Anda di halaman 1dari 2

Ceritakan tentang kebaikan sahabat-sahabat kamu.

Setiap orang pasti mempunyai sahabat. Saya juga mempunyai ramai sahabat sama ada di sekolah ataupun di
kawasan tempat tinggal saya. Saya suka akan sahabat-sahabat saya ini kerana mereka amat baik dengan saya.

Antara kebaikan sahabat-sahabat saya ini ialah mereka suka membantu saya dalam pelajaran. Misalnya, jikalau saya
menghadapi masalah dalam menyelesaikan soalan Matematik, mereka akan membantu saya mencari penyelesaiannya.
Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan penguasaan saya dalam mata pelajaran Matematik.

Selain itu, sahabat saya juga suka mengajak saya bermain bersama-sama mereka. Contohnya saya suka bermain bola
sepak bersama-sama mereka di padang permainan berhampiran dengan rumah saya. Ini dapat mengeratkan hubungan
persahabatan di samping dapat menyihatkan tubuh badan kami.

Seterusnya sahabat saya ini juga memberikan bantuan jika saya berada dalam kesusahan. Misalnya, saya
pernah kehilangan wang di kantin sekolah. Sahabat saya telah bermurah hati memberikan sedikit wang kepada saya
untuk dibuat belanja membeli makanan.

Akhir sekali, sahabat saya sering meminjamkan buku cerita kepada saya. Contohnya, kami sering bertukar-tukar buku
cerita atau komik yang kami beli di kedai buku. Ini secara tidak langsung dapat menanbahkan pengetahuan kami
bersama.

Kesimpulannya, saya bersyukur kerana mempunyai sahabat-sahabat yang baik hati.Bagai isi dengan kuku begitulah
perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan hubungan persahabatan saya ini. Harapan saya semoga
persahabatan saya ini akan berkekalan

Sekolah kamu telah menganjurkan bulan kemerdekaan. Tuliskan berita tentang bulan kemerdekaan tersebut.

RAWANG, Jumaat- Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri telah menganjurkan Bulan Kemerdekaan pada bulan
Ogos baru-baru ini. Banyak aktiviti menarik telah diadakan sepanjang bulan tersebut.

Tujuan Bulan Kemerdekaan ini diadakan adalah untuk menyemai sikap patriotik dalam kalangan murid-murid.
Di samping itu, aktiviti ini dapat memberi pendedahan kepada murid-murid tentang sejarah kemerdekaan negara.
Murid-murid juga dapat mengenal tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan.

Pada 15 Ogos, upacara perasmian dan pelancaran telah dilakukan oleh puan Guru Besar. Beliau mengingatkan
murid-murid supaya bersyukur dapat tinggal di negara yang aman. Keamanan ini perlu dipertahankan oleh generasi
muda.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan pidato, pertandingan menulis esei, pertandingan melukis
poster dan pameran tentang sejarah kemerdekaan. Pertandingan terbuka untuk murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2.
Pertandingan Kibar Jalur Gemilang antara kelas juga turut diadakan.

Pada acara penutup,Guru Besar telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan. Para
pemenang telah menerima hadiah berupa trofi dan hamper. Sebelum bersurai, semua murid diminta melaungkan
kalimah Merdeka dengan penuh semangat.

Pihak sekolah berharap semangat sayang akan negara tetap terus berkekalan di jiwa setiap murid di sekolah ini.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PENERBITAN MAJALAH

Persatuan Bahasa Malaysia,


Sekolah Kebangsaan Taman Kim Soon,
70400 Seremban,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
_______________________________________________________________________________
Tuan Pengarah Urusan,
Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.,
50-54, Lorong Rahim Kajai 14,
Taman Tun Dr.Ismail,
60000 KUALA LUMPUR. 6 OGOS 2011
Tuan,
Lawatan Sambil Belajar Ke Penerbitan Karangkraf
Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa ahli-ahli Persatuan Bahasa Malaysia sekolah kami bercadang
untuk ke penerbitan tuan. Lawatan tersebut sebagai satu cara untuk mendedahkan ahli dengan pengalaman
penerbitan. Ini selaras dengan hasrat kami untuk menerbitkan buletin persatuan.

2. Ini merupakan lawatan pertama dari sekolah kami ke penerbitan tuan. Ahli-ahli memang berharap sangat
untuk mengetahui cara-cara penerbitan majalah Dewan Pelajar. Untuk pengetahuan tuan, majalah tersebut kami
langgani sebanyak 200 naskah sebulan.

3. Sehubungan dengan itu , bersama-sama ini disertakan butir-butir lengkap untuk maklumat pihak tuan.
3.1. Tarikh : Sabtu, 24 OGOS 2001
3.2. Waktu : 9:30 pagi 11:30 tengahhari
3.3. Peserta : 40 orang murid dan empat orang guru
4. Bagaimanapun, jika tarikh tersebut tidak sesuai, pihak tuan boleh mengubah tarikh lain. Kami sedia menanti
waktu yang sesuai ke tempat tuan. Namun, sama ada kunjungan kami diterima atau tidak, diharapkan berilah
jawapan segera untuk memudahkan kami membuat persiapan.
5. Kerjasama dan perhatian tuan memang kami harapkan. Kami yakin pihak tuan tidak akan mengecewakan harapan
kami. Sesungguhnya ada jalan untuk kami ke penerbitan tuan.
Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Farizah Dakir
(FARIZAH BINTI DAKIR)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Taman Kim Soon

http://anishahsalman.blogspot.my/2012/11/bahasa-melayu-penulisan-bahagian-b.html

Anda mungkin juga menyukai