Anda di halaman 1dari 3

FORMAT SURAT KIRIMAN RASMI

Alamat Penulis
_______________
_______________
_______________

_________________________________________________________________
________

Jawatan / penerima
Alamat penerima (pejabat, sekolah, dsb)
_______________
_______________
_______________ Tarikh (selari dengan nama negeri)

Tuan / Puan,

Tajuk /Perkara / Hal (Permulaan Perkataan Huruf Besar Dan Gariskan)

Menyatakan tujuan ( perenggan tiada nombor dan rapat di sebelah kiri)

2. ( Menyatakan isi -isi atau hal-hal lain yang berkaitan dengan tajuk. cuba
sampaikan sekurang-kurangnya tiga isi penting yang berkaitan antara satu sama
lain)

3. ( Menyatakan hal-hal lain yang ada hubungannya dengan hal yang kita
kemukakan , misalnya tujuan atau alasan yang boleh memungkinkan
permohonan kita dipertimbangkan.)

4. (harapan/ minta maklum balas)

Penutup (ucapan terima kasih)

Yang benar, ( perhatikan penggunaan huruf yang digunakan)

__________

Nama Penuh ( HURUF BESAR)


Jawatan ( Huruf Kecil )
Soalan : Persatuan Pengakap sekolah kamu akan mengadakan Perkhemahan Tahunan. Sebagai
setiausaha, kamu perlu menulis surat kepada Guru Besar sekolah kamu untuk memohon
mengadakan perkhemahan tersebut.
Tulis surat tersebut selengkap.

CONTOH KARANGAN

Persatuan Pengakap,
Sekolah Kebangsaan Taman Tambun,
14000 Simpang Empat,Pulau Pinang.
__________________________________________________________

Tuan Guru Besar,


Sekolah Kebangsaan Taman Tambun,
14000 Simpang Empat,
Pulau Pinang. 23 FEBRUARI 2017

Tuan,

Memohon Mengadakan Perkhemahan Tahunan Pengakap

Berhubung perkara di atas, Saya Ali bin Abu, setiausaha Pasukan Pengakap Sekolah Kebangsaan
Taman Tambun ingin memohon untuk mengadakan Perkhemahan Tahunan Pasukan Pengakap.

2. Untuk makluman pihak tuan, Ahli Jawatankuasa Persatuan Pengakap sekolah telah merancang
untuk mengadakan aktiviti perkhemahan tahunan. Butir-butir perkhemahan adalah seperti ketetapan
berikut ;

Tarikh : 24 Mac 2017 hingga 26 Mac 2017


Tempat : Padang Sekolah
Peserta : 40 orang ahli pengakap

3. Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah sebagai aktiviti tahunan pertubuhan ini. Selain itu,
perkhemahan ini diadakan untuk memberikan pengalaman di samping dapat memupuk nilai-nilai murni
dalam kalangan murid seperti berdisiplin, bekerjasama, berdikari dan sebagainya.

5. Kami berharap pihak tuan dapat menimbang permohonan ini. Kami juga berharap pihak tuan dapat
memberi maklum balas secepat mungkin agar kami dapat membuat persediaan awal. Sekiranya tarikh
yang kami cadangkan itu tidak bersesuaian, maka pihak tuan bolehlah mencadangkan tarikh yang lain.

Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Aiman Hakim

(AIMAN HAKIM BIN ILHAM)

Setiausaha Persatuan Pengakap


Sekolah Kebangsaan Taman Tambun.
Soalan:

Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu akan menganjurkan pertandingan syarahan antara kelas.
Sebagai setiausaha persatuan, kamu ditugaskan menulis sepucuk surat kepada guru besar untuk
meminta kebenaran menggunakan dewan dan peralatan untuk pertandingan tersebut.
Tulis surat tersebut selengkapnya.

Persatuan Bahasa Melayu,


Sekolah Kebangsaan Sungai Choh,
48000 Rawang,
Selangor.

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sungai Choh,
48000 Rawang,
Selangor. 29 MAC 2016

Tuan,
Memohon Kebenaran Menggunakan Dewan Dan Peralatan

Merujuk kepada perkara di atas, Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Sungai Choh akan
menganjurkan satu pertandingan syarahan antara kelas . Oleh yang demikian, pihak persatuan ingin
memohon kebenaran untuk menggunakan dewan sekolah dan peralatan yang berkaitan.

2. Berikut adalah butiran pertandingan tersebut:-

Tarikh : 5 April 2016


Masa : 8.00 10.30 pagi
Tempat : Dewan sekolah
Bilangan Murid : 60 orang
Bilangan guru : 4 orang

3. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat murid-murid dalam menyampaikan
syarahan di samping mencari peserta yang berkebolehan untuk mewakili sekolah dalam pertandingan
syarahan peringkat daerah pada bulan Mei akan datang.

4. Kami berjanji akan menggunakan dewan dan peralatan sebaik mungkin. Kami juga akan
membersihkan dewan dan mengemas peralatan selepas digunakan.

5. Besarlah harapan kami agar permohonan kami ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada
pihak tuan. Pertimbangan dan perhatian pihak tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar

Nurhusnina

(NURHUSNINA BT ZAIDI)

Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,


Sekolah Kebangsaan Sungai Choh

Anda mungkin juga menyukai