Anda di halaman 1dari 24

NOTA TATABAHASA SPM

TATABAHASA

Kata nama

Kata nama adalah golongan kata yang terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu nama am,
nama khas, ganti nama dan nama terbitan.

Kata Nama Am

Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti
orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan
sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah:

orang: ayah, polis, perempuan dll.

haiwan: ayam, itik, buaya dll.

benda: televisyen, komputer, bank dll.

tempat: stadium, jalan raya, pulau dll.

Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit ialah
nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama
sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata
dasar dan kata terbitan.

Contoh: buai -> buaian

Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu
benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah
nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul
buku, nama bangunan, dan sebagainya.

Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Contoh
perkataan ditunjukkan seperti di bawah:

benda: Sri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll

orang: Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll

binatang: Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll

tempat: Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll


Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

Kata Ganti Nama

Kata ganti nama ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai
penunjuk. Kata ganti nama penunjuk terbahagi kepada dua iaitu penunjuk bersifat menerangkan
(contohnya ini, itu), dan penunjuk bersifat pertanyaan (contohnya siapa, apa, mana).

Kata ganti diri pula terbahagi kepada tiga:

diri pertama:saya, beta, aku, patik, kami, kita, daku

diri kedua: awak, engkau, kamu, anda, saudara, saudari, tuan hamba

diri ketiga: ia, dia, beliau, mereka, baginda, -nya

Kata Nama Terbitan

Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan. Imbuhan yang membentuk kata
nama terbitan boleh diletakkan di awal kata ( awalan ), di akhir kata ( akhiran ), di awal dan di akhir
kata ( apitan ) dan diselitkan di tengah perkataan ( sisipan).

Kata kerja

Kata kerja merupakan golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku
atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja
terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan
tidak Melampau ).

Kata Kerja Transitif

Kata kerja transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.
Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ). Ayat yang menggunakan kata
kerja transitif mesti mempunyai penyambut ( objek ). Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan
‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil,
mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

Kata Kerja Transitif Aktif

Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama dan ayatnya
berbentuk aktif. Kata kerja transitif aktif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper,
memper...i, dan memper...kan.

Kata Kerja Transitif Pasif


Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja yang disertai oleh objek, dan ayatnya berbentuk pasif. Kata
kerja transitif pasif menggunakan imbuhan di-.

Penyambut Kata Kerja Transitif Pembuat

Radio itu didengari Atan.

Burung itu ditangkap oleh seekor kucing.

Sayur itu dijual oleh seorang perempuan.

Ikan itu dijala oleh Pak Abu.

Surat itu sedang ditulis oleh bapa

Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri
pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Kata kerja ini tidak memerlukan
penyambut. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap'
dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.

Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap

Kata kerja ini memerlukan pelengkap. Pelengkap merupakan kata atau frasa yang melengkapkan
ayat supaya tidak kelihatan tergantung dan bukannya satu objek (penyambut).

Kami mandi di tasik.

Dia senyum semasa berjalan.

Air sungai beransur surut.

Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap

Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut mahupun pelengkap. Selalunya berada di hujung ayat.

Rumahnya roboh.

Radio itu berbunyi.

Turunnya Union Jack itu, Jalur Gemilang pula berkibar

Kata sifat
Adjektif, juga dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti
manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi.

Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa
nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat,
sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar

Jenis jenis kata adjektif

Kata adjektif terbahagi kepada 9 subgolongan:

1. Sifat-menerangkan sifat keadaan atau seseorang

contoh: baik, cerdik, berani, lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat

2. warna - contoh: merah, jingga, ungu, putih, hitam, kuning langsat

3. ukuran - contoh: pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, ternipis

4. bentuk -contoh: bujur, lurus,

5. waktu - contoh: lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam

6. jarak - contoh: dekat, hampir, jauh

7. cara - contoh: selalu, jarang, kadang kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah

8. pancaindera

• rasa: sedap, lazat, manis, pahit, lemak, pedas, payau, masam,masin

• pandang: buruk, hodoh, jelita, cantik, tampan

• dengar:bising, sunyi, senyap

• bau: busuk, wangi, hangit, hapak

• sentuh: kesat, kasar, lembab, halus, licin

9. perasaan - contoh: takut, seram, benci, rindu, marah, senang, sayang, gembira

Pangkat pangkat adjektif

Pangkat pangkat atau tahap adjektif ada empat:

Pangkat biasa

Ia dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa. Contoh:

• Baju dia cantik.


• Buah betik itu manis.

Pangkat perbandingan

Ia merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang. Contoh:

• Tenaganya sekuat Badang.

• Buah jambu itu semanis gula.

Pangkat menyangat

Ia menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat, amat, benar-benar dan sebagainya.
Contoh:

• Cuaca hari ini sangat mendung.

• Buah rambutan ini terlalu masak.

Pangkat penghabisan

Ia menerangkan adjektif paling atau penghabisan. Contoh:

• Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tinggi di Malaysia.

• Menara KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia.

Kata sendi

Golongan kata sendi adalah golongan kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama
dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat. Kata sendi menunjukkan perkaitan antara satu
perkataan/frasa dengan perkataan/frasa yang lain.

Contoh:

• Buku di pejabat (kata nama + kata sendi + kata nama)

• Menyelam sambil minur air (kata kerja + kata sendi + frasa kerja)

• Rosak kerana banjir melanda (kata sifat + kata sendi + frasa nama)

Fungsi kata sendi

Ada lima fungsi kata sendi:

1. Menunjukkan tempat atau arah : melalui jalan dalam,pada fikiran saya

2. Menunjukkan masa : dalam tahun lepas,sewaktu bulan biru


3. Menunjukan sebab akibat : Kemalangan berlaku kerana jalan licin, Sebab mulut badan binasa

4. Menunjukkan pelaku : Perlawanan akhir itu dimenangi oleh Kedah FA

5. Menunjukkan mangsa : Perompak itu kena belasah

Bahagian kata sendi

Kata sendi boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama:

• Sendi nama

• Sendi kata

Sendi nama

Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa/kata nama. Antara kata sendi nama
yang biasa digunakan ialah:di,ke,kepada,pada,dari,daripada,seperti,dengan

Sendi kata

Kata sendi kata ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa/kata kerja, kata sifat dan kata tugas.

bagi,sambil ,selepas,sebelum

Bentuk kata sendi

Kata sendi juga boleh dibahagikan mengikut bentuknya:

Sendi tunggal ; antara,bagai,demi, hingga,kerana,sejak

Sendi berimbuhan :bagaikan,berikut,mengingat, merupakan,sehubungan,seputar

Sendi majmuk : atas sebab,bagaimanapun,dalam hal,daripada di antara,kepada,oleh kerana,selain


,daripada

Ayat inti (bahasa Melayu)

Ayat inti ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu
dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang kesamaran makna. Umpamanya, jika anda
menyatakan "Emas ialah logam", tiada tafsiran makna lebih daripada satu. Oleh itu, ayat inti amat
berguna untuk menjelaskan sesuatu dengan konkrit. Selain itu, sasterawan sering menggunakan ayat
inti untuk mempercepatkan jalan cerita, atau untuk menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca.

Dalam bahasa Melayu, terdapat empat pola ayat inti:


1. Frasa Nama + Frasa Nama

2. Frasa Nama + Frasa Kerja

3. Frasa Nama + Frasa Adjektif

4. Frasa Nama + Frasa Sendi

Frasa ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu patah kata atau rentetan beberapa patah kata
yang berfungsi sebagai konstituen dalam ayat, sama ada sebagai subjek, predikat, objek atau
keterangan. Frasa tiada subjek dan predikat. Frasa tidak membawa maksud yang lengkap yang boleh
dikatakan sebagai satu ayat.

Frasa Nama + Frasa Nama

Contoh:

1. Ali jiran saya.

2. Kami jiran.

3. Kucing mamalia.

4. Itu guru.

Kesalahan yang biasa berlaku

Kesalahan yang agak meluas berasal khususnya daripada mereka yang bersikap keinggerisan.
Mereka menganggap bahawa perkataan "seorang", "sebuah", dan sebagainya harus disisipkan untuk
mewakili artikel a dan an dalam bahasa Inggeris. Umpamanya, ayat (1) di atas dianggap tidak
lengkap jika tidak ditulis sebagai "Ali seorang guru". Yang lebih bersikap keinggerisan menganggap
ayat yang betul-betul sempurna ialah: "Ali ialah seorang guru." Mereka menganggap "ialah" sebagai
terjemahan kopula seperti is dan are dalam bahasa Inggeris. Jadi timbullah anggapan yang salah
bahawa sesuatu ayat itu tidak sempurna jika tiadanya "ialah" ataupun "adalah".

Walau bagaimanapun, perkataan "adalah" boleh disisipkan dalam ayat jika seseorang hendak
menegaskan maksud, umpamanya:

1. Ali adalah guru.

2. Kucing adalah mamalia.

Kata "adalah" dalam ayat-ayat itu digunakan apabila timbul keraguan yang dapat dibayangkan
dengan adanya pertanyaan yang menggunakan kata adakah seperti:

1. Adakah Ali guru?


2. Adakah kucing mamalia?

Kata "adalah" dalam ayat-ayat di atas samalah dengan kata "benarkah" atau "betulkah".
Bagaimanapun, ayat yang disertai "adalah" bukan ayat inti lagi.

Frasa Nama + Frasa Kerja

Contoh:

1. Saya menulis rencana.

2. Kami berdiri.

3. Kucing ini menangkap tikus.

4. Syarikat itu membuka kilang.

Predikat ayat inti untuk pola ini dapat diperluas dengan menggunakan kata bantu yang terbahagi
dua:

1. kata bantu aspek: akan, belum, masih, sedang, sudah, telah;

2. kata bantu modaliti: boleh, dapat.

Letak kata bantu ialah sebelum kata kerja. Selain itu, predikat untuk ayat ini dapat diperluas dengan
menggunakan keterangan seperti: Saya duduk di kerusi. "Di kerusi" ialah keterangan tempat.

Kesalahan yang biasa berlaku

Kata kerja transitif

Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan kata kerja transitif tanpa objek.

Salah : Syarikat itu membuka di Pulau Pinang

Betul : Syarikat itu membuka kilang di Pulau Pinang.

Salah : Kami membincangkan tentang masalah itu.

Betul : Kami membincangkan masalah itu.

Kata kerja intransitif

Satu kesalahan lagi ialah penggunaan kata kerja intransitif tanpa diikuti oleh kata sendi apabila
predikat diperluas.
Salah : Saya sedar perkara itu .

Betul : Saya sedar akan perkara itu.

Salah :Dia masih ingat kejadian itu.

Betul : Dia masih ingat akan kejadian itu.

Frasa Nama + Frasa Adjektif

Contoh:

1. Dia bijak.

2. Kami lapar.

3. Anjing itu garang.

4. Pisau ini tajam.

Predikat ayat pola ini dapat dluaskan dengan menggunakan kata penguat yang terbahagi tiga:

1. penguat depan: begitu

2. penguat belakang: sekali, betul

3. penguat bebas: sangat

Kesalahan yang biasa berlaku

Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan kata penguat secara berlebihan:

Salah : Dia begitu bijak sekali

Betul : Dia begitu bijak.

Betul : Dia bijak sekali.

Salah : Anjing itu sangat garang betul.

Betul : Anjing itu sangat garang.

Betul : Anjing itu garang betul.

Frasa Nama + Frasa Sendi

Contoh:

1. Saya ke Kuala Lumpur


2. Dia di sekolah.

3. Kami di rumah.

4. Buku ini untuk adik.

Kesalahan yang biasa berlaku

Kesalahan yang biasa berlaku ialah anggapan bahawa frasa sendi tidak boleh berdiri sendiri tanpa
kata kerja. Contohnya, ada orang yang beranggapan bahawa:

• ayat (1) mesti ditulis: Saya pergi ke Kuala Lumpur; atau

• ayat (4) mesti ditulis: Buku ini dibeli untuk adik.

Sebenarnya baik disertai kata kerja atau tidak, ayat-ayat itu betul belaka.

Hukum D-M

Hukuman D-M ialah peraturan menyusun kata nama majmuk dan ayat yang mendahulukan unsur
yang diterangkan (diringkaskan sebagai D) dan mengemudiankan kata sifat yang menerangkan
(diringkaskan sebagai M). Istilah Hukum D-M diperkenalkan oleh Prof. St. Takdir Alisjahbana dalam
bukunya, Tatabahasa Baru Melayu Indonesia.

Kesalahan yang biasa berlaku

Kesalahan yang biasa berlaku, khususnya di kalangan orang yang bersikap keinggerisan, disebabkan
oleh kekeliruan antara susunan kata nama majmuk bahasa Melayu dengan kata nama majmuk
bahasa Inggeris. Sebilangan kesalahan yang sering berlaku adalah seperti berikut:

Kesalahan Padanan bahasa Inggeris Pembetulan

Salah : dalam lain perkataan

Betul :dengan kata-kata lain

Salah : lain-lain perkara

Betul : perkara-perkara lain

Salah : Minah Restoran

Betul : Restoran Minah

Salah : Dunlop tayar

Betul : tayar Dunlop

Salah : goreng pisang

Betul : pisang goreng


Kata hubung (bahasa Melayu)

Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan:

• perkataan dengan perkataan;

• rangkai kata dengan rangkai kata; dan

• ayat dengan ayat.

Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:

1. Kata hubung gabungan

2. Kata hubung pancangan

o Kata hubung pancangan relatif

o Kata hubung pancangan komplemen

o Kata hubung pancangan keterangan

3. Kata hubung pasangan.

1. Kata hubung gabungan

Menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya. Contoh kata ialah dan, atau, serta, tetapi,
malahan, sambil, tetapi, sementara, sebaliknya, seterusnya.

Contoh ayat:

• Pemanah itu melepaskan anak panah, tetapi tidak mengena sasaran kerana busurnya patah.

• Belum tentu... sama ada pergi rumah kawan atau balik kampung,’’ katanya.

• Dia mengelak, lantas menikam.

2.Kata hubung pancangan

Kata hubung pancangan relatif

Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan
ini menggunakan kata hubung yang.

Contoh ayat:

• Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah.

• Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya.

• Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah.


Kata hubung pancangan komplemen

Kata hubung ini menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama.
(Komplemen bermaksud pelengkap). Jadi, klausa klausa pancangan komplemen itu melengkapkan
klausa utama. Kata hubung yang berperanan begitu ialah bahawa dan untuk.

Contoh ayat:

• Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A.

• Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.

• Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai.

Kata hubung pancangan keterangan

Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama. -Kata
hubung itu ialah kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun,
hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun, dan
sesungguhnya.

Contoh ayat:

• Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.

• Saya berkawan dengannya semenjak kecil

3.Kata hubung berpasangan

Kata hubung ini selalunya wujud dalam berpasangan dan merupakan gabungan kata hubung
pancangan dan kata hubung gabungan. Kata hubung itu ialah baik...mahupun, baik...baik, bukan
sahaja... malah, entah...entah,jangan...pun, kian...kian, sama ada... ataupun, sedangkan...inikan pula,
semakin...semakin, sungguhpun...tetapi, dan walaupun...namun..

Contoh ayat:

• Kian lama kian banyak orang yang ke sana.

• Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah

Imbuhan kata nama bahasa Melayu

Kata Nama menerima empat jenis imbuhan; awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Imbuhan awalan
ialah imbuhan yang berada di hadapan kata akar, contohnya pe(N), me(N), ter dan sebagainya.
Imbuhan akhiran terletak di akhir kata akar dan imbuhan apitan mengapit kata akar. Imbuhan
sisipan pula tersisip di tengah perkataan.

Awalan

ke-

Awalan "ke-" boleh membentuk kata bilangan himpunan, kata bilangan tingkat dan kata nama.
Huruf akar akan kekal biarpun setelah digabung dengan kata imbuhan ini. Bukan semua perkataan
boleh digabungkan dengan awalan "ke-". Kebanyakannya memerlukan akhiran -an untuk
membentuk perkataan yang tepat. Awalan "ke-" boleh membawa maksud berikut kepada kata
dasar:

• penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud kata dasar (kata nama):
kekasih, ketua, kemudi

pe(n)-

Imbuhan awalan "pe(n)-" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan
dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:

• alatan/perkakas: pembakar, pengasah, penukul, penapis

• orang yang membuat: penulis, pencipta, pentadbir

• sesuatu yang menyebabkan jadi...: pengasih, pemanis, pendingin

• orang yang selalu atau suka...: penidur, pemalas, perokok

• orang yang mempunyai sifat...:pemalu, pemurah, pembengis

• milik sifat seseorang: pemuda, pembesar

• ukuran bagi waktu atau tempat: pemeluk, penanak, pelaung

• hasil atau kesan daripada sesuatu: penyakit, pendapat

Imbuhan "pe(n)-" berpadan fungsinya dengan imbuhan "me(n)-" untuk kata kerja.

pe-

Imbuhan awalan "pe-" (tanpa pembolehubah (n) dalam "pe(n)-") menerbitkan kata nama memberi
maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya. Berbeza dengan imbuhan "pe(n)-",
imbuhan "pe-" hanya boleh digunakan untuk manusia, iaitu seperti berikut:
• pelaku tindakan dalam kata dasar: pesaing, peserta

• penerima tindakan atau kesan dalam kata dasar: pesalah, pesakit

per-

Imbuhan awalan "per-" digunakan untuk mengimbuhkan kata dasar yang sering dijadikan kata kerja
dengan berimbuhkan awalan "ber-".

juru-

Awalan "juru-" digunakan untuk mendukung penanda makna ahli atau orang yang terlibat secara
langsung dengan maksud pekerjaan kata dasar dan boleh bergabung dengan kata dasar daripada
golongan kata nama, kata kerja, dan akar. Contoh-contohnya adalah seperti berikut:

• juru- + kata nama: juruwang, jurubahasa

• juru- + kata kerja: jurukira, jurujual, juruselam, juruterbang

• juru- + akar kata: jurutera, jurumudi

Akhiran

-an

Imbuhan akhiran "-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan
dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut.

• benda, bahan yang dilakukan kata dasar: kiriman, makanan

• hasil perbuatan kata dasar: tulisan, bungkusan

• tempat yang disifatkan kata dasar: ruangan

• benda kata dasar yang besar atau luas: lautan

Apitan

ke-…-an
Imbuhan apitan "ke-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada
perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:

• hasil perbuatan kata dasar: keberanian, kepercayaan

• keadaan yang disifatkan kata dasar: keindahan, keselesaan

pe(n)-…-an

Imbuhan apitan "pe(n)-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada
perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:

• perbuatan: pemeriksaan, pemilihan

• hasil perbuatan: pembangunan, pelaburan

Imbuhan "pe(n)-…-an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "me(n)-" untuk kata kerja.

per-…-an

Imbuhan apitan "per-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada
perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:

• perbuatan: pertandingan, pergeseran

• tempat: perumahan, perkuburan

Imbuhan "pe(n)-…-an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "ber-" untuk kata kerja.

Sisipan

Sesetengah kata dasar boleh diubah atau diperkuat maknanya dengan dibubuh imbuhan sisipan "-
el-", "-em-", "-er-" dan "-in-". Contoh: tapak → telapak; kuning → kemuning.

JENIS-JENIS AYAT

Ayat perintah

Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan, suruhan,
permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan.
Perintah : Berdiri di atas kerusi itu.

Suruhan : Ikat tali kasut anda dengan betul.

Larangan : Jangan pergi ke sungai yang dalam airnya.

Permintaan : Tolong angkat baju itu.

Ajakan : Mengucaplah banyak-banyak.

Silaan : Sila jamu selera.

Doa : Syukurlah kamu sudah kembali.

Harapan : Harap-harap hari tidak hujan.

Perhatikanlah bahawa ayat-ayat di atas mempunyai susunan yang sama, iaitu subjeknya tidak
dinyatakan. Ini disebabkan subjeknya nyata dan merujuk kepada orang yang ayat perintah itu
ditujukan.

Contoh-contoh di atas juga menunjukkan bahawa awalan "ber" dan "meN" kekadang tidak
digugurkan. Aturan yang perlu dipegang ialah:

• Untuk kata kerja intransitif (kata kerja yang tidak memerlukan objek): awalan tidak boleh
digugurkan.

• Untuk kata kerja transitif (kata kerja yang memerlukan objek): awalan meN hendaklah digugurkan.

Ayat nafi

Ayat nafi ditandai oleh adanya kata "bukan" dan "tidak". Secara umum, ayat nafi digunakan untuk
menafikan atau menidakkan sesuatu, umpamanya:

Dia tidak berpengalaman, tetapi cekap.

Aurora bukan jururawat, tetapi doktor.

Disamping itu, ayat nafi boleh juga digunakan untuk menekankan atau menegaskan sesuatu maksud.
Contohnya:

Ayat biasa : Cadangannya harus diketepikan.

Ayat nafi : Cadangannya tidak perlu kita pedulikan.

Ayat biasa : Kerja ketua memang susah.

Ayat nafi : Kerja ketua tidak pernah senang.


Walaupun kedua-dua ayat dalam setiap pasangan di atas mempunyai maksud yang sama, ayat nafi
menekankan maksudnya, sedangkan ayat biasa menyatakan maksud secara biasa sahaja.

Peranan ayat nafi sebagai penegas maksud juga boleh diperhatikan dalam ayat tanya, umpamanya:

1. Bukankah orang itu guru kamu?

2. Tidakkah kamu ingin menyertai peraduan itu?

3. Anda sudah faham, bukan?

Penggunaan dengan frasa nama

Secara umum, kata nafi "bukan" digunakan apabila frasa yang mengikutinya ialah frasa nama.
Contohnya:

1. Ini bukan kucing.

2. Malaysia bukan negara republik.

3. Gajah bukan haiwan yang terbesar di dunia.

Selain itu, "bukan" juga boleh digunakan untuk frasa yang lain daripada frasa nama dalam hubungan
seperti yang berikut:

1. Dia bukan bodoh, tetapi malas.

2. Dia bukan belajar, tetapi bermain.

Kata "bukan" dalam kedua-dua ayat itu boleh juga digantikan dengan "kata tidak":

1. Dia tidak bodoh, tetapi malas.

2. Dia tidak belajar, tetapi bermain.

Bagaimanapun, penggantian "bukan" dengan "tidak" menyebabkan sedikit perubahan maksud.


Penggunaan "tidak" hanya menyatakan maksud secara biasa, sedangkan penggunaan "bukan"
menekankan pertentangan dua keadaan secara jelas.

Penggunaan dengan frasa sendi

Untuk frasa sendi, kata nafi bukan dan tidak digunakan menurut kesesuaian, umpamanya:

1. Saya tidak ke sekolah hari ini kerana sakit.

2. Saya bukan dari sektor kerajaan.

3. Malaysia bukan di benua Afrika.

4. Buku ini bukan untuk anda.


Kata "bukan" dan "tidak" dalam keempat-empat ayat di atas tidak boleh saling berganti. Oleh sebab
itu, perhatian harus diambil dalam penggunaan kata "bukan" dan "tidak".

Kesalahan yang biasa berlaku

Kesalahan yang biasa berlaku untuk ayat nafi ialah kekeliruan antara penggunaan kata "bukan" dan
"tidak".

Ayat tanya

Ayat tanya dalam bahasa Melayu boleh dibentuk dengan tiga cara:

Cara-cara untuk membentuk ayat tanya

1. Membubuh tanda tanya pada akhir ayat penyata

Ayat penyata Ayat tanya

Tetamu sudah tiba. Tetamu sudah tiba?

Buah itu sudah masak. Buah itu sudah masak?

Mereka hendak menolong kita. Mereka hendak menolong kita?

Dengan tidak mengubah susunan ketiga-tiga ayat di atas, ayat-ayat tanya boleh dibentuk dengan
tanda tanya di hujung ayat-ayat penyata. Dalam pertuturan, ayat tanya di atas dinyatakan dengan
suara menaik pada akhir ayat.

2. Menggunakan partikel "kah"

Ayat-ayat tanya dalam bahagian di atas juga boleh disungsang melalui penggunaan partikel "kah"
untuk mencipta ayat tanya songsang:

Ayat penyata : Tetamu sudah tiba.

Ayat tanya : Sudah tibakah tetamu?

Ayat penyata : Buah itu sudah masak.

Ayat tanya : Sudah masakkah buah itu?

Penggunaan partikel "kah" dalam jenis ayat tanya ini adalah penting untuk mengelakkan kesamaran
makna.
3. Menggunakan pelbagai kata

Ayat tanya juga boleh dibentuk dengan menggunakan kata ada, apa, bila, bagaimana, berapa,
mengapa, mana, dan siapa.

Kata Ayat tanya

Tanpa partikel "kah" Dengan partikel "kah"

Apa : Apa yang kamu beli tadi?

Apakah yang kamu beli tadi?

Bagaimana : Bagaimana cara untuk mendaftar diri?

Bagaimanakah cara untuk mendaftar diri?

Bila : Bila ayah kamu pulang?

Bilakah ayah kamu pulang?

Kecuali kata "ada", yang lain dapat berdiri sendiri tanpa partikel "kah". Bagaimanapun, partikel "kah"
sering digunakan untuk maksud penegasan.

Kesalahan yang biasa berlaku

Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan partikel "kah" di hujung ayat. Umpamanya:

• Tetamu sudah tibakah?

• Buah itu sudah masakkah?

• Mereka hendak menolong kitakah?

Kesalahan ini tertimbul kerana dipengaruhi oleh bahasa sehari-hari seperti berikut:

• Tetamu sudah tibake?

• Buah itu sudah masakke?

• Mereka hendak menolong kitake?

"Ke" sebagai bentuk ucapan sehari-hari bagi "kah" tidak boleh digunakan dalam tulisan. Selain itu,
"kah" tidak boleh digunakan di hujung ayat.

Ayat songsang
Dalam ayat songsang, predikat terletak pada awal ayat dan subjek pula terletak pada hujung ayat. Ini
merupakan hal yang terbalik dalam ayat biasa:

AYAT BIASA → SUBJEK + PREDIKAT

AYAT SONGSANG → PREDIKAT + SUBJEK

AYAT PASIF → OBJEK + KATA KERJA + SUBJEK

Ayat songsang memberikan lagi satu cara untuk menyatakan sesuatu supaya membantu
menghidupkan tulisan anda. Penggunaan ayat songsang sekali sekala akan menyebabkan bahasa
anda akan lebih indah dan segar. Selain itu, ayat songsang amat berguna jika anda perlu
menekankan predikat, dan bukan subjeknya. Semua jenis ayat dapat disongsangkan.

Susunan biasa Susunan songsang

Ayat inti

Encik Yosri birokrat. Birokratlah Encik Yosri.

Kucing itu ke sana. Ke sana kucing itu.

Orang itu adik kamu? Adik kamukah orang itu?

Kamu belum makan? Belum makankah kamu?

Surat itu akan saya kirimkan. Akan saya kirimkan surat itu.

Saya ketinggalan bas pada hari itu. Ketinggalan bas saya pada hari itu.

Perhatikanlah bahawa dalam setengah-tengah ayat seperti di atas, partikel "kan" (untuk ayat tanya)
dan partikel "lah" (untuk ayat berita) perlu digunakan supaya jelas bentuk ayat songsang itu.

Ayat inti

Ayat inti ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu
dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang kesamaran makna. Umpamanya, jika anda
menyatakan "Emas ialah logam", tiada tafsiran makna lebih daripada satu. Oleh itu, ayat inti amat
berguna untuk menjelaskan sesuatu dengan konkrit. Selain itu, sasterawan sering menggunakan ayat
inti untuk mempercepatkan jalan cerita, atau untuk menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca.

Ayat gabungan

Ayat gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat yang digabungkan menjadi satu
ayat dengan menggunakan kata penghubung seperti dan, serta, atau, tetapi, lalu, dan sebagainya
untuk mengaitkan pendapat yang berhubungan antara satu dengan yang lain. Bahasa Melayu
mempunyai enam pola ayat gabungan, iaitu:

1. Ayat dengan ayat

2. Subjek dengan subjek

3. Predikat dengan predikat

4. Adverba dengan adverba

5. Objek dengan objek.

6. Ayat gabungan dengan kata penghubung yang berpasangan.

Ayat pancangan

Ayat pancangan ialah ayat gabungan yang terdiri daripada satu ayat besar dan satu klausa (ayat
kecil), umpamanya:

• Keluarga Ali berpindah ke Kuala Lumpur kerana penukaran kerjanya.

• Jika hari hujan, saya tidak akan keluar dari rumah.

• Angkatan tentera British tertewas di Singapura walaupun mempunyai lebih askar berbanding
dengan tentera Jepun

Analisis Kesalahan Bahasa

Ejaan dan Tanda Baca

Ejaan yang digunakan ialah ejaan menurut Sistem Ejaan Rumi yang dilaksanakan pada tahun 1972.
Ejaan ini juga digunakan dalam semua kamus-kamus terutamanya Kamus Dewan.

Calon harus memberikan perhatian terhadap perkara berikut:

a. Sistem keselarasan vokal

b. Ejaan kata terbitan

c. Ejaan kata majmuk

d. Ejaan kata pinjaman

Sistem Keselarasan Vokal

Pengguna bahasa Melayu terutamanya bangsa asing amat gemar menggunakan sistem keselarasan
vokal yang tidak tepat. Hal ini boleh didefinasikan sebagai pengaruh dialek.

Contohnya: hebuh, sinalai, olih, keleja

Sepatutnya : heboh, senarai, oleh, kerja


Ejaan Kata Terbitan

Awalan meN- menjadi men- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf d,c,j, sy
dan z, serta perkataan pinjaman yang mengandungi gugus konsonan yang bermula dengan huruf t
dan s.

Contohnya :

deru - menderu

duga - menduga

caci - mencaci

Ejaan Kata Majmuk

Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya dianggap sudah mantap dan
dieja sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut mempunyai dua kata dasar.
Perkataan yang demikian dieja sebagai satu perkataan. Bentuk tersebut ialah:

tanggungjawab

olahraga

tandatangan

matahari

suruhanjaya

jawatankuasa

sukarela

warganegara

setiausaha

kakitangan

pesuruhjaya

bumiputera

antarabangsa

beritahu

kerjasama
Selain contoh yang ditunjukkan di atas, ejaan kata majmuk ditulis terpisah.

Contoh:

jalan raya

tunjuk ajar

ambil alih

kuat kuasa

kenal pasti

ibu bapa

campur aduk

daya serap

Ejaan Kata Pinjaman

Kesalahan penggunaan ejaan kata pinjaman merupakan akibat pengaruh ejaan bahasa sumber bagi
kata yang telah mantap, kekeliruan antara bunyi sebutan dengan sistem visual bagi ejaan dan ejaan
kata khusus yang menggunakan nombor.

Contoh:

klas, plan, klab, gran - kelas, pelan, kelab, geran

psikoloji, otomatik, kota - psikologi, automatik, kuota

dekad ke 10, abad ke 20 - dekad ke-10, abad ke-20

Perbendaharaan Kata

Calon mestilah mempunyai perbendaharaan kata yang luas supaya senang mengenal pasti kesalahan
penggunaan kosa kata. Di samping itu, pemilihan kata mestilah bersesuaian dengan maksud sesuatu
ujaran.

1. Kata-kata yang mempunyai konotasi yang tertentu

Setiap perkataan mempunyai makna konotasi dan denotasi. Misalnya, perkataan “kesan” dan
“akibat”. Perkataan kesan bermaksud “apa-apa yang timbul daripada sesuatu tindakan, keputusan
yang boleh jadi baik atau buruk. Manakala perkataan “akibat” bermaksud kesan yang buruk akibat
perbuatan dan tindakan. Oleh yang demikian calon harus memilih konteksnya yang sesuai.

Contoh:
(a) Kesan daripada keletihannya berlatih bola sepak menyebabkannnya terpelecok lalu jatuh.

- Kata akibat lebih sesuai digunakan kerana mempunyai konotasi yang tidak baik.

(b) Sistem lampu isyarat yang baru diperkenalkan itu mengakibatkan perjalanan kereta menjadi tidak
lancar.

- kata menyebabkan lebih sesuai untuk menerangkan situasi ini.

Penggunaan Bentuk Jamak

Penggunaan bentuk jamak sering kali disalahgunakan, bukan sahaja dalam situasi lisan tetapi juga
dalam tulisan. Kadang kala, bilangan sudah dinyatakan tetapi kata nama masih digandakan untuk
menunjukkan maksud jamak.

Salah : Semua peserta-peserta diminta bersiap sedia.

Betul : Semua peserta diminta bersiap sedia.

Salah : Para-para jemputan diminta memakai pakaian kebangsaan.

Betul : Para jemputan diminta memakai pakaian kebangsaan.

Salah : Semua pelajar-pelajar diminta memakai lencana sekolah.

Betul : Semua pelajar sekolah diminta memakai lencana sekolah.

Penggunaan Kata Ganti Nama Diri

Penggunaan kata ganti nama diri yang sesuai amat penting apabila kita berkomunikasi dengan lawan
tutur. Kita kerap menemui penggunaan kata ganti nama diri yang tidak tepat dengan situasi
penggunaan bahasa.

Salah : Serigala itu mati. Ia ditembak oleh pemburu.

Betul : Serigala itu mati. Serigala itu ditembak pemburu.

Salah : Apakah yang mereka tulis?

Betul : Apakah yang ditulis oleh mereka?

Salah : Beliaulah pelajar yang selalu ponteng Kelas Bahasa Melayu.

Betul : Dialah pelajar yang selalu ponteng kelas Bahasa Melayu.

Anda mungkin juga menyukai