Anda di halaman 1dari 10

Golongan kata dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada 4

golongan utama iaitu :Kata Nama


Kata Kerja
Kata Adjektif
Kata Tugas

1.1

KATA NAMA

Kata nama ialah kata yang menyatakan nama benda, haiwan, manusia
dan tempat.
- Terbahagi kepada 4 jenis iaitu
i.
Kata Nama Am
ii.
Kata Nama Khas
iii.
Kata Nama Terbitan
iv.
Kata Ganti Nama
i.

Kata Nama Am
Kata nama am digunakan untuk menyebut nama benda, haiwan,
manusia dan tempat secara umum.
Contoh :
Kata Nama Am
Benda
Haiwan
Manusia
Tempat

Contoh
almari, buku, cawan, kereta
burung, kucing, harimau
askar, guru, pelajar, doktor
Bandar, klinik, surau, taman

Contoh Penggunaan dalam Ayat


Siti suka menonton televisyen
Adik suka bermain dengan kucing
Pelajar itu sedang bersenam
Mereka bersiar-siar di taman bunga.

PERINGATAN : Kata nama am ditulis dengan huruf kecil


kecuali pada awal ayat.
ii.

Kata Nama Khas

Kata Nama Khas digunakan untuk menyatakan nama benda, haiwan,


manusia dan tempat yang tertentu. Huruf pertama kata nama khas
mesti dieja dengan huruf besar.
Contoh :
Kata Nama
Khas
benda

Contoh
Casio, Parker, Proton Waja

haiwan

Pak Belang, Si Comel, Sang


Kancil, Sang Rangkak
manusia
Nabilah, Nazihah, Naufal,
Hee Lan, Selvi
tempat
Pasir Mas, Machang,
Kelantan, Johor Bahru
iii.
Kata Nama Terbitan

Contoh Penggunaan
dalam Ayat
Ayah membeli sebuah
kereta ProtonWaja
Kucing Siti itu bernama Si Comel
Nabilah bekerja sebagai doktor
Keluarganya berasal dari Kelantan

Kata nama terbitan terbentuk daripada kata nama, kata kerja, kata
adjektif, kata sendi nama dan kata hubung, dengan diberi imbuhan peN-,
-an, ke-..-an, peN-..-an, peR-..-an dan bagainya.

Daripada
kata nama
kata kerja
kata adjektif
kata sendi
nama
kata hubung

Kata Dasar
berita, dasar, menteri, pasar
baca, soal, tulis, bangun,
bulat, manis, jujur, kaya
oleh, untuk

Kata Nama Terbitan


pemberita, daratan, kementerian
pembaca, soalan, pembangunan
bulatan, pemanis, kekayaan
perolehan, peruntukan

kecuali, serta

kekecualian, penyertan

iv.

Kata Ganti Nama


Kata ganti nama ialah kata yang digunakan untuk mengantikan kata
nama. Kata ganti nama terbahagi kepada beberapa golongan, iaitu :Kata Ganti Nama Diri
Kata Ganti Nama Tunjuk
Kata Ganti Nama Tanya
Kata Ganti Nama Tempat
Kata Ganti Nama Tak Tentu

Kata Ganti Nama Diri


Digunakan untuk menggantikan nama seseorang. Kata ganti nama ini
digunakan khas untuk manusia. Ada 3 jenis kata ganti nama diri :1. Kata Ganti Nama Diri Pertama
2. Kata Ganti Nama Diri Kedua
3. Kata Ganti Nama Diri Ketiga
1. Kata Ganti Nama Diri Pertama
- Digunakan untuk diri orang yang bercakap, Kata Ganti nama diri ini
terbahagi kepada 2 iaitu :
Bentuk tunggal

Bentuk jamak
Bentuk

Tunggal
Jamak

Contoh Kata Ganti Nama Diri


Pertama
saya, aku, beta, hamba, patik
kami, kita

2. Kata Ganti Nama Diri Kedua


- Digunakan untuk diri orang yang dilayan atau diajak bercakap.
Bentuk
Tunggal
Jamak

Contoh Kata Ganti Nama Diri


Kedua
anda, awak, engkau, kamu
Anda sekalian, awak semua, kamu
berdua,

3. Kata Ganti Nama Diri Ketiga


- Digunakan untuk diri orang yang dicakapkan halnya.
Bentuk
Tunggal
Jamak

Contoh Kata Ganti Nama Diri


Kedua
dia, ia, beliau, baginda
mereka

Penggunaan Kata Ganti Nama Diri


KGN Diri
Pertama
Saya

Penggunaan
-

Aku

Beta

berhadapan dengan orang yang baru dikenali /


orang asing
dengan teman-teman
suasana rasmi
hubungan rapat, mesra, dan sedarjat serta doa
kepada tuhan.
Tidak boleh digunakan untuk orang orang tua,
majlis rasmi serta surat menyurat rasmi.
Digunakan oleh raja dan sultan

Patik
Kami
Kita

Orang biasa ketika bertutur dengan raja dan sultan.


Merujuk orang yang bertutur tetapi tidak termasuk
orang yang menjadi teman berbicara.
- Merujuk orang yang betutur dan menjadi teman
bertutur.

KGN Diri Kedua


anda
awak
engkau

kamu

Penggunaan
Tidak ada hubungan langsung atau pertemuan
bersemuka seperti iklan, surat pekeliling.
- teman sebaya, atau kawan rapat
- Dua pihak yang rapat dan untuk tuhan.
- Tidak boleh diguanakan untuk orang yang lebih tua
umurnya atau lebih tinggi tarafnya.
- Digunakan oleh orang dewasa spt ibu bapa, guru
kepada kanak-kanak.

KGN Diri Ketiga


dia / ia
beliau
-

baginda
mereka

Penggunaan
Untuk orang biasa kepada umum.
Tidak sesuai untuk orang yang berpangkat tinggi
orang yang terhormat, mulia, dan berjasa spt ibu
bapa, guru, menteri, pahlawan.
- Tidak boleh digunakan untuk pencuri, penjenayah,
kanak-kanak.
- Digunakan untuk raja atau sultan
- Diri orang ketida dan bilangannya lebih daripada
seorang.

BENTUK KATA GANTI NAMA DIRI


Ada dua bentuk ata ganti nama diri dalam bahasa Melayu iaitu :1. Bentuk penuh

2. Bentuk singkat
Bentuk Penuh
aku
engkau
kamu
dia / ia

Bentuk Singkat
ku
kau
mu
nya

Catatan

Kata ganti nama diri singkat mesti ditulis serangkai dengan kata
dasar

Kata ganti nama diri penuh mesti ditulis terpisah sebagai kata yang
berasingan
Kata ganti nama diri singkat ku- dan mu- sebagai awalan pembentuk
kata kerja pasif ditulis serangkai dengan kata dasar atau kerja tanpa
awalan.

kukubaca
kudengar
kuletakkan

kaukauambil
kaubawa
kauhadapi

kuKupeluk
kurenung
kuterima

kaukaukatakan
kaunantikan
kuserahkan

Kata ganti nama dri singkat ku, -mu, dan nya sebagai objek atau
pemilik ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya.

-ku
gambarku
htiku
mataku
pandanganku
tanganku
wajahku

-mu
ayahmu
bukumu
datukmu
emakmu
kepadamu
suratmu

-nya
anaknya
fikirannya
gelengannya
kecacatannya
kepadanya
sekolahnya

Catatan
Kata ganti nama diri singkat mud an nya bagi nama Tuhan
mengunakan huruf besar sebagai huruf pertama dan ditulis dengan
menggunakan tanda sempang (-)

Bimbinglah hamba-Mu, ya Tuhanku.

Mereka memohon rahmat-Nya dan petunjuk-Nya.

Peringatan
Kata ganti nama diri singkat tidak boleh digunakan sebagai
subjek. Hanya kata ganti nama diri penuh boleh bertugas sebagai
subjek.
Contoh Kesalahan
Pembetulan

Ku pergi sekarang juga.

Aku pergi sekarang juga.

Ku menerima sepucuk surat


Aku menerima sepucuk
pagi tadi.
surat pagi tadi.

Kau harus membeli buku itu.


Engkau harus membeli buku
itu.

Kata Ganti Nama Tunjuk


Kata ganti nama tunjuk digunakan untuk menunjukkan benda, haiwan,
manusia, dan tempat.
i.
ini
Menunjukkan sesuatu yang dekat
ii.
itu
Menunjukkan sesuatu yang jauh
Sebagai subjek ayat
* Ini buku
* Itu guru tingkatan saya

Sebagai Penentu
* Buku ini kepunyaan saya
* Orang itu guru tingkatan saya.

Kata Ganti Nama Tanya


Digunakan untuk menanyakan benda, haiwan. manusia, masa, tempat
dan jumlah atau bilangan.
Peringatan
Jika kata ganti nama tanya digunakan di hadapan ayat, kata penegas
kah mesti digunakan dalam bahasa tulisan yan baku
KGN
TANYA
apa

Penggunaan

Contoh Ayat

untuk benda dan


haiwan

siapa

untuk manusia

bila

untuk masa

mana

untuk tempat dan


benda

Bungkusan itu apa?


Apakah binatang yang bertanduk
itu?
Guru bahasa Melayu kamu siapa?
Siapakah guru bahasa Melayu
kamu?
Hari jadi kamu bila?
Bilakah hari jadi kamu?
Tempat tinggal kamu mana?
Manakah yang lebih bernilai, emas

berapa

menanyakan jumlah

atau intan?
Harga baju ini berapa?
Berapakah halaman buku itu?

Kata Ganti Nama Tempat


Digunakan untuk menunjukkan kedudukan sesuatu tempat
Kata Ganti
Nama
Tempat
sini
sana

situ

Penggunaan

Contoh Ayat

Tempat yang
dekat
Tempat yang
jauh atau agak
jauh
Tempat yang
tidak begitu jauh

Kami sudah bosan tinggal di sini.


Mereka selalu pergi ke sana.

Kawasan di situ sungguh bising.

Kata Ganti Nama Tak Tentu (Ganti Nama Umum)


Digunakan untuk menggantikan benda, manusia, masa, tempat atau hal
yang tidak khusus. Kata ganti nama tak tentu terbentuk dengan
pengulangan kata ganti nama tanya iaitu :Kata Ganti
Kata Ganti
Nama
Nama Tak
Tanya
Tentu
apa
apa - apa

Penggunaan

Contoh Ayat

Menggantikan
benda / hal
yang tidak
khusus

Kami menyokong apa-apa


sahaja yang baik
Tidak ada apa-apa di
dalam beg itu.

siapa

siapa-siapa /
sesiapa

bila

bila-bila

mana

mana-mana

Menggantikan
manusia yang
tidak khusus
Menggantikan
masa yang
tidak khusus
Mengantikan
tempat / hal
yang tidak
khusus

Sesiapa yang melakukan


kesalahan akan didenda.
Kamu boleh
mengambilnya bila-bila
masa sahaja.
Mana-mana yang baik,
jadikanlah teladan.

Anda mungkin juga menyukai