Anda di halaman 1dari 7

Sambal Tumis Udang Dengan Petai

Memang banyak perubahan pemakanan keluarga kami


dalam bulan Ramadhan kali ini. Tidak seperti
sebelumnya, semua anak anak akan berbuka dengan
memakan sebiji buah kurma terlebih dahulu. Saya pula
akan makan kurma diikuti sedikit air zam zam.
Alhamdulillah, Allah permudahkan puasa saya dengan
tiada masalah gastrik seperti sebelum bulan
Ramadhan. Tahun ini anak anak tidak lagi makan nasi
kecuali Aween. Yang lain, hanya makan kuih muih, sup
atau meratah lauk pauk sahaja. Ini juga antara faktor
mengapa saya kurang memasak dalam Ramadhan
tahun ini selain dari memang saya sendiri
mengurangkan aktiviti di dapur bila setiap kali menjelang
Ramadhan. Lauk dan kuih muih dibeli di bazar
Ramadhan. Ianya adalah seperti aktiviti wajib bagi anak
anak. Setakat ini, saya belum mengunjungi mana mana
bazar Ramadhan. Insya Allah, saya tidak mahu
mengunjunginya sehingga akhir Ramadhan. Bila di
bazar Ramadhan, kena banyak menjaga pancaindera
supaya pahala puasa tidak berkurang. Jika
berkesempatan, sebaik balik dari pejabat saya akan
memasak satu atau dua jenis lauk yang simple sahaja.
Seperti hari ini, saya menyediakan Sambal Tumis
Udang Petai menggunakan udang yang dibawa balik
dari Kota Kinabalu. Udang kuning ini lebih sedap dan
lembut berbanding dengan udang harimau.
Selepas memasak, saya naik ke bilik dan sambil
menunggu waktu berbuka, saya menelefon Bonda.
Banyak kali saya menelefon sebelum ini tetapi
panggilan telefon menggunakan handphone kakak tidak
berjawab. Saya merasa sangat sedih mendengarkan
Bonda memohon maaf kepada saya walaupun saya
tahu beliau tidak pernah menpunyai apa apa kesalahan
terhadap saya. Sebaliknya saya lah yang banyak
berbuat kesalahan dengan dia. Terasa sangat sebak
sehingga terbawa ke malam. Saya sentiasa menitip doa
buat bonda dan arwah ayah di dalam setiap doa saya.
Walaupun telah lebih 20 tahun arwah ayah
meninggalkan kami, segalanya terasa seperti baru.
Setiap kali mengaji, pasti teringat kerana arwah lah guru
Al Quran saya. Semoga didikan dan ajarannya
memberikan pahala mengalir pada roh arwah ayah di
sana. Sesungguhnya anak anak lah yang dapat
memberi kebahagiaan pada roh ibubapa yang telah
tiada. Ameen.

Sekarang kita tengok resepi pula. Masak sambal tunis


adalah masakan yang paling feveret di rumah ini. Kalau
memasak, kira main campak campak jer sebab dah
memang expert habis lah. Yang penting di dalam
memasak adalah praktis dan praktis dan praktis, itu jua
nasihat saya pada Lala, kawan baik Nana yang mahu
belajar memasak sebagai persediaan menjadi isteri
yang terbaik. Tahniah saya bangga dengan keazaman
Lala untuk memberi yang terbaik...
Sambal Tumis Udang Dengan Petai
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
10 ekor udang kuning
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 senduk cili kisar - ikut pedas disukai
1 sudu besar gula
Garam
Air asam jawa

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng udang seketika. Angkat
dan ketepikan.
Tumis pula bawang merah dan bawang putih yang
dikisar serta cili kisar sehingga cili benar benar garing
dengan menggunakan api perlahan.

Setelah garing, masukkan gula terlebih dahulu. Ianya


akan menjadikan sambal berwarna merah cantik. Kacau
rata, barulah dimasukkan petai, air asam jawa dan
garam.

Akhir sekali masukkan udang yang telah digoreng dan


kacau rata. Sesuaikan rasa dan tutup api. Jika suka,
boleh juga masukkan bawang besar yang dimayang
bulat dan kacau sehingga agak layu sebelum ditutup
api. Sedia untuk dihidangkan.

Anda mungkin juga menyukai