Anda di halaman 1dari 1

Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu akan menganjurkan pertandingan syarahan antara

kelas. Sebagai setiausaha persatuan,kamu ditugaskan menulis sepucuk surat kepada guru
besar untuk meminta kebenaran menggunakan dewan dan peralatan untuk pertandingan
tersebut. Tulis surat tersebut selengkapnya.

Persatuan Bahasa Melayu,


Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa,
16100 Pengkalan Chepa,
Kelantan.
_______________________________________________________________
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa,
16100 Pengkalan Chepa,
Kelantan. 29 Januari 2019

Tuan,
Memohon Kebenaran Menggunakan Dewan Dan Peralatan

Merujuk kepada perkara di atas, Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Pengkalan
Chepa akan menganjurkan satu pertandingan syarahan antara kelas . Oleh yang demikian,
pihak persatuan ingin memohon kebenaran untuk menggunakan dewan sekolah dan peralatan
yang berkaitan.
2. Berikut adalah butiran pertandingan tersebut:-
Tarikh : 5 April 2019
Masa : 8.00 – 10.30 pagi
Tempat : Dewan sekolah
Bilangan Murid : 60 orang
Bilangan guru : 4 orang
3. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat murid-murid dalam
menyampaikan syarahan di samping mencari peserta yang berkebolehan untuk mewakili
sekolah dalam pertandingan syarahan peringkat daerah pada bulan Mei akan datang.

4. Kami berjanji akan menggunakan dewan dan peralatan sebaik mungkin. Kami juga akan
membersihkan dewan dan mengemas peralatan selepas digunakan.

5. Besarlah harapan kami agar permohonan kami ini mendapat perhatian yang sewajarnya
daripada pihak tuan. Pertimbangan dan perhatian pihak tuan, kami dahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar

(NURHUSNINA BT ZAIDI)
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa.

Anda mungkin juga menyukai