Anda di halaman 1dari 11

MUHAMMAD HAZWAN BINTI HASSAN SITI HAJAR BINTI ISTAMAR NURUL AMANI BINTI MOHAMAD SITI NAJWA BINTI

MOHD TAHIR

JENIS-JENIS AYAT DALAM BAHASA MELAYU

Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.Ayat di gunakan bagi menyatakan maklumat, membuat pertanyaan , memberi arahan , dan menunjukkkan perasaan.

Terdapat empat jenis ayat dalam bahasa Melayu iaitu (1) Ayat Penyata (2) Ayat Tanya (3) Ayat Perintah (4) Ayat Seru

AYAT PENYATA
Definisi : 1. Ayat yang diucapkan untuk tujuan melakukan suatu pernyataan atau mengemukakan keterangan tentang sesuatu perkara. 2. Ayat penyata sering juga disebut ayat keterangan. 3.contoh:

Mereka berkumpul di padang sekolah. Orang Inggeris itu fasih berbahasa Melayu Bangunan sekolah sudah tua. Pemuda itu membawa ibunya ke klinik.

AYAT TANYA
Definisi : Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda, manusia, binatang dan sebagainya. Ayat tanya terbahagi kepada dua iaitu : a. Ayat Tanya Dengan Kata Tanya. b. Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya. Contohnya i. Berapakah harga kasut itu? ii. Sudahkah adik minum susu? iii. Bagaimanakah layanglayang itu dibuat?

Ayat Tanya Dengan Kata Tanya. 1.Ayat ini menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, berapa, bila, mana, bagaimana, kenapa dan mengapa. 2. Diakhiri dengan partikel -kah. Contoh : Siapakah nama bapa kamu ? Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya 1.Ayat ini tidak menggunakan kata tanya. 2. Ayat ini diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata. 3. Dalam penulisan, lambang tanda tanya digunakan (?) contoh : Kamu belum hantar buku itu ?

AYAT PERINTAH
Definisi : Bertujuan menimbulkan tindak balas daripada orang kedua. Umumnya tindak balas dapat diperolehi melalui suruhan, larangan, silaan, dan permintaan. suruhan, larangan,silaan dan permintaan, maka ayat perintah menggunakan kata perintah seperti jangan, usah, sila, jemput, minta, tolongdan sebagainya.

Ayat perintah terbahagi kepada empat : a. Ayat Suruhan b.Ayat Permintaan c.Ayat Larangan d.Ayat Silaan Contohnya: a. Ayat Suruhan 1. Ayat ini bertujuan memberi arahan atau perintah. 2. Partikel -lah boleh digunakan untuk tujuan melembutkan ayat. Contoh : 1. Hantarlah buku itu sebelum pulang. 2. Turunlah dari sini sekarang juga. 3. Cuci kasut kamu. b. Ayat Permintaan 1. Ayat ini bertujuan memohon pertolongan dan permintaan. 2. Ia menggunakan perkataan tolong dan minta pada permulaan ayat. Contoh : 1.Tolong bawakan minuman ini ke dapur. 2. Minta hadirin semua bergerak ke ilik jamuan. 3. Tolong jemurkan pakaian itu.

c. Ayat Larangan 1. Ayat ini bertujuan melarang melakukan sesuatu. 2. Ia menggunakan kata silaan seperti usah, tak usah dan jangan. 3. Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan ayat. Contoh : 1. Jangan minum air itu. 2. Usahlah menangis lagi. 3. Jangan petik bunga itu. d. Ayat Silaan 1. Ayat ini bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang. 2. Ia menggunkan kata silaan seperti sila dan jemput pada permulaan ayat. 3. Partikel -lah boleh digunakan. Contoh : 1. Sila bawa sejadah bila ke surau. 2.Jemputlah menikmati 3.Datanglah ke rumah saya.

AYAT SERUAN
Definisi : Diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan, dan terkejut, sakit, hairan dan sebagainya. Ayat seruan diakhiri dengan tanda seru ( ! ) Tanda seru biasanya terletak diakhir ayat. Ayat seru dimulai oleh kata seru seperti Oh, Cis, Wah, Amboi dan sebagainya.Contohnya: i. Amboi, cantiknya baju kamu! ii. Aduh, sakitnya perut aku! iii. Oh, dia sudah pergi ke sekolah !

RUMUSAN JENIS-JENIS AYAT


Ayat penyata, perintah, tanya, seruan digunakan dalam kehidupan harian secara formal dan tidak formal. Setiap jenis ayat mempunyai intonasi dan tujuannya tersendiri. Setiap intonasi itulah yang membezakan jenis-jenis ayat.

http://miskirana.blogspot.com/2009/09/p engenalan-ayat-ialah-unitpengucapan.html http://www.tutor.com.my/stpm/jenis_ayat /jenis_ayat.htm http://ms.wikipedia.org/wiki/Jenisjenis_ayat_bahasa_Melayu#Ayat_perint ah http://www.oocities.org/yus7441/index.ht m

Anda mungkin juga menyukai