Anda di halaman 1dari 22

Faedah Menabung ( Syarahan )

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis.Guru Besar, guru-guru serta


rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah
‘Faedah Menabung’.

Hadirin sekalian,

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang


perbelanjaan untuk keperluan pada masa hadapan. Sebagai
contoh, kita boleh mengumpul lebihan wang perbelanjaan
seharian untuk disimpan di bank sebagai tabungan kita. Wang
tabungan yang kita simpan itu bolehlah kita gunakan untuk
pelbagai perkara yang penting pada masa hadapan.
Hadirin sekalian,
Antara faedah menabung ialah dapat membantu kita pada
masa diperlukan. Contohnya menggunakan wang tabungan
tersebut untuk membeli barang keperluan sekolah. Ini tentu
dapat mengembirakan ibu bapa kita terutamanya jika waktu itu
mereka kekurangan wang dan sebagainya.
Selain itu, menabung juga akan memupuk amalan berjimat-
cermat. Kita akan merancang perbelanjaan agar sebahagian wang
perbelanjaan dapat disimpan. Ini akan menjadikan kita berjimat-
cermat dan sentiasa berwaspada agar wang tidak dibelanjakan
sesuka hati.
Di samping itu, menabung boleh mengelakkan kita daripada
terlepas sesuatu peluang baik yang muncul tanpa diduga.
Contohnya, kita dapat membeli buku idaman yang jarang-jarang
ditemui dengan menggunakan wang simpanan. Ini tentu
mengembirakan kita kerana memperoleh apa yang sudah lama
diidamkan sedangkan pada masa itu ibu bapa kita mungkin
kurang mampu untuk membelinya.

Hadiri yang dihormati sekalian,


Seterusnya, menabung juga membolehkan kita membantu orang
lain. Contohnya, kita boleh meminjamkan sebahagian wang
simpanan kita untuk bayaran yuran sekolah adik jika pada masa
itu ibu bapa kita memerlukannya. Ini akan mengeratkan tali
persaudaraan kerana membantu mereka ketika dalam kesusahan.

Setakat ini sahajalah syarahan saya pada pagi ini. Akhir kata, saya
menyeru kepada rakan-rakan supaya menjadikan amalan
menabung sebagai amalan hidup kerana banyak faedah yang
boleh kita diperolehi daripada amalan ini.

Sekian, Terima kasih.


Pertandingan Bercerita ( cerita )
Semasa kamu dan kawan-kawan kamu sedang menunggu bas,
kamu ternampak seorang tua terjatuh di atas jalan raya, semua
barang yang dibawanya bertaburan.Ceritakan tindakan yang
kamu ambil untuk membantunya.

Saya dan kawan-kawan saya menuju ke pondok perhentian bas.


Kami bercadang hendak pergi ke bandar. Saya berhasrat untuk
membeli barang-barang keperluan sekolah dan buku rujukan
UPSR.
Semasa saya menunggu bas, saya terpandang seorang lelaki
tua. Dengan tidak semena-mena, lelaki tua itu terjatuh. Semua
barang yang dibawanya bertaburan di atas jalan raya.
Saya segera membantunya, saya mengutip barang-barang yang
bertaburan diatas jalan raya. Saya memimpin lelaki tua itu ke
pondok perhentian bas. Namun demikian, dia bernasib baik
kerana mengalami luka kecil sahaja.
Lelaki tua itu memberitahu saya bahawa dia dalam perjalanan
pulang ke rumahanaknya. Saya berjanji untuk menghantarnya
pulang. Saya menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu di situ.
Setelah saya dan pak cik tiba di rumah anaknya, dia mempelawa
saya masuk kedalam rumah. Dia menghidangi saya segelas
minuman sejuk. Kami minum bersama-sama. Dia mengucapkan
terima kasih atas pertolongan saya tadi.
Sungguhpun rancangan untuk membeli peralatan sekolah dan
buku rujukan tidak kesampaian, namun saya berasa sungguh
gembira kerana dapat membantu orang yang dalam kesusahan.
Hari Guru ( Surat Tidak Rasmi )
39, Jalan Jenjarum 1,
Seksyen BS 2,
48300 Rawang,
Selangor Darul Eksan.
30 Mei 2013

Menemui sahabatku, Natasha Ali yang berada di Batu Berendam,


Melaka. Ketika saya menulis surat ini saya berada dalam keadaan
sihat. Diharapkan saudari dan keluarga lebih-lebih lagi.
Saudari,
Terima kasih atas kesudian saudari menulis surat kepada saya.
Menjawab pertanyaan saudari tentang Hari Guru di sekolah saya, pada
tahun ini sambutannya sungguh meriah. Pelbagai acara diadakan, baik
persembahan di dewan mahupun aktiviti sekaneka di padang.
Acara dimulakan pada jam 8.00 pagi di dewan sekolah. Majlis
dimulakan dengan ucapan Ketua Murid, diikuti oleh ucapan Tuan Guru
Besar, dan pembacaan ikrar oleh guru-guru.Kemudian, guru-guru
menyanyikan lagu “Guru Malaysia” dan lagu tema Hari Guru.
Kira-kira sejam kemudian, diadakan acara sukaneka di padang
sekolah. Guru-guru dan beberapa orang murid mengambil bahagian.
Diantara acara yang diadakan termasuklah permainan lari di dalam guni,
berjalan menggunakan terompah gergasi, permainan bola sepak tujuh
sebelah.
Kira-kira jam 11.30 pagi, acara diteruskan dengan persembahan
kebudayaan di dewan sekolah. Guru-guru menunjukkan bakat dengan
menyanyi, menari, dan bermain silap mata. Kami merasa besar hati dengan
persembahan guru-guru.
Demikian serba sedikit tentang persembahan Hari Guru di sekolah
saya. Jika ada kelapangan saya akan menulis surat lagi kepada saudari. Saya
akhiri surat ini dengan ucapan terima kasih.
Sahabatmu

Eileen Khoo
Minggu Bahasa Melayu

No 48, Jalan Barli 1/5,


Taman Skudai Kanan,
Bandar Baru UDA ,
81200 Johor Bahru ,
Johor Darul Takzim
1 Mei 2012

Menemui sahabatku Dayang Zakiah yang berada di Bintagor ,Sarawak


mudah-mudahan sihat sejahtera . Saya di sini sihat-sihat sahaja .

Surat saudari telah saya terima seminggu yang lalu .Terima kasih saya
ucapkan atas kiriman surat tersebut .Saya tertarik dengan cerita
saudari tentang tempat-tempat yang menarik di negeri Sarawak
.Mudah-mudahan saya dapat melwat ke sana suatu hari nanti. Apakah
kegiatan menarik yang diadakan di sekolah saudari baru-baru ini ?

Di sekolah saya , Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan Minggu


Bahasa Melayu yang diadakan pada 9 hingga 15 April yang lalu .
Tujuan minggu Bahasa Melayu ini diadakan adalah untuk
menggalakkan pelajar menggunakan bahasa Melayu khususnya
bahasa Melayu baku .Hal ini demikian dapat meningkatkan taraf
penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar .

Berbagai-bagai acara menarik diadakan sepanjang minggu tersebut


.Antara acara-acara tersebut termasuklah pertandingan menulis
esei ,pertandingan membalas pantun dan persembahan drama .
Persembahan drama yang berjudul ‘Sultan Mahmud Mangkat
Dijulang’ amat mempersonakan para penonton.Acara berbalas pantun
pula mencuit hati penonton dengan gelagat para pemantunnya .

Untuk pengetahuan saudari ,saya berasa amat gembira kerana


mendapat tempat pertama dalam pertandingan menulis
esei.Manakala pasukan bahasa kelas saya pula menjadi johan dalam
keseluruhan pertandingan antara kelas. Bagi saya ,Minggu Bahasa
Melayu tersebut berfaedah kepada semua pelajar .Acara-acara yang
diadakan mendedahkan penggunaan bahasa Melayu yang betul
kepada pelajar .

Rasa saya,setakat ini saja yang dapat saya tulis untuk Dayang .Akhir
kata sambutlah salam sejahtera daripada saya . Sekian, terima kasih .

Sahabatmu ,
Ain Suhaina
Faedah Berkebun
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan pada waktu lapang.
Antaranya ialah berkebun. Berkebun dapat mendatangkan banyak
faedah kepada kita.
Antara faedah yang diperoleh daripada berkebun ialah kita dapat
memanfaatkan masa lapang kita. Berkebun dapat menghindarkan kita
daripadamelakukan perkara yang negatif dan tidak berfaedah. Dengan
berkebun, masa senggang kita tidak terbuang begitu sahaja.
Berkebun juga dapat memastikan kesihatan tubuh badan kita
terjamin. Inikerana semasa melakukan kerja-kerja perkebunan, peluh
dikeluarkan. Maka, sistemperedaran darah badan kita menjadi lebih
lancar.
Selain itu, berkebun juga dapat menambahkan pendapatan
keluarga. Kitabukan sahaja boleh menikmati hasil tanaman, bahkan
juga dapat menjual hasilkutipan yang berlebihan itu untuk mendapat
sedikit keuntungan.
Di samping itu, berkebun juga dapat membantu memelihara alam
sekitar sekaligus menghijaukan persekitaran rumah. Keluarga kita juga
akan memperoleh udara yang segar hasil daripada penghasilan
oksigen daripada tumbuh-tumbuhan.
Kesimpulannya, berkebun dapat mendatangkan banyak faedah
kepada kita.Jadi, kita haruslah mengamalkannya demi kebaikan
semua.
Surat untuk mengucapkan tahniah kepada rakan yang menang.

14,Jalan Mewar,
Taman Setia Jaya,
83000 Batu Pahat
Johor.
25 Julai 2019

Menemui sahabat ku Farah yang berada di Sekolah Kebangsaan


Merapoh, semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu.
Syukur, saya serta keluarga di sini sihat walafiat.
Saudari,
Sudah lama saya tidak mendengar berita daripada saudari semenjak
saya bertukar ke Mentakab. Masih ingatkah saudari kapada saya?
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengucapkan tahniah
atas kejayaan saudari dalam pertandingan bercerita baru-baru ini.
Saya mendapat berita tersebut daripada salah seorang sahabat kita
iaitu Amirul yang kebetulan kami bertemu dalam satu majlis
perkahwinan yang kami hadiri baru-baru ini.
Tahniah atas kejayaan saudari itu! Saya merasa amat gembira atas
kejayaan saudari itu kerana saya memang berharap saudari menyertai
pertandingan bercerita semasa kita sama-sama satu sekolah dahulu
lagi. Ini kerana saya yakin saudari boleh memenangi pertandingan
bercerita berdasarkan kepetahan saudari bercerita di kelas dahulu.
Kejayaan saudari ini memang tidak menghairankan kerana saudari
memang pandai bercerita. Saudari sangat berbakat dalam bercerita.
Sebab itulah kawan-kawan amat suka mendengar cerita saudari
apabila saudari bercerita di dalam kelas dahulu. Antara cerita menarik
saudari yang masih saya ingat ialah Kisah "Sesat di Pulau Tioman".
Untuk memperoleh kemenangan tersebut bukanlah sesuatu perkara
yang mudah tanpa bakat dan usaha yang bersungguh-sungguh. Saya
amat menghargai usaha yang telah saudari buat dan berharap saudari
teruskan usaha tersebut dengan lebih giat lagi. Saya mendoakan agar
saudari mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pertandingan
bercerita di peringkat yang lebih tinggi pada suatu hari nanti.
Sampai di sini sahaja coretan saya untuk kali ini. Akhir kata
sambutlah salam mesra daripada saya untuk saudari sekeluarga.
Semoga kita dapat terus berhubung dari masa ke semasa dan dapat
bertemu nanti.
Sekian, Terima kasih
Sahabatmu,
Farid
Tulis karangan tentang cara-cara menjadi murid yang
cemerlangdalam pelajaran.
Setiap orang mahukan keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan.Namun demikian, kecemerlangan tersebut tidak datang
dengan sendirinya,sebaliknya, perlu disusuli dengan usaha yang
bersungguh-sungguh.
Bagi mendapat keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan,seseorang murid perlulah tekun belajar. Contohnya ketika
di dalam kelas,kita perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap
apa yang disampaikan oleh guru. Dengan ini, kita dapat memahami
dan mengingati pelajaran yang disampaikan oleh guru.
Selain itu, kita juga perlu mengulang kaji pelajaran.
Contohnya,apabila di rumah, kita perlu membaca nota pelajaran yang
diberikan oleh guru. Oleh itu, sesuatu topik itu akan kekal dalam
ingatan dan minda kita.
Seterusnya, kita juga boleh mengikuti kelas tambahan yang
dianjurkan oleh pihak sekolah. Ini kerana melalui kelas tambahan,
guru-guru akan memberi penekanan pada topik-topik yang sukar.
kesannya,pemahaman terhadap sesuatu pelajaran itu akan
meningkat.
Di samping itu, kita juga perlu banyak membuat latihan.
Contohnya,latihan-latihan berbentuk soalan peperiksaan perlu kita
lakukan berulangkali. Ini akan memudahkan kita menja!ab soalan-
soalan peperiksaan keranasudah biasa dengan pola-pola soalan
tersebut.
Kesimpulannya, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh
untukmenjadi murid yang cemerlang dalam pelajaran. ejayaan kita
pasti akanmenggembirakan ibu bapa dan guru-guru.
Setiap pelajar seharusnya melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.Tulis
tentang faedah-faedah menyertai kegiatan tersebut selengkapnya.
Aktiviti kokurikulum ialah aktiviti di luar kelas. Contoh aktiviti
kokurikulum ialah perkhemahan, bersukan, berpesatuan dan
sebagainya. Aktiviti kokurikulum mengajar kita untuk berdikari.
Kokurikulum dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman.
Kita akan belajar tentang latar belakang sukan atau persatuan,
matlamat ia ditubuhkan, dan sebagainya. Aktiviti yang disertai seperti
pekhemahan, dan lawatan dapat menambahkan pengetahuan dan
pengalaman hidup.
Kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah. Kita
tidak membuang masa dengan melakukan perkara sia-sia. Aktiviti
kokurikulum yang diadakan diluar waktu sekolah menghindakan murid
dari terdedah kepada unsur negatif yang terdapat di persekitaran.
Selain itu, aktiviti kokurikulum boleh menyihatkan badan dengan
melalui aktiviti sukan. Bersukan akan membuatkan badan kita sihat
dan otak kita cerdas. Bersukan juga boleh meningkatkan pretasi diri.
Akhir sekali, kokurikulum mampu mendisiplinkan serta membentuk
peribadi diri yang mulia untuk diri kita. Ia mengajar murid menepati
masa, bantu membantu antara satu sama lain, bertanggungjawab dan
amanah dalam melakukan tugas.
Setiap murid harus menyertai aktiviti kokurikulum kerana ia
membentuk murid berakhlak mulia dan memupuk jati diri. Aktiviti
kokurikulum juga harus diperluas bagi memberikan lebih banyak
faedah kepada murid-murid.
Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Batik
Pada 3 Jun 2015 yang lalu, Persatuan Bahasa Melayu Sekolah
Kebangsaan Pengkalan Chepa telah mengadakan satu lawatan sambil
belajar ke Kilang Batik Nusa Jaza yang terletak di Kawasan
Perindustrian Pengkalan Chepa.
Tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk menambahkan
pengetahuan ahli-ahli persatuan cara-cara membuat kain batik. Selain
itu, lawatan ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada
ahli-ahli persatuan tentang kepentingan perusahaan batik kepada
ekonomi penduduk setempat.
Lawatan yang disertai oleh tiga puluh orang ahli persatuan dengan
diiringi oleh tiga orang guru ini telah bertolak dari sekolah dengan
sebuah bas. Kami bertolak pada pukul 10.00 pagi dan tiba di kilang
batik tersebut pada pukul 10.30 pagi.
Setibanya di sana, kami telah diberi taklimat oleh pengurus kilang
tersebut. Dalam taklimatnya, pengurus kilang iaitu En. Osman Ahmad
mengucapkan terima kasih atas kesudian kami melawat ke kilang
batiknya. Setelah selesai taklimat kami diiringi oleh dua orang penyelia
kilang tersebut untuk melihat cara-cara memproses kain batik.
Kami sangat terpesona melihat kemahiran para pekerja
mencanting dan melukis batik. Corak-corak batik yang dihasilkan
sangat menarik dan bermutu tinggi. Ahli-ahli persatuan juga mendapat
pengetahuan baru apabila diberi peluang mencanting dan mewarna
batik.
Sebelum pulang, Pihak kilang batik telah memberikan cederamata
berupa sehelai kain batik yang dilukis khas untuk Persatuan Bahasa
Melayu Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa. Kami amat gembira
menerima cenderahati tersebut.
Laporan disediakan oleh, 10 JUN 2015

Amar Muhaimmin
(AMAR MUHAIMIN)

Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa
Cara-cara Menjaga Kesihatan Diri

Kesihatan amat penting kepada kita. Kesihatan tidak dapat dibeli


dengan wang ringgit.

Terdapat pelbagai cara untuk menjaga kesihatan diri.


Antaranya, kita perlu mengamalkan pengambilan makanan
seimbang berpandukan piramid makanan. Ini bagi memastikan badan
kita mendapat zat dan vitamin yang secukupnya.

Selain itu, kita hendaklah sentiasa bersenam. Aktiviti seperti


senamrobik, zumba dan berjoging membolehkan badan kita
mengeluarkan peluh dan sisa toksik badan. Badan kita akan menjadi
cergas di samping menghindari masalah obesiti.

Bukan itu sahaja, kita harus mendapat tidur dan rehat yang
mencukupi. Kita akan lebih bertenaga untuk belajar atau bekerja pada
keesokan harinya. Kita juga dapat menghilangkan stres.

Dalam pada itu, kita mesti menjalani pemeriksaan kesihatan


sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk memastikan tahap
kesihatan diri. Ini membolehkan kita mengesan penyakit yang dihidapi
dan mengambil rawatan awal sebelum penyakit tersebut menjadi
semakin serius.

Konklusinya, kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang tidak


ternilai. Kita mesti sentiasa menjaga kesihatan diri kerana sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Pengalaman menanam pokok di kawasan sekolah.

Baru-baru ini sekolah kami telah menganjurkan satu kempen


menanam pokok-pokok bunga di kawasan sekolah. Pihak sekolah
menggalakan semua pelajar agar menyahut seruan kempen ini.
Setelah memperoleh keizinan daripada ibu dan bapa, aku dan
beberapa orang rakan telah menyertai kempen menanam pokok
bunga ini.

Guru telah membahagikan kami kepada beberapa kumpulan kecil.


Kemudian, setiap kumpulan diberikan tugas. Kumpulan kami
ditugaskan untuk mencabut rerumput di belakang dewan sekolah.
Selepas beberapa minit berlalu, barulah aku sedar bahawa bukanlah
senang untuk mencabut rumput. Selain memerlukan tenaga yang
kuat, kami terpaksa berhati-hati agar tidak tercedera oleh duri atau
benda tajam yang lain.

Selain itu, kerjasama antara satu sama lain juga sangat penting.
Tanpa kerjasama tidak mungkin aku seorang diri dapat
memebersihkan satu kawasan yang begitu luas. Kami berhenti kerana
berasa penat. Seluruh badanku berpeluh.

Selepas semua lalang dan rumput ditebas dan dicabut, kami mula
membuang segala benda yang tidak berguna dari kawasan yang bakal
kami tanam dengan pokok-pokok bunga. Setelah berpuas hati dengan
kebersihan kawasan sekitarnya, kami mula melonggarkan tanah
dengan menggunakan cangkul.

Kemudian kumpulan pelajar yang lain mula mencucuk batang


pokok bunga kertas, batang pokok bunga raya, benih bunga matahari,
dan bermacam-macam benih pokok bunga yang lain.. Beberapa orang
pelajar pula datang menyiram air.

Kami bertungkus-lumus sepanjang petang dalam menjayakan


kempen menanam pokok-pokok bunga ini. Pihak sekolah telah
menyediakan minuman ringan untuk menghilangkan dahaga kami.
Semasa dalam perjalanan pulang, aku dapat bayangkan beberapa
minggu yang akan datang sekolahku akan menjadi lebih cantik dan
ceria.
Laporan Lawatan sambil Belajar ke Pameran Buku

Pada 20 Julai yang lalu, Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Jenis


Kebangsaan (Cina) Chong Boon telah mengadakan lawatan sambil
belajar ke pameran buku. Lawatan ini disertai oleh 50 orang murid dan
5 orang guru pengiring.
Kami bertolak pada pukul &'00 pagi dengan menaiki sebuah
bas.Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk murid-murid mencari
buku yang terbaik sebagai bahan bacaan.Di samping itu, lawatan ini
juga bertujuan menambah ilmu pengetahuan murid-murid.
Setelah dua jam perjalanan, kami pun tiba ke tempat pameran buku
diadakan. Kami disambut mesra dan diberi taklimat oleh pegawai yang
bertugas.Kemudian, kami dibawa melawat sekitar pameran buku.
Pameran tersebut sesak kerana ramai pengunjung berada di
pameran tersebut. Kami dapat melihat banyak buku terkini yang
dipamerkan.Terdapat pelbagai promosi yang menarik untuk
melariskan buku-buku di sana.
Murid-murid mengambil peluang untuk membeli buku dengan
potongan harga istimewa. Kami membeli buku rujukan, buku cerita
dan beberapa buah majalah.
Lawatan ini berakhir pada pukul 2 petang.Murid-murid berasa
gembira kerana dapat membeli banyak buku. Kami mendapat
pengalaman baharu daripada lawatan sambil belajar ini

Disediakan oleh, 30JULAI2018.


Nurul Aisyah
(Nurul Aisyah)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
SJK(C) Chong Boon
Kebaikan Perpustakaan

Perpustakaan merupakan sebuah tempat untuk membaca buku


ilmiah, buku cerita, majalah dan sebagainya. Perpustakaan juga
dikenali sebagai pusat sumber atau kutubkhanah. Semua sekolah
mempunyai perpustakaan sendiri.Terdapat banyak bahan rujukan dan
bacaan di perpustakaan sekolah. Banyak kebaikan jika kita
menggunakan perpustakaan sekolah.
Perpustakaan berguna sebagai tempat membaca. Perpustakaan
akan memupuk semangat membaca
kita. Di perpustakaan disediakan pelbagai bahan bacaan seperti buku
ilmiah, buku cerita, majalah dan surat khabar. Kita juga dapat
menambahkan ilmu pengetahuan seperti ilmu bahasa, ilmu sains dan
sebagainya.
Perpustakaan merupakan tempat untuk mengisi masa lapang
dengan perkara yang berfaedah. Kita boleh membaca pelbagai bahan
bacaan di perpustakaan. Masa kita tidak dibazirkan dengan sia-sia. Ini
juga boleh mencegah kita daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak
sihat sperti merokok, merempit, melepak dan sebagainya.
Kita boleh menjimatkan wang jika kita membaca buku di
perpustakaan. Bahan bacaan di perpustakaan tidak perlu dibayar
untuk membacanya. Kita tidak perlu membeli buku rujukan atau buku
cerita. Kita juga tidak perlu membeli bukBEIu yang mahal-mahal,
contohnya buku 'Harry Potter' kerana ia terdapat di perpustakaan.
Kita boleh mengulang kaji pelajaran di perpustakaan. Kita membuat
kerja sekolah yang belum siap di perpustakaan. Kita booleh membuat
perbincangan berkumpulan dan mencari bahan pembelajaran di
perpustakaan. Ini akan meningkatkan kemahiran belajar kita.
Perpustakaan adalah gedung ilmu yang menyediakan pelbagai
keperluan pembelajaran. Gunakanlah perpustakaan dengan sebaik
mungkin.
BEING CALLED THOUGH

Anda mungkin juga menyukai