Anda di halaman 1dari 10

1

NOTA TATABAHASA

DISEDIAKAN OLEH : PUTERI DAMIA BT ABDULLAH


KELAS : 3 EDINBURGH
NO MAKTAB : CP201121
2

GOLONGAN KATA
(A) KATA NAMA

 Kata nama Am
Boleh di bahagikan kepada dua iaitu kata nama am konkit dan kata nama am abstrak
1. Konkrit : nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
2. Abstak : nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.

Contoh kata nama am : ayah, guru, kucing, kerana, lelaki

 Kata nama Khas

1. Kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda
sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang manakala benda-
benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan
sebagainya.

Contoh kata nama khas : Amir, Aisyah, Wan, Toyota, Produa, Malaysia

 Kata ganti nama


o perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.
o Kata ganti diri terdiri daripada:
a) kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga);
b) kata ganti diri singkat;
c) kata ganti tanya;
d) kata ganti tempat; dan
e) kata ganti tak tentu.
3

(B) KATA KERJA

 Kata kerja transitif


Kata kerja transitif ialah kata kerja yang diikuti oleh objek yang terdiri daripada frasa nama
untuk melengkapkan maksudnya.

Contoh ayat :
1. Kakak suka menonton drama.
(Kata kerja “menonton mesti disertai dengan objek, iaitu “drama” supaya maksud ayat ini
lengkap)
2. Emak sedang menjahit baju.
(Kata kerja “menjahit” mesti disertai dengan objek iaitu “ baju” supaya maksud ayat ini
lengkap)

 kata kerja tak transitif


Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut kerana sudah
sempurna maknanya dengan tidak memerlukan objek dan boleh berdiri sendiri di dalam
ayat.

Contoh ayat :
Ayah sedang tidur
(kata kerja ‘tidur’ jelas menunjukkan perbuatan ayah tidak memerlukan objek sebahai
pelengkap )
4

(C) KATA ADJEKTIF


Kata adjektif menerangkan sifat atau keadaan bagi suatu kata nama atau frasa nama

 waktu
- menerangkan konsep masa
- contoh – baru,lambat,cepat,lama
-
 Bentuk
- Menerangkan bentuk atau rupa
- Contoh – petak,bulat

 Jarak
- Menerangkan konsep ruang antara dua benda atau keadaan
- Contoh – jauh,dekat

 Ukuran
- Menerangkan ukuran
- Contoh – tebal,nipis,tinggi

 Keaadaan / sifat
- Menerangkan sifat atau keadaan
- Contoh – cerdik,cantik

 Cara
- Menerangkan kelakuan / ragam
- Contoh – pantas,perlahan

 Warna
- Menerangkan warna
- Contoh – biru,merah,coklat

 Perasaan
- Menerangkan konsep perasaan
- Contoh – rindu,pemalu,cinta

 Pancaindera
- Menerangkan konsep bau,sentuh,dengar,lihat dan rasa
- Contoh – wangi,kasar,bising
5

(D) KATA TUGAS

1. KATA PENYAMBUNG AYAT

 Kata hubung gabungan


o an
o atau
o tetapi
o serta
o lalu

contoh ayat -
1. Mereka mungkin akan bercuti di Bangkok atau Bandung
2. Farhana lulus ujian memandu tetapi rakannya tidak

 Kata hubung pancangan


o Agar
o Apabila
o Biarpun
o Hingga
o Jika

2. KATA PARAFASA
1. Pekerja itu telah pulang. (kata bantu aspek)
2. Masakan isteri saya paling sedap. (kata penguat)
3. Anak siapakah yang menangis ini? (kata tanya)
4. Ayah tidak ke pejabat pagi tadi. (kata nafi)
5. Senaman ringan adalah baik untuk kesihatan. (kata pemeri)
6. Pengawal keselamatan itu berjaga hingga pagi. (kata sendi)
7. Para pemain berlatih di tengah padang. (kata arah)
8. Ibu membubuh sedikit garam ke dalam masakannya. (kata bilangan)
6

3. KATA PRAKLAUSA

 Kata tanya
- Kata tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu. Lazimnya kata tanya disertai
bentuk penegas -kah dan hadir di bahagian hadapan ayat
- terdapat tanda soal (?) di bahagian akhir ayat
contohnya :
1. Bilakah awak hendak ke pejabat pos?
2. Berapakah harga buku itu?

 Kata perintah
- Kata perintah ialah kata tugas yang hadir di hadapan ayat perintah

Contohnya :

o 1 .Jangan ambil buku daripada almari itu.


o Sila masuk ke dewan sekarang juga.
o Tolong kembalikan borang ini sebelum akhir bulan

 Kata seru
- Kata seru ialah perkataan yang digunakan untuk menyampaikan perasaan-perasaan
seperti marah, sakit, hairan, geram, terperanjat, dan ejekan.
- Kata seru berada di hadapan ayat dan pada akhir ayat diletakkan tanda seru (!).

Contohnya :

o Cis, penakut rupanya!


o Aduh, sakitnya kakiku!

 Kata pembenar dan kata pangkal ayat


- Dua lagi kata tugas dalam subjenis kata praklausa ialah kata pembenar dan kata
pangkal ayat, masing-masing tidak begitu kerap digunakan dalam bahasa Melayu dan
tidak pula menimbulkan kesukaran. Contoh kata pembenar ialah benar dan ya,
sementara contoh kata pangkal ayat ialah maka, arakian, hatta, dan sebermula.
7

BENTUK KATA

1. KATA TUNGGAL
- Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang berdiri sendiri tanpa menerima sebarang
imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan pemajmukan

2. KATA TERBITAN

 Kata terbitan kata nama


o terhasil daripada proses pengimbuhan.
o terhasil daripada kata nama

contoh :

 Kata terbitan kata kerja


o terhasil daripada proses pengimbuhan.
o terhasil daripada kata kerja.

Contoh :
8

 Kata terbitan kata adjektif


o terhasil daripada proses pengimbuhan.
o terhasil daripada kata adjektif

contoh :

3. KATA MAJMUK

 Kata majmuk istilah khusus


o Terdiri daripada kata yang digunakan untuk merujuk kepada istilah-istilah tertentu
dalam sesuatu bidang ilmu.
o Selalunya kata ini digunakan dalam bidang Sains, Matematik dan Geografi.
o Contoh :

1. Garis pusat 5.Mata pelajaran


2. Kertas kerja 6.Reka bentuk
3. Segi tiga 7.Tabung uji
4. Cari gali 8.Keratan rentas

 Kata majmuk bebas


o mempunyai hubungan antara perkataan yang pertama dan kedua, bermakna setiap
perkataan mempunyai maknanya tersendiri.
o Contoh :
1. Jalan raya
9

2. Beg tangan
3. Jam tangan
4. Bandar raya
5. Meja tulis

 Kata majmuk mantap


o Kata majmuk yang sudah mantap merupakan perkataan yang biasanya dieja sebagai
satu perkataan.
o Contoh :
1. Antarabangsa 4.Bumiputera
2. Warganegara 5.Kakitangan
3. Olahraga 6.Beritahu
4. KATA GANDA

 Kata ganda penuh


o Kata ganda penuh ialah kata dasarnya diulang dan digandakan sepenuhnya dan
penggunaannya mestilah diberi tanda sempang ‘-‘.
o Contoh :
1. alat-alat
2. awal-awal
3. baik-baik
4. benar-benar
5. besar-besar

 Kata ganda separa


o Kata ganda separa ialah kata ganda yang mengalami pengulangan suku kata pertama
pada kata asalnya.
o Contoh :
1. bola-bola= bebola
2. kuda-kuda= kekuda
3. laki-laki= lelaki
4. kabu-kabu= kekabu
5. tamu-tamu= tetamu

 Kata ganda berentak


o perkataan yang ditambah mengalami perubahan bunyi.
o Contoh :
1. huru-hara
2. kering-kontang
3. kuih-muih
4. mundar-mandir
10

5. gunung-ganang

Anda mungkin juga menyukai