Anda di halaman 1dari 1

Aliran pemikiran moral 1. Naturalis guna akal untuk berfikir secara rasional daripada pengalaman.

. Sifat naturalis - Menerima apa yang ada dan tidak menyoal hakikat atau kenapa wujud keadaan tersebut / Mudah tentukan sifat manusia sama ada baik atau betul / Meletakkan manusia; ada akal, boleh berfikir dan dapat bertindak rasional berbeza daripada binatang / contoh - Masih ada masyarakat yang percaya dengan maksud peribahasa rezeki secupak takkan jadi segantang. Lantaran itu mereka terus menerus miskin walau pun negara telahmerdeka 47 tahun yang lalu. / kesan pegamal aliran ini Tidak dapat mengeluarkan pendapatnya hidup tertekan / Sentiasa merendah diri; lebih suka memencil diri , tidak mudah interaksi / Tiada motivasi atau kurang usaha 2. Emotivis t/laku mengikut emosi, sikap dan perasaan lebih subjektif kerana t/balas drp emosi dalam situasi sama adalah berlainan. Sifatnya - Agresif ,Pendiam /Cepat tersinggung /Kuat cemburu. Contoh - Bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan. Kesan Wujudnya masalah moral disebabkan ketidakmantapan dalam mengawal emosi / Bertindak secara tidak menentu disebabkan pengaruh keadaan semasa dan mengikut emosi 3. Intuisionis (ilham) t/laku baik / x baik mengikut naluri. Sifat - Melihat, mentafsir dan bertindak ikut gerak hati berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang telah diperolehi tanpa memikirkan akibat, kualiti dan kesan / Cepat membuat keputusan. Contoh - Gerak hati orang tua ketika menilai bakal menantu pada kali pertama berdasarkantimbunan pengalaman lalu serta kematangan fikiran lantaran faktor usia./ kesan - Cepat membuat keputusan menyebabkan kadang-kadang keputusan/tindakan yang diambil tidak sesuai 4. Rasionalis t/laku berdasarkan sebab munasabah (rasional ) dlm membuat keputusan. Sifatnya - Menggunakan fikiran dan taakulan / Tindakan biasanya wajar, waras dan rasional. Contoh - Kalau Abu lebih berat daripada Lupin dan Lupin lebih berat daripada Seng Hui, makaAbu adalah lebih berat daripada Seng Hui. Kesan - Teliti dalam membuat keputusan dan bertindak dengan mencari bukti-bukti yang sahih / Selalu berfikir untuk memperbaiki kemajuan diri. TEORI TEOLOGIKAL Teori teleologikal menganggap tindakan atau perbuatan yang membawa kebaikan bermoral manakala yang mendatangkan keburukan adalah tidak bermoral. Kalau akibatnya baik, maka wajib dilakukan dan kalau sebaliknya, perbuatan itu tidak harus dilakukan. Akibat yang baik boleh ditafsirkan sebagai: (i) Yang membuat orang lain bahagia dan (ii) Yang menguntungkan diri sendiri.

Keadaan ini mewujudkan dua aliran pandangan dalam Teori Teleologikal iaitu aliran Utilitarianisme dan aliran Egoisme
Utilitarianisme mengkehendaki kita supaya sentiasa bertindak untuk menghasilkan kebaikan/keseronokan maksima kepada bilangan orang yang sebanyak mungkin atau semua pihak yang terlibat. Peraturan Utilitarianisme: Setiap orang patut melakukan tindakan yang akan membawa kebaikan maksima untuk setiap orang yang dipengaruhi oleh tindakan itu. / Peraturan tidak diperlukan untuk tindakan kerana setiap situasi dan orang adalah berlainan. CONTOH - seseorang itu mencuri wang daripada seseorang yang kaya dan kedekut dan kemudian di agihkan kepada si miskin di anggap baik, kerana bilangan orang yang beruntung adalah melebihi daripada seseorang kaya yang kena curi. EGOISME - menggangap nilai itu baik jika menguntungkan diri sendiri dan nilai itu buruk jika sesuatu itu merugikan diri sendiri. CONTOH - dalam kemalangan kebakaran, kita tidak sepatutnya menyelamatkan mangsa kerana dikhuatiri akan membahayakan nyawa diri. Bagi contoh lain, Seseorang itu dianggap tidak beretika apabila tindakannya menolong orang buta melintasi jalan raya, tetapi berkesudahan dengan kecelakaan.

NILAI SEPUNYA DRP PLBAGAI AGAMA Masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai budaya dan agama sememangnya mempunyai nilai-nilai murni masing-masing. Kesemua ajaran agama ini memberi pelbagai pengajaran terhadap soal moral, akhlak dan kemanusiaan serta pemeliharaan alam. Penghayatan nilai murni dalam pelbagai agama dan budaya akan membawa kita kepada kehidupan yang bertamadun dan secara tidak langsung ianya bertindak sebagai pemangkin kepada keutuhan nilai murni dalam masyarakat. Kesemua agama memberi panduan dan ajaran agar penganutnya menjadi manusia yang baik, taat kepada ajaran agama masing-masing dan mengamalkan nilai-nilai murni untuk mencapai kecemerlangan diri. Nilai agama Islam ialah tidak bersifat pilih kasih, bersifat ihsan, sentiasa sabar untuk menghadapi segala penderitaan dan kesusahan, merendah diri dan tidak memandang rendah pada orang lain, selain benar dan amanah. Agama Buddha pula menekankan keyakinan yang berdasarkan kepada pengetahuan. Seseorang penganut agama Buddha mestilah mempunyai pemikiran yang rasional dan mengambil keputusan yang bijak tanpa menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Ajaran Hinduisme mengajar penganutnya untuk mempercayai Tuhan dan segala-galanya datang daripada Tuhan dan Tuhan akan memberikan keputusan yang bijak tanpa menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Semua ajaran agama terutamanya agama Islam walaupun amalannya berbeza tetapi nilainya menjurus kepada satu arah iaitu kebaikan ,keamanan ,kaharmonian ,kesejahteraan , kesepakatan dan sebagainya KESIMPULANYA ,kita sebagai MANUSIA bukan sahaja perlu mengamalkan nilai-nilai murni ajaran agama masing-masing dalam kehidupan tetapi juga perlu menghormati nilai-nilai dan amalan agama kaum-kaum lain.

Anda mungkin juga menyukai