Anda di halaman 1dari 3

Kata perintah ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan arahan.

Kata perintah boleh ditambah partikel lah di belakangnya. contoh Jangan Sila tolong Harap usah jemput Minta Contoh ayat 1. Jangan tolak meja itu ke situ. 2. Silalah datang ke rumah saya jika ada masa lapang. 3. Tolong buang sampah ke dalam tong sampah. (c) Ayat perintah 1. Ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu. Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang, mempersilakan, atau meminta seseorang melakukan sesuatu. 2. Ayat perintah terbahagi kepada a. Ayat Suruhan b.Ayat Permintaan c.Ayat Larangan d.Ayat Silaan Contohnya: a. Ayat Suruhan 1. Ayat ini bertujuan memberi arahan atau perintah. 2. Partikel -lah boleh digunakan untuk tujuan melembutkan ayat. Contoh : Hantarlah buku itu sebelum pulang. Turunlah dari sini sekarang juga. Cuci kasut kamu. (suruhan) b. Ayat Permintaan 1. Ayat ini bertujuan memohon pertolongan dan permintaan. 2. Ia menggunakan perkataan tolong dan minta pada permulaan ayat. Contoh : Tolong bawakan minuman ini ke dapur. Minta hadirin semua bergerak ke ilik jamuan. Tolong jemurkan pakaian itu. (permintaan) c. Ayat Larangan 1. Ayat ini bertujuan melarang melakukan sesuatu . 2. Ia menggunakan kata silaan seperti usah, tak usah dan jangan. 3. Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan ayat. Contoh : Jangan minum air itu. Usahlah menangis lagi. Jangan petik bungs itu.(Iarangan) d. Ayat Silaan 1. Ayat ini bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang. 2. Ia menggunkan kata silaan seperti sila dan jemput pada permulaan ayat. 3. Partikel -lah boleh digunakan. Contoh : Sila bawa sejadah bila ke surau. Jemputlah menikmati Datanglah ke rumah saya. (silaan)

1. 2.

(a) Ayat penyata Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatu hal. Ayat penyata dikenali juga sebagai Ayat Berita atau Ayat Keterangan. Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau menerang­kan sesuatu cerita, benda, kejadian, dan sebagainya. Contohnya: i. Kakak sedang menyiram bunga. ii. Lembu itu akan dijual. Iii Budak-budak itu bermain di tepi longkang.

Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat 1. Mengenal pasti dan menyatakan jenis-jenis kata perintah 2. Mengisi tempat kosong dengan kata perintah yang sesuai. Kata Perintah
Kata Perintah digunakan untuk memberikan suatu perintah. Menurut Tatabahasa Dewan Bahasa Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 :244), kata perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan. Contoh kata perintah adalah seperti: Jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan harap.

Kata Perintah Jangan Usah Sila Jemput Minta Tolong Harap

Penggunaan Melarang melakukan sesuatu Jangan melakukan sesuatu Meminta dengan hormat supaya melakukan sesuatu Mengajak atau mengundang Mahu akan sesuatu Meminta bantuan Meminta supaya terjadi sesuatu perkara

Anda mungkin juga menyukai