Anda di halaman 1dari 5

CARA KEMPISKAN PERUT

Selepas mandi, cuba lihat diri sendiri di depan cermin. Suka atau tidak?
Lebih-lebih lagi jika perut buncit selepas bersalin, tentu hilang keyakinan
diri bila lihat diri sendiri.

Ramai di antara kita mempunyai masalah berat badan yang berlebihan


dan menurut kajian, Malaysia adalah di antara negara yang mempunyai
rakyat yang paling obes.

Tidak dinafikan terdapat banyak cara dan tips untuk menguruskan badan
dan telah berjaya melakukannya, tetapi di bahagian perut masih boroi
dan menggeleber. Perut menggeleber, tentu sekali tidak seksi bukan?

Mari kita lihat pelbagai cara untuk kempiskan perut secara semulajadi.
Tentu sekali sangat mudah. Cepat atau lambat, bergantung kepada
tahap istiqamah kita sendiri.

1. MINUM AIR LIMAU

Kaedah yang memang terbukti untuk kempiskan perut secara semulajadi


adalah dengan meminum air limau setiap kali anda bangun pagi dan
juga selepas makan. Istilah potong lemak selepas makan memang
selalu dikaitkan dengan air limau.

Ia bertujuan untuk menyahtoksik hati anda kerana hati yang tidak cekap,
akan menyebabkan lebihan lemak akan terbentuk di bahagian pinggang
anda. Air limau tersebut boleh membantu untuk meningkatkan enzim
yang menyahtoksik hati anda supaya ia boleh berfungsi dengan elok.
Untuk yang tidak tahu, berpuasa ialah satu kaedah nyahtoksik
dan terbukti sebagai salah satu cara kempiskan perut yang sangat
berkesan. Utusan Malaysia ada laporannya.

2. MINUM TEH HALIA

Kebiasaannya halia diambil untuk membuang angin dari badan tetapi


sebenarnya ia juga berkesan untuk membantu percernaan semulajadi
badan dan merupakan ejen termogenik.

Dengan meminum teh halia, ia dapat meningkatkan suhu badan dan


seterusnya bertindak untuk membakar lemak dengan lebih efisien,
terutamanya di bahagian perut. Halia juga dikatakan menyekat
pengeluaran hormon kortisol yang diperlukan untuk menyelaraskan
tenaga di dalam badan. Cara kempiskan perut dengan minum teh halia
boleh dibuat di rumah. Modal juga rendah.

3. MAKAN IKAN SALMON

Seterusnya anda boleh mengamalkan diet yang mengandungi ikan


salmon sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Ikan salmon yang kaya
dengan Omega-3 dapat membantu memecahkan lemak dan terbukti
dalam mengurangkan penyimpanan lemak di perut anda.

Jika anda tidak makan ikan, anda boleh menggantikannya dengan


minyak ikan sebagai ganti Omega-3 tersebut.

Perlu diingat, ikan salmon sangat mahal. Kalau rasa tidak mampu, beli
sahaja ikan yang lain! Dengan kata lain, cara kempiskan perut dengan
makan salmon adalah untuk orang yang berkemampuan sahaja.
4. KURANGKAN PENGAMBILAN GULA

Selalu kita dengar, Mamak, teh tarik kurang manis satu!. Nampak,
semua orang tahu keburukan gula. Bukan sahaja tidak elok, ia jugak
boleh sebabkan diabetes.

Secara tradisinya, kita sering menambah gula di dalam minuman kita.


Jika tidak, kita beli dan minum air berkarbonat yang penuh dengan gula.
Salah satu cara kempiskan perut dengan kaedah semulajadi adalah
dengan mengurangkan atau tidak mengambil langsung gula.

Tujuannya adalah untuk mengekalkan tahap insulin pada tahap yang


rendah pada setiap masa untuk meningkatkan penghasilan glucagon,
iaitu sejenis hormon yang dapat mengempiskan perut.

5. TIDUR SECUKUPNYA SEKURANG-KURANYA 6-8 JAM SEHARI

Ramai orang memandang rendah betapa pentingnya tidur yang cukup


iaitu 6-8 jam sehari bagi orang dewasa untuk membolehkan sistem
dalaman badan kita mendapatkan rehat yang secukupnya bagi
menggantikan sel-sel badan yang rosak atau lemah.

Tidur yang cukup juga memastikan sistem saraf, pengeluaran hormon


dan metabolisme anda berada di tahap optimum dan anda dapat
lakukan kerja seharian dengan lebih bertenaga dan otak anda juga
berfungsi dengan cerdas.
6. TINGKATKAN METABOLISME

Apa kaitan cara kempiskan perut dengan metabolisme? Bagaikan tiada


kaitan?

Nanti dahulu. Pernah terfikir atau tidak, Kenapa kawan aku ni makan
banyak, tapi tak gemuk gemuk?.

Jawapannya ialah, dia mempunyai tahap metabolisme yang sangat


tinggi. Dalam tidur pun boleh bakar kalori.

Seringkali orang yang mempunyai metabolisme yang tinggi adalah


seorang yang aktif dan tidak boleh duduk diam. Kajian juga mendapati
bahawa metabolisme yang tinggi secara pasifnya akan membakar lebih
banyak kalori berbanding mereka yang mempunyai metabolisme yang
rendah.

Antara cara untuk meningkatkan metabolisme adalah dengan


meningkatkan pengambilan protein dengan mengambil soya, kacang
dan daging tanpa lemak.

7. GUNA 30 DAY AB CHALLENGE MOBILE APP

Ini cara kempiskan perut menggunakan teknologi. Mobile app ini


percuma sahaja untuk pengguna iOS (iPhone & iPad).
Untuk Android juga ada, tapi bukan dari syarikat yang sama.

Apa yang bagus dengan aplikasi ini, ia tunjukkan cara paling berkesan
untuk mengempiskan perut. Teknologi juga boleh membantu!
HARAPAN KAMI

Diharapkan ada di antara cara-cara di atas dapat membantu anda untuk


kempiskan perut secara semulajadi dan hidup sihat tanpa sebarang
masalah kesihatan. Jangan mudah give-up jika mahu kuruskan badan.

Anda mungkin juga menyukai