Anda di halaman 1dari 5

Cara Merawat Cagu Kuku Cekam

Ibu Jari Kaki Bengkak dan Sakit


(Kuku Cengkam Busuk)
Cagu atau kuku cekam yang juga dipanggil cengkam kuku atau kuku
cengkam adalah penyakit yang biasanya terjadi di ibu jari kaki yang
menyakitkan berserta nanah, darah dan juga berbau busuk yang
meloyakan. Penyakit ini berlaku disebabkan penjagaan kebersihan kuku
kaki yang diabaikan dan juga memakai kasut yang ketat termasuk tersalah
cara memotong kuku.

Akibat cagu pada ibu jari kaki bengkak dan sakit serta kuku tangan
sememangnya sangat menyeksakan sehingga pergerakan anda pasti akan
terbatas. Kesakitan yang dirasai kerana sakit ini hanya mereka yang
pernah mengalami kuku cengkam saja yang memahami.
Cagu Kaki atau Kuku Cengkam Bengkak Busuk

Cagu kaki sering terjadi pada ibu jari kaki sehingga menjadi bengkak, sakit dan bernanah.

Kuku cekam busuk atau in English dikenali sebagai Ingrown


toenail atau Onychocryptosis ini juga ada yang susah sembuh malahan
ada pesakit yang menderita sakit cagu ini bertahun-tahun lamanya. Jika
terkena, kaki juga amat susah untuk digerakkan dan solat pula pasti
terganggu kerana jika tersentuh pasti sakit tak terkata.
Lebih menyeksakan sekiranya kaki kita terlanggar apa saja seperti objek
keras dengan tidak sengaja dan sakitnya memang boleh buat kita
menangis dan menjerit kesakitan. Dalam keadaan seperti untuk memakai
stokin atau memakai kasut juga sangat sakit silap haribulan kuku kaki
boleh bernanah dan berdarah.

Cengkam kuku juga turut dikenali sebagai Unguis Incarnatus iaitu sejenis
penyakit yang tumbuh di dalam kuku yang dipotong dengan menggunakan
sisi salah atau kedua-dua kuku. Kuku yang tumbuh dari dalam kulit atau
daging pasti menjadi cagu dan biasanya ia berlaku pada ibu jari kaki.

Cekam atau cagu kuku bukannya ia betul-betul tumbuh di dalam daging


kuku sebaliknya ia berlaku ketumbuhan akibat radang daging di sekitar
kawasan kuku. Kuku tersebut seperti tertanam ke dalam atau ke bawah
daging yang menjadi radang di sekitarnya.

Punca Cagu atau Cengkam Kuku


o Potong kuku kaki dan tangan yang salah
o Memotong kuku dan mengcungkil ke celam atau dalam kulit
o Pakai kasut ketat dalam jangka masa yang lama
o Kuku tumbuh tak sempurna dan mencengkam ke dalam kulit daging

Cara
potong kuku yang salah boleh menyebabkan berlakunya cagu kaki yang serius.

Antara Petua Cagu dan Tips Cekam KukU

Berikutnya antara petua tradisional mudah cara merawat cagu dengan


cepat dan berkesan. Sama ada penyakit kuku cekam anda itu di peringkat
awal atau semakin teruk berdarah dan bernanah, anda boleh mencuba
semua cara tradisional di bawah.
Daun inai antara ubat terbaik untuk merawat kaki cagu dengan cepat. – Facebook
1. Daun inai boleh digunakan untuk menghilangkan kuku kaki cengkam
dengan memakai inai di ibu jari kaki yang sakit atau mana-mana bahagian
kuku yang sakit akibat cekam kuku. Tumbuk daun inai dan pakai,
kemudian biarkan sehingga ian tersebut kering sebelum ditanggalkan.
2. Santan Kelapa pekat juga boleh digunakan untuk mengatasi kaki cagu.
Gunakan segenggam kelapa yang telah siap diparut dan diperah sehingga
mengeluarkan santan pekat lalu diletakkan ke atas cagu kaki atau cekam
kuku tersebut. Sebaiknya biarkan untuk beberapa lama sekurangnya 30
minit. Kemudian cuci sehingga bersih.

3. Daun keembung putih juga dikatakan sangat baik untuk merawat


cengkam kuku. Cara untuk menggunakannya dengan mengambil beberapa
helai sebaiknya 10 helai daun tersebut kemudian ditumbuk sehingga halus.
Balut daun tersebut pada jari kaki anda yang sakit itu dan kemudian
bungkus dengan kain bersama plastik. Biarkan beberapa lama atau
sekurangnya satu jam dan ulanginya petua ini sehingga cagu anda
sembuh.
4. Cuka epal juga boleh mengubati kuku kaki cengkam hanya dengan
mengambil beberapa titik cuka epal yang dimasukkan ke dalam air
rendaman kaki sebagai cara untuk mengurangkan jangkitan pada kuku
akibat cagu. Cuka epal dikatakan mampu membunuh bakteria dan kuman
yang ada pada kuku.
5. Cili kering yang dipotong di bahagian hujung bersama minyak masak
mampu mengurangkan kesakitan kerana cekam kuku. Caranya adalah
memasukan minyak masak ke dalam cili dengan kuantiti yang tidak
melebihi besar cili tersebut.
Kemudian layurkan cili kering itu dengan api lilin, lighter atau dapur gas
sehingga menjadi kehitaman. Minyak yang terdapat dalam cili kering itu
boleh disapu atau dilumurkan pada bahagian kuku cengkam itu. Sila ulangi
petua ini sehingga cekam kuku anda sembuh.
6. Merendam kaki di dalam air garam mampu untuk mengurangkan
kesakitan selain dapat menghilangkan kuman dan bakteria. Anda boleh
mengamalkan rendaman air garam ini dalam jangka masa 20 sehingga 30
minit untuk melembutkan kuku dan kulit yang bermasalah sebelum anda
memotong atau membuang kuku cekam yang sakit itu akibat jangkitan.
7. Lemon atau limau nipis juga boleh mengatasi sakit cengkam kuku
kerana cagu pada kaki. Cara untuk merawat adalah dengan menggunakan
perahan air limau nipis yang disapukan pada kuku yang telah siap dipotong
agar air limau tersebut akan terus meresap ke dalam.
Lemon pula perlu dihiris nipis sebelum diikat pada bahagian kuku yang
sakit tersebut. Pastikan anda mengikat hirisan lemon tersebut pada cagu
kaki dalam jangka masa semalaman dan ia mampu mengurangkan
jangkitan dan juga menghilangkan kesakitan.

Jagalah kebersihan kuku kaki dan kuku tangan anda agar dapat
mengelakkan terjadinya cekam kuku dan kuku cengkam yang
sememangnya amat menyakitkan sehingga membataskan aktiviti seharian
anda.

Bersihkan kaki anda dan pakailah kasut yang sesuai dan tidak ketat atau
sekurang-kurangnya sentiasa memberi perhatian pada kebersihan kuku
dan memotong kuku dengan betul. Semoga perkongsian cara merawat
cagu kaki ini dapat membantu semua pesakit yang menderita penyakit ini.
Semoga bermanfaat.

Anda mungkin juga menyukai