kedua
 Menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak,
kamu, engkau yang biasanya digugurkan
Jenis-jenis Ayat Perintah
 Berdasarkan perkataan yang digunakan, ayat perintah
boleh dibahagikan kepada empat jenis berikut:
i. Ayat Suruhan
ii. Ayat Larangan
iii. Ayat Silaan
iv. Ayat Permintaan
Ayat suruhan
(i) Ayat Suruhan
 Diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan
 Dalam ayat suruhan, subjek ialah kata ganti nama orang
kedua seperti awak, kamu, engkau yang biasanya
digugurkan
 Bagi tujuan penegasan, subjek boleh juga diucapkan
 Engkau tunggu dia di sini.
(i) Ayat Suruhan
 Contoh:
 Pergi dari sini!
 Tengok barang-barang ini.
 Awak siapkan kerja itu sekarang.
 Makan kuih ini dahulu.
 Engkau tunggu dia di sini.
 Ambil wang ini.
 Pukul ular itu.
(i) Ayat Suruhan
 Boleh menggunakan partikel –lah untuk melembutkan
ayat di samping menegaskan predikat
 Konstituen yang menerima –lah pun mengalami proses
pendepanan
(i) Ayat Suruhan
 Contoh:
 Tengoklah barang-barang ini.
 Awak siapkanlah kerja itu sekarang.
 Makanlah kuih ini dahulu.
 Engkau tunggulah dia di sini.
 Ambillah wang ini.
 Pukullah ular itu.
 Pujuklah anak itu.
(i) Ayat Suruhan
 Dalam ayat suruhan yang mengandungi kata kerja transitif
dan menerima awalan, awalan tersebut TIDAK boleh
digugurkan
 Contoh:
 Menangislah sepuas-puas hati.
 Menjeritlah sedayamu.
 Berdermalah kepada anak-anak yatim.
 Berangkatlah dengan segera.
 Bersiaplah untuk bergerak sekarang.
AYAT LARANGAN
(ii) Ayat Larangan
 Menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak
usah sebelum kata kerja
 Bertujuan menegah seseorang melakukan sesuatu
(ii) Ayat Larangan
 Contoh:
 Jangan ambil harta orang.
 Jangan menangis.
 Kamu jangan beritahu dia.
 Usah dikenangkan lagi perkara itu.
 Usah ditanyakan siapa orangnya.
 Tak usah kau ambil tahu tentang diri aku lagi.
 Awak tak usah datang lagi.
(ii) Ayat Larangan
 Ayat larangan dapat dilembutkan dengan menambahkan
partikel –lah
 Contoh:
 Janganlah ambil harta orang.
 Janganlah menangis.
 Kamu janganlah beritahu dia.
 Usahlah dikenangkan lagi perkara itu.
 Usahlah ditanyakan siapa orangnya.
(ii) Ayat Larangan
 Ayat larangan boleh juga dilembutkan dengan
menggunakan perkataan harap pada bahagian hadapannya
 Contoh*:
 Harap jangan merokok.
 Harap jangan bising.
 Harap jangan berludah.
(ii) Ayat Larangan
 Ada sejenis ayat larangan yang bersifat umum yang tidak
menggunakan kata larangan dan tidak menerima –lah
 Contoh:
 Dilarang merokok.
 Ditegah berludah di sini.
Ayat silaan
(iii) Ayat Silaan
 Menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum
kata kerja
 Bertujuan menjemput atau mempersilakan seseorang
 Kata silaan digunakan pada permulaan ayat
(iii) Ayat Silaan
 Contoh:
 Sila datang ke rumah saya.
 Sila buat laporan tentang peristiwa itu di sini.
 Sila serahkan borang ke pejabat.
 Jemput naik ke majlis sukan hari ini.
 Jemput minum the yang terhidang itu.
 Jemput masuk.
 Jemput naik.
(iii) Ayat Silaan
 Ayat silaan dapat dilembutkan dengan menambahkan
partikel –lah
 Contoh:
 Silalah datang ke rumah saya.
 Silalah buat laporan tentang peristiwa itu di sini.
 Silalah serahkan borang ke pejabat.
 Jemputlah naik ke majlis sukan hari ini.
 Jemputlah minum teh yang terhidang itu.
 Jemputlah masuk.
 Jemputlah naik.
AYAT PERMINTAAN
(iv) Ayat Permintaan
 Menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong
 Bertujuan memohon permintaan dan pertolongan
 Tidak membawa pengertian yang negatif
 Tolong jangan bising. X
 Jangan bising.  (jenis ayat larangan)
 Minta jangan berludah. X
 Jangan berludah.  (jenis ayat larangan)
(iv) Ayat Permintaan
 Contoh:
 Minta tuan benarkan kami masuk.
 Minta kamu semua bertenang.
 Minta tuan-tuan jelaskan yuran persatuan.
 Tolong tutup pintu depan itu.
 Tolong selesaikan pergaduhan itu.
 Tolong hantarkan tugasan sebelum hari Jumaat.
Rumus tatabahasa
(i) Rumus Ayat Suruhan
(Subjek) Predikat (Objek) (Ajung)
Kamu tutup pintu itu.
Tutup pintu itu.
Tutup!
(ii) Rumus Ayat Larangan
Kata (Subjek) Predikat (Objek) (Ajung)
Larangan
Jangan kamu abaikan mu itu.
pelajaran
Jangan pergi.
Tak usah susah-susah.
Usah kamu tanyakan lagi hal itu.
(iii) Rumus Ayat Silaan
Kata Silaan Predikat (Objek) (Ajung)
Sila masuk ke dalam.
Silalah masuk ke dalam.
Jemput makan.
Jemputlah makan kuih ini.
(iv) Rumus Ayat Permintaan
Kata Predikat (Objek) (Ajung)
Permintaan
Tolong buka pintu itu.
Tolong perlahankan radio Itu.
Minta kamu semua
bertenang.
Minta bertenang.
(v) Rumus Ayat Ajakan*
Kata (Subjek) Predikat (Objek) (Ajung)
Ajakan
Mari kita pergi.
Mari minum.
Marilah beristirehat dahulu.
(vi) Rumus Ayat Harapan*
Kata Harapan (Subjek) Predikat (Objek) (Ajung)
Moga-moga saya lulus.
Semoga mereka selamat.
Mudah- kamu cepat
mudahan sembuh.
Korpus
Korpus
 Kartun animasi ‘Budak Lapok’
 Diceritakan semula oleh Pak Aziz Sattar dan Pak S.
Shamsuddin
 Sebuah hasil animasi oleh Red Pocket Animation
 Sebab memilih korpus
 Terdapat pelbagai variasi ayat perintah dalam dialog animasi
tersebut
 Lebih menarik dan tidak membosankan
 Kajian yang belum pernah dikaji oleh orang lain
Budak Lapok
(i) Ayat Suruhan dalam Korpus
Bil. (Subjek) Predikat (Objek) (Ajung)
1. Lee sini.
2. Masukkan kepala tu.
3. Ajis masukkan kepala dalam
kereta.
4. Jaga-jaga sikit tau.
5. Jagalah sikit kelakuan itu.
(ii) Ayat Larangan dalam Korpus

Bil. Kata (Subjek) Predikat (Objek) (Ajung)


Larangan
1. Jangan lupa.
2. Jangan lupa tulis surat nanti.
3. Jangan terlalu percaya Si ni.
sangat Sudin
(iii) Ayat Silaan dalam Korpus
Bil. Kata Silaan Predikat (Objek) (Ajung)
(iv) Ayat Permintaan dalam Korpus
Bil. Kata Predikat (Objek) (Ajung)
Permintaan
1. Tolong Mak ni angkat barang tu.
(v) Ayat Ajakan dalam Korpus
Bil. Kata Ajakan (Subjek) Predikat (Objek (Ajung)
)
1. Mari-mari kawan-
kawan.
2. Mari-mari tengok.
INTONASI AYAT PERINTAH
Intonasi Ayat Perintah
 Dalam ayat perintah, predikat lebih dipentingkan daripada
subjek
 Contoh:

Masuk!
sebenarnya terbit daripada ayat;
Kamu masuk!
Intonasi Ayat Perintah
 Perkataan kamu, iaitu kata ganti nama diri kedua, telah
digugurkan dan meninggalkan predikat masuk.
 Sebagai frasa predikat, masuk diucapkan dengan nada 2-3
seperti berikut:
3
Ma suk!
2
Intonasi Ayat Perintah
 Ayat perintah “Masuk!” dianggap agak keras dan untuk
melembutkan ayat perintah itu, maka partikel –lah dapat
disertakan;
Masuklah.
 Dalam ucapan, intonasi ayat ini ditandai dengan tingkat
nada 2-3-1;
3

2 Ma suk lah.
1
Rumusan
 Tidak terdapat ayat perintah jenis ayat silaan dalam
korpus
 Terdapat kekerapan jenis ayat perintah suruhan kerana
korpus merupakan kartun animasi
Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai