Kata nama
Kata nama adalah golongan kata yang terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu nama am,
nama khas, ganti nama dan nama terbitan.
Kata Nama Am
Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti
orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan
sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah:
Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit ialah
nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama
sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata
dasar dan kata terbitan.
Contoh: buai -> buaian
Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
benda: Sri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
orang: Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
binatang: Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
tempat: Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
Kata kerja
Kata kerja merupakan golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku
atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja
terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan
tidak Melampau ).
Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut mahupun pelengkap. Selalunya berada di hujung ayat.
Rumahnya roboh.
Radio itu berbunyi.
Turunnya Union Jack itu, Jalur Gemilang pula berkibar
Kata sifat
Adjektif, juga dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti
manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi.
Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa
nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat,
sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar
Pangkat menyangat
Ia menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat, amat, benar-benar dan sebagainya. Contoh:
• Cuaca hari ini sangat mendung.
• Buah rambutan ini terlalu masak.
Pangkat penghabisan
Ia menerangkan adjektif paling atau penghabisan. Contoh:
• Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tinggi di Malaysia.
• Menara KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia.
Kata sendi
Golongan kata sendi adalah golongan kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama
dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat. Kata sendi menunjukkan perkaitan antara satu
perkataan/frasa dengan perkataan/frasa yang lain.
Contoh:
• Buku di pejabat (kata nama + kata sendi + kata nama)
• Menyelam sambil minur air (kata kerja + kata sendi + frasa kerja)
• Rosak kerana banjir melanda (kata sifat + kata sendi + frasa nama)
Sendi nama
Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa/kata nama. Antara kata sendi nama
yang biasa digunakan ialah:di,ke,kepada,pada,dari,daripada,seperti,dengan
Sendi kata
Kata sendi kata ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa/kata kerja, kata sifat dan kata tugas.
bagi,sambil ,selepas,sebelum
Frasa ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu patah kata atau rentetan beberapa patah kata
yang berfungsi sebagai konstituen dalam ayat, sama ada sebagai subjek, predikat, objek atau
keterangan. Frasa tiada subjek dan predikat. Frasa tidak membawa maksud yang lengkap yang boleh
dikatakan sebagai satu ayat.
Satu kesalahan lagi ialah penggunaan kata kerja intransitif tanpa diikuti oleh kata sendi apabila
predikat diperluas.
Contoh:
1. Dia bijak.
2. Kami lapar.
3. Anjing itu garang.
4. Pisau ini tajam.
Predikat ayat pola ini dapat dluaskan dengan menggunakan kata penguat yang terbahagi tiga:
Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan kata penguat secara berlebihan:
Contoh:
2. Dia di sekolah.
3. Kami di rumah.
Kesalahan yang biasa berlaku ialah anggapan bahawa frasa sendi tidak boleh berdiri sendiri tanpa
kata kerja. Contohnya, ada orang yang beranggapan bahawa:
Sebenarnya baik disertai kata kerja atau tidak, ayat-ayat itu betul belaka.
Hukum D-M
Hukuman D-M ialah peraturan menyusun kata nama majmuk dan ayat yang mendahulukan unsur
yang diterangkan (diringkaskan sebagai D) dan mengemudiankan kata sifat yang menerangkan
(diringkaskan sebagai M). Istilah Hukum D-M diperkenalkan oleh Prof. St. Takdir Alisjahbana dalam
bukunya, Tatabahasa Baru Melayu Indonesia.
Kesalahan yang biasa berlaku, khususnya di kalangan orang yang bersikap keinggerisan, disebabkan
oleh kekeliruan antara susunan kata nama majmuk bahasa Melayu dengan kata nama majmuk
bahasa Inggeris. Sebilangan kesalahan yang sering berlaku adalah seperti berikut:
Menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya. Contoh kata ialah dan, atau, serta, tetapi,
malahan, sambil, tetapi, sementara, sebaliknya, seterusnya.
Contoh ayat:
• Pemanah itu melepaskan anak panah, tetapi tidak mengena sasaran kerana busurnya patah.
• Belum tentu... sama ada pergi rumah kawan atau balik kampung,’’ katanya.
Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan
ini menggunakan kata hubung yang.
Contoh ayat:
Kata hubung ini menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama.
(Komplemen bermaksud pelengkap). Jadi, klausa klausa pancangan komplemen itu melengkapkan
klausa utama. Kata hubung yang berperanan begitu ialah bahawa dan untuk.
Contoh ayat:
• Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A.
Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama. -Kata
hubung itu ialah kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun,
hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun, dan
sesungguhnya.
Contoh ayat:
• Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
Kata hubung ini selalunya wujud dalam berpasangan dan merupakan gabungan kata hubung
pancangan dan kata hubung gabungan. Kata hubung itu ialah baik...mahupun, baik...baik, bukan
sahaja... malah, entah...entah,jangan...pun, kian...kian, sama ada... ataupun, sedangkan...inikan pula,
semakin...semakin, sungguhpun...tetapi, dan walaupun...namun..
Contoh ayat:
Kata Nama menerima empat jenis imbuhan; awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Imbuhan awalan
ialah imbuhan yang berada di hadapan kata akar, contohnya pe(N), me(N), ter dan sebagainya.
Imbuhan akhiran terletak di akhir kata akar dan imbuhan apitan mengapit kata akar. Imbuhan
sisipan pula tersisip di tengah perkataan.
Awalan
ke-
Awalan "ke-" boleh membentuk kata bilangan himpunan, kata bilangan tingkat dan kata nama. Huruf akar
akan kekal biarpun setelah digabung dengan kata imbuhan ini. Bukan semua perkataan boleh digabungkan
dengan awalan "ke-". Kebanyakannya memerlukan akhiran -an untuk membentuk perkataan yang tepat.
Awalan "ke-" boleh membawa maksud berikut kepada kata dasar:• penanda orang atau benda dengan
memberi tumpuan kepada maksud kata dasar (kata nama): kekasih, ketua, kemudi
pe(n)-
Imbuhan awalan "pe(n)-" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang
diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:
-Imbuhan "pe(n)-" berpadan fungsinya dengan imbuhan "me(n)-" untuk kata kerja.-
pe-
Imbuhan awalan "pe-" (tanpa pembolehubah (n) dalam "pe(n)-") menerbitkan kata nama memberi maksud
tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya. Berbeza dengan imbuhan "pe(n)-", imbuhan "pe-"
hanya boleh digunakan untuk manusia, iaitu seperti berikut:
per-
Imbuhan awalan "per-" digunakan untuk mengimbuhkan kata dasar yang sering dijadikan kata kerja dengan
berimbuhkan awalan "ber-".
juru-
Awalan "juru-" digunakan untuk mendukung penanda makna ahli atau orang yang terlibat secara langsung
dengan maksud pekerjaan kata dasar dan boleh bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama,
kata kerja, dan akar. Contoh-contohnya adalah seperti berikut:
Akhiran
-an
Imbuhan akhiran "-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang
diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut.
Apitan
ke-…-an
Imbuhan apitan "ke-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang
diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:
pe(n)-…-an
Imbuhan apitan "pe(n)-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan
dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:
Imbuhan "pe(n)-…-an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "me(n)-" untuk kata kerja.
per-…-an
Imbuhan apitan "per-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar
yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:
Imbuhan "pe(n)-…-an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "ber-" untuk kata kerja.
Sisipan
Sesetengah kata dasar boleh diubah atau diperkuat maknanya dengan dibubuh imbuhan sisipan "-el-", "-em-", "-
er-" dan "-in-". Contoh: tapak → telapak; kuning → kemuning.
JENIS-JENIS AYAT
Ayat perintah
Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan, suruhan,
permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan.
Perhatikanlah bahawa ayat-ayat di atas mempunyai susunan yang sama, iaitu subjeknya tidak
dinyatakan. Ini disebabkan subjeknya nyata dan merujuk kepada orang yang ayat perintah itu
ditujukan.
Contoh-contoh di atas juga menunjukkan bahawa awalan "ber" dan "meN" kekadang tidak
digugurkan. Aturan yang perlu dipegang ialah:
• Untuk kata kerja intransitif (kata kerja yang tidak memerlukan objek): awalan tidak boleh
digugurkan.
• Untuk kata kerja transitif (kata kerja yang memerlukan objek): awalan meN hendaklah digugurkan.
Ayat nafi
Ayat nafi ditandai oleh adanya kata "bukan" dan "tidak". Secara umum, ayat nafi digunakan untuk
menafikan atau menidakkan sesuatu, umpamanya:
Dia tidak berpengalaman, tetapi cekap.
Disamping itu, ayat nafi boleh juga digunakan untuk menekankan atau menegaskan sesuatu maksud.
Contohnya:
Walaupun kedua-dua ayat dalam setiap pasangan di atas mempunyai maksud yang sama, ayat nafi
menekankan maksudnya, sedangkan ayat biasa menyatakan maksud secara biasa sahaja.
Peranan ayat nafi sebagai penegas maksud juga boleh diperhatikan dalam ayat tanya, umpamanya:
Selain itu, "bukan" juga boleh digunakan untuk frasa yang lain daripada frasa nama dalam hubungan
seperti yang berikut:
Kata "bukan" dalam kedua-dua ayat itu boleh juga digantikan dengan "kata tidak":
Untuk frasa sendi, kata nafi bukan dan tidak digunakan menurut kesesuaian, umpamanya:
Kata "bukan" dan "tidak" dalam keempat-empat ayat di atas tidak boleh saling berganti. Oleh sebab
itu, perhatian harus diambil dalam penggunaan kata "bukan" dan "tidak".
Kesalahan yang biasa berlaku untuk ayat nafi ialah kekeliruan antara penggunaan kata "bukan" dan
"tidak".
Ayat tanya
Ayat tanya dalam bahasa Melayu boleh dibentuk dengan tiga cara:
Dengan tidak mengubah susunan ketiga-tiga ayat di atas, ayat-ayat tanya boleh dibentuk dengan tanda tanya di
hujung ayat-ayat penyata. Dalam pertuturan, ayat tanya di atas dinyatakan dengan suara menaik pada akhir
ayat.
2. Menggunakan partikel "kah"
Ayat-ayat tanya dalam bahagian di atas juga boleh disungsang melalui penggunaan partikel "kah" untuk
mencipta ayat tanya songsang:
#Penggunaan partikel "kah" dalam jenis ayat tanya ini adalah penting untuk mengelakkan kesamaran makna
Ayat tanya juga boleh dibentuk dengan menggunakan kata ada, apa, bila, bagaimana, berapa,
mengapa, mana, dan siapa.
Kata Ayat tanya
Kecuali kata "ada", yang lain dapat berdiri sendiri tanpa partikel "kah". Bagaimanapun, partikel "kah" sering
digunakan untuk maksud penegasan.
Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan partikel "kah" di hujung ayat. Umpamanya:
Ayat songsang
Dalam ayat songsang, predikat terletak pada awal ayat dan subjek pula terletak pada hujung ayat. Ini
merupakan hal yang terbalik dalam ayat biasa:
Ayat songsang memberikan lagi satu cara untuk menyatakan sesuatu supaya membantu
menghidupkan tulisan anda. Penggunaan ayat songsang sekali sekala akan menyebabkan bahasa
anda akan lebih indah dan segar. Selain itu, ayat songsang amat berguna jika anda perlu
menekankan predikat, dan bukan subjeknya. Semua jenis ayat dapat disongsangkan.
Susunan biasa Susunan songsang
Surat itu akan saya kirimkan. Akan saya kirimkan surat itu.
Saya ketinggalan bas pada hari itu. Ketinggalan bas saya pada hari itu.
Perhatikanlah bahawa dalam setengah-tengah ayat seperti di atas, partikel "kan" (untuk ayat tanya)
dan partikel "lah" (untuk ayat berita) perlu digunakan supaya jelas bentuk ayat songsang itu.
Ayat inti
Ayat inti ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu
dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang kesamaran makna. Umpamanya, jika anda
menyatakan "Emas ialah logam", tiada tafsiran makna lebih daripada satu. Oleh itu, ayat inti amat
berguna untuk menjelaskan sesuatu dengan konkrit. Selain itu, sasterawan sering menggunakan ayat
inti untuk mempercepatkan jalan cerita, atau untuk menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca.
Ayat gabungan
Ayat gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat yang digabungkan menjadi satu
ayat dengan menggunakan kata penghubung seperti dan, serta, atau, tetapi, lalu, dan sebagainya
untuk mengaitkan pendapat yang berhubungan antara satu dengan yang lain. Bahasa Melayu
mempunyai enam pola ayat gabungan, iaitu:
Ayat pancangan
Ayat pancangan ialah ayat gabungan yang terdiri daripada satu ayat besar dan satu klausa (ayat
kecil), umpamanya:
• Keluarga Ali berpindah ke Kuala Lumpur kerana penukaran kerjanya.
• Angkatan tentera British tertewas di Singapura walaupun mempunyai lebih askar berbanding dengan
tentera Jepun
Ejaan yang digunakan ialah ejaan menurut Sistem Ejaan Rumi yang dilaksanakan pada tahun 1972.
Ejaan ini juga digunakan dalam semua kamus-kamus terutamanya Kamus Dewan.
Pengguna bahasa Melayu terutamanya bangsa asing amat gemar menggunakan sistem keselarasan
vokal yang tidak tepat. Hal ini boleh didefinasikan sebagai pengaruh dialek.
Awalan meN- menjadi men- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf d,c,j, sy
dan z, serta perkataan pinjaman yang mengandungi gugus konsonan yang bermula dengan huruf t
dan s.
Contohnya :
deru - menderu
duga - menduga
caci - mencaci
Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya dianggap sudah mantap dan
dieja sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut mempunyai dua kata dasar.
Perkataan yang demikian dieja sebagai satu perkataan. Bentuk tersebut ialah:
Kesalahan penggunaan ejaan kata pinjaman merupakan akibat pengaruh ejaan bahasa sumber bagi
kata yang telah mantap, kekeliruan antara bunyi sebutan dengan sistem visual bagi ejaan dan ejaan
kata khusus yang menggunakan nombor.
Contoh:
Perbendaharaan Kata
Calon mestilah mempunyai perbendaharaan kata yang luas supaya senang mengenal pasti kesalahan
penggunaan kosa kata. Di samping itu, pemilihan kata mestilah bersesuaian dengan maksud sesuatu
ujaran.
1. Kata-kata yang mempunyai konotasi yang tertentu
Setiap perkataan mempunyai makna konotasi dan denotasi. Misalnya, perkataan “kesan” dan
“akibat”. Perkataan kesan bermaksud “apa-apa yang timbul daripada sesuatu tindakan, keputusan
yang boleh jadi baik atau buruk. Manakala perkataan “akibat” bermaksud kesan yang buruk akibat
perbuatan dan tindakan. Oleh yang demikian calon harus memilih konteksnya yang sesuai.
Contoh:
(a) Kesan daripada keletihannya berlatih bola sepak menyebabkannnya terpelecok lalu jatuh.
- Kata akibat lebih sesuai digunakan kerana mempunyai konotasi yang tidak baik.
(b) Sistem lampu isyarat yang baru diperkenalkan itu mengakibatkan perjalanan kereta menjadi tidak lancar.
Penggunaan bentuk jamak sering kali disalahgunakan, bukan sahaja dalam situasi lisan tetapi juga
dalam tulisan. Kadang kala, bilangan sudah dinyatakan tetapi kata nama masih digandakan untuk
menunjukkan maksud jamak.