Anda di halaman 1dari 10

BAHAN ROTI JALA 450g tepung gandum 1 camt garam camt serbuk kunyit 450 ml susu segar 3 biji

i telur (di pukul sedikit ) 450 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air ) 2 camb mentega cair minyak untuk melenser acuan roti jala CARA MEMBUAT ROTI JALA : 1. Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya. Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus. 2. Ketepikan adunan selama 20-30 minit. 3. Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan. 4. Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala. 5. Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan. 6. Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.

BAHAN KARI DAGING ( boleh juga di gantikan dengan kari ayam, ikut yg mana suka ) 1 kg daging 125 ml minyak 5 labu bawang Spanish sedang di cincang halus 12 ulas bawang putih di cincang halus 2 kuntum bunga lawang

2.5 cm kulit kayu manis 4 biji buah pelaga ( ambil bijinya ) 4 tangkai daun kari 70 g rempah kari daging di campur dgn 125 ml air jadikan pes 1liter santan cair 500 ml santan pekat 3 biji ubi kentang besar ( di kupas dan di hiris kasar ) garam secukupnya

CARA MENYEDIAKAN KARI DAGING : Potong daging setebal 1 cm dan selebar 5 cm. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang Spanish, bawang putih dan rempah yang lain hingga keperangan. Bubuh daun kari dan pes kari. Masak atas api perlahan sehingga wangi. Tuangkan sedikit santan cair ke dalamnya jika rempah melekat pada periuk. Campurkan daging dan kacau sampai airnya agak kering. Masukkan pula santan cair dan biar menggelegak. Kemudian tutup periuk dan renehkan selama jam atau hingga daging empuk. Bubuh pula kentang dan masak sampai empuk. Akhir sekali masukkan garam dan santan pekat , gaul sehingga sebati. Apabila kari menggelegak semula angkat dari api. Tips: Untuk membuat berus pandan, ambil 4 helai daun panda, belah setiap helai kepada 2 secara memanjang. Kemudian hiris sepanjang 20 cm. Akhirnya ikat pada satu hujung dengan getah bulat.

Nasi Ayam. Bahan-bahan (a) Untuk Nasi 270 g (1 1/3 cawan) nasi 15 g (1 sudu makan) minyak sayuran 600 ml (3 cawan) air rebusan ayam 30 g (3 ulas) bawang merah, dihiris 5 g (1 ulas) bawang putih, dihiris 2 sm kulit kayu manis 3 biji bunga lawing

2 biji buah belaga 1 helai daun pandan 20 g (2 sm) halia, dihiris

(b) Untuk ayam 750 g ayam, dibuang kulit dan lemak, dipotong lima 2 litre (10 cawan) air 9 g (1 sudu teh) garam

Sliced 20 g (2 ulas) bawang merah 5 g (1 ulas) bawang putih 20 g (2 sm) halia

Bahan rempah, dicampurkan bersama 2 g (1 sudu teh) jintan manis 2 g (1 sudu teh) jintan putih 20 g (2 sudu makan) kicap pekat 3 g (1 sudu teh) lada hitam

(c) Untuk sup 10 g (2 ulas) bawang putih, dimayang 15 g (2 sm) halia, dihiris 2 g (1/2 sudu teh) lada hitam 50 g (2 pokok) daun sup, dihiris halus 1 liter (5 cawan) air rebusan ayam 15 ml (1 sudu makan) minyak sayuran

(d) Untuk sos cili 60 g (3 sudu makan) sos cili 3 g (1/2 sudu teh) garam 5 g (1 sudu teh) gula

Dikisar bersama 75 g (5 biji) cili merah 10 g (2 ulas) bawang putih

(e) Bahan untuk dihidang bersama dengan nasi ayam

170 g (1 biji kecil) timun, dihiris nipis 300 g (2 biji) tomato, dihiris nipis 125 g (1/2 biji saiz kecil) daun salad, dicarikkan Pau Resepi 1 (ikut pd resepi yg terdpt di kotak Tepung Pau Blue Key): Bahan: 500g (1/2 kotak ) Tepung Halus Blue Key 6 g (1 1/2 sudu teh ) yis segera 100 g ( 1/2 cawan ) gula 50 g ( 1/4 cawan ) shortening/lemak sayuran (saya gunakan crisco yg dlm resepi roti tu.. ) klu tak de gunakan minyak jagung 230 g ( 1 1/4 cawan ) air

Cara-cara : 1. Campurkan tepung bersama yis segera sementara gula larutkan di dalam air. 2. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan uli doh dengan tangan selama 10-15 minit. Klu yg menggunakan bread maker boleh sett kan fungsi utk membuat doh kulit roti. 3. Bahagikan doh kpd 60 g tiap satu dan bulatkan. Rehatkan selama 10 minit. 4. Canai doh dan isi intinya di bahagian tengah doh. Tutup hujung doh mengikut bentuk yg di kehendaki. Kemudian letakkan setiap doh di atas kertas minyak yg berbentuk segi empat. 5. Letakkan doh itu di atas periuk kukus yg di lapik dengan kain yg lembap dan kukus selama 15 minit pd suhu yg tinggi.

Resepi 2 ( dari resepi di kotak yis mauripan ):

Bahan-Bahan: 1000 g tepung gandum 11 g (sebungkus) Yis Segera Mauripan 200 g (1 cawan) gula 100 g ( cawan) minyak jagung 460 g (2 cawan) air

Cara: Gaul tepung dan yis segera Mauripan dan larutkan gula di dalam air. Gaulkan semua ramuan di dalam mangkuk adunan. Uli adunan tersebut dengan tangan selama 10 hingga 15 minit atau sehingga adunan menjadi licin dan kenyal. Timbangkan adunan tersebut 60 gm (2 oz) setiap satu, buatkan bentuk bulat dan biarkan selama 10 minit. Canai adunan dan isikan inti di bahagian tengah adunan. Tutup inti dengan mencantumkan hujung adunan tadi menurut bentuk yang disukai. Letakkan setiap adunan tadi diatas sekeping kertas kalis gris empat segi. Biarkan adunan pau selama kira-kira 35 minit. Letakkan semua kepingan adunan tadi di dalam pengukus dan kukuslah selama 10 minit pada suhu yang tinggi.

KEK COKLAT BASAH/LEMBAB Elle La Belle Bahan2 1/2 cawan serbuk koko } mesti diayak 2 biji telur 1 cawan minyak masak (nak sedap minyak jagung) 1 cawan air mendidih 1 cawan susu cair 1 cawan gula (boleh kurang/tambahkan) 1 cawan tepung } 1 sudu soda bikarbonat } di ayak bersama 1 sudu baking powder } esen vanila skit secubit garam

Cara2 1. masukkan dulu minyak, gula, susu dan telur dlm bekas. kacau biar sebati. 2. masukkan gandum dan koko skit2. 3. pastikan gandum dan koko tak berketul. 4. bakar dalam suhu 180 sampai masak (dlm 2 jam rasanya).

TART NENAS Bahan-bahan 250 gm tepung gandum 125 gm marjerin 1 biji telur(dipukul) 2 sudu besar air sedikit garam Untuk Intinya: 185 gm gula pasir 1 biji nenas diparut 3 kuntum bunga cengkih

Cara-cara Nenas di toskan airnya, kemudian dimasak dengan gula dan bunga cengkih, bila pekat angkat. Tepung dan marjerin digaul (diramas) sehingga menjadi seperti serbuk roti. Masukan telur dan air dan uli sehingga adunan menjadi lembut. Canai dan terap dengan acuan acuan tart dan isikan inti nenas di atasnya

FRUITS PUNCH KOKTAIL SPECIAL Abdul Wahid Bahan-bahan: 1. Sunquick perisa Tropical Fruits Punch (yg tudung berwarna hijau) 2. Sirap Rose - Jenama Zhulian lebih sedap 3. Tropical Fruits koktail ( buah2an dalam tin tu la...) 4. Sprite

5. Secubit garam 6. Air dan ketulan air batu

Campurkan kesemua bahan2 tadi bersama air dan sprite (air:50%;sprite:50%). kacau dan hidangkan.... BISKUT SEMPERIT Yarnbutik

Bahan-bahannya: 3 biji telur 2 biji telur - diambil putih telur 250 gm tepung gandum 350 gm mentega 250 gm tepung jagung 450 gm gula halus Sedikit susu pekat,vanilla dan serbuk penaik

Bahan hiasan: Ikut cita rasa anda: ceri merah atau hijau

Cara membuatnya: Tepung jagung dan tepung gandum di gaul bersama. Pukul telur dan gula hingga kembang. Kemudian putar pula mentega sampai berkrim. Masukkan tepung bersama susu pekat, vanila, serbuk penaik dan telur yang telah dipukul tadi.

Gaul dan uli hingga menjadi doh yang lembut. Gunakan acuan biskut semperit untuk menekan doh menjadi bentuk bunga ke dalam loyang pembakar. Hias dengan ceri. Bakar pada suhu 150 Celcius selama 20 minit.

TART GULUNG/BUAH Mariana Bahan-bahannya 1 buku buttercup (guna brand lain pun boleh, tapi buttercup lagi lemak dan lembut) 4 cwn tepung 2 biji kuning telur 1 sudu gula 1/4 cwn air sejuk (ais)

JEM NANAS 2 biji buah nanas besar 2 batang kayu manis 1 kilo gula pewarna ikut suka

caranya blend/parut nanas. tuang nanas bersama dengan airnya kedalam kuali dan masukkan kayu manis. Bila agak agak kering masukkan gula, pewarna dan sedikit garam. angkat bila telah kering dan sedikit kental.

Cara membuat doh pukul butter+gula hingga sebati. masukkan telur, air sejuk, dan masuk tepung sedikit demi sedikit hingga habis. dan bentukan spt buah / gulung.

note: jgn uli tpg terlalu lama, agak2 dah sebati berhenti. Apa2 jenis biskut bila dikacau/uli terlalu lama akan 'mati' tepung tersebut. sebab itu biskut tak lembut dan gebu.

Anda mungkin juga menyukai