Anda di halaman 1dari 6

Keterangan lengkap Kaedah Simulasi Pendahuluan.

Ada banyak kaedah-kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk mejadikan pengajaran seseorang guru itu lebih menarik, berkesan dan sebagainya. Kaedah-kaedah itu terletak di atas satu kontinum yang melibatkan murid-murid belajar secara langsung. Diantara kaedah-kaedah yang ada ialah seperti kaedah syarahan, bercerita, projek, simulasi, demonstrasi dan sebagainya. Disini penulis hanya akan membincangkan tentang kaedah simulasi. Kaedah simulasi. Simulasi adalah suatu pengajaran yang sangat berkesan. Pengunaan kaedah simulasi membolehkan para guru mencapai objektif pembelajaran dari segi isi kandungan, konsep, kemahiran dan sikap. Kaedah simulasi ini juga boleh memperbaiki kesihatan mental dan memudahkan kreativiti . Simulasi ini adalah juga suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang sebenar. Tujuannya ialah untuk menjalankan latihan demi untuk menyelesaikan masalah . Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, kaedah simulasi digunakan untuk membolehkan para pelajar berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan yang teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara penyelesaian untuk satu-satu masalah yang ditimbulkan, yang mana masalahmasalah yang ditimbukan itu melibatkan satu kajian yang rumit,masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang berlaku di alam sekitar seperti di kedai, jalan raya, pasar, sekolah dan sebagainya.

Jenis-jenis simulasi. Kaedah simulasi ini ada dua. Dua jenis ini lah yang biasa di gunakan dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah. Dua jenis yang di maksudkan ialah sosiodrama dan main peranan.

Sosiodrama. Sosiodrama adalah merupakan satu aktiviti lakonan yang menarik, ianya

adalah berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu berkonflik, mempunyai perwatakan yang menentang sosial. Oleh kerana sosiodrama adalah merupakan aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita yang lengap pada kebiasaannya skrip lakonan akan di sediakan lebih awal agar ianya dapat di fahami, di baca, dan membuat persediaan oleh pelajar-pelajar yang dipilih untuk melakonkan ssuatu watak yang di berikan oleh guru1. 2 Main peranan. Main peranan adalah merupakan satu lakonan yang sepontan yang melibatkan sekumpulan pelajar tanpa menggunakan sebarang skrip, ianya adalah merupakan lakonan yang berdasarkan kepada satu masalah yang timbul pda ketika itu. Biasanaya, di dalam aktiviti main peranan pelajar membayangkan situasi yang timbul dan kemudian mereka melakonkan sitiasi yang di bayanngkan tadi dengan secara sepontan. Aktiviti main peranan ini bermula daripada suatu situasi yang direka dan ditimbulkan oleh guru. Sebelum mengadakan aktiviti main peranan ini pada kebiasaannya keterangan yang ringkas mengenai objektif lakonan dan watak-watak yang terlibat dalam situasi ini akan dihuraikan oleh guru. Setelah menerangkan secara ringakas tadi baharulah guru memilih sesiapa yang berminat untuk

melakonkan situasi tersebut. Oleh kerana aktiviti main peranan ini merupakan satu

lakonan yang di lakukan secara spontan masa yang di berikan hendaklah pendek sahaja iaitu sekitar 5-7 minit sahaja. Setelah selesai penilaian hendaklah dibuat di dalam bilik darjah. Prinsip-prinsip menggunakan simulasi. 1Guru hendaklah merancang situasi yang bermasalah dan mewujudkannya secara bertulis atau lisan di dalam kelas. Penerangan ringkas tentang masalah, peranan watak-watak dan tempoh masa sesi simulasi hendaklah diberikan. Pilih pelajar-pelajar yang telah mahir dalam peraturan sebagai pelakon. Ini akan menjamin aktiviti lakonan dapat dijalankan dengan lancar. Bagi sosiodrama, skrip lakonan hendaklah disediakan dan diedarkan kepada mereka yang dipilih untuk terlebih dahulu. Jika perlu, sediakan alatan seperti topeng-topeng untuk pelakon. Semasa sesi simulasi, pastikan para pelajar yang lain menjadi penonton benar-benar menumpukan perhatian terhadap aktiviti lakonan itu Selepas sesi simulasi, guru hendaklah meminta mereka memberi pandangan tentang cara penyelesaian masalah seperti yang ditunjukkan dalam lakonan. Suatu rumusan harus dicapai melalui perbincangan di antara pelajar pada akhir waktu pelajaran .

2-

3-

4-

56-

7-

8-

Tujuan-tujuan simulasi. 1 Untuk menguasi kemahiran : simulasi melatih bertutur secara spontan, kemahiran menyusun ayat dan menggunakan sebutan yang tepat. Untuk membina pemikiran secara analitis dan kritis Untuk membina sikap positif : memalui simulasi yang di lakonkan, konflik sosial itu dapat diselesaikan. Sikap atau tingkah laku yang negatif akan dapat diubah dan sikaf yang positif akan dapat dibentuk dan dipupuk. Untuk mengaitkan isi pelajaran dengan aspek afektif : melalui aktiviti lakonan berdasarkan isi pelajaran pendidikan moral, murid-murid dapat menghayati nilai-nilai dan sikap orang lain. Untuk membawa situasi yang sebenar ke dalam bilik darjah : misalnya, untuk menjelaskan konsep drmokrasi murid-murid boleh melakonkan sebagai pengundi-pengundi dalam situasi pilihanraya yang direka.

2 3

Untuk mempelbagai aktiviti pembelajaran : simulasi meruakan suatu teknik mengajar tambahan yang juga boleh membantu murid-murid mempertingkatkan penguasaan kemahiran bahasa dengan berkesan .

Kelebihan simulasi. 1 Memberi peluang kepada murid memikirkan cara penyelesaian secara spontan dalam situasi bermasalah yang diwujudkan. Murid-murid dapat mempertingkatkan kemahiran pertuturan mereka. Simulasi merupakan satu teknik pembelajaran yang menarik dan seronok, dan membawa kepada suasana pembelajaran yang berkesan. Murid-murid dapat dilatih berlakon dengan gaya yang betul. Mereka akan dilatih untuk menghadapi situasi bermasalah yang sebenar. Selain menggalakkan interaksi di antara murid-murid, ianya juga memberi kesempatan kepada murid-murid untuk menghayati nilai-nilai moral yang baik, seterusnya mengubah sikap negatif dan membina sikap positif. Dengan menggunakan teknik simulasi, banyak situasi di luar bilik darjah dapat ditunjukkan dalam bilik darjah. Secaratidak langsung,bakat lakonan murid dapat diasah.

2 3

4 5 6

Kelemahan simulasi. 1 Perasaan gelisah yang mungkin timbul di kalangan murid yang tidak pernah ada pengelaman berlakon. Prestasi pelakon yang kurang menarik akan menimbulkan perasaan bosan di kalangan penonton yang mungkin membuat bising atau akan mengejek kesilapan yang di lakukan oleh pelakon-pelakon.

Hanya murid-murid yang terlibat di dalam lakonan sahaja mendapat pengelaman secara langsung dan faedah-faedah berlakon. Penilaian prestasi pelakon dan membuat rumusan tidak mudah untuk dilakukan .

Perlaksanaan aktiviti simulasi. Perlaksanaan simulasi ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu: peringkat sebelum simulasi, peringkat perlaksanaan simulasi, dan peringkat selepas simulasi. 1 Peringkat sebelum simulasi. Objektif pembelajaran. Guru hendaklah menentukan objektif pembelajaran yang hendak dicapai. Kemahiran. Guru mengenal pasti kemahiran yang akan menjadi fokus. Penyerapan nilai. Guru menentukan jenis penilaian yang akan didunakan. Penilaian. Guru menentukan jenis penilian yang akan digunakan dalam simulasi. Pengukiuhan dan pengayahan. Guru perlu memikirkan jenis aktiviti pengukuhan dan pengayaan. Alatan. Guru memastikan bahawa semua alatan yang dipelukan telah disediakan. Peringkat perlaksanaan simulasi. Adakan set induksi untik menarik minat murid. Bacakan arahan dengan jelas. Pecahkan kelas kepada beberapa kumpulan. Edarkan kad arahan kepada murid yang mengambil bahagian. Minta murid cuba memahmi tugas yang diberikan kepada mereka. Setiap kumpulan menjalankan simulasi berkenaan. Murid yangh lain akan mencatatkan dan memerhatikan aktiviti simulasi yang diadakan. Diakhir simulasi penilaian dijalan kan. Peringkat selepas simulasi. Guru berbincang dengan murid tentang masalah yang dikemukakan. Menulis laporan tentang maslah itu.

2 -

3 -

Menulis semula dialog yang digunakan dalam simulasi. Menyediakan carta aliran bagi menjelaskan konsep yang ditonjolkan .

Kesimpulannya. Bermacam-macam kaedah yang ada didalam pengajaran itu tetapi tidak semua kaedah sesuai untuk semua mata pelajaran yang ada. Kaedah simulasi ini adalah salah satu kaedah yang boleh digunapakai agar dapat menaikan minat para pelajaar untuk menumpukan perhatian mereka pada pelajaran mereka.

Anda mungkin juga menyukai