Anda di halaman 1dari 25

Cara Buat Karipap Rangup Dengan Inti Kentang Sedap

by Cik Matahariku on Sunday, October 11, 2015 in Cara buat karipap kentang step by step, Edisi Khas, tips
buat inti karipap kentang sedap
Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Cara Buat Karipap Rangup Dengan Inti Kentang Sedap-Dah beberapa lama saya
selalu terlepas peluang nak kongsi gambar dan cara buat Karipap Rangup dengan Inti
Kentang yang sedap.Biasanya saya memang tak sempat nak tangkap gambar segala bagai
time memasak di dapur.

Karipap Rangup Dengan Inti Kentang Sedap by Cik Matahariku:)


Tapi kali ini, saya dah bagitahu awal-awal kat Encik Suami yang saya mahu kongsikan
cara buat karipap rangup gabungan resepi mak dan mak mertua saya.Paling kurang pun,
Encik Suami saya hanya geleng kepala tengok gelagat Blogger Part time kat kitchen
rumah dia.haha.Sambil masak sambil terhegeh-hegeh tangkap gambar sini sana.hihi.

Kalau ikutkan sejarah saya belajar buat karipap ni, bukanlah belajar hari ini, esok lusa
dah boleh bagi anak suami makan karipap yang sedap.Saya memang seorang beginner
chef.Cehh..bajet nak jadi chef ko.Ada hati.uhuk..uhuk.

Cara Dan Gambar Buat Karipap Rangup Dengan Inti Kentang Sedap
Boleh dapatkan resepi dan cara buat karipap rangup dengan inti kentang di sini

ya:
1. Petua Mudah Buat Karipap Rangup
2. Resepi Inti Karipap Kentang Homemade Yang Berempah dan Sedap
Antara bahan-bahan utama buat inti karipap kentang
Bahan buat kulit karipap dengan tepung gandum,

air garam dan minyak panas.


Bajet family saya kalau buat karipap ni mesti sampai satu kilo, sebab orang dalam
rumah ni semua hantu karipap..hoho
Panaskan minyak masak yang ada kat rumah kita tu.Lagi jimat dan mudah
khasnya kepada mak-mak yang buat bisnes karipap
Buat lubang kat tengah tepung gandum tu,
kemudian tuang minyak panas tadi
sementara minyak masih panas, gaul tepung dengan senduk dulu.Kalau korang tangan
kayu (tahan panas katakan)
bolehlah gaul terus dengan tangan.muehehe.
Gaul sampai rata ya
Lebih kurang macam nilah gayanya sambil menguli sambil
masukkan air garam sikit demi sikit
Uli tepung sampai tangan dah tak lekat dan permukaan bekas menguli tepung juga
bersih dari tepung yang melekat
Doh karipap yang rangup hasil adunan tepung gandum, air dengan larutan garam
dan juga minyak masak yang dipanaskan atau planta/ marjerin yang
dicairkan.
Cara Bergambar Buat Inti Kentang Yang Sedap
Lepas minyak dah panas, mula-mula sekali masukkan hirisan bawang besar yang
dipotong dadu.
kalau buat sebiji bawang, masukkan separuh dulu.
Ni campuran bahan kisar untuk inti karipap kentang iaitu cili kering blend, serbuk
kari,bawang merah, bawang putih, ikan bilis, garam dan gula serta serbuk perasa
yang dibenarkan.Biarkan sampai naik minyak.
Kemudian, barulah masukkan kentang yang dah potong dadu.
Gaul sampai rata ya!
Masukkan air sikit je supaya inti tak over cook.Paras air tu jangan lebih inti kentang
dalam kuali.
Biasanya saya tutup inti kentang ni supaya dia cepat empuk.
Bila air dah semakin kering, kacau semula inti kentang tadi.
Taburkan bawang besar yang lagi separuh dan juga daun sup kalau anda suka
Nampak sedap kan dan kentang tu masih kekal bentuk dadu.Inilah petua letak air
sikit je time kita masak inti kentang tu.
Rasanya memang sedang elok.Cubalah ya!
Inilah antara hasilnya.Bila buat sendiri, ikut suka kita nak letak inti banyak mana
kan..tu yang nampak bulat-bulat karipap saya tu..hhaha
petua supaya kelim karipap tak terbuka ialah sapu air masak dekat "mulut karipap"
sebelum kita kepit dia dengan acuan karipap
Goreng dalam minyak sederhana banyak dan api yang sederhana kecil.Jangan lupa
balik-balikkan karipap anda supaya warna karipap tu setara
Karipap rangup inti kentang yang sedap dan mudah
nampak tu, sekali goreng penuh satu pinggan..
banyak ni setakat sorang dua biji je kat rumah saya..hehhe..
Yay!! karipap rangup yang mudah dan inti kentang
yang sedap complete already!!!

Pheww...sangat panjang berjela nampaknya entri karipap saya kali ni.Tak larat dah nak
kongsi resepi bagai.Tapi takpe, boleh je singgah sini, kalau nak buat karipap macam saya
:)..-Petua Mudah Buat Karipap Rangup.

Kalau anda ingin ahu cara mudah dan sedap buat karipap inti sardin,
boleh klik sini :Cara mudah dan sedap buat karipap inti sardin-

Anda mungkin juga menyukai