Anda di halaman 1dari 44

Popia goreng

Bahan-bahan ( 14 ketul )

14 keping kulit popia 1 cawan sayur campur 1 cawan isi ayam 1/2 bawang besar dipotong dadu 1/2 kiub ayam minyak untuk menumis dan menggoreng sedikit air 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah

Cara-cara
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Hiris isi ayam nipis-nipis Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau Masukkan isi ayam dan goreng sehingga masak Masukkan sedikit air Kemudian masukkan kiub ayam Masukkan serbuk lada sulah Masukkan sayur campur Goreng lagi dalam 2-3 minit atau sehingga air kering Ambik sekeping kulit popia. Letakkan inti yang dah siap tadi. Kemudian bungkus. Letakkan sedikit air di hujung sebagai gam. Buat sampai habis 10. Kemudian goreng dalam minyak penuh sehingga kekuningan

Roti Jala dan Kari Daging.

Bahan-bahan ( Anggaran 10-15 orang. )



450g tepung gandum 1 camt garam 1/2 camt serbuk kunyit 450 ml susu segar 3 biji telur (di pukul sedikit ) 450 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air ) 2 camb mentega cair minyak untuk melenser acuan roti jala

Cara-cara
1. Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya. Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus. Ketepikan adunan selama 20-30 minit. Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan. Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala. Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan. Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan. Tips: Untuk membuat berus pandan, ambil 4 helai daun panda, belah setiap helai kepada 2 secara memanjang. Kemudian hiris sepanjang 20 cm. Akhirnya ikat pada satu hujung dengan getah bulat.

2. 3. 4. 5.

6. 7.

Apam gula hangus

Bahan-bahan ( untuk sekeluarga. )



2 biji telur 1 cawan gula pasir 1 cawan air 1/2 cawan minyak masak 2 sudu besar marjerin 2 sudu susu pekat 1 sudu teh soda bikarbonat. 1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara-cara
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

murtabak segera

Bahan-bahan ( 6 keping )

100 g daging cincang 2 biji ubi kentang 1 sudu setengah rempah kari 1/2 biji bawang besar 1 ulas bawang putih daun sup minyak 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto kulit popia 2 biji telur

Cara-cara
1. 2. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.

3. apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.

4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati. 5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.

6. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.

Donut gebu

Bahan-bahan ( 25-30 biji )



1 kilo tepung gandum 1 paket yeast ( jenama Mauripan) 1 1/2 mug air suam 1 sudu kecil gula 5 sudu besar planta 1 sudu besar kentang lecek gula halus/gula icing

Cara-cara
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Bancuh yis dengan air suam dan gula. Kacau sampai berbuih dan ketepikan sebentar hingga yis mengembang Gaul tepung, susu tepung, dan planta hingga berderai (jd ala-ala breadcrumbs) Masukkan bancuhan yis tadi. Gaul / uli hingga sebati. Mula-mula adunan akan melekat skit kt tangan, tp teruskan menguli hingga dah x melekat lagi. Biarkan doh naik sebenter baru canai untuk diterap guna acuan donut. Biar naik lagi, then baru goreng. Bila warna donut tu cantik, perang skit, baru angkat dan toskan minyak. Gaul dengan gula atau tuang coklat.

Apam Pisang

Bahan-bahan ( 8" bulat )



4 biji Telur 1 cwn Gula 2 cwn Tepung Gandum* 1 tsp Bic Soda* 1 tsp Baking Powder* (* ayak sekali) 6 biji Pisang - di lenyek Secubit Garam

Cara-cara
1. 2. Pukul Telur & Gula sehingga kembang & pekat. Masukkan campuran tepung & gaul sehingga sebati. Masukkan pisang & garam & gaul sebati. Lapik bekas tin dgn daun pisang & minyakkan. Tuang adunan ke dlm tin & kukus 45 minit.

Samosa

Bahan-bahan ( 5 orang )

Kulit popia saiz besar secukupnya Minyak untuk menggoreng >> INTI << 1 cawan daging kisar 500g ubi kentang-potong dadu 1 labu bawang besar-potong dadu 2 ulas bawang putih-cincang 1 sudu besar rempah kari garam secukupnya gula secukupnya 1 tangkai daun kari (optional) sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. >>Sediakan Inti: Panaskan minyak dan tumis bawang dan daun kari sehingga wangi Masukkan rempah kari biar sehingga garing Masukkan daging. Kacau sehingga daging tak berketul. Kemudian masukkan kentang, garam, gula dan sedikit air Masak sehingga kering dan kentang empuk. Padamkan api. *** Kentang kalau nak cepat empuk bolehlah direbus dulu - 2/3 masak. Ambik kulit popia. Potong 3. ( 1 keping kulit popia akan jadi 3 keping) Ambik satu keping kecil kulit popia. Masukkan inti. Lipat-lipatkan biar jadi bentuk segitiga. Pada hujungnya boleh lekatkan dengan air atau telur putih. Buat sampai habis Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana panas

Tuna Puff

Bahan-bahan ( 12 Puff )

2 keping Puff Pastry 1 tin Tuna (ketulan dlm minyak/air) 1 biji Bawang Besar (dicincang) 1/2 cawan Jagung (dlm tin atau frozen) 2 sudu besar Mayonnaise Sedikit garam dan lada hitam 1 biji telur (dipukul dgn sedikit susu segar)

Cara-cara
1. 2. 3. 4. 5. Buangkan minyak/air dalam tin, tuangkan tuna ke dalam mangkuk besar. Masukan bawang besar yang dicincang, jagung, mayonnaise, garam and lada hitam. Kacau hingga rata dan ketepikan. Puff pastry dipotong dan dibahagikan 6 keping. Isikan satu sudu besar tuna ke atas pastry. Lipatkan pastry dan tutup hujungnya degan garpu. Ulang sampai habis. Sapukan puff degan telur. Bakar puff pada suhu 200C selama 20minit.

Roti John

Bahan-bahan ( 6ketul )

6biji roti hotdog 3biji telur 80gm daging cincang/dgg burger-goreng seketika jika suka 1/4labu bawang besar- dikisar/dipotong dadu sedikit kubis dan lobak merah-diracik halus 1/2 sk serbuk kari daun bawang-option garam lada sulah butter

Cara-cara
1. Pukul telur, masukkan daging cincang, bawang besar, kubis, lobak, serbuk kari dan sedikit garam. Pukul hingga sekata. Sapu roti dengan sedikit butter. Panaskan kuali. Curahkan 1senduk campuran telur tadi dan letak roti tadi.

2. 3. 4. Biar sehingga telur garing, kemudian angkat dan lipat.

5. Picitkan mayonis dan sos cili. Potong dan sedia untuk menjamu selera. Selamat mencuba.

crispy cucur udang

Bahan-bahan ( 1 famili )

500g tepung gandum 15 ekor udang sederhana besar ( dipotong 4) 100g taugeh 100g daun kucai 1 biji bawang merah besar (dicincang halus) secubit garam secubit gula 1 biji telur grade A minyak masak air secukupnya

Cara-cara
1. 2. 3. satukan tepung gandum, daun kucai dan taugeh kedalam mangkuk besar. kemudian pecahkan sebutir telur. gaul sampai rata. udang direbuskan dalam periuk kecil bersama 2 cawan air. masukan secubit garam & gula kedalamnya. tujuan merebus udang terlebih dahulu untuk mendapatkan rasa udang didalam cucur. rasa akan lebih ummpph!~ apabila udang sudah bertukar pada warna merah2, tuang kan udang bersama air udang kedalm mangkuk besar yg berisi tepung tadi. gaul rata bancuhan tepung. kalau pekat, bole tambah dgn air biasa. kalau cair, tambahkan sedkit tepung. ia bergantung pada kepekatan bancuhan yg anda suka. panaskan minyak dalam periuk. guna garfu, ambil bancuhan tepung & ltkn kedalam minyak panas. guna garfu tadi racikracik (sebar-sebar) kan sehingga cucur menjadi nipis. goreng sehingga kekuningan. sedia dihidang bersama sos cili atau kuah kacang. selamat mencuba~

4. 5. 6. 7. 8.

Cucur Udang

Bahan-bahan ( 4-6 org makan )



250gm tepung gandum 1 sudu kecil soda bikarbonat taugeh daun kucai-potong2 air dan garam secukupnya sedikit pewarna kuning 150gm udang Bahan untuk sos:@ 2 sudu besar cili boh @ 10 ulas bawang putih-cincang @ 50gm cili sos @ garam @ sedikit gula @ 100ml air Minyak secukupnya

Cara-cara
1. 2. 3. 4. 5. 6. Untuk sos:- satukan semua bahan, masak atas api hingga pekat. Ketepikan. Untuk cucur:- satukan tepung ngan soda bikarbonat. Masukkan taugeh, daun kucai, garam, gula, pewarna kuning dan air. (jun tambah jagung ngan parutan carrot). Bancuh hingga rata dan pekat. Panaskan minyak. Celupkan senduk besar kedalam minyak panas. Tuang adunan kedalam senduk, 3/4 penuh. Letak seekor udang dan masukkan kembali kedalam minyak panas. Cucur akan tertanggal dari senduk. Goreng hingga masak. Hidang bersama sos. # pastikan minyak betul2 panas ya...kalau x, cucur akan serap banyak minyak. tp jgn terlalu panas..nnti hangus..heheh

Kerepek lobak merah

Bahan-bahan ( 3-4 orang )


60g lobak merah yg diparut 100g tepung gandum 2 sudu kecil cheese diparut 1 1/2sb minyak masak 1/4sk baking powder garam dan lada sulah secukupnya

Cara-cara
1. Campur semua bahan-bahan di atas. Uli sehingga jadi doh. Kalau keras boleh tambah sedikit minyak lagi. 2. wrapping. Biarkan 15 minit. 3. Canai setebal 2mm. Potong panjang lebih kurang 10cm panjang dan 23mm lebar 4. Bakar dalam oven dgn suhu 200C selama 15-20minit atau sehingga rangup.

Tempe goreng tepung

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

5 keping tempe 1 cawan tepung beras 3 ulas bawang putih* 1 camca teh ketumbar biji* 1/2 camca teh jintan kasar dan 1/2 camca teh jintan halus* 10 biji lada hitam*(*ditumbuk atau dikisar halus) 1/2 camca teh air kapur 1/2 camca teh serbuk kunyit UNTUK LADA KICAP:10 biji cili padi 2 ulas bawang putih 2 camca besar gula pasir 1/2 cawan kicap masin Jus dari sebiji limau kasturi (jika suka)

Cara-cara

1. Tempe dipotong nipis secara menyerong dari atas ke bawah. Ketepikan.

2. Satukan tepung beras, bahan2 dikisar, air kapur, serbuk kunyit dan garam/gula (sedikit dahulu) dalam satu bekas.

3. Tuang air sedikit dahulu (anggaran 1/4 cawan). Kacau hingga sebati dan tambah air sedikit lagi sambil dikacau hingga adunan tidak terlalu pekat atau cair (seperti tepung utk menggoreng pisang). Ketepikan sebentar.

4. Panaskan minyak dalam kuali untuk goreng terendam. Bila minyak panas, celup tempe tadi dalam adunan tepung dan goreng. Jgn bbuh terlalu byk tempe dalam satu kuali. Goreng pada api sederha hingga tempe kuning keemasan. Angkat dan toskan. Bolehlah dihidang bersama sambal kicap.

5. UNTUK LADA KICAP:- Masukkan cili padi, bawang putih dan gula dalam lesung batu, tumbuk hingga lumat. Masukkan kicap masin (jika menggunakan kicap manis kurangkan gula atau tak payah bbuh gula) dan gaul rata. Masukkan jus limau kasturi jika suka. Kacau rata.

6. Tuang dalam bekas dan bolehlah dihidangkan bersama tempe tadi. Lada kicap ini memang pedas (bergantung pada cili padi masing2), jadi sesapa yg tak tahan pedas mat cadangkan kurangkan cili. Selamat mencuba.....

Pretz

Bahan-bahan ( 3-4 orang )


200g tepung 1 sk baking powder 1 sk gula halus 1/2 sk garam 2sb olive oil(minyak masak pun ok) 1/2 cawan air **3 sb cheese yg diparut **1sb dry parsley

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk. Uli jadi doh. Canai dan potong kecik memanjang . 2. Bakar pada suhu 170C selama 30 minit 3. Bahan-bahan (**) boleh ditukar ganti ikut selera masing-masing. Resepi ni contoh untuk buat pretz perisa cheese. Boleh juga diganti dgn rempah kari, ikan bilis dan sebagainya. 4. Bila dah masak tu boleh gaul dengan garam atau celup separuh dengan coklat cair ataupun makan begitu saja.

Homemade Pizza

Bahan-bahan ( 2 biji pizza: saiz 8" )


500 g tepung roti 12 g garam 8 g yeast 16 ml olive oil (atau minyak sayuran) 250 ml air suam Topping: shredded pizza cheese secukupnya (or kalau takde pizza cheese, boleh campur cheddar and mozzarella) pilihan topping: bawang besar, sucuk (daging), ayam, olives, chillie pickles, nenas, tomato, etc. terpulang pada selera masing2. tomato paste secukupnya

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan2 dalam breadmaker mengikut urutan yg disyorkan. Pilih setting dough and tekan 'ON'. Kalau tak ade breadmaker pun masih boleh buat pizza.. uli dough dgn tangan, macam uli utk buat roti.

2. Setelah dough siap, pindahkan ke dalam sebiji mangkuk and tutup dgn cling wrap. Tunggu dalam 15 minit supaya dough naik. 3. Bahagi dough kepada dua dan uli. Pizza ini akan naik dua kali ganda selepas dibakar. Jadi, jika nak pizza yg nipis kena agak2 bila uli tu. 4. Letakkan dough yg telah diuli atas dulang pembakar. Sapu kan permukaan dgn tomato paste.

5. Letak kan topping pilihan.

6. Akhir sekali baru tabur kan cheese sebanyak yg anda suka. 7. Bakar dalam oven dengan suhu 200 deg C selama 12-15 minit atau sehingga dough masak dan cheese telah cair. 8. Boleh dihidangkan dengan sos, mashed potato and etc.

Kuih Layang2 Kulit Popiah

Bahan-bahan ( Banyak tk terkira )


Secukup kulit popiah Minyak untuk menggoreng Secukup gula kastor Sedikit tepung gandum dicampur sedikit air utk dijadikan pelekat

Cara-cara

1. Ambil sekeping kulit popiah dan gulung hingga kehujungnya. Ambil sedikit pelekat dan sapu hujungnya supaya tidak terbuka semula. Jangan gulung terlalu ketat kerana ia akan menyebabkan kuihnya keras.

2. Bagi memudahkan menggulung kulit popiah, ambil lidi satay,letak diatas kulit popiah dan gulung. Tarik keluar lidi setelah digulung. Buat sehingga kulit popiah habis digulung.

3. Setelah itu gunting2 dlm bentuk serong kulit popiah yg sudah digulung.

4. Goreng terendam dlm minyak sederhana panas hingga kuning keemasan. Sejukkan sedikit kemudian golekkan di atas gula kastor. Simpan di dlm bekas kedap udara. 5. Boleh sira dengan cili bergula.

Popia kraker

Bahan-bahan ( utk sekeluarga )


1 peket kulit popia (saiz kecil ) 1 sudu tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air untuk dijadikan gam) BAHAN UTK TABUR 1/2 cawan quaker oat atau nestum 1/4 cawan gula ( ikut rasa )

Cara-cara
1. Quacker oat / nestum diblender dengan gula dan ketepikan.

2. Gulung kulit popia satu-satu dan gam di hujungnya.

3. Gunting serong setiap satu. 4. Goreng dalam minyak penuh hingga keemasan. 5. Angkat dan toskan sebentar. 6. Gaul dengan bahan (1) sementara kraker masih panas. Kalau dah sejuk, serbuk tak lekat. 7. Kalau banyak serbuk lagi sedap.......

Pau

Putih, gebu dan lembut sepanjang hari

Bahan-bahan ( 10 biji )

UNTUK DOH:240 g tepung "Hong Kong", guna tepung pau pun ok 1 camca teh "Double Acting" Baking Powder + 1/2 camca teh garam 1 camca teh yis 25 g lemak sayur (shortening) 100 ml air suam* 30 g gula halus* 1/2 camca teh cuka*(*disatukan dan kacau hingga gula larut) UNTUK INTI:2 biji kentang, kupas dan potong dadu kecil2 1 biji bawang besar, dicincang halus 2 ulas bawang putih, dicincang halus 2 camca besar serbuk kari ikan 1 tin ikan tuna, hancurkan 1 cawan susu segar 1/2 camca teh minyak bijan (kalau suka) 1 tangkai daun kari, dihiris halus 1 tangkai daun sup, dihiris halus Garam, gula dan air secukupnya

Cara-cara
1. Dalam satu bekas, masukkan tepung Hong Kong, double acting baking powder + garam, yis dan lemak sayur. Gaul ramas hingga adunan berupa serbuk roti. Masukkan air yg bercampur dgn cuka dan gula.

Adun hingga menjadi doh yg lembut dan elastik (kurang lebih 15 minit, jika guna tangan dan 10 minit jika menggunakan mesin). Perap doh selama 45 minit.

2. UNTUK INTI:- Panaskan minyak masak + minyak bijan dalam kuali dan tumis bawang putih, bawang besar dan daun kari hingga wangi. Masukkan serbuk kari dan sedikit air. Masukkan kentang yg tlh didadu dan juga ikan tuna. Tuang susu dan masukkan garam dan gula secukup rasa, masak dgn api perlahan hingga kentang empuk dan inti kering. Masukkan cincangan daun sup, gaul rata, matikan api dan sejukkan.

3. Keluarkan doh dan tumbuk utk membuang angin. Bahagi kepala 10 bahagian, bulat2kan. Ambil sebiji doh dan leperkan diatas tapak tgn, sudukan inti yg tlh sejuk tadi dan cantum doh sehingga menutupi inti. Bulat2kan doh tadi dan letak diatas sekeping kertas (2inci x 2 inci) yg tlh disapu dgn lemak sayur.

4. Buat hingga habis dan susun dalam kukusan. Perap pau kurang lebih 20 minit.

5. Kukus pau tadi diatas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan sejukkan. 6. Untuk doh tadi boleh juga menggunakan bread maker, melalui setting utk doh. Masukkan kesemua bhn dan tekan setting utk doh dan tunggu hingga siap.

Pau Kacang Hitam

Bahan-bahan ( 15 biji )

--Doh-500 gm tepung gandum 1 1/2 sudu teh yis 1/2 cawan gula pasir 1/4 cawan minyak jagung 1 1/4 cawan air suam --Inti-2 genggam kacang hitam / merah 6 sudu gula pasir sedikit minyak

Cara-cara
1. Inti : Rebus kacang dan gula sehingga lembut. Setelah air agak kering, masukkan sedikit minyak. Rebus sehingga air kering. Sejukkan. 2. Larutkan gula dengan air suam. 3. Dalam mangkuk lain, satukan tepung, yis dan minyak jagung. Tuangkan air gula tadi sedikit demi sedikit sambil sebatikan adunan sehingga menjadi doh yang lembut. 4. Bahagikan doh kepada 15 bebola kecil. Letakkan di atas dulang yang ditaburi tepung. Biarkan doh selama 10 minit. 5. Bulat-bulatkan doh, leperkan dan isikan inti. Tutupkan, bulat-bulatkan dan lapiskan dengan kertas minyak yang telah dipotong kecil mengikut saiz doh. Buatlah sehingga habis. Selepas itu biarkan doh pau menaik sekali ganda (kira-kira 40 minit). 6. Panaskan periuk kukus. Kukus kuih pau selama 10 minit. 7. Sedia untuk dihidang bersama kopi O..

kalau nak buat inti guna kacang merah just rebus sekejap than blender and than masak balik atas api, inti dah nak kering baru tuangkan sedikit minyak, sedikit tips dari sy, selamat mencuba

Tepung pelita

Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )


1 cawan tepung beras 1 cawan gula 5 cawan air 4 sudu besar tepung beras(ratakan) 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara
1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati. 2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan. 3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat. 4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap. 5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat. 6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi. 7. Sejukkan
guna tepung gandum+sedikit tepung ubi. dah gula jo tabur 2 tsp atas lapisan hijau.baru taruk lapisan putih. bila sejuk, kat bawah menghasilkan lapisan air gula. sedap. Tq

Apam Marmar

Mat Gebu@myresipi.com

Bahan-bahan ( Tin berukuran 10 inci )


250 g tepung berserbuk penaik 200 ml santan 200 g gula halus 2 biji telur Gred A 1 camca teh vanila esen 1 camca makan ovallate Secubit garam Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)

Cara-cara

1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.

2. Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat.

3.

Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.

4. Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.

5. Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong.

Dorayaki

Bahan-bahan ( 10 biji )

100gm tepung kek atau tepung gandum sudu kecil baking soda 60gm gula halus 2 sudu besar madu 2 biji telur sudu besar minyak masak sudu kecil esen vanilla Inti:1 cawan kacang merah yg manis

Cara-cara
1. Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang. 2. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati. 3. Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik. Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan terlalu pekat. 4. Panaskan kuali yg tidak melekat (non-stick pan) dengan api kecil, masukkan 1/4 cawan adunan buat bulatan bersaiz 4". 5. Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis (20 keping). 6. Letak 1 sudu besar kacang merah ditengah sekeping pan-cake, tutup dgn satu keping pan-cake. Tekan dgn tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah. 7. Boleh guna pelbagai inti yg anda suka

Popia basah umie

Bahan-bahan ( 12 keping )

Bahan untuk kulit* 2 cawan tepung gandum 1 biji putih telor 3/4 cawan air 2 sudu makan cuka secubit garam Bahan untuk inti** (boleh buat inti ikut suka atau cara tersendiri) 1/2 biji kobis - diricih halus 3 biji sederhana besar carrot - disagat halus 1 biji sederhana bawang besar 3 ulas bawang putih 1 sudu besar sos tiram 1 sudu makan udang kering garam secukupnya minyak untuk menumis **Blend bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.

Bahan untuk sambal*** 15 tangkai cili kering 1 biji bawang besar 5 ulas bawang putih 1 sudu besar gula perang 2 sudu besar kicap manis minyak untuk menumis

garam, perasa dan bawang goreng secukupnya *** blend cili kering+bawang besar +bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang + garam dan perasa.

Cara-cara

1. campurkan kesemua bahan dalam mangkok adunan

2. gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam

3. ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper (contoh seterusnya - lihat gambar)

4. buat dari arah jam

5. mulakan dari tepi dulu

6. kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan

7. setelah rata - bulat >>> biarkan sampai tepung masak sebentar

8. angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis2 (tak lekat)

9. ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal

10. Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng

11. lipat macam biasa dan gulung

12. sedia untuk dimakan :)

Kuih talam keladi

Bahan-bahan ( Loyang 10 x 10 cm )

Bahagian Atasnya :2 cawan gula pasir 4 cawan santan pekat 3 helai daun pandan 2 cawan tepung gandum 1 biji telur 1 st. garam 1 st. perwarna purple Bahagian Bawahnya :4 cawan santan cair 2 cawan tepung beras 1 cawan keladi dadu siap rebus 1 biji telur 1 st garam

Cara-cara
1. Untuk bahagian atasnya:- Satukan santan pekat,gula pasir dan daun pandan jerang atas dapur dengan api pelahan sekali mengelegak saja tutup api dan biarkan sejuk betul.Setelah sejuk masukan tepung pukul rata dan masukan telur yang dipukul ringan dengan garam dan kacau rata-rata kemudian di tapis dan campurkan dengan perwarna purple ketepikan dulu. 2. Untuk bahagian bawahnya:- Bancuh tepung beras dengan santan cair dan telur pukul ringan dgn garam dan di kacau rata-rata tapis masukan dalam periok dan jerang atas dapur dengan api pelahan dan kacau selalu supaya tidak bergentel2 setelah pekat masukan pula

keladi dadu tadi dan digaul rata dan tuangkan dalam loyang yang siap dialaskan dengan plastik berukuran 14" x 14" rata kan adunan dan kukus selama 5 minit dulu dan tuangkan bahagian atasnya pelahan2 mengunakan senduk dan kukus semula dalam masa 10 minit buka tudung kukus dan lap diatas kuih dengan kertas tisu dan kukus semula selama 15 minit.Penutup kukus hendaklah dibungkus dengan kain dan kukus dengan api yang pelahan.Selamat mecuba.

Kuih Kaswi

Bahan-bahan ( Loyang bulat 30cm )


BAHAN A :-) 350 g gula melaka (mat guna 300 g) 240 g gula pasir 450 ml air 2 helai daun pandan, disiat dan simpul BAHAN B :-) 190 g tepung gandum* 120 g tepung ubi* 60 g tepung beras*(*disatukan dan diayak) 900 ml air 2 camca besar air abu (alkaline water) 3/4 camca besar air kapur 1 camca besar pewarna coklat BAHAN C :-) 1 cawan kelapa parut putih Secubit garam

Cara-cara

1.

Satukan bahan2 A dan masak atas api sederhana hingga semua larut. Sejukkan.

2. Satukan bahan2 B dalam satu bekas. Kacau rata dengan wisk.

3. Satukan no1 dan no2. Kacau rata dan tapis ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.

4. Kukus 40 - 45 minit atas air mendidih. Balut tutup kukus dgn kitchen towel. Jika lepas 45 minit terdapat air pada permukaan kuih. Letakkan paper towel (yg baru) dan biar ia terserap. Angkat perlahan hingga kering. Biarkan sejuk betul sebelum dipotong dan hidangkan bersama bahan C. 5. KATA2 DARI MAT GEBU:- Jika buat separuh dari resipi diatas, boleh guna loyang/tin kek berukuran (8 x 8 x 3) inci dan jika suka boleh juga dikukus dalam acuan apam yg comel2 tu, dan jangka masa mengukus 10 - 12 minit utk bekas2 comel. Harap maklum..

Pancake

Bahan-bahan ( lebih kurang 8 biji )


115g Tepung Gandum 1 sudu kecil (5ml) Soda bikarbonat 1 sudu kecil (5ml) Krim tartar 25g Butter 1 biji Telur 150ml Susu Segar 1 sudu besar Gula Secubit Garam

Cara-cara
1. Campurkan tepung dan soda & krim tartar - kalau rajin ayaklah (Along selalu nya gaul je, malas nak ayak)

2. Rub in butter sampai berderai macam serbuk roti - jgn di gaul terlalu lama nanti berketul macam doh. Lihat lah gambar ni...

3.

Lubangkan tepung di tengah2 nya. Gaulkan telur (di pukul dulu sedikit) & susu. Gaul sebati. Lihat gambar adunan yg dah siap.

4. Tuangkan sesenduk adunan ke atas kuali pancake yg panas & di lenser dgn sedikit minyak. Along guna kuali pancake bersaiz 5 inci diameter, so semua pancake Along sama besar.

5. Masak sehingga ada buih2 udara & tunggu sehingga buih2 tu pecah baru di terbalikkan.

6. Tengok ni betapa gebu nya texture pancake ni. Hidangkan dgn sirap favourite anda - maple syrup, honey, butter atau icecream. Makan panas2 lagi best.

7. Nak letak gambar maple syrup utk yg bertanya tapi dah habis pulak. So, kat sini Along letak lah gambar pancake syrup (Sorry, yg ni pun hampir habis, tinggal suku botol je.... ni sebab anak2 selalu je makan pancake & waffle). Nanti bila dah beli maple syrup, Along akan letakkan gambar nya pulak.

8. Ini pulak blueberri syrup, my boys' favourite mkn dgn pancake & waffle. Dah nak habis baru sempat ambik gamba.

9. Untuk yg bertanya, ini dia gambar krim tartar. Ianya serbuk putih.

MASALODE
1 kg kacang dal (MaDiHa buat sikit aje.. tak sukat pun.. main agak2 aje 15 tangkai cili kering (ku gantikan ngan cili hijau + cili padi) 10 ulas bawang merah ~ 2 ulas dikisar 8 ulas dimayang (ku gantikan dengan bwg besar ~ didadu) 2 ulas bawang puteh 1 cm halia sedikit jintan puteh sedikit belacan (tak letak.. pantang lagi Sedikit air (tak boh air) sedikit garam sedikit serbuk perasa ajinomoto Daun kari ~ dihiris halus Minyak untuk menggoreng ) )

Cara2nya 1. Kacang dal direndam semalaman. (aku rendam 3 jam aje). Toskan. Kisarkan hingga hancur. (MaDiHa kisar separa hancur.. kisar guna pengisar kering tu yerr.. )

2. Kisar (MaDiHa tumbuk.. sebab takut berair sangat) cili kering (ku ganti cili hijau + cili padi), 2 ulas bawang puteh & 2 ulas bawang merah, halia, ,jintan puteh dan belacan dengan sedikit air. 3. Gaulkan kacang dhal kisar dengan bahan2 kisar/tumbuk tadi dengan daun kari & bawang merah mayang (ku ganti ngan bwg besar dadu). Masukan garam dan serbuk perasa & gaul rata. 4. Ambil sedikit adunan & kepalkan menjadi bentuk leper. Gorengkan hingga garing. Toskan dan sedia untuk dihidang.

seri ayu

Bahan-bahan ( 20 biji )

2 biji telur 1 cwn gula pasir 2 cwn tpg gandum 1 cwn santan 1 sudu teh ovellete 1 sudu teh perisa @ jus pandan pewarna hijau *kelapa putih + garam + tpg gandum(supaya x berkecai)

Cara-cara
1. pukul telur + gula sehingga kembang.masukkan ovellete. 2. masukkan tpg,santan,perisa pandan & pewarna.pukul sehingga sebati. 3. sapukan sedikit minyak pada acuan. 4. isikan kelapa putih dlm acuan dan tekan supaya mampat. 5. tuang adunan td. 6. panaskan pengukus. 7. kukus adunan selama 10 minit. 8. sedia untuk dihidangkan......

9. tq empunya resepi.......

Potato Croquette

Bahan-bahan ( 8 ketul )

4-5 biji ubi kentang 1 sudu mentega 1/2 biji bawang besar 150g daging cincang sedikit garam dan serbuk lada sulah 2 biji telur dipukul bread crumbs/serbuk roti secukupnya sedikit tepung minyak untuk mengoreng

Cara-cara
1. Rebus ubi kentang sehingga masak 2. Kemudian kupas kulit kentang dan lenyek dengan garfu 3. Potong dadu bawang besar. 4. Panaskan mentega. Tumis bawang besar sehingga naik bau. 5. Masukkan daging. Kacau supaya tidak berketul. Bila dah masak tambahkan garam dan serbuk lada sulah. 6. Kemudian masukkan daging ke dalam ubi kentang tadi. Gaul sehingga sebati

7. Bahagikan kepada 8 bahagian. Ambik satu bahagian dan buat bentuk bulat atau ikut kesukaan anda. Ulang sampai habis. 8. Salutkan setiap bahagian tadi dengan tepung, kemudian dengan telur yang telah dipukul dan diikuti dengan bread crumbs 9. Goreng dalam minyak penuh

Apam snow white

Bahan-bahan ( 5 orang makan )


3 cawan tepung beras 1 cawan tepung gandum 2 cawan gula pasir (kurangkan gula kalau x suka manis) 1 packet mauripan@ibu roti 2 cawan nasi 3 cawan air

Cara-cara
1. masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air 2. gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu 3. kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur 4. campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan 5. biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu... 6. selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 1015minit

7. note: sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.

Donut

Bahan-bahan ( 8 biji )

200g tepung roti 20g gula 1/2 sudu kecil garam 1 sudu kecil dry yeast 140ml susu segar 20g butter minyak masak untuk menggoreng sugar powder

Cara-cara

1. Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau.

2. Buat lubang ditengah. Masukkan susu dan dry yeast. Kacaukan sedikit.

3. Masukkan pula butter

4. Kacau sehingga sekata

5. Bila dah jadi begini. Keluarkan dari mangkuk dan letakkan atas papan canai.

6. Uli sehingga tak melekat ditangan

7. Buatkan bentuk bulat

8. Masuk semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2 kali ganda

9. Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.

10. Canaikan biar jadi bentuk seperti dalam gambar lebih kurang 15cm

11. Bahagikan kepada bahagian. Rehatkan selama 5-6 minit

12. Uli biar jadi bentuk panjang

13. Kemudian pulaskan seperti dalam gambar

14. Rapatkan kedua-dua hujung. Doh akan jadi berpintal seperti dalam gambar. Lekat kuat-kuat antara hujung supaya tak terbuka semasa menggoreng. Penaikkan lagi sehingga 1.5 kali ganda. 15. Goreng dengan api sederhana sehingga nampak perang. Sekali-

sekala perlu dibalik-balikkan supaya betul-betul masak.

Bahan-bahan :

300 g tepung beras 8 - 10 sudu besar gula pasir (mama rasa lebih elok kalau ditambah lagi 2 atau 3 sudu) 1 sudu besar yis kering 280 - 300 ml air (MaDiHa memandai tambah air sikit lagi menjadi 350 ml... tu pasal apam MaDiHa nampak kurang berisi.. tp tersangatlah gebusss..) 3 sudu kecil ENO plain untuk 3 warna berbeza (1 sudu kecil untuk 1 bahagian) pewarna merah pewarna hijau

Kaedah penyediaan :

1. Tepung dibancuh dengan air sedikit-sedikit. Kemudian masukkan yis dan gula. Kacau sebati. 2. Bancuhan tepung tadi dibiarkan semalaman (bancuh malam, kukus keesokkan pagi). 3. Bancuhan tepung dibahagi 3. Masukkan pewarna.

4. Masukkan 1 sudu kecil ENO dalam setiap satu warna. Kacau biar berbuih. 5. Sementara itu, panaskan kukus. Bila mendidih, letak acuan apam sekejap dalam periuk kukus. Kemudian tuangkan adunan tadi ke dalam acuan yang telah dipanaskan. Kukus hingga masak. (MaDiHa tak panaskan acuan.. tapi terus jer isi bancuhan... sorry cikgu.. anak murid derhaka )

6. Hidangkan dengan kelapa parut putih yang dicampurkan dengan sedikit garam. Sebaiknya kukuskan kelapa parut tersebut seketika untuk mengelakkan dari basi.

Anda mungkin juga menyukai