Anda di halaman 1dari 9

http://noorsha.blogspot.com/2012/07/karipap-pusing-dan-step-by-step.html http://nooriahnaim.blogspot.

com/

Friday, June 21, 2013 Karipap Pusing Yang Enak Dan Ranggup

BAHAN DOH A 1 cawan tepung gandum 1 sudu besar tepung jagung 2 sudu besar veg shortening 2 sudu besar marjerin BAHAN DOH B

2 cawan tepung gandum 1/4 cawan minyak jagung 1 sudu kecil garam atau secukup rasa 1/2 cawan air anggaran

CARA MEMBUAT NYA Satukan semua bahan doh A. Gaul hingga sebati dan boleh di kepal atau dibulatkan. Bahagikan kepada 4 bahagian dan bentuk lah menjadi bulat dan ketepikan.

Untuk doh B panaskan minyak, dan tuang dalam kedalam mangkok yang berisi tepung, buat satu kawasan lekuk ditengah tepung untuk menuangkan minyak panas tu. Gaul rata dengan senduk atau sudu ( AWAS MINYAK PANAS!!) sehingga menjadi serbuk roti. Bancuhkan bersama air dan tuangkan sedikit demi sedikit kedalam tepung sambil menguli. Uli hingga sebati dan agak tak melekat di tangan. Doh di bahagi 4 dan dibulatkan.

Gelekan 1 bahagian doh B yang telah di gelekkan tadi dan masukan 1 bahagian dari doh A . Bungkus menjadi bulat dan ketepikan. Ulangi untuk doh2 seterusnya.

Doh yang telah disatukan tadi di gelek sederhana tidak tebal dan tidak nipis. Kemudian gulung dan gelekan lagi sekali ke atasnya. Sama macam tadi sederhana ketebalannya dan digulung lagi. Ulangi untuk doh seterusnya, selepas proses ini rehatkan doh sebentar lebihkurang 15 minit agar mesra dan lembut.

Ambil doh dan potong 6 untuk karipap biasa, tapi akak buat karipap ni yang bentuk nya bulat makna nya guna dua lapisan untuk satu biji karipap tu, jadi mestilah lebih nipis, untuk karipap ni kak noor potong 10 untuk dapat 5 biji karipap pada satu doh. Gelekan sedang2 saja jangan terlalu nipis masukan inti dan tutup dengan satu lagi lapisan dan klim lah cantik2 ya..

Untuk menggorengkan panaskan minyak biar betul-betul panas dengan api yang sedang2 tapi jangan terlalu kecil sangat takut karipap ni menyerap minyak jadi nya pandai-pandai tukang masak lah ya, goreng biar keperangan gitu baru lah di angkat dan tos kan...

BAHAN INTI 7 - 8 biji ubi kentang dikupas dan dipotong dadu kecil 1 dada ayam atau daging di potong kecil 3 sudu besar rempah kari daging 1 sudu serbuk cili 1 labu bawang besar dipotong dadu 1 tangkai daun kari Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR 1 labu bawang besar 2 ulas bawang putih 1 inci halia

CARA 1. Rebuskan ubi kentang yang dipotong dadu sehingga separuh masak dan toskan. 2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar yang dipotong dadu & daun kari sehingga layu kemudian masukan bahan kisar, kacau sebati dan biarkan sehingga pecah minyak. 3. Kemudian masukkan rempah kari, masukkan sedikit air jika terlalu kering, biar rempah garing dulu 4. Diikuti dengan isi ayam atau daging, kacau2kan biar sebati dan tunggu sehingga ayam atau daging betul2 masak 5. Masukkan ubi kentang yang telah direbus tadi, kacaukan biar sebati dengan rempah 6. Sesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula dan masak sehingga betul2 kering dan tutup api.

RESEPI KARIPAP PUSING

Resepi : Noorsha Bahan Inti Sardin & Kentang: 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 hiris halia 5 biji cili padi @ 2 biji cili merah sejemput udang kering 2 biji kentang -saiz besar 1 tin besar sardin 1 pek kecil serbuk kari ikan setangkai daun kari sedikit air garam gula Cara Inti Sardin dan Kentang: 1. tumbuk bawang besar, bawang putih, halia, cili dan udang kering hingga lumat.. nak blend pun boleh :) 2. tumis bahan tumbuk @ blend hingga garing... 3. satukan serbuk kari ikan bersama sedikit air dan jadikan pes. masukkan kedalam tumisan yang sudah garing tadi. kacau rata. tumis sekali lagi hingga garing semula. 4. masukkan sardin yang dihancurkan bersama sosnya sekali dan juga kentang kedalam tumisan. 5. masukkan sedikit air 6. perasakan dengan sedikit garam dan gula dan kacau hingga hampir kering.akhir sekali masukkan daun kari dan tunggu hingga benar kering.

Bahan Doh Margerin: 1 cawan tepung gandum

5 sudu besar margerin

Bahan Doh Minyak: 2 cawan tepung gandum 1/4 cawan minyak masak 1/2 cawan air sejuk secubit garam Cara Doh Margerin: satukan margerin dan tepung gandum. gaul sebati dan kepalkan kepada 5 bulatan sama besar. ketepikan. Cara Doh Minyak: satukan garam kedalam air sejuk, kacau sedikit hingga larut, masukkan kedalam aduann tepung beserta minyak. uli hingga rata. bahagikan kepada 5 bahagian bulatan sama besar. ketepikan. (sila lihat ilustrasi gambar step by step dibawah untuk mudahkan pemahaman anda :)

doh margerin dan doh minyak yang diuli kepada 5 biji bulatan...

1 perbandingan antara doh minyak dan doh margerin..pastikan doh minyak lebih besar dari doh margerin. 2. gelek sedikit doh minyak dan letakkan doh margerin ditengah2... 3. tutup doh margerin menggunakan doh minyak..tutup rapat2 dan bentukkan bebola semula. 4.doh margerin yang siap dibungkus bersama doh minyak. 5.gelek leper doh yang siap dibungkus tadi seperti gambarajah. 6. gulung doh yang siap digelek tadi.

7. doh yang siap digulung. 8. gelekkan doh yang telah digulung tersebut sekali lagi. 9. gulungkan semula seperti gambarajah. 10. anda akan dapat hasil gulungan terakhir seperti ini....gambarajah menunjukkan hasil 3 gulungan dari 3 bebola. 11. potong setiap satu gulungan dengan pisau anggaran ketebalan 1 cm setiap satu. 12. gelek adunan yang siap dipotong seperti diatas...pastikan gelekan TIDAK terlalu TEBAL dan TIDAK terlalu NIPIS... gambarajah menunjukkan permukaan atas doh yang digelek.

13. gmbarajah doh yang siap digelek.. ini bahagian bawah. 14. pastikan bahagian bawah doh yang digelek sebelah dalam ya.. letakkan sedikit inti dipermukaan. 15. kelim seperti karipap biasa. 15. contoh karipap pusing versi bulat 16. contoh karipap pusing separa bulat..hehe...goreng dengan api sederhana hingga kekuningan.. :)

Anda mungkin juga menyukai