Anda di halaman 1dari 7

KATA NAMA AM

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda,


perkara atau konsep yang umum sifatnya. Contohnya:
benda: alam,dunia,cakerawala,pohon,orang
perkara: iklim,cahaya,roh,udara,hisapan
konsep: kedamaian,perpindahan,keadilan

Kata nama am boleh pula dibahagikan kepada kumpulankumpulan hidup atau tak hidup, manusia atau bukan
manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau
abstrak, berbilang atau tak berbilang, seperti yang berikut
ini:

Berikut dibincangkan secara terperinci golongan kata


nama am tersebut:
Kata nama am hidup manusia

Kata nama jenis ini ialah perkataan yang merujuk


manusia, iaitu bersifat hidup dan mendukung makna
nama am. Contoh kata nama daripada jenis ini adalah
seperti yang berikut:
guru

murid

bayi

ibu

penoreh

jutawan

Kata nama am hidup bukan manusia


Kata nama jenis ini terdiri daripada perkataan yang
merujuk benda-benda hidup jenis bukan manusia dan
mendukung makna nama am. Contohnya:
gajah

hantu

burung

syaitan

pokok

bidadari

Kata nama am tak hidup institusi


Kata nama jenis ini terdiri daripada perkataan yang
merujuk badan atau institusi yang bersifat tidak hidup
tetapi mendukung makna nama am. Kata nama institusi
ini boleh dikenal pasti melalui kehadiran perkataan

kepada dan daripada sebelum kata nama institusi


demikian. Contohnya:

Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit


Kata nama jenis ini merujuk benda-benda yang bukan
institusi tetapi konkrit sifatnya. Kebanyakan kata nama
dalam golongan ini merujuk tempat. Perkataan demikian
tidak dapat didahului oleh sendi nama kepada dan
daripada, tetapi sebaliknya didahului oleh ke dan dari.
Contohnya:

Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang


Kata nama jenis ini merujuk benda-benda atau perkaraperkara yang tidak hidup, bukan institusi dan abstrak
sifatnya tetapi boleh dibilang, yakni dapat disertai oleh
kata bilangan. Contohnya:

Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak


berbilang
Kata nama jenis ini merujuk benda-benda atau perkaraperkara yang bukan jenis hidup, bukan institusi, abstrak
sifatnya dan tidak dapat dibilang. Contohnya adalah
seperti yang berikut:
roh

ketibaan

hawa

kemunculan

iklim

ajaran

kecantikan

ganjaran

keadilan

kehendak

Penggolongan kata nama[sunting | sunting sumber]


Penggolongan kata nama adalah berdasarkan ciri-ciri makna (atau semantik).

Kata nama khas[sunting | sunting sumber]


Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama orang,
haiwan, benda, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Biasanya,
dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Kata nama khas boleh
dibahagikan kepada subgolongan

Hidup > Manusia / Bukan manusia

Tak hidup

Rajah kata nama khas.

Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Contoh
perkataan ditunjukkan seperti di bawah:
Kata nama khas hidup

Kata nama khas hidup bukan

Kata nama khas tak

manusia

manusia

hidup

Aminah

Melayu
Jibrail

Puan Marita Tan


Tengku Abdullah
Prof. Fatimah
Senator Wong Ah Meng
Doktor Muthusamy

Proton Waja
Tumpuk

Thailand

Sang Kancil

Piala Thomas

Hevea brasilia (pokok getah)

Istana Budaya

Kata nama am[sunting | sunting sumber]

Tan Sri

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep umum [2] seperti dalam
contoh di bawah:

Gambar rajah kata nama am.

benda: sekolah, kereta, cakerawala


perkara: roh, udara, iklim
konsep: kesejahteraan, perpisahan, keindahan
Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am
konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am
abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua-dua
kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.
Contoh: buai -> buaian
Seterusnya kata nama am boleh dibahagikan kepada jenis-jenis yang lebih kecil
berdasarkan ciri makna perkataannya, seperti berikut:
1. Kata nama am hidup manusia: petani, ayah, ibu, sasterawan, pelukis,
jurujual
2. Kata nama am hidup bukan manusia: ayam, pokok, harimau, malaikat,
ikan, bidadari
3. Kata nama am tak hidup institusi: sekolah, persatuan, perpustakaan,
hospital, pejabat pos, stesen bas
4. Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit: rumah, lautan, langit,
cakerawala, kereta, pekan
5. Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang: senyuman,
bayangan, pendapat, cadangan

6. Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang: iklim,
keindahan, ajaran, hasrat
Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

Anda mungkin juga menyukai