Anda di halaman 1dari 95

RESEPI KUEH MUEH.

SELAMAT MENCUBA

KEK LAPIS MONIKA Cik Comel Bahan-Bahannya: 20 biji kuning telur 8 biji putih telur 300 gm gula halus 300 gm mentega 1 camca teh esen vanila 1 sudu besar pes coklat 180 gm tepung gandum 4 sudu besar susu tepung 1 camca teh rempah kek 1 camca teh serbuk koko Cara Menyediakannya: 1. Pukul putih telur bersama gula hingga pekat. Kemudian, masukkan kuning telur sebiji demi sebiji dan mentega. Pukul lagi hingga pekat. 2. Masukkan tepung, rempah kek, vanila dan susu tepung. Kacau rata. 3. Asingkan semangkuk kecil adunan, bancuh bersama serbuk koko dan pes coklat. Kacau rata. 4. Kemudian, masukkan dalam uncang (kertas) paiping. 5. Bakar kek selapis demi selapis. Setiap lapis dipicitkan warna coklat. Setiap satu lapis, tuang dua senduk adunan.

Back to Index

PUDING BATIK Cik Comel Bahan-Bahannya: 600 gm biskut marie (pecahkan 4) 250 gm mentega

5 sudu besar koko 5 sudu besar milo 1 cawan gula tin susu pekat 1 camca kecil esen vanila 5 biji telur (pukul sampai kembang) 1 cawan air Cara Menyediakannya: 1. Kesemua bahan-bahan di atas (kecuali biskut) dicampurkan, masukkan ke dalam periuk & dikacau selalu. 2. Kecilkan api sedikit, kacau lagi sampai pekat. Kemudian bila sudah masak, tuangkan ke dalam bekas yang sebelumnya diatur biskut marie di dasarnya. 3. Tekan-tekankan adunan agar bahan-bahan tersebut mampat & biarkan seketika. Back to Index

FUCUK BERINTI AYAM Cik Comel Bahan-Bahannya: 100 gm isi ayam 100 gm ubi keladi (diparut) 4 keping fucuk 10 ulas bawang merah ] dihiris 5 ulas bawang putih ] 3 sudu besar sos tiram 1 sudu besar kicap cair sudu kecil minyak bijan Garam secukup rasa Bahan sos: 10 tangkai cili kering ] 5 ulas bawang putih ] dikisar Sedikit halia ] cawan cuka makan 3 sudu gula pasir Garam secukup rasa Cara Menyediakannya:

1. Gaulkan isi ayam dengan keladi parut. Kemudian masukkan bahan yang lain. Perapkan selama 30 minit. 2. Gulungkan bahan tadi dengan fucuk sebesar kulit popia. Kemudian gorengkan. 3. Satukan bahan sos dam masak selama 10 minit. 4. Hidangkan fucuk ayam dengan sos. Back to Index

ROTI SARDIN GORENG CILI PADI Cik Comel Bahan-Bahannya: 100 gm sardin 4 sudu kuah sos tomato di dalam sardin 7 tangkai cili padi - dihiris 1 ulas bawang putih - dicincang 1 ulas bawang merah - dicincang 1 labu bawang besar - dihiris 2 sudu besar cili kisar 3 sudu besar minyak Sedikit serbuk lada hitam dan garam 4 keping roti sandwic putih Cara Menyediakannya: 1. Panaskan minyak goreng sardin sebentar, angkat dari kuali dan tumis bawang putih cincang hingga wangi, masukkan cili kisar. 2. Masukkan sardin dan hancurkan dengan senduk, tuangkan sosnya kacau sebentar. Masukkan pula hirisan bawang besar. Perisakan dengan garam serta percikkan serbuk lada hitam tumbuk mengikut rasa. 3. Padamkan api dan masukkan cili padi kacau rata dan angkat dari dapur. Potong keliling roti. Isikan inti sardin dan gulung kemas-kemas. Jika suka dipotong menjadi gulungan kecil. Back to Index

POPIA UDANG Carrie Bahan-Bahannya : Udang besar yang sudah dikopek - 200gram Kulit popia - 50 pcs sederhana besar kepingan atau bukuan cheese - potong kecil2 - 50 biji potongan lada sulah. - sesuka ati serbuk perasa - sesuka ati Cara membuatnya Udang digaul bersama semua bahan, buka kepingan kulit popia, isikan cheese dan udang. Lipat dan gulung kulit popia sapukan bancuhan tepung untuk menjadi gam. lepas tu goreng la. Ok dah tu... Back to Index

BERRY'D TREASURE Cik Comel Bahan-Bahannya: Bahan Kisar Buah Blue Berry 60g Buah Pisang Emas 50g Gula 40g Air 80ml Ice 3 Cawan Vanilla Powder 180 gram (with sugar added) Sweadish Berry Tea ( boleh Dibeli di Coffee Bean atau kedai menjual teh ) Cara Menyediakannya: Campurkan Ice kedalam Pengisar kemudian masukkan bahan

yang telah di kisar. lalu di tambahkan vanilla powder dan sweadish berry tea, lalu dikisar hingga 1 - 1 1/2 minit Back to Index

ICE BLENDED COFFEE Bahan-Bahan: A 2 sudu susu pekat manis 1 sudu milo 1 sudu serbuj koko sudu serbuk kopi B Ketulan ais 1 gelas air Cara Menyediakannya: 1. Larutkan bahan A dalam sedikit air panas. 2. Selepas itu masukkan bahan A dan bahan B dalam pengisar. Sedap diminum semasa sejuk jika tidak manis campurkan air gula. Back to Index

SERIMUKA Permela Nadarajan Bahan2nya 2 cawan beras pulut 3 1/2 cawan santan sedikit garam Bahan2 utk kepalanya 2 cawan santan 1 cawan air daun pandan dicampur sedikit kapur sirih 1/2 cawan gula 1 biji kuning telur

1 sudu makan tepung jagung 3/4 tepung gandum sedikit garam Cara membuatnya 1)Bersihkan pulut & toskan airnya. Masukkan ke dalam loyang kemudian ambil 3 1/2 cawan santan tadi tuangkan & gaulkan pada pulut. Setelah itu kukus hingga masak. Bila masak ratakan sehingga padat di dalam loyang dan ketepikan buat sementara waktu. 2) Campurkan santan,air daun pandan kemudian masukkan gula & kuning telur yg telah dikacau terlebih dahulu. Ayak tepung gandum & jagung, masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan santan dan kacau supaya tidak bergentel, kemudian tapiskan.tambahkan sedikit garam & kacau supaya tidak bergentel & ditapis.Setelah itu tuangkan ke atas pulut di dalam loyang & kukuskan semula sehingga cukup masak. Back to Index

KEK OSAMA LADEN Jm Bahan-bahan:10 bj telur ayam 200 gm gula halus 250 gm tep. hongkong 1 sudu makan ovallete 4 sudu makan susu pekat 450 gm mentega 1 tin tinggi serikaya 20 gm coklat masakan (lebih coklat pun sik hal) 1 sudu makan nescafe 1 sudu teh perasa sunkist (atau mana-mana perasa)

Cara membuatnya:1. Telur + gula + tepung + ovallete - pukul hingga kembang. 2. Mentega + susu + serikaya - pukul hingga putih. 3. Satukan 1 & 2. 4. Bahagi kepada 2 bahagian

1 coklat (dicairkan) masukkan nescafe 1 biar warna asal masukkan perasa sunkist

5. Bakar 5 sudu warna coklat dan tekan dengan acuan zig-zag. Lapis warna asal dan tekan lagi dengan acuan yang sama. 6. Gunakan acuan 8" x 8". Back to Index

KEK KUCH-KUCH HOTA HAI Jm Bahan-bahan:10 biji telur ayam 2 bungkus mentega 250gm 1 botol peanut butter 1 cawan tepung roti Marie 1 cawan susu manis 1 cawan tepung gandum 1 cawan gula halus

1 botol kecil horlick 1 tin kecil Milo sedikit bijan sedikit vanilla Pewarna ikut suka

Cara membuatnya:1. Mentega dan gula dipukul sampai kembang & masukkan telur satu persatu dan gaul hingga rata 2. Masukkan tepung gandum, kemudian gaul sampai sebati 3. Masukkan tepung roti Marie, susu dan gaul hingga rata 4. Kemudian masukkan vanilla 5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian - 1 masuk horlick, 2 milo & 3 peanut butter (warnakan ikut suka hati) 6. Masuk 1 senduk adunan horlicks ke dalam acuan dan kukus apabila telah masak tabur bijan dan diikuti dengan kedua-dua adunan milo & peanut butter. Setiap lapis hendaklah ditaburkan bijan & buatlah begitu selapis-selapis hingga habis. Back to Index

KARIPAP MIJAE

Karipap ni boleh dibakar dalam oven or fried. ikut suka hati...kalau baked lagi sedap pasal tak de minyak. Bahan-bahan:pastry : 100gm plain flour 50gm wholemeal flour (kalau tak de, guna aje plain flour) 40gm butter 40gm shortening (kalau tak de, guna butter) 1 beaten egg mixed with 1 tablespoon water 1/4 tsp salt cara-cara : 1. Mix salt into flour mixture. 2. Mix butter + shortening into flour mixture, make it into bread crumbs. maknanya jgn uli, guna hujung jari gaul kan butter & tepung sampai dia jadi berderai2 macam serbuk roti. 3. Add the beaten egg little by little until flour becomes a firm dough. Lebihan telur disimpan untuk disapu atas karipap masa nak bakar nanti. jgn diuli dough tu, coz too much handling will make the dough keras and tak sedap. 4. Wrap the dough in cling wrap and leave it in the fridge for 30 mins. 5. Make dough in balls the size of limau purut or ikut suka hati how big/small u want ur puffs to be. tips : roll the balls in between a piece of cling wrap so that dia tak melekat-lekat kat roller and ur work table. 6. Put the filling ( ikut suka hati la, nak letak sardine ke, chicken or beef) in the middle and fold it over. pas tu buat la klim kat tepi dia macam karipap tu or if u prefer, flatten the edges and press with a fork so ada macam pattern sikit...ala yg macam kat bakery. last sekali sapu lebihan telur tadi kat atas the puffs. kalau nak goreng, tak payah le buat ni. 7. Masukkan kat dlm oven and bake at 150 C for 20 mins. Pastry karipap ni memang cun rasanya. selamat mencuba!

Back to Index

FAMOUS AMOS COOKIES Inderjeet 2 cups butter 4 cups flour 2 tsp baking soda 2 cups granulated sugar 2 cups brown sugar 5 cups blended oatmeal (measure oatmeal & blend in blender to a fine powder) 24 oz chocolate chips 1 tsp salt 18 oz cadbury bar (grated) 4 eggs 2 tsp baking powder 3 cups chopped nuts (your choice) 2 tsp vanilla 1. 2. 3. 4. Cream butter and both the sugars. Add eggs and vanilla. Mix together flour, oatmeal, salt, baking powder and soda. Add chips, cadbury bar and nuts. Roll into balls and place 2 inches apart. 5. Bake for 10 mins at 375 o C. Makes 112 cookies Back to Index

CUCUR PISANG ISTIMEWA Puti Mazura Binti Mashudi Bahan-bahan serta caranya : 2 mangkuk pisang ( pisang asam ) yang sudah dikupas, buangkan urat dan lenyek sehingga lembik. Masukkan 2-3 senduk gula merah dan lenyek & gaul rata. Masukkan sebiji telur ayam ( yang dipukul kembang jika tak pakai bicarbonate soda ), gaul rata. Secubit bicarbonate soda , setengah cawan susu penuh krim dan semangkuk tepung gandum + secubit garam. Gaul semua rata rata. Set aside.

Panaskan kuali, masukkan minyak yang banyak. Panaskan. Api mesti sederhana. Masukkan daun pandan yang telah disimpul dan bila dah agak garing, keluarkan. Boleh mula gorengkan jemput-jemput. Either guna hujung jari ataupun dua sudu kecil. Goreng terendam sehingga agak garing, balik-balikkan. Boleh angkat dan serve. P/S : Ttakde bicarbonate soda pun takpe tapi nanti tak gebu, lembik je. Itu yang orang panggil cekodok penyek. Alternatively, you boleh guna self raising flour ataupun you pukul telur ayam hingga kembang sebelum masukkan dalan adunan. Susu penuh krim tu fresh milk yang tak di skim kan. Susu ideal pun boleh. Susu tepung anak pun boleh. Mangkuk yang digunakan ( utk sukat pisang dan tepung ) apa apa mangkuk pun boleh tapi kena sama. Kalau mangkuknya besar, mungkin kena adjust gula, susu, garam. Bolehlah guna mangkuk nasi cina tu. Tapi ratio tepung dengan pisang mesti 1:2. Boleh, memang boleh guna susu ideal/HL. About the gula, you can use senduk nasi. ( satu senduk nasi lebih kurang 3 sudu makan kot ). Adjust ikut suka ye. Satu lagi petua, boleh guna gula pasir tapi kurangkan sikit dan tambahkan 1 sudu makan kicap manis, jangan letak garam. Betul ni, tak tipu. In fact kalau nak masak pengat, guna gula pasir + kicap manis. The food taklah banyak kolestrol. Yang banyak kalori in the form of sugar. Kekadang I buat letak gula sikit aje. Anggaran satu senduk. Tapi it actually depends on how ranum the pisang are. Memang dia sepatutnya rangup di luar and cair di dalam. Kalau you rasa tak suka "cair" sangat, you can use susu tepung instead of susu cair. Sebenarnya the same adunan boleh digunakan untuk buat banana pancake ( kalau tak suka minyak banyak ). Caranya, panaskan non-stick pan, lengserkan dengan butter ( keluarkan lebihan butter ), masukkan 2 sudu besar adunan dan ratakan, bila sebelah bawah dah masak, terbalikkan and masak the other side. Keluarkan and hidangkan panas-panaskan. Kalau nak lagi menggemukkan ( which is usually delicious ) makan dengan kuah custard. Bagus untuk breakfast bersama suami atau isteri tercinta Back to Index

WADEH TEPONG GANDUM Umyah

Bahan-bahan 14oz tepong gandum 4oz tepong wade (white urad flour)...carilah kat kedai mamak sure ade.....(Kalo kat Spore boleh beli kat kedai Rasool Serangoon Rd). 11oz air 1 1/2 sudu teh garam Ajinomoto kalo suka 1 sudu besar yeast (instant yeast) 1 sudu teh potas 2 biji telor 1/2 sudu lada hitam ditumbuk halus 1 inc halia hiris halus ** 150gm bawang kecil hiris halus ** 3 tangkai daun kari hiris halus 2 batang lada hijau hiris halus Udang hidup secukupnya Minyak utk deep fry. Note** kalau tak suka tergigit bawang/halia boleh diblend. Caranya Campurkan semua bahan di atas kecuali udang dan minyak dan biarkan selama sekurangkurangnya 1 1/2 jam. Cara Menggoreng. Setelah diperap bahan akan mengembang. Oleh kerana adunan ni lembut dan melekat kat tangan, sarungkan tangan kiri dengan plastic. Basahkan tangan kanan dgn air. Ambil sejemput adunan dan tepekkan kat tangan kiri. Buat satu bulatan spt donut, letakkan udang diatasnya dan perlahan-lahan masukkan dalam kuali ( minyak mesti banyak). Aromanya.. kalah mamak kat kedai you... Note: Kena banyak praktis untuk menggoreng.....baru wadeh boleh cun.. Wadeh ni lembut dan sedap dimakan panas-panas bersama Cili Hijau :) Back to Index

LOMPAT TIKAM

Rosni Binti Md. Nor Bahan-bahanya:1 bungkus tepung beras 1 bungkus gula merah / gula kabung 1 cawan gula putih 11/2 biji kelapa sedikit kapur sireh daun pandan secubit garam Cara-caranya Untuk air gulanya. masak gula merah, gula putih, daun pandan, garam dan air anggaran jangan cair sangat, biar pekat sikit. Untuk bahagian bawah yang berwarna hijau. Blend daun pandan dengan air ambilkan airnya. Bancuh 70 % tepung beras dengan jus pandan, untuk cantikan warna hijau bubuh sedikit pencelup hijau. bubuh sedikit sahaja air kapor (tujuan bagi memperjalkan tepung) Bagi mempastikan bancuhan ok pastikan bancuhan lekat sedikit kepada senduk. Ini sangat penting kerana ia menentukan kepekatan adunan. Masak adunan sehingga ia masak, pastikan dikacau sentiasa. Adunan masak apabila ia mengelembung dan pecah (seperti gunung berapi meletup) Angkat dan masukkan kedalam acuan dan ratakan. Bancuhan untuk Bahagian putih 30 % daripada tepung beras di bancuh dengan santan Pastikan bancuhan seperti adunan hijau. tidak perlu masukkan air kapur. Masukkan garan secukup rasa (biar masin sedikit sahaja) Kacau adunan atas api sehingga masak jangan terlalu lama nanti naik minyak tak sedap Ini puan kena agak-agak ok. Tuang adunan yang telah masak keatas adunan hijau tadi. Tunggu sehingga adunan keras dan boleh di makan dengan air gula. Back to Index

RESIPI MUFIN

Kassims Plaza

Bahan-bahannya 150 gm butter 3/4 sugar powder 1 tsp vanila esen 2 biji kuning telur 2 biji telur 1/4 cawan tepung serba guna 1/4 tsp soda penaik 1/4 tsp serbuk penaik Cara-caranya pukul mentega dan gula hingga kembang masukan esen vanila, kuning telur, telur pukul hingga sebati masukan tepung, soda penaik, serbuk penaik, kacau hinga sebati kemudian tuang kan adunana ke acuan mufin bakar 180 dg 45 minit Back to Index

TART GULUNG Mama Sayang Ingredients 300 gm plain flour 200 gm butter 50 gm milk powder 50 gm sugar powder 3 egg yoks 1 egg white tsp salt tsp vanilla

Method Beat the egg yolk and egg white together with the sugar powder add in all the flour, salt and vanilla and mixed it to form a dough. (kalau lembik tambah tepung sedikit). Masukkan inti tar dan gulung lah seperti bantal. Dan bakar lah suhu about 180deg 30 mins. Back to Index

SUGEE BISCUITS Mama Sayang Ingredient 250 gm Ghee (QBB brand green can) 200 gm castor sugar 550 gm plain flour 50 gm semolina flour (sangar dahulu) 30 gm grind cashew nut 1 teaspoon bicarbonate of soda 1 teaspoon salt

Method Mixed all the ingredients and make a shape of ball. Bake for 30 minutes at 180 Deg.

Back to Index

CHEESE CAKE Nurazyyati Abdullah Bahagian Base : 12 kpg biskut digestive 3-4 sudu besar butter 3 sudu besar gula

hancurkan/blend biskut menjadi serbuk - cairkan butter ( guna api kecil ), campurkan gula sekali ( cukup sekadar kedua2nya cair ) - sediakan acuan ( sapu sedikit butter supaya tak melekat ) - cepat2 campurkan cairan tadi dgn serbuk biskut, then masukkan ke dlm acuan tekan sikit2 ) - bakar selama 5 minit

Bahagian Cheese : 1 bar Philadelphia cream cheese 4 biji telur 3/4 tin susu pekat manis 1/2 biji lemon jus ( 2 sudu besar )

- gunakan mixer, putar cheese, then masukkan telur sebiji demi sebiji

- masukkan susu, sambil putar - masukkan lemon jus - tuangkan ke dlm acuan tadi ( atas base ) - bakar selama 40-45 minit - biarkan sejuk ke suhu bilik sebelum masukkan ke dalam freezer. Back to Index

TART GULUNG/BUAH Mariana Bahan-bahannya 1 buku buttercup (guna brand lain pun boleh, tapi buttercup lagi lemak dan lembut) 4 cwn tepung 2 biji kuning telur 1 sudu gula 1/4 cwn air sejuk (ais) Back to Index

JEM NANAS 2 biji buah nanas besar 2 batang kayu manis 1 kilo gula pewarna ikut suka

caranya blend/parut nanas. tuang nanas bersama dengan airnya kedalam kuali dan masukkan kayu manis. Bila agak agak kering masukkan gula, pewarna dan sedikit garam. angkat bila telah kering dan sedikit kental.

Cara membuat doh pukul butter+gula hingga sebati. masukkan telur, air sejuk, dan masuk tepung sedikit demi sedikit hingga habis. dan bentukan spt buah / gulung.

note: jgn uli tpg terlalu lama, agak2 dah sebati berhenti. Apa2 jenis biskut bila dikacau/uli terlalu lama akan 'mati' tepung tersebut. sebab itu biskut tak lembut dan gebu. Back to Index

PUDING ROTI Ita Bahan-bahannya 5 biji telur ayam 1 tin susu cair 4 keping roti putih 5 sudu gula 1 sudu esen vanila 1/4 cawan gula - untuk dibuat gula hangus

cara membuatnya :1. Buat gula hangus dan sejukkan dalam loyang. 2. Roti dipotong kecil-kecil dan direndam bersama susu cair. 3. Telur dipukul bersama gula dan esen vanila sampai kembang. 4. Satukan adunan dan masukkan ke dalam loyang. Dikukus sehingga masak. Back to Index

KUIH KOLE KACANG Sazlyna Ramly Bahan-bahan : 500 gm tepung kacang hijau 30 gm gula melaka (dimasak dengan 1 cawan air ditapis dan disejukkan) 450 gm gula pasir 1 kampit santan (fresh coconut) dijadikan tahi minyak 1 kampit santan (fresh coconut) dijadikan 1800 ml untuk dijadikan santan cair 3 sudu makan color brown (sarsapella liquid) garam secukup rasa 1 biji telur Peraturannya : 1. Campur semua bahan kecuali tahi minyak. 2. Jadikan satu adunan ini didalam kuali kacau rata hingga sebati dan pekat. 3. Masak diapi yang sederhana, senantiasa dikacau supaya tidak bergentel, terus kacau hingga adunan menjadi kilat dan berminyak, Adunan ini dikacau selama 30 hingga 40 minyak hingga adunan tanak. 4. Bila sudah kelihatan berminyak masukkan didalam loyang ratakan dan taburkan tahi minyak. Sejukan dan boleh dipotong mengikut cita rasa. Back to Index

REMPEYEK KACANG TANAH DAN TUMPI Sazlyna Ramly Bahan-bahan :

300 gm tepung beras 4 sudu makan ketumbar 2 sudu makan jintan manis 2 sudu makan jintan putih 6 biji buah keras 50 gm udang kering 4 ulas bawang putih 1 sentimeter kunyit hidup 2 biji telur (kecil) 550-600 ml santan cair (dari 1 biji kelapa) garam dan serbuk perasa secukupnya 500-600 gm kacang tanah kecil (jemur beberapa jam sebelum digunakan) ikan bilis kering secukupnya (buang perut dan kepalanya) (Untuk tumpi: gunakan 300 gm kacan hijau yang direndam selama 8 jam kemudian toskan airnya. Cara : 1. Cuci ketumbar dan jintan kemudian toskan dan tumbuk atau kisar bersama buah keras, udang kering, bawang putih dan kunyit hidup. Jika dikisar, tambahkan 200 ml air. 2. Satukan tepung beras, bahan kisar, telur, santan, garam dan serbuk perasa. 3. Untuk menggoreng rempeyek atau tumpi, panaskan minyak dalam kuali kemudian bubuh sedikit adunan kedalam senduk bersama sedikit kacang tanah dan ikan bilis (utk rempeyek) atau kacang hijau dan ikan bilis (utk tumpi), 4. kemudian curahkanadunan di tepi kuali dan biarkan hingga masak. Back to Index

CHOCOLATE CORNFLAKE MACARONI Mama Sayang Bahan-bahannya 4 oz putih telor 6 oz gula castor 5 oz cornflakes 9 oz renchoco chocolate 1/2 sudu teh garam halus 1/2 sudu teh vanilla Peraturan Putih telur dan gula dipukul hingga pekat. Masukkan garam dan vanilla kacau supaya semuanya sebati. Masukkan pula renchoco dan cornflakes berselang seli dan gaulkan supaya sebati.

Masukkan sedkit adunan kedalam papercup yg kecil. Bakar selama 30 minit 150 deg. N.B : Renchoco chocolate boleh dibeli only dikedai-kedai yang menjual barangan kuih. Di Singapura kita boleh beli di Phoon Huat bakery shop atau Chef Warehouse di Toa Payoh Back to Index

BISKUT SARANG SEMUT Mama Sayang Bahan-bahannya 6 oz mentega 4 oz icing sugar 6 oz tepung gandum 4 oz tepung custard 1/2 sudu teh baking powder 1/2 sudu vanilla secukup chocolate rice secukup paper cup Cara-caranya Pukul gula dan mentega, kemudian masukkan tepung dan uli hingga sebati. Parutkan adunan ini dan masukkan kedalam paper cup. dan taburkan chocolate rice diatasnya. Bakar 150deg 10 mins. TIPS: jika suka boleh masukan 1/2 biji gajus yang sudah disanggar di dalam biskut. Back to Index

BISKUT MAMACARRIES Mama Sayang Bahan (a)

250 gm mentega 125 gm icing sugar 275 gm top flour 50 gm tepung jagung 1 sudu makan tepung susu Bahan (b) 50 ml putih telur 150 gm icing sugar 1 sudu makan tepung jagung Cara-caranya Satukan bahan (a) dan putar selama 2 minit. Simpan dlm peti sejuk 1/2 jam. Canai adun setebal 1.5 cm dan terap dengan acuan pilihan anda. Putar putih telur dan gula hinga pekat. masukan tepung jagung. Bahagikan adunan 2 bahagian yg satu warna cokelat yg satu biarkan putih. Sapukan aduan warna putih diatas tepung yg diterap, kemudian picitkan aduna cokela bentuk melingtang diatasnya dan gunakan lidi, gariskan bentuk melintang tadi. Bakar 180deg hingga masak. Back to Index

FRUIT TART Mama Sayang Bahan untuk pastry: 500 gm tepung self raising 250 gm mentega sejuk (dipotong dadu) 150 gm tepung gula 1 biji telur (dipukul sedkit) air sejuk secukupnya Peraturan Tepung dan gula diayak. Gaul mentega, gula dan tepung hingga menjadi sepert serbuk roti. Kemudian masukkan telur dan diuli lagi. Masukkan air sejuk sedikit2 dan uli hingga menjadi lembut. Perapkan doh selama 1 jam

di dalam peti sejuk kemudian terap kedalam acuan pie kecil2. Bakar selama 175 deg selama 20. Adunan ini boleh disimpan dipeti sejuk dan simpan di air tight container. (ika ada balance) Bahan-bahan custard 200 gm gula halus 300 gm sus cair 150 gm tepung custard 450 gm air 1 biji kuning telur 1 packet agar-agar serbuk (plain) Bancuh sedikit air, tepung custard dan telur hingga sebati lalu ditapis. Satukan air dan sus didalm periuk dan dimasak atas api sehingga berwap. Masukkan adunan custard dan kacau hingga aduna licin dan pekat. Masukkan adunan custard kedalam acuan pastri, jangan isi penuh beri rangan untuk mengisi buah-buahan hirisan (cocktails). sapukan adunan agar-agar keatas buah-buah yg telah disusun atas tard dan dimasukkan ke dalam peti sejuk. Back to Index

SAGU GULA MELAKA Aiza Bahan-bahanya:100gm sagu 50gm gula melaka biji kelapa (ambil santannya) kismis - hiasan Cara menyediakannya :1) Sagu dibasuh bersih kemudian toskan selama 5 hingg 8 minit. 2) Hiris gula melaka dan masak bersama air (seperti buat air gula untuk kuih lopeh) 3) Perah santan masak seketika dengan mencampurkan sedikit garam. Biar lemaknya terasa. 4) Didihkan anggaran 5 cawan air kemudian masukkan sagu. Kacau sebentar dan tutup api. Kemudian tos sagu dan cuci dengan air sejuk. Masukkan dalam acuan kecil dan biarkan sejuk.

5) Sagu yang dibentuk tadi kemudiannya diletakan gula melaka dan santan. Hias kismis di atasnya. Back to Index

CORNFLAKES MADU Aniza Haniff Bahan-bahannya : 2 cawan cornflakes 1/3 cawan gula pasir 90 gram mentega 2 sudu besar madu Sedikit bijan - goreng tanpa minyak Cawan kertas - bersaiz kecil - secukupnya Cara Membuatnya : 1. Panaskan gula pasir, mentega dan madu hingga cair di atas dapur. 2. Masukkan cornflakes dan digaul rata. Api bolehlah ditutup. Masukkan juga bijan yang telah digoreng tanpa minyak. Gaul sehingga rata sekali. 3. Kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam cawan kertas sebelum dibakar. 4. Bakar sehingga kuning keemasan - 150 darjah celsius - 10 minit. Back to Index

BUBUR SOM-SOM Bahan-Bahannya : Daun pisang secukupnya 5 cawan santan daripada sebiji kelapa 2 cawan tepung beras 1 cawan gula pasir sudu teh garam Cara-caranya : Daun pisang dipotong seperti untuk membuat lepat. Layur daun itu terlebih dahulu. Satukan santan, tepung beras, gula dan garam di dalam kuali. Kacau tanpa henti di atas api perlahan hingga kental. Angkat dan ketepikan. Ambil 1 sudu besar adunan tadi, letakkan di tengah daun pisang dan bungkus seperti membungkus lepat. Kukus 15 minit sebelum dihidangkan. Back to Index

BISKUT MAMA CARRIES Sazlyna Ramly Bahan A 180 gram mentega secubit garam 120 gram gula sedikit sesn vanila Bahan B 240 gram tepung protin sederhana 3 sudu besar tepung Hun Kwee 1/2 sudu teh sodium bikarbonat 160 keping mangkuk kertas coklat 220 gram kacang gajus coklat masak yg telah dicairkan tanpa minyak Cara 1. Pukul Bahan (A) sehingga ringan dan kembang 2. Ayak bahan (B) 3. Campurkan (A) and (B) sehingga menjadi adunan lembut 4. Isikan adunan ke dalam mangkuk kertas. Letakkan gajus ditengah-tengahnya 5. Bakar sehingga kuning emas pada suhu 180 darjah C selama 25 minit. Biarkan sejuk 6. Ahkir sekali picikan coklat cair ke atas biskut dgn menggunakan nozel no.22

Back to Index

CORNFLAKES CRUNCHIES Nabilah Bahan-bahannya 105g butter 1/2 cup castor sugar 1 egg yolk 3/4 cup self-raising flour 100g cornflakes (lightly crushed) 1/4 cup toasted almond nibbles (Note: I used almond powder) red cherry (dipotong dadu kecil) (Note: I ommitted this) Cara-caranya

1. Pukul butter & gula hingga kembang; masukkan telur & pukul rata. 2. Gaul tepung, diselang selikan dgn cornflakes, badam & ceri (yes, ceri tu digaul sekali bukannya utk hiasan) 3. Bentukkan bulat2 kecil & tekan sikit dgn garpu. 4. Bakar hingga masak.

Back to Index

BISKUT BADAM Siti Solatun Bahan: 1 cawan mentega cawan gula pasir yang dah dikisar 3 cawan tepung gandum(sebaiknya guna 'cookies flour'-kalau nak sedap) 100g badam kisar 100g badam dibuang kulit dan dihiris nipis(atau yang siap dipotong) cawan tepung jagung 2 biji kuning telur - untuk disapu atas biskut cara: 1. gula dan mentega digaul rata 2. masukkan tepung gandum dan jagung sedikit demi sedikit, gaul sampai sebati 3. masukkan badam kisar tadi, uli sehingga sebati terapkan ikut acuan kesukaan anda 4. sapukan kuning telur dan susun badan hiris di atas setiap terapan 5. bakar laa... apa lagi... bakar macam buat biskut biasatu. Back to Index

PUDING ROTI Bahan-bahannya 5 biji telur ayam 1 tin susu cair 4 keping roti putih 5 sudu gula 1 sudu esen vanila 1/4 cawan gula - untuk dibuat gula hangus Cara membuatnya :-

1. Buat gula hangus dan sejukkan dalam loyang. 2. Roti dipotong kecil-kecil dan direndam bersama susu cair. 3. Telur dipukul bersama gula dan esen vanila sampai kembang. 4. Satukan adunan dan masukkan ke dalam loyang. 5. Dikukus sehingga masak. Back to Index

CHOC CORNFLAKES Salina Bte Jefrydeen 15grms margerin / butter 50grms milo 2 sudu makan madu 60grms emping jagung (cornflakes) choc rice untuk ditabur diatas Paper cups Cara-cara 1) Cairkan marjerin / butter dgn api kecil Bila dah cair, masukkan madu, milo dan kacau hingga rata Tutup api & kemudian masukkan cornflakes dah kacau hingga cornflakes menjadi coklat 3) Masukkan adunan ke dalam acuan & taburkan choc rice di atasnya. Selepas itu masukkan ke peti ais hingga sejuk. Lepas tu dah bolehlah makan. Back to Index

BISKUT SEMPERIT Yarnbutik Bahan-bahannya: 3 biji telur 2 biji telur - diambil putih telur 250 gm tepung gandum 350 gm mentega 250 gm tepung jagung 450 gm gula halus Sedikit susu pekat,vanilla dan serbuk penaik Bahan hiasan: Ikut cita rasa anda: ceri merah atau hijau

Cara membuatnya: Tepung jagung dan tepung gandum di gaul bersama. Pukul telur dan gula hingga kembang. Kemudian putar pula mentega sampai berkrim. Masukkan tepung bersama susu pekat, vanila, serbuk penaik dan telur yang telah dipukul tadi. Gaul dan uli hingga menjadi doh yang lembut. Gunakan acuan biskut semperit untuk menekan doh menjadi bentuk bunga ke dalam loyang pembakar. Hias dengan ceri. Bakar pada suhu 150 Celcius selama 20 minit. Back to Index

BISKUT SUJI Bahan-bahannya: 900gm tepong gandum 2 cawan gula caster 1 cawan tepong suji (samolina) 1 tin minyak sapi QBB (454gm) 1 sudu makan rata bicarbonate of soda Caranya: 1.Gaul tepong gandom, tepong suji, gula caster dan bicarbonate of soda hingga rata. 2. Masukkan minyak sapi QBB, gaul rata. 3. Perap seketika. 4. Bulatkan ia seperti guli dan bakar 180C ditingkat paling atas oven selama 10 minit (untuk mendapatkan cracknya). Setelah itu diturunkan ditingkat dua oven pula dan putarkan 160C lebih kurang 15minit (agak2 lah). Back to Index

CHOCOLATE CHIPS COOKIES Shaiha Mahmud 6 camca besar gula perang(Brown sugar) 4 camca besar gula castor 1/2 cawan mentega (dibiarkan lembut) 1 biji telur 1/2 camca teh esen vanila

1 cawan + 2 camca besar tepung gandum ) 1/2 camca teh soda bicarbonate ) diayak bersama 1 camca besar serbuk koko ) Secubit garam 1 cawan chocolate chips 3/4 cawan kekacang cincang (campuran gajus/badam/walnut) Cara Menyediakan 1. Gula perang, gula castor dan mentega dipukul sehingga berkrim. Masukkan esen vanila dan telur dan gaul sebati. 2. Campurkan campuran tepung yang telah diayak dengan garam. Masukkan bahan tepung tadi ke dalam adunan mantega tadi. Gaul rata. 3. Akhir sekali masukkan kekacang cincang dan chocolate chips. Bakar selama 10 - 15 minit pada suhu 180 darjah celcius. Back to Index

LAPIS COFFEE PRINCESS Mama Sayang Bahan A : 20 biji kuning telur (disejokkan) 4 biji putih telor (disejokkan) 50 gm air sejok (putih) 150 gm tepung gandum 250 gm gula castor 1 sudu makan ovallete 1 sudu teh baking powder Bahan B : 250 gm mentega (cair) - masukkan didalam plastic dan dicelupkan dalam air panas. 1 sudu makan susu pekat 1 sudu makan coffee oil 1 sudu teh garam pewarna merah Peraturan Pukul di bekas berasingan Pukul semua bahan A hingga sebati Pukul semua bahan B hingga sebati Masukkan Bahan B kedlm bahan A dan dikacau sebati. Bahagi adunan kepada 2 bahagian, Warnakan 1 bahagian dengan warna merah dan satu lagi dibiarkan sahaja.

Bakarlah selapis-selapis hingga habis dengan menggunakan api atas (grill) dan lapis yang terakhir api atas bawah. Cara melapis : 2 lapis warna original diikuti dengan 1 lapis warna merah. Melapis jangan terlalu tipis agak-agak 2 senduk nasi untuk 1 lapis. Back to Index

KUEH TAKOO Siti Rahmah bahagian bawah 1 cawan tepong jagong 1 1/2 cawan gula 6 cawan air pandan + air biasa + pewarna hijau bahagian atas 1 cawan tepong jagong 1 1/2 cawan gula santan + air biasa 7 cawan dan garam sedikit kacau bahagian bawah tuangkan dan kacau pula bahagian atas dan tuang diatas bahagianb bawah. kacau kena lama sikit sebab semalam saya buat cepat angkat so tak berapa pekat. Back to Index

PUDING TELUR Zuraini Yahya Bahan2nya 5 biji telur 1 tin susu cair 1 cawan gula + air Cara2nya 1. gula dimasak utk dijadikan gula hangus 2. Pukul telur sampai kembang dan campurkan susu cair. 3. ratakan gula hangus di dalam loyang dan campurkan adunan telur+susu 4. Kukus sampai masak

Back to Index

KEK BUAH PRUNE Roziah Musa Bahan-bahan: 250 gm butter 1 3/4 cawan gula 6 biji telur 2 cawan tepung naik sendiri 1 paket prune (tanpa biji) - brand Del Monte 1 sudu teh esen vanila Method: 1. Buah prune direbus dgn sedikit air hingga kembang dan pekat. Kemudian lecekkan. 2. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji. 3. Masukkan esen vanila dan prune. Kacau hingga sebati. 4. Akhir sekali masukkan tepung yg telah diayak. Bakar hingga masak.

Back to Index

KUIH ROS Bahan-baahannya 2 tin susu tepung beras 1 biji kelapa -diambil santannya gula secukupnya sedikit garam 1 biji telur minyak untuk menggoreng Cara membuat : 1. Bancuh semua bahan. Kecairannya seperti membuat kuih lapis. 2. Panaskan minyak dalam kuali. Rendamkan acuan didalamnya. 3. Setelah acuan cukup panas, celupkan kedalam bancuhan tepung. 4. Masukkan ke dalam kuali sambil

digoyang-goyangkan untuk menanggalkannya dari acuan. 5. Goreng hingga kekuning-kuningan

Back to Index

BUAH ROTAN Bahan-bahannya : 3 cawan tepung pulut 1/2 cawan gula halus 1 biji telur 1 cawan air 50 sen bijan Cara membuat : 1. Gaul tepung pulut dengan telur dan gula. 2. Masukkan sedikit demi sedikit air kedalam adunan sambil diuli hingga lembut. 3. Ambil secubit adunan dan bulatkan. Golekkan ke dalam dulang berisi bijan. 4. Goreng hingga kekuningan dengan api sederhana.

Back to Index

PUTU KACANG Bahan-bahannya : 1 kg kacang hijau - dibuang kulitnya 1 kg gula pasir 1 gelas air suam

Cara Membuat : Goreng kacang hijau hingga kekuningan. Ambil sebahagian daripada segelas air suam tadi, renjiskan ke atas kacang sedikit demi sedikit hingga rata. Perapkan kacang hingga kering semula. Selepas satu jam, renjiskan lagi lebihan air suam tadi (1/2 gelas) ke atas kacang sedikit demi sedikit. Perapkan lagi selama satu jam. Kisarkan kacang hingga halus dan ayak hingga habis. Kisar pula gula pasir hingga halus dan ayak. Campurkan kedua-dua bahan tadi hingga sebati. Ambil segenggam adunan, genggam kuat-kuat dan masukkan ke dalam acuan kayu yang sudah ditaburi sedikit gula halus. Tekan adunan padat-padat dalam acuan. (Jika suka boleh ketuk dengan tukul besi pada adunan hingga padat.) Bersihkan reja-reja kuih yang terdapat pada acuan dengan pisau. Ketuk perlahan-lahan belakang acuan hingga kuih terkeluar daripada acuan. Letakkan kuih secara berhati-hati di dalam dulang atau loyang. Jemurkan dibawah terik mentari selama satu jam sebelum dihidangkan.

Back to Index

MASALA VADAI (Resepi 1 & 2) Resepi 1

Ingredients: 3 cups dry chana dal 1 cup onion, chopped coriander, chopped 2 green chilis, chopped 1/4 cup coconut, grated 2 tablespoons red chili powder 1/2 tablespoon fenugreek 2 tablespoons salt Preparation: Soak chana dal in water 6 hours ahead. Take 1/2 cup of it separately. Grind the remaining portion coarsely without adding water. Mix the ground dough with the remaining soaked dal, onion, coriander, chili, coconut, fenugreek, chili powder, and salt. Heat oil in pan, make patties of the dough and fry until it turns golden and crispy.

Resepi 2 Bahan-Bahan: kg Dhal (yang saiz kecil) Bawang besar (dipotong dadu) Cili hijau atau merah (dipotong kecil) Garam secucup rasa Cara membuatnya : Cuci bersih dan rendam dhal selama 1 jam. Toskan. Tumbuk atau kisar dhal. Lepas itu gaul bersama garam, bawang dan cili. Goreng hingga masak.

Back to Index

FRUITS PUNCH KOKTAIL SPECIAL Abdul Wahid Bahan-bahan: 1. Sunquick perisa Tropical Fruits Punch (yg tudung berwarna hijau) 2. Sirap Rose - Jenama Zhulian lebih sedap 3. Tropical Fruits koktail ( buah2an dalam tin tu la...) 4. Sprite 5. Secubit garam 6. Air dan ketulan air batu Campurkan kesemua bahan2 tadi bersama air dan sprite (air:50%;sprite:50%). kacau dan hidangkan....

Back to Index

KEK COKLAT BASAH/LEMBAB Elle La Belle Bahan2

1/2 cawan serbuk koko } mesti diayak 2 biji telur 1 cawan minyak masak (nak sedap minyak jagung) 1 cawan air mendidih 1 cawan susu cair 1 cawan gula (boleh kurang/tambahkan) 1 cawan tepung } 1 sudu soda bikarbonat } di ayak bersama 1 sudu baking powder } esen vanila skit secubit garam Cara2 1. masukkan dulu minyak, gula, susu dan telur dlm bekas. kacau biar sebati. 2. masukkan gandum dan koko skit2. 3. pastikan gandum dan koko tak berketul. 4. bakar dalam suhu 180 sampai masak (dlm 2 jam rasanya). Back to Index

TART NENAS Bahan-bahan 250 gm tepung gandum 125 gm marjerin 1 biji telur(dipukul) 2 sudu besar air sedikit garam Untuk Intinya: 185 gm gula pasir 1 biji nenas diparut 3 kuntum bunga cengkih Cara-cara Nenas di toskan airnya, kemudian dimasak dengan gula dan bunga cengkih, bila pekat angkat. Tepung dan marjerin digaul (diramas) sehingga menjadi seperti serbuk roti. Masukan telur dan air dan uli sehingga adunan menjadi lembut. Canai dan terap dengan acuan acuan tart dan isikan inti nenas di atasnya. Back to Index

RESEPI IBU
Masakan & Selera Malaysia

Home Aneka Nasi Aneka Nasi 2 Aneka Mee Aneka Sayur Aneka Lauk-Pauk Aneka Lauk-Pauk 2 Aneka Kuih-Muih Pencuci Mulut Aneka Puding Tambahan - Western Food

ANEKA KUIH-MUIH
Apam Balik Bahan-Bahan: 2 cawan tepung gandum cawan gula camca kecil soda bikarbonat 1 camca kecil pewarna kuning 1 biji telur 1 cawan air Cara: Mesin gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda, air, baking powder dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati. Masukkan tepung dan mesin lagi supaya ianya tidak bergentel. Ambil satu senduk dan tuangkan ke dalam kuali kemudian nipiskan. Tutup kuali sebentar. Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi. Masaklah hingga kekuningan. Apam Kukus Bahan-Bahan: 3 biji telur cawan air suam camca kecil baking powder 1 cawan kacang tanah (dimesin)bahan tabur 1 tin jagung - bahan tabur 1 cawan gula - bahan tabur Sedikit mentega

1 cawan gula 2 cawan tepung gandum Cara:

1 camca besar baking powder

Pukul telur bersama gula hingga kembang, masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak bersama sedikit demi sedikit. Masukkan air dan gaul hingga rata. Jika suka boleh masukkan warna mengikut kesukaan dan kukus hingga masak. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah bergaul dengan garam.

Apam Seri Ayu Bahan-Bahan: 3 biji telur cawan santan atau susu camca kecil soda bikarbonat cawan susu Sedikit garam Sedikit tepung Cara: Telur dimesin bersama gula hingga kembang. Masukkan santan dan tepung yang telah diayak bersama soda, mesin hingga sebati. Sapukan sedikit minyak pada acuan, ambik sedikit kelapa yang telah dimasak tadi dan tekan sehingga padat kemudian tuangkan adunan tepun tadi. Kukus hingga masak selama 15 minit. Buah Melaka Special Bahan-Bahan: tepung pulut air pandan sedikit garam sedikit air kapur Cara: 1. Bancuh tepung pulut bersama air pandan, air kapur dan sedikit garam. 1 ketul ubi keledek bersiaz kecil gula kabung/melaka dipotong kecil kelapa parut (putih) 2 cawan tepung gandum 1 cawan gula camca kecil ovallete (jika ada) 1 cawan kelapa parut Garam secukup rasa

2. Masukkan ubi rebus yang telah direbus dan dilecek ke dalam bancuhan tepung. 3. Pastikan bancuhan tidak terlalu kering atau terlalu lembab. 4. Bentukkan bulat-bulat mengikut kesukaan anda. 5. Masukkan gula melaka yang telah dipotong tadi ke dalam tepung dan bentukkan bulat. 6. Pastikan air mendidih sebelum anda masukkan buah melaka tadi. Apabila ia timbul, bolehlah diangkat dan terus masukkan ke dalam mangkuk yang berisi kelapa parut. Tambahan: 1. Air kapur tidak perlu terlalu banyak kerana ia akan menjejaskan rasa. 2. Ubi keledek akan membuatkan buah melaka tidak terlalu kenyal ketika dikunyah dan memberikan bunyi 'pop' ketika anda menggigitnya Masalodeh Rangup Bahan-Bahan: 1 kg kacang dal 15 tangkai cili kering 10 ulas bawang merah 2 ulas bawang puteh 1 cm halia sedikit jintan puteh sedikit belacan Sedikit air sedikit garam sedikit serbuk perasa ajinomoto Daun Kari Minyak untuk menggoreng Cara: Masukan bahan A kedalam bekas adunan, kemudian masukan bahan B. Gaulkan hingga sebati .Masukkan daun kari yang dipotong nipis-nipis & bawang yang dimayang tadi kedalam adunan tadi. gaulkan sehingga sebati. kemudian kepalkan samada bulat atau leper bergantung kepada anda. Gorengkan hingga naik warna kuning. Toskan dan sedia untuk dihidang. Selamat mencuba..... Cadangan Hidangan: Bahan A :Kacang dal direndam semalaman. Toskan kan . Kisarkan hingga hancur. Bahan B : Cili kering, 2 ulas bawang puteh & 2 ulas bawang merah, halia,jintan puteh dan belacan dikisar dengan sidikit air.masukan garam dan serbuk perasa. Bahan C: daun kari dicincang halus, mayang bawang merah

Hidangan untuk 4-5 orang Tambahan: Sesuai dimakan masa minum petang bersama dengan minuman panas & sejuk Muffin Pisang Bahan-Bahan: 2 cawan tepung gula castor 1 cawan butter (yg sudah dicairkan) 4 biji pisang (yg sudah masak) 1 biji telur besar Cara: ayak tepung, bicarbonat soda, baking powder, garam dan cinnamon. Di dalam mangkuk yang lain, lenyekkan pisang dan masukkan telur, gula dan butter. Pukul hingga sebati, dan masukkan adunan kering dan masukkan perlahan-lahan hingga sebati. Masukkan 3/4 adunan ke dalam muffin cup. Kuih ini akan mengembang. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah celcius dalam 20 minit. Cadangan Hidangan: Ianya sesuai dimakan pada waktu petang dan dihidangkan bersama teh o panas. Hmm..yummy.. Apam Gula Hangus Bahan-Bahan: 3 gelas gula pasir 3 biji telur 4 gelas tepung gandum Cara: Satu gelas gula dihanguskan kemudian masukkan segelas air. Masak hingga menjadi satu gelas air gula hangus. Telur dipukul bersama baki gula tadi hingga kembang. Masukkan tepung yang telah diayak bersama soda berselang-seli dengan air gula hangus, akhir sekali masukkan susu. Sapu 3 camca brsar susu tepung ( dibancuh bersama air dan jadikan 1 gelas) 3 camca kecil soda bikarbonat 1 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil bicarbonat soda sude kecil garam sudu kecil serbuk cinnamon

mentega pada loyang dan kukuslah lebih kurang 45 minit. Apam Pisang Bahan-Bahan: 4 1 6 2 biji telur cawan gula biji pisang cawan tepung gandum 1 camca kecil soda bikarbonat 1 camca kecil baking powder Secubit garam

Cara: Pisang dilenyek hingga hancur kemudian masukkan soda, kacau hingga rata. Telur dan gula dipukul hingga kembang, masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder. Gaul hingga rata kemudian masukkan pisang tadi dan garam. Kukus hingga masak lebih kurang 45 minit. Apam Tepung Beras Bahan-Bahan: 600 gm tepung beras yis secukupnya air sejuk 2 cawan gula pasir Cara: Gula pasir dilarutkan dan disejukkan. Bancuh tepung beras dan yis. Sebahagian adunan dimasukkan sedikit pewarna merah. Bubuh dalam acuan-acuan apam tadi dan kukuslan sehingga masak. Setelah masak, keluarkan dari acuan dan bolehlah dihidangkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam. Donat (I) Bahan-Bahan: 1000 g tepung gandum 11 g (sebungkus) Yis Segera Mauripan 340 g (1 cawan) air 60 g (2/3 cawan) teung susu penuh 180 g (1 cawan) marjerin 60 g (6 camca besar) gula pasir halus 10 g (1 camca besar) garam 14 g (1 camca besar) serbuk penaik pewarna merah 1 biji kelapa acuan apam

krim 100 g (2 biji) telur Cara: Gaul tepung dan yis segera Mauripan dan larutkan gula di dalam air. Gaul semua ramuan di dalam mangkuk adunan. Uli adunan tersebut sehingga licin. Buatkan bentuk bulat dan biarkan selama 30 minit atau sehingga dua kali ganda saiz asal. Gunakan torak dan canaikan adunan menjadi setebal 1.5cm. Potong dengan pemotong donat dan letakkan kepingan adunan tadi di dalam sebuah dulang yang ditaburkan sedikit tepung. Biarkan kepingan adunan tadi berada di tempat panas selama kira-kira 30-40 minit. Goreng kepingan adunan tadi di dalam miyak pada suhu 170C-180C (350F-370F) sehinggalah donat itu berwarna kuning keemasan. Seliputi donat segera dengan gula aising sebelum dihidangkan. Karipap Ayam Bahan-Bahan: kg tepung gandum 1 sudu besar lemak sayuran 5 biji ubi kentang 1 peket rempah kari daging 5 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1 tangkai daun kari Cara: Uli tepung terlebih dahulu bersama lemak sayur/garam. Setelah itu bulatkan dan sedia untuk dicanai. Untuk membuat intinya: Potong ubi kentang dan isi ayam berbentuk dadu.Panaskan minyak tumis bawang merah/putih dan halia yang telah ditumbuk bersama kulit kayu manis. Setelah naik bau masukkan rempah kari daging yang telah dibancuh tadi. Masukkan isi ayam dan ubi kentang/garam/gula dan serbuk perasa bersama. Masak sampai ubi lembut dan kering. Sedia utk membuat karipap. 2 ketul Sedikit Sedikit Sedikit isi ayam (dada)- ptg dadu kayu manis halia Gula/garam/serbuk perasa

Tambahan: Lemak sayuran adalah untuk merangupkan karipap. Mentega juga poleh digunakan. Lapis Batik Bahan-Bahan: 500 gm tepung ubi 150 gm tepung gandum 400 gm gula pasir 8 cawan santan Cara: Campurkan hingga rata semua bahan di atas kecuali pewarna. Kemudian adunan tersebut ditapis. Sementara itu panaskan kukusan. Kemudian tuangkan 4 cawan adunan ke dalam loyang dan renjiskan pewarna-pewarna pilihan mengikut kesukaan. Ulangi sehingga 3 lapis. Bila selesai kukus hingga masak. *terlebih dulu loyang hendaklah disapukan minyak agar tidak melekat Roti Jala Bahan-Bahan: 1 kilo tepung gandum 2 biji telor ayam 1 tin susu cair Carnation Cara: Bancuh tepung bersama susu cair/garam/pewarna/mentega dan telur. Akhir sekali blender tepung yang telah dibancuh tadi supaya ianya tidak bergentel dan senang untuk dilayang. Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak kemudian layangkan tepung yang telah cair. 1 sudu marjerin Sedikit garam Setitik pewarna kuning 1 sudu kecil garam 1 sudu kecil Coconut Pandan Pewarna hijau, kuning dan lain-lain

Kemudian setelah selesai angkat lipatkan segi empat atau segi tiga. Tepung Pelita Bahan-Bahan: 1 1 2 5 bungkus tepung beras cawan gula halus cawan santan pekat cawan air panas cawan jus pandan Garam secukup rasa Daun pisang (potong empat segi)

Cara: Bancuh satu cawan tepung beras bersama pati santan serta garam (secukup rasa). Ketepikan. (Adunan A). Bancuh tepung yang selebihnya dengan air panas, jus pandan dan kacau hingga cair (jangan terlalu cair). (Adunan B). Bentukkan daun pisang menjadi empat persegi. Jerangkan air kukusan. Apabila mendidih atur acuan daun pisang diatas dulang. Masukkan 1 sudu teh gula ke dalam setiap acuan. Setelah itu bolehlah dikukus. Bila adunan B telah beku, tuangkan adunan A ke atasnya. Setelah itu kukus lagi sehingga masak. Abok-abok Sagu Bahan-Bahan: 1 kg kelapa parut (sudah dikupas kulitnya) 500g sagu biji 2 tsp rata garam halus Cara: 1 Basuh sagu biji.Tapis dab biarkan 30 minit. 2 Basuh sagu biji sekali lagi.Biarkan di tapisan selama 30 minit lagi. 3 Gaul sagu biji dengan kelapa parut dan garam halus. 4 Letakkan satu sudu makan campuran sagu biji-kelapa ke atas daun pisang. Tabur gula melaka yang telah diracik. Tutup dengan satu atau dua sudu makan campuran sagu biji-kelapa parut. 5 Semat daun pisang dengan lidi. 6 Kukus hingga naik wap(20 minit)atau sehingga daun pisangnya layu. Tambahan: Sagu biji usah direndam, hanya setakat dibasuh sahaja untuk kedua-dua Gula melaka secukupnya daun pisang(dilayur) Lidi secukupnya

kalinya. Abuk-Abuk Pisang Bahan-Bahan: 10 biji pisang masam 1 cawan sagu biji mata ikan 1 biji kelapa parut (ukuran kecil)Secubit garam Cara: Perah kelapa dan ambil santan pekat secukupnya. Buang kulit pisang dan belah dua. Basuh sagu biji mata dengan air dan toskan. Bancuh santan dengan sedikit garam, setelah itu jerangkan ke atas api. Masukkan sedikit pewarna merah. Kemudian kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuku. Bila telah mendidih, masukkan sagu biji dan kacau hingga pekat. Kemudian angkat. Ambil dua belah pisang dan letak di atas sehelai daun pisang. Curahkan sedikit sagu kacau tadi dan bungkus kemas-kemas. Buat begini hingga selesai. Setelah itu, bolehlah dikukus hingga masak. Akak Berlauk Bahan-Bahan: 10 biji telur ayam 10 sudu gula 300 gm tepung gandum Bahan untuk inti: 500 gm daging lembu 500 gm bawang besar Cara: Pukul telur dengan gula sehingga kembang. Masukkan tepung gandum, kacau sehingga rata. Cara membuat inti: Daging direbus dan dihiris halus. Bawang besar dipotong nipis. Campurkan semua rempah yang telah digiling. Sediakan kuali dengan minyak. Apabila panas, masukkan rempah biar garing dan masukkan daging. Setelah masak masukkan bawang besar yang dipotong bersama gula dan garam secukup rasa. Masukkan ke dalam acuan (separuh) kemudian masukkan inti, selepas 2 sudu besar rempah kermuk 8 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 1 inci halia Garam dan gula secukup rasa Sedikit pewarna merah atau jus pandan Daun pisang secukupnya (yang telah dilayur)

itu masukkan separuh lagi adunan. Akok Bahan-Bahan: 8 2 1 2 biji telur itik biji telur ayam kg gula melaka cawan tepung gandum 6 kuntum bunga cengkih 2 helai daun pandan 1 biji kelapa

Cara: Telur dipukul sehingga kembang. Kelapa diperah dan ambil santan dua kali sahaja. Gula melaka dilarutkan bersama secawan air dan dicampur tepung. Kacau dan tapis supaya tidak berketul-ketul. Hiris daun pandan dan masukkan bunga cengkih ke dalam bancuhan tepung tadi. Kacau sebati dan tapis. Panaskan acuan baulu dan sapu sedikit minyak. Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan dan bakar dengan api arang atas bawah. Anika Muffin Bahan-Bahan: 400 gm tepung gandum 350 ml minyak jagung (minyak masak pun boleh) 200 ml air suam 250 gm gula pasir 30 gm serbuk penaik 20 gm tepung jagung 20 gm susu tepung 3 biji telur Bahan perisa: Coffee Emulco Keladi Pisang Blackcurrent

Cara: Satukan minyak jagung, gula, air suam, susu tepung, tepung jagung, telur ke dalam mangkuk adunan. Kacau adunan ini selama 5 minit atau sehingga rata semuanya dan tidak bergentel. Masukkan tepung high protin yang telah diayak bersama serbuk penaik, kacau hingga rata.Asingkan adunan kepada tiga bahagian dan tiap-tiap bahagian bolihlah di bubuh perisa coffee, keladi dan esen pisang. Sediakan mangkuk kertas mengikut ukuran yang disukai diletakkan didalam acuan berlubang khas untuk membuat muffin atau kek cawan. Bakarlah hingga kekuningan.

Cadangan Hidangan: Muffin ini bolih ditambah dengan perbagai perisa dan hiaslah atasnya mengikut kretiviti masing-masing. Tambahan: Juadah ini sangat mudah di sediakan dan sedap rasanya tak perlu menggunakan mesin pemutar kek. Apam Gula Hangus Bahan-Bahan: 5 biji telor ayam 1 cawan gula pasir cawan susu pekat manis 2 cawan tepung gandum (diayak) cawan gula pasir (dibuat gula hangus) cawan air (dimasukkan dalam gula hangus)

Cara: Pukul telor bersama gula hingga kembang masukkan susu pekat manis dan pukul lagi kemudian masukkan tepung gandum sedikit-sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi dan dikacau sebati. Tuangkan adunan dalam bekas untuk dikukus selama 40 minit. Cadangan Hidangan: Kalau suka boleh juga dikukus dalam acuan kecil-kecil. Tambahan: Sekiranya terasa manis kurangkan sedikit gula. Apam Gula Merah Bahan-Bahan: 500 gm tepung gandum Sebesar ibu jari yis basah cawan gula merah, dimasak dan tapis Cara: Bancuh yis bersama air hingga yis hancur. Masukkan kedua-dua jenis gula cawan gula pasir 4 cawan air

dan kacau sebati. Masukkan tepung dan kacau rata supaya tepung tidak berketul-ketul. Jika terlalu pekat, tambah sedikit lagi air. Tutup bekas dan biar selama sejam. Adunan akan naik tiga kali ganda. Sapu acuan dengan minyak dan panaskan di dalam kukusan. Tuang adunan dan kukus hingga masak. Sedap dimakan bersama kelapa parut yang dicampur sedikit garam. Apam Halus Gebu Bahan-Bahan: 3 1 1 3 cawan tepung gandum cawan gula kastor cawan aiskrim soda biji telur gred B 1 sudu besar Quick 75 1 sudu teh esen ros Sedikit pewarna merah Mangkuk kertas secukupnya

Cara: Pukul kesemua bahan sehingga putih dan gebu. Bahagikan kepada warna yang disukai. Panaskan kukus.Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas dan kukus selama 10 minit. Apam Jagung Kukus Bahan-Bahan: Bahan A tin jagung manis dalam tin 1 cawan gula 6 biji telur 1 cawan majerin 1 sudu teh bikarbonat sedikit air Cara: 1. Adun semua bahan A sehingga sebati dengan menggunakan mesin pengisar. 2. selepas itu, masukkan bahan B dan sekali lagi adun sehingga sebati. 3. Akhir sekali masukkan adunan tadi dalam loyang bulat.Kemudian kukus sehingga masak selama 15-20 minit. Cadangan Hidangan: Bahan B 3 cawan tepung gandum 1 sudu teh baking powder.

jagung dalam tin tadi boleh juga diganti dengan kacang merah dalam tin,pisang atau apa saja perisa yang disukai. Apam Madu Bahan-Bahan: 1 cawan gula 2 cawan tepung 4 biji telur cawan minyak mazola Cara: 1. masukkan semua bahan ke dalam besen dan gaulkan. 2. gaul sampai halus 3. kukus sehingga masak Cadangan Hidangan: jika hendak bahagian atas apaam kilat,apabila apam sudah masak, buka penutup pengukus dan kukus sebentar dengan ini, bahagian atas apam akan berkilat Tambahan: serbuk koko tidak perlu diletakkn terlalu banyak kerana ia akan pahit Apam Siam Bahan-Bahan: 3 biji telur 1 cawan air soda (sprite/seven up/ais krim soda) 3 cawan tepung gandum 1 cawan gula Pewarna (ikut suka) Cara: Cara membuatnya:1) Pukul telur dengan gula sehingga kembang. 2) Apabila bahan sudah kembang. Masukkan air soda dan kacau rata. 3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit. 1 sudu kecil bikarbonat soda 1 sudu kecil baking powder 1 cawan air sudu kecil esen vanila cawan koko

4) Masukkan dalam talam dan kukus selama 20 minit. Cadangan Hidangan: Hiaslah dengan pewarna mengikut corak yang disukai. Saya lebih menyukai corak pelangi. Dinasihati supaya anda mengukus dengan menggunakan satu tingkat sahaja bagi memastikan apam tersebut naik. Jika tersilap sedikit ia akan batat. Sila ikut turutan jika tidak, apam anda tidak akan berhasil. Ha...pewarna tu dimasukkan setelah bancuhan apam dah dimasukkan kedalam talam. Kalau nak pakai 3 warna, titiskan tiga-tiga warna tersebut ditempat yang berlainan. kemudian pusingkan garpu pada bancuhan tersebut sehingga ia bercorak pelangi. Apam Susu Bahan-Bahan: 2 cawan tepung gandum 1 cawan air 4 sudu susu pekat manis (ikut manis yang dikehendaki) 1 biji telur garam secukup rasa mentega untuk menggoreng Cara: Gaulkan tepung gandum bersama air sehingga sebati. Pastikan tepung cair ala-ala tepung tosei. Masukkan telur, susu dan garam. Gaul hingga sebati. Panaskan kuali dan sapukan sedikit mentega. Goreng dengan menuang sedikit adunan ke dalam kuali dan leperkan dengan menggunakan senduk seperti ala-ala tosei jugak. Cadangan Hidangan: Sedap di makan semasa masih panas atau sejuk. Apam Tepung Beras Bahan-Bahan: 1 cawan tapai nasi satu sudu teh mauripan

1 cawan gula pasir 4 cawan air 500 gram tepung beras Cara:

satu sudu teh serbuk Eno secubit garam Kelapa parut

Masukkan tapai nasi, gula ke dalam pengisar makanan. Tambahkan air sedikit sedikit selang dengan tepung beras sehingga habis. Campurkan serbuk mauripan. Letakkan adunan dalam bekas plastik yang kedap udara dan perap selama 4 jam atau lebih. Adunan akan naik/mengembang menjadi 2 kali ganda. Setelah adunan mengembang, kukus air untuk mengukus adunan. Tambahkan serbuk Eno dan garam, kacau perlahan-lahan. Tambah pewarna jika mahu. Anda boleh mengukus menggunakan loyang atau acuan kecil yang boleh di dapati di pasaran. Jangan lupa palitkan sedikit minyak masak agar apam tidak melekat di acuan. Sekiranya anda menggunakan loyang, kukus selama 45 minit dan sekiranya menggunakan acuan mangkuk kecil, 15 minit sahaja. Kelapa parut dikukus selama 10 minit. Setelah sejuk, gaulkan dengan garam kemudian taburkan ke atas apam tadi. Asam Gumpal Bahan-Bahan: 250 gm biji sago 2 liter air 5 gm garam halus Kuah: 1 liter santan 60 gm gula merah 15 gm biji halba 20 gm bawang merah (dihiris) 15 gm halia (dihiris)

Cara: Rebuskan biji sago bersama-sama dengan air garam sehingga masak. Tapis dan sejukkan. Gumpalkan sago tadi sehingga menjadi padat. Tumiskan bawang dan halia sehingga naik baunya. Masukkan santan, gula merah dan biji halba. Didihkan sehingga menjadi pekat. Cadangan Hidangan: Hidangan ini boleh juga dihidangkan bersama-sama dengan buah-buahan campuran

Badak Berendam Bahan-Bahan: 1 bungkus tepung pulut 15 helai daun pandan, diambil airnya 2 biji kelapa, sebiji diparut dibuat inti dan sebiji lagi diambil santan pekat Cara: Bancuh tepung pulut bersama air pandan hingga menjadi doh lembut. Ketepikan. Kelapa parut dimasak bersama gula merah dan garam hingga menjadi inti.Bentukkan doh lembut bulat-bulat dan isi inti di dalamnya. Letakkan doh berinti di dalam bekas dan tuang santan pekat di sekelilingnya. Kemudian kukus hingga masak. Bahulu Tradisi Melayu Bahan-Bahan: semangkuk telur ayam (sederhana besar) semangkuk gula pasir setengah kilo tepung gandum sedikit minyak masak acuan kuih bahulu atau kuih cara. Cara: Pukul telur dan gula sampai kembang. Setelah kembang asingkan sedikit. Panaskan acuan yang telah disapu sedikit minyak dalam ketuhar pada suhu 200 darjah agar bahulu tidak melekat.Campurkan tepung sedikit demi sedikit dalam bekas yang berlainan mengikut bilangan acuan. Bakar sehingga masak. Cadangan Hidangan: Sesuai dimakan atau dijamu pada minum petang atau dihari-hari perayaan. Tambahan: Turunkan resepi ini kepada anak cucu kita agar kuih tradisi melayu ini kekal sepanjang zaman. Resepi ini adalah resepi asal turun temurun datuk nenek yang diperturunkan ibu kepada cucu tersayang. Goreng tepung sampai masak.Tanda masak tepung tidak melekat pada kuali dan berwarna kekuningan. Ini agar kuih jadi ringan. 2 cawan gula merah Secukup air Sedikit garam

Sejarah asal kuih bahulu ini dipercayai dibawa ketanah melayu oleh orang berketurunan jawa dari Bangkahulu Indonesia. Kuih ini boleh bertahan lama dan sesuai untuk perjalanan jauh kerana ianya ringan dan kecil. Dan boleh dimakan walaupun dicelup dengan air kosong. Asal bentuk bahulu ini adalah bulat leper kerana di bakar diatas tudung periuk. Zaman berlalu maka terbentuklah kuih ini dalam pelbagai corak. Pada awalnya bentuk Bujur telur & Cermai. Kini masyarakat cina mula menggemarinya. Terhasillah bentuk anak ikan, udang, dan segala bentuk haiwan dimuka bumi ini. Malah kuih tradisi ini kini mendapat tempat dipasaran juga dikenali sebagai muffin crusty oleh orang inggeris. Walau kemana rataunya kuih ini tetap kuih tradisi orang melayu yang telah mendapat tempat dimata dunia. Bauhulu Bahan-Bahan: 10 biji telur 600 gm tepung gandum ]dijemur hingga 600 gm gula halus ]kering 1 sudu teh esen vanila Cara: Telur dipukul dengan gula sehingga kembang dan gulanya hancur. Kemudian masukkan bikarbonate of soda dan esen vanila serta teruskan memukul adunan ini sehingga campuran ini kembang dan naik. Tepung digoreng dalam kuali tanpa minyak sehingga kering dan warnanya kekuningan, setelah itu campurkan ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Sapukan minyak kacang ke dalam acuan bauhulu dengan menggunakan serai dan panaskan di dalam ketuhar. Kemudian tuangkan adunan ke dalamnya dan bakarlah sehingga masak. Belebab Bahan-Bahan: 2 biji kelapa, ambil 2 cawan pati santan 2 cawan keledek, dipotong kecil dan rebus Cara: Campurkan santan, tepung beras, gula dan garam. Tapis dan panaskan. 4 cawan tepung beras cawan gula 2 batang serai 1 cawan minyak kacang 1 sudu teh serbuk bicarbonate of soda

Masukkan ke dalam kuali dan kacau separuh masak. Masukkan keledek dan kacau rata. Bungkus dan kukus hingga masak. Bengkang Ani Terengganu Bahan-Bahan: UNTUK MEMBUAT KUIH BEKANG 1kg tepung beras air 1 liter 4 biji telur ayam UNTUK MEMBUAT SAMBAL IKAN. 1kg ikan kembung@selayang 1 biji kelapa parut 300g bawang merah 2 inci halia UNTUK MEMBUAT KUAH LEMAK KUIH BEKANG. 1 biji kelapa (santan) 1 cawan tepung beras 10 ulas bawang merah (dimayang) 1 sudu halba inci halia (dihiris halus) garam secukup rasa UNTUK KUAH MANIS. 1 cawan tepung beras 4 keping gula melaka(kecil) 2 cawan air

Cara: cara - cara membuat kuih bekang. tepung beras dibancuh dgn air dan telur.bancuh hingga sebati.kemudian bakar didalam acuan kuih baulu. cara memasak sambal ikan. ikan direbus dan ambil isi sahaja. kemudian santan kelapa,bawang merah dan halia digoreng hingga kering seperti membuat serunding. cara membuat kuahlemak. bawang merah,halba,tepung beras,halia dan santan dimasak hingga pekat. masukkan garam secukup rasa. cara - cara membuat kuah manis. tepung beras,air dan gula melaka dimasak sehingga pekat. Cadangan Hidangan: SESUAI DIMAKAN PADA WAKTU SARAPAN DAN MINUM PETANG.HIDANGAN

INI SESUAI UNTUK SEISI KELUARGA. Tambahan: RESIPI INI ADALAH MAKANAN TRADISIONAL TERENGGANU ZAMAN BERZAMAN.SEKARANG SUKAR UNTUK KITA DAPATI DIMANA-MANA GERAI MAKAN Bengkang Kelapa Muda Bahan-Bahan: 4 biji kelapa muda 1 cawan tepong beras 2 biji telor Cara: Tepong dicamporkan dengan air kelapa muda, kacau dan tapis. Pukul telor sehingga kembang, masukkan gula, garam dan isi kelapa muda ke dalam adunan tepong. Lenserkan acuan dan bakar di atas api yang perlahan sehingga bengkang menjadi warna kuning keemasan. Cadangan Hidangan: Elok dihidangkan diwaktu petang atau lebih menarik sewaktu berbuka puasa. Bepang Coklat Milo Bahan-Bahan: kilo biskut marrie kilo kacang tanah 1 peket kecil serbuk milo 1 tin kecil susu pekat 1 tin kecil planta Cara: 1. Sapukan majerin pada loyang dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman. 2. Goreng kacang tanah tanpa minyak hingga garing, buangkan kulit dan tumbuk supaya pecah 3 atau 4. 3. Patah-patahkan biskut marrie kepada 2 atau 3 pecahan. 4. Panaskan kuali dan cairkan planta. Setelah planta cair, masukkan susu, kacau hingga sebati. 2 cawan air secubit garam 1 cawan gula

5. Masukkan serbuk milo, kacau rata. Perlahankan api. 6. Masukkan pecahan biskut marrie. 7. Taburkan kacang dan kacau hingga rata. 8. Masukkan adunan biskut dalam loyang yang telah disejukkan. 9. Padatkan biskut menjadi rata pada permukaan. 10. Ambil dulang rata, kemudian terbalikkan adunan tadi dalam dulang. 11. Tukar permukaan adunan yang dibawah ke atas dan padat juga ratakan semula. Cadangan Hidangan: Masukkan dalam peti sejuk. Apabila sejuk, potong nipis dan hidangkan dalam pinggan. Bingka Cempedak Bahan-Bahan: 2 cawan isi cempedak (dikisar halus) 3 biji kuning telur 500 gm tepung gandum 2 cawan gula pasir Cara: Pukul telur dengan gula sehingga hancur. Ayak tepung dan masukkan sedikit-sedikit ke dalam bancuhan telur sambil digaul sehingga sebati. Masukkan marjerin, santan, garam dan isi cempedak. Kacau lagi hingga rata dan sebati. Sediakan sebuah acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakarlah hingga masak. Bingka Kelapa Muda Bahan-Bahan: cawan tepung beras 3 cawan air kelapa secubit garam 1 biji telor Cara: Di dalam mangkuk campurkan tepung,telor, garam dan air kelapa muda. Tapiskannya. Setelah itu campurkan isi kelapa muda dan bakar ke dalam oven sehingga cawan tepung gandum 2 cawan isi kelapa muda cawan gula pasir 2 cawan santan pekat 4 camca besar marjerin cair Sedikit garam

masak kuning keemasan. Cadangan Hidangan: Hidangkan pada waktu pagi ataupun petang. Tambahan: Sebaiknya bakar diatas dapur kayu dan di atas tudungnya juga di tambahkan api. Cucur Badak Bahan-Bahan: 600 gm keledek 2 cawan tepung gandum minyak secukupnya Bahan inti: biji kelapa parut 3 sudu besar udang 8 ulas bawang merah 3 batang serai Cara: Untuk inti, mesin cili kering, ketumbar, jintan manis, jintan putih, serai, bawang merah, kunyit dan udang. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang dimesin ini hingga kekuningan. Kemudian masukkan kelapa parut, air dan sedikit garam. Kacau hingga sebati. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Untuk kulitnya, rebus keledek hingga empuk. Setelah masak, angkat dan tuskan. Buang kulitnya dan lecek hingga lumat. Masukkan tepung dan uli hingga sebati. ambil sejemput adunan dan leperkan. Masukkan inti di tengahnya dan tutup kembali adunan tadi. Buat sehingga selesai. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng cucur badak hingga berwarna coklat muda. Setelah itu, angkat dan hidangkan. Karipap Bahan-Bahan: Bahan-bahan untuk doh: kg tepung gandum Bahan-bahan untuk inti: 4-5 biji ubi kentang (dipotong dadu) 10 biji cili kering sudu teh ketumbar sudu teh jintan manis sudu teh jintan putih sudu teh kunyit minyak masak garam 2 cawan air

1 sudu besar minyak masak (yang telah dipanaskan) Air garam (suam)

Ayam/Daging (dipotong dadu/dicincang halus) Bahan A: 5 tangkai cili kering (dikisar) 1-2 sudu besar jintan manis (dikisar) 1-2 sudu besar lada hitam (dikisar) 2 kuntum lawang (dikisar) 5 kuntun bunga cengkih (dikisar) 1-2 inci halia (dikisar) 1 biji bawang besar (dikisar) Garam,gula dan MSG secukup rasa

Cara: Untuk membuat doh: Uli tepung dengan air garam (suam),tambahkan sesudu minyak masak yang telah dipanaskan.Setelah siap diuli,ketepikan. Untuk membuat inti: Kisar semua bahan-bahan A Panaskan minyak di dalam kuali,tumis bahan yang telah dikisar Masukkan kentang dan ayam/daging yang telah dipotong dadu Masukkan garam,gula dan MSG secukup rasa Setelah inti hampir kering,masukkan daun kari. Masak sehingga kering Cadangan Hidangan: Resepi ini untuk lebih kurang 20 biji karipap (saiz sederhana) Tambahan: Sewaktu membuat doh,minyak masak yang ditambah mestilah dalam keadaan panas.Ini adalah untuk merangupkan karipap.Boleh juga diganti dengan marjerin. Daun kari juga boleh diganti dengan daun sup. Karipap Daging Bahan-Bahan: Bahan Inti : 1 kg kentang - dipotong dadu 600 gm bawang besar - dipotong dadu Doh Karipap : 1 kg tepung gandum - diayak 1 sd besar garam buku (188gm) lepa susu

800 gm daging lembu - dipotong dadu kecil Tumbuk Lumat : 1 biji bawang besar 3 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 1" halia 1 sd besar jintan manis 1 paket serbuk kari cawan minyak 1 batang besar kulit kayu manis 3 sd besar gula 1 sd besar garam sd teh msg 700 ml air

`Farmcows' 2 biji telur 1 cawan ais 500 ml air Minyak untuk menggoreng Secukup tepung untuk mencanai

Cara: Inti : Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang, masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal. Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam dan serbuk perasa. masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan msg, gula dan kentang. Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan. Doh : Masukkan tepung dalam mangkuk.Gaulkan bersama air, garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dgn telur hingga jadi serbuk roti. Panaskan Farmcows atas api kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi. Gaul lagi hingga jadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit sedikit air ais bergaram dan gaul hingga jadi doh. Rehatkan 1/2 jam. Bahagikan doh 4 bahagian (setiap bahagian menghasilkan +-25 keping karipap) dan ambil 1 bahagian canai nipis atas landasan bertepung. gulung ketat2 dan golek hingga jadi selinder berdiameter 1 1/2". Potong setebal 1/2" hingga mendapat +- 20 ke 25 ketul. Canai nipis setiap satu (2mm) dan isikan 1 sd besar inti, tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-

kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng. Ulangi proses yang sama hingga habis. Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Tos atas kertas dapur dan hidangkan.

Cadangan Hidangan: Untuk minum petang dan berbuka puasa. Tambahan: Mneghasilkan lebih kurang 100 keping karipap saiz sederhana. Campuran lemak susu dan sayuran dalam Farmcows memberkan rasa yang enak dan rapuh pada doh karipap. Boleh juga digunakan marjerin, crisco, vanaspathi atau minyak sapi, mentega atau keduanya (nisbah 1/2:1/2). Penggunaan ais dan lemak yang dicairkan memberikan tekstur doh karipap yang rangup dan gebu bila dimakan. Doh karipap boleh dibekukan dan biarkan pada suhu bilik (thaw) sebelum digunakan semula. Gunakan plastik untuk membungkus setiap bahagian doh yang hendak disimpan. Inti juga boleh dibekukan, untuk rasa yang lebih enak selepas dibekukan (pembekuan mungkin memyebabkan rasa inti menjadi hambar kerana bercampur cairan seperti ais), cairkan 1 sd besar mentega dan tumis 1 sd teh serbuk kari masukkan inti dan kacau, masukkan 1 biji bawang dadu dan kacau hingga sebati. Rasalah masin dan manisnya. Gunakan kembali. Karipap Kesuma Hati Bahan-Bahan: Untuk inti: 1 cawan ikan tuna/udang 1 batang carrot 3 kuntum daun kesum 2 biji bawang kecil 1 biji cili hijau Bahan untuk kulit: 1 cawan tepung 2 sudu crisco(atau mana mana vegetable shortening) Secubit garam Setengah cawan air Minyak untuk menggoreng

Cara: 1. Bahan untuk inti tuna/udang, carrot, bawang, cili hijau dan daun kesum dikisar kering.Tambahkan secubit garam untuk rasa. 2. Bahan untuk kulit: Gaulkan tepung dan crisco. 3. Masukkan garam. 4. Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil digaul adunan sehingga menjadi doh. 5. Gunakan penggelek untuk meleperkan doh. Guna acuan bentuk bulat. 6. Letak agak agak bahan inti setengah sudu ditengah tengah doh yang sudah bi potong bulat. Kelipkan keliling seperti bentuk karipap. 7. Goreng dalam minyak panas. Angkat bila agak kekuningan. Cadangan Hidangan: 2-3 orang. Sesuai untuk sarapan, atau minum petang. Tambahan: Masa digunakan: 30 minit Kastad Jagung Bahan-Bahan: 1 cawan tepung kastad 3 cawan gula pasir 1 tin jagung manis Cara: Bancuh tepung kastad dengan santan serta gula, jerangkan ke atas api dan kacau hingga kental. Tuangkan jagung ke dalamnya kacau lagi supaya rata. Bila telah sebati angkat dan tuangkan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan. Kek Kukus Simple Bahan-Bahan: 1 biji kelapa parut Sedikit garam Bahan pewarna kuning

5-6 sudu besar tepung serba guna 1 biji telur 2-3 sudu kecil gula sudu besar susu pekat Cara:

3-4 sudu gula hangus (boleh juga digantikan dengan buahbuahan kering atau chocolate chips/rice mengikut citarasa)

Pukul gula dengan telur hingga kembang. Masukkan susu dan pukul lagi. Masukkan tepung serba guna sedikit demi sedikit dan pukul lagi hingga sebati. Akhir sekali, masukkan gula hangus. Masukkan adunan dalam acuan atau loyang dan kukuskan selama 45 minit. Cadangan Hidangan: Sesuai untuk hidangan 2 orang. Tambahan: Sangat ringkas dan mudah. Selamat mencuba! Ketupat Sotong

Ketupat Sotong Terengganu Bahan-Bahan: 1kg Sotong sederhana besar 250gram beras pulut santan seinci halia dipotong halus 5 ulas bawang merah dipotong halus sesudu kecil halba garam lidi dipotong kecil Cara: 1. beras pulut di tanak, setelah masak biarkan sejuk. 2. masukkan pulut dlm anggaran 3/4 penuh ke dlm sotong yg telah di bersihkan. Gunakan lidi utk mengemaskan hujung sotong. 3. santan dicampur dgn halba, halia, bwg merah & garam, masukkan sotong yg telah disiap ke dalam periuk. Api hendaklah kecil utk mengelakkan santan naik kepala. 4. angkat apabila sotong telah masak. Cadangan Hidangan: di makan begitu sahaja @ bersama nai putih Tambahan: 1. kulit sotong yg berwarna ungu kemerahan hendaklah dibuang utk mengelakkan hanyir. 2. resepi dari trg ini tidak menggunakan gula perang @ nisan @ gula spt resepi kelantan

SOTO

Bahan2nya: nasi himpit sup sambal kicap bahan hiasan bergedel Untuk Sup: I ekor ayam 5 ulas bawang merah dihiris halus 10 ulas bawang putih dihiris halus 2cm halia diketuk 4 batang serai diketuk 1 peket sup bunjut

sedikit bunga lawang dan kulit kayu manis 2 helai daun pandan Daun sup secukupnya garam secukup rasa caranya: Potong ayam dan rebus bersama sup bunjut, halia dan serai yang diketuk. Apabila ayam masak keluarkan dan goreng.Siat2kan bahagian isi ayam untuk ditabur sebagai hiasan.manakala yang selebihnya masukkan semula ke dalam sup bersama daun pandan. Goreng bawang yang telah dihiris halus,bunga lawang dan kulit kayu manis di dalam kuali yang berasingan.Bila dah naik bau angkat dan tuangkan kedalam sup yang telah mendidih.Masukkan garam dan hirisan daun sup dan tutup api. Bahan2 bergedel: 1/2 kg isi ayam dihiris kasar dan digoreng kemudian ditumbuk 1 kilo kentang dihiris dan digoreng kemudian ditumbuk bawang goreng secukupnya daun sup seckupnya 1 biji telur ayam garam secukup rasa sedikit lada sulah Caranya mudah je...Campur semua bahan2 dan bentukkan bulat.Sebelum goreng celupkan ke dalam telur yang telah dikocak.untuk mendapatkan bergedel yang cantik pastikan ianya kering barulah dibalik. sambal kicap: segenggam cili/ ikut citarasa 2 ulas bawang putih sedikit air asam jawa/ perahan limau kasturi kicap kipas udang secukupnya. caranya: masukkan semua bahan dalm belender dan blend halus, sedia diguna. bahan hiasan: taugeh dicelur daun sup dimayang halus soohun goreng bawang goreng Cara menghidang: hidangkan nasi himpit bersama bahan2 hiasan, bergedel, sambal kicap dan tuangkan sup

diatasnya. pastinya bila makan soto ni mak mertua lalu belakang pun tak sedar... Posted by jerry_03 at 1:09 PM 41 comments

Rainbow marble pudding Blackmore

Resepi kali ni Umi ambil dari resepi Diana...memang best puding ni.Umi buat dalam bekas kecil2 dan makan bersama fruit koktel.Thanks Diana. Umi cuma copy n paste dari bog Diana....sorry Diana, ape pun mesti cuba jangan tak cuba, rugi.Memang sesuai untuk dessert. RAINBOW MARBLE PUDDING BLACKMORE Bahan-bahannya

2 bungkus serbuk agar-agar 1350ml air paip 450gm gula pasir 130gm mentega 8 biji telur bersaiz sederhana 1 tin susu cair Carnation 2 sudu makan tepong custard 2 sudu makan serbuk koko 1 sudu teh vanilla pewarna merah dan kuning secukupnya Cara-caranya 1. Masak agar-agar, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan dulu. 2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker, kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis. 3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar-agar dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih. Kemudian, masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. 4. Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk. Bubuhkan koko ( yang sudah dicampurkan sedikit air) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata. Adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing-masing diwarnakan dengan kuning dan merah. 5. Gunakan loyang berbentuk 4 persegi berukuran 9x9x3 atau loyang bentuk jantung ataupun bulat seperti yang dalam gambar. 6. Merengkan loyang sedikit dengan menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras. Tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula ngan sadu senduk makan adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat. Ulang cara begini sehingga adunan selesai digunakan. 7. Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya dan masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan biarkan adunan keras sebelum dipotong dan dihidangkan. Posted by jerry_03 at 1:03 PM 1 comments Labels: puding

KUIH SRI MUKA

Bahan Pulut: 2.5 cups beras pulut Santan elok2 tenggelam beras Garam dan gula secukupnya Tanak pulut seperti biasa Bila dah masak, masa panas2 tu masukkan ke dalam loyang dan tekan padat Bahan SeriKaya: 2 biji telur saiz besar Gula secukupnya (ikut citarasa kalau suka manis lebihkan gula) Santan dan air 4 helai Daun pandan 3 tbs tpg gandum Pewarna kuning/hijau. Masukkan semua dlm blender. Banyaknya santan dan air tu ikut cukupkan batter pada paras 2.5 cup (sukatan pada blender). Peringatan! Cawan ikut American standard punya cup. Lepas tu tapis, dan masukkan ke dalam loyang yg berisi pulut yg sudah di tekan. Tutup loyang dgn aluminum foil. Kukus selama 1 jam Bila dah masak sejukkan dan bolehlah dipotong dan hidangkan Posted by jerry_03 at 12:56 PM 0 comments Labels: kuih

KEK CHIFFON PANDAN

Bahan-bahannya. 6 biji telur ayam (asingkan putihnya) 300gm gula halus 1/4 cawan minyak jagung 240gm tepung naik sendiri 1 sudu teh baking powder 1/4 sudu teh cream of tartar 1 sudu teh garam 1 cawan santan pekat (saya guna susu cair je) 10 helai daun pandan (blend ambik jus je..campur dalam santan jadikan secawan) Caranya: 1) Pukul 1/2 sukatan gula dengan kuning telur hingga putih warnanya,masukkan minyak jagung

dan pukul lagi 2) Masukkan santan yang telah dicampur dengan jus pandan dan garam. 3) Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit hingga habis sambil digaul rata. 4) Dalam bekas lain pukul putih telur dengan cream of tartar hingga kembang kemudian masukkan baki gula halus dan pukul lagi hingga betul2 pekat (kalau terbalikkan tu tak jatuh le..) 5) Campurkan adunan tepung tadi ke dalam putih telur sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan guna spatula satu arah sahaja. Nota: Saya tak blend pun daun pandan buh esen pandan dan pewarna hijau je...ni kira penyakit malas dah mai la ni. Posted by jerry_03 at 12:50 PM 2 comments Labels: kek

Sunday, February 11, 2007


Bahulu Gulung Mini Coklat Strawberry

Hari ni bangun pagi anak2 dah request nak makan kek coklat. Bila tengok stok kat dapur banyak yang tak de, so untuk tak menghampakan diorang Umi pun bergegas le buat bahulu gulung mini coklat strawberry. First time try but not bad. Anak2 dah pegang pinggan tunggu Umi nak potong kuih, sian anak UmiLapar yea. Kepada sesiapa yang nak cuba ini resepinya. Bahan-bahannya: 2biji telur 50gm gula halus 10gm tepung jagung 15gm serbuk coklat 25gm tepung gandum sudu teh ovellete 25gm mentega (cairkan) sudu teh esen vanilla Jem strawberry secukupnya. Caranya: 1.Campurkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk koko then ayakkan 2.pukul telur, gula dan ovellete hingga kembang.(pastikan betul2 kembang) 3.Masukkan bahan2 yang diayak tadi gaul perlahan hingga tepung hilang dari pandangan. 4.Akhir sekali masukkan mentega yang telah dicairkan.Gaul sebati. 5.Tuang dalam loyang ukuran 22cm yang telah dilapik kertas, adunan lebih kurang setinggi 2cm. 6.Bakar dalm oven selama 10 minit suhu 180c. 7.Angkat dan balikkan ke atas kertas roti yang telah ditabur gula halus atau serbuk koko. 8.Sapukan jem adunan lalu digulung kemas dan wrape dengan cling film.Boleh dipotong dan dihidangkan bila sudah sejuk.

Selamat mencuba...Umi pun bila try berdebar je kalau tak jadi tapi insyaallah bila kita buat dengan betul dan yakin pasti menjadi. Nampaknya raya nanti takyah dah nak beli bahulu gulung,hehe Posted by jerry_03 at 1:08 PM 0 comments

KUIH CAKOI

Hari ni pikir2 nak buat ape untuk minum petangteringat pulak resepi kuih cakoi dari Mamafami yang dah lama waiting list untuk dicuba. So hari ni buat kuih cakoi cicah ngan sambal tumis,best resepi mamafami ni thanks mama. kepada sesiapa yang ingin mencuba ini resepinya Bahan-bahan: 400gm tepung gandum (umi guna tepung cake)

1 cawan air 1 susu besar marjerin (cairkan) 1 sudu kecil garam 3 sudu besar gula 1 sudu besar susu pekat manis 1 biji kuning telur 2 sudu teh yis kering sudu the baking soda Minyak secukupnya untuk menggoreng Caranya: 1.Campurkan air, marjerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan baking soda di dalam mangkuk dan kacau sebati 2.Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga boleh diuli 3.Uli doh hingga lembut dan tak melekat di tangan.Doh mestilah lembut 4.Rehatkan doh selama1/2 jam dan tutup dengan plastik bersih 5.Roll doh nipis lebih kurang 1/2cm berbentuk rectangle 6.Potong doh lebih kurang 1 inci setiap strips 7.bila dah potong tarik sikit dan cantumkan bahagian hujung dengan hujung.(tak tau le nak citer camner alahkita tindihkan antara satu sama lain then cantum) 8.lepas tu goring dengan api yang sederhana hingga kekuningan. 9.bila sejuk bolehlah dihidangkan dengan sambal atau kaya. Hubby memang suka makan cakoi ni. Dah try banyak resepi tapi kurang menjadi la..tp bila try resepi Mama ni mudah dan menjadi. Alhamdulillah. Posted by jerry_03 at 12:21 PM 1 comments Labels: Kuih Cakoi

Sunday, February 4, 2007


CUCUR BADAK

Bahan2nya: 500gm ubi keledek (direbus dan dilecek halus) 100gm tepung gandum. Bahan inti: 300gm kelapa parut (kelapa yang agak muda dan parut putih sahaja) 3 biji bawang merah (kisar) 3 biji bawang putih (kisar) segenggam udang kering (kisar) 2 sudu besar cili merah yang telah dikisar(nak pedas boleh tambah lagi) 2cm kunyit hidup (kisar) 2 batang serai dititik garam dan gula secukup rasa

Caranya: Gaulkan ubi keledek yang telah dilecek bersama tepung gandum, uli hingga sebati, bentukkan bulat dengan saiz mengikut citarasa masing2 dan bubuh inti.Goreng dengan api yang sederhana hingga masak. Angkat dan bolehlah dihidangkan untuk sarapan pagi atau minum petang. Minum pulak teh o panas. Emmm memang best. Inti: Panaskan minyak dalam kuali tumiskan bahan2 yang telah dikisar bersam serai bila dah naik bau masukkan cili, masak hingga pecah minyak masukkan kelapa parut, gaul rata, masukkan garam dan gula secukup rasa, masak hingga kelapa kering dan angkat. Sedia untuk digunakan. resepi kuih muih, kuih, kuih cucur badak Posted by jerry_03 at 7:09 PM 2 comments

KERABU SOTONG

Jom kita buat kerabu sotongkerabu sotong ni banyak versi tapi yang Umi nak cerita di sini kerabu sotong dengan timun, makan ngan nasi panas2 memang best tak cukup sepinggan, resepi ni Umi ambil dari Nina FP, tapi Umi dah ubah ikut selera family Umi thanks Nina for the delicious recipe.. 1/2kg sotong (digoreng tanpa minyak) 1 biji timun (potong halus memanjang) 1 biji bawang besar (Potong dadu) 3 biji tomato dibuang biji(potong dadu) 6 biji cilia pi (potong halus) leh tambah kalau nak pedas 4 biji limau kasturi (diambil amirnya) Sos tiram sikit(resepi asal sos ikan tapi tak de ) garam dan gula secukup rasa Caranya: Caranya tersangatlah mudah gaulkan semua bahan2 di atas rasakan masam manis dan masinnyasedia untuk dihidang. Posted by jerry_03 at 6:24 PM 0 comments Labels: Kerabu Sotong

KUAH KACANG

Di sini Umi sertakan resepi kuah kacang yang Umi belajar dari bonda tersayangterima kasih Bonda . 1kg kacang tanah(digoreng dan blend halus dan lagi kasar) 6 ulas bawang merah 6 ulas bawang putih 4 biji buah keras 2cm halia 20 biji cili kering ( terpulang kalau nak pedas leh tambah lagi) Sedikit belacan(tapi Umi selalu ganti ngan ikan bilis) 2cm lengkuas dititik 4 batang serai dititik 1 cawan air asam jawa Garam dan gula secukup rasa (kalau nak kuah kacang yang agak manis tambah gula lebih sikit,Umi selalu guna gula kabung tp gula biasa pun best gak) Caranya: Kisar halus bahan2 yang diboldkan di atas ( hehe..malas tul nak taip), inilah cara Umi masak kuah kacang tak tau la sama ke tak dengan cara anda semua,ok kita start masakpanaskan minyak dalm kuali, masukkan bahan2 yang dikisar halus,serai dan lengkuas yang dititik agak2 dah naik bau..masukkan air asam jawa, and then kita masukkan garam dan gula (yang ni agak2 je,nanti bila dah masuk kacang leh tambah lagi kalau kurang umph).Sekarang kita masukkan kacang dan gaul ratalepas tu kita tambah air sikit agak-agak 2 cawan okla,biarkan kuah kacang ni hingga pecah minyak dan sekali sekala kacau takut hangit bawah dia, rasakan masam manis dan masin nya, bila dah pekat tutup api dan bolehlah dihidangkan dengan sate atau nasi himpit, senangkan.Jom cuba. Resepi kuah kacang, Kuih muih, kuah sate Posted by jerry_03 at 6:19 PM 0 comments

RICH CHOCOLATE MOIST CAKE

Bahan-bahannya 170.1gm butter 396.9gm gula halus 3 biji telur ayam *Bahan2 ini digaul bersama dan ayakkan: 226gm tepung high protein/ gandum 63.8gm serbuk koko sudu kecil garam 1 sudu kecil baking soda 11/2 sudu kecil baking powder 197.4gm air sejuk (baru keluar dari peti ais)

*Bahan2 ini dibancuh bersama: 1 sudu kecil Nescafe 1 sudu kecil air panas 1 sudu kecil esen vanilla(boleh juga diganti dengan esen oren) 1 sudu kecil chocolate/coffe paste/emulco caranya: 1.Guna mixer, pukul butter dan gula hingga betul2 kembang 2.Masuk telur satu persatu pukul lagi 3.masukkan campuran yang dibancuh 4.Peringkat ni gunakan whisker atau spatula: -masukkan bahan2 yang diayak sikit2 gaul satu arah hingga tepung hilang dari pandangan -masukkan air sejuk dan gaul perlahan hingga rata. 5.Alas loyang dengan paper bake dan sapu butter 6.Kukus kek selama 11/2 jam dan tutup loyang dengan aluminium foil supaya air tak jatuh ke dalam kek. 7.Bakar pun bolehsuhu170c selama 50-60minit. Cubalah insyaallah kalau buat dengan cara yang betul keputusannya pasti tak menghampakankalau nak lebih chocolaty lagi leh buh topping250gm coklat masakan campur ngan 50ml susu cair,masakkan hingga secara double boiler dan tuangkan atas kek.selamat mencuba. Resepi Kek chocolate moist, Kuih muih, kek Posted by jerry_03 at 5:20 PM 0 comments

Saturday, February 3, 2007


SATE ISTIMEWA

Hai... Hari ni Umi buat jamuan hari ulang tahun ke-2)putera Umi yang kedua Mohammad Amir Hakim. Umi jemput bos dan kawan-kawan Umi jer. Umi buat sate istimewa. Ni ha resepinya cubalah mesti best. Resepi ini dari suami Umi. Cubalah. Bahan-bahan: 1. Ayam 2 ekor (besar) 2. Lengkuas 2cm 3. Halia 2cm 4. Bawang merah 10 biji 5. Bawang Putih 10 ulas 6. Madu lebah (sesedap rasa) 7. Kunyit hidup 2cm 8. Serai 4 batang 9. Garam secukup rasa

10.Gula secukup rasa Caranya: 1. Mesin semua bahan di atas (kecuali madu, gula dan garam) hingga lumat 2. Ayam dipotong dadu (kecil) 3. Gaulkan semua bahan termasuk madu tadi bersama ayam 4. Tambah sedikit garam dan gula untuk penyedap rasa 5. Perapkan selama 5 - 6 jam. Biasanya umi perap semalaman letak kat peti sejuk Bahan untuk disapu semasa panggang sate istimewa: 1. 3 Ulas bawang merah 2. Halia dalam 1 cm 3. Kicap 4. Minyak masak 5. Bawang putih 6. Air lebihan perap satay 7. Gula, garam dan madu lebah Caranya: 1. Tumbuk bawang merah/putih, halia hingga lumat 2. Masukkan kedalam bekas 3. Tuang air lebihan perap satay 4. Tambahkan kicap, gula, garam dan madu lebah 5. Masukkan minyak masak 6. Gaul semua bahan tadi dan sapukan ke satay istimewa semasa panggang. Bila keluar dari peti tu umi biarkan dalam 10 minit sebelum panggang. Kalau nak lagi sedap gunakan arang. Baru rasa sate ni original. Macam Samuri gitu.. ok selamat mencuba. P/s. Semua bahan di atas boleh dapat dalam 150 cucuk sate. Please leave your comment Posted by jerry_03 at 9:36 PM 0 comments

Friday, January 26, 2007


KEK BUTTER
Sorry ler..sebab lama tak update blog ni. Umi sibuk melayan dua putera Umi di rumah lasak betul. Bila Umi pegang je laptop mulalah dua-dua tu nak menolong. Resepi kali ni Umi sempat tulis tupun jenuh juga nak mengelak serangan dari dua putera Umi.kali ni Umi nak tampal satu resepi yang memang best dan mudah untuk dicuba.Resepi ni Umi ambil dari jos Deli Bakery. Kepada penggemar kek butter rugi tak cuba.,

Cake Butter Bahan-bahan 160gm butter 150gm gula halus 3 biji telur saiz sederhana ( Umi guna 2 biji telur bersaiz besar ) 140gm tepung serbaguna (diayak) 30gm tepung jagung (diayak) 1 sudu teh baking powder (diayak) 1 sudu teh esen vanilla 80ml susu (Umi guna susu cair ) caranya; 1.Panaskan oven pada suhu 170c-180c dan sediakan loyang yang dilapik dengan paper bake 2.Campurkan semua bahan dalam mixing bowl,Pukul dengan low speed sehingga semuanya rata. 3.Tambahkan kelajuan pada medium speed dan pukul hingga adunan menjadi creamy dan putih. 4.Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disediakan. 5.Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan selama 40 hingga 45 minit atapun golden brown. 6.Biarkan 5 minit sebelum disejukkan atas redai besi. Nota: Cara di atas adalah cara sebenar mengikut resepi jos tapi Umi buat ikut cara Umi jersebab Umi punya mixer bukannya heavy duty takut tak menjadi maklumlah budak baru belajar, mixer murah..Ok ini cara yang Umi buat.pukul butter dan gula hingga kembang masukkan telur satu persatu pukul lagi hingga kembang, masuk susu cair,esen vanilla dan campuran tepung yang telah diayak dengan baking powder.Kemudian pukul semua adunan dengan medium speed lebih kurang 3 minit.Alhamdulillah menjadi elok Umi bubuh colour sebab nak tarik perhatian anakanak , buat macam kek zebra.Anak2 memang suka.Siap cakap sedapla Umi.nak lagi. Kek Butter, Kuih muih, Resepi Posted by jerry_03 at 9:16 PM 1 comments

Sunday, January 14, 2007


PISANG GORENG ALA BUNDA

Em..lama tak post resepi bz sikit ler,ari ni Umi buat breakfast simple jer tapi memang power tak percaya, boleh cuba sendiri. Ini resepinya. BAHAN-BAHANNYA: 10 biji pisang (pisang ape2 je yang sedap digoreng) 3 senduk tepung gandum air secukupnya gula merah serbuk kayu manis chese cheddar (diparut) Caranya: 1. Campur tepung gandum dan air secukupnya untuk menggoreng pisang.Goreng pisang sampai masak, golden brown ler kata omputih. Bila dah masak angkat dan susunkan dalam pingan.

2. Campurkan gula merah dan serbuk kayu manis, gaul rata. Setelah itu taburkan atas pisang goreng tadi sama rata. 3. Akhir sekali Parutkan cheese cheddar ke atas pisang yg telah ditabur dgn campuran gula dan serbuk kayu manis tadi secukupnya. Lepas tu apa lagi makan la....marbelesss. Memang best rasa pisang goreng ni my husband makan sampai separuh pinggan...kepada sesiapa yg ingin merasa kelainan pisang goreng ni silakan. Gambar masih belum dapat disertakan. Pisang goreng, Kuih muih, Resepi Posted by jerry_03 at 4:33 PM 0 comments

Saturday, January 6, 2007


BINGKA KASTARD
Ingredients: 2 cups flour cup custard powder 2 eggs 1 cup sugar cup margarine melted 1 tin evaporated milk (410ml) 4 cups pandan juice Green colouringEnough sesame seeds fry without oil Method : 1. Pre-heat oven at 180c for 10 minutes 2. Mix the above ingredients, except sesame seeds, and put htrough a strainer. 3. Grease baking pan with a bit of oil and pour the mixture into the baking pan. 4. bake for 1 hour or until cooked 5. Once out of the oven, sprinkle the sesame seeds o top 6. Leave to cool before cutting Resepi Bingka Kastard, Kuih muih Posted by jerry_03 at 10:05 PM 0 comments

Wednesday, January 3, 2007


KEK KASTARD CHIFFON

1) Lapisan gula hangus 60gm Gula halus / kasar (umi selalu buat 50gm jer sebab nak kurangkan manis) caranya: Bakar dalam loyang bulat dengan api perlahan hingga cair jangan sampai hangit. Biarkan sejuk dan keras 2) Lapisan kastard 95 gram gula halus(umi selalu buat 90 gram je) 220 gram susu cair 3 biji kuning telur caranya: Gaulkan semua bahan dalam bekas lain dan rehatkan 3) Lapisan kek chiffon: 100 gram tepung naik sendiri 55 gram gula halus 35 gram minyak jagung (kekadang umi ganti ngan butter cair je, ok gak) 2 biji kuning telur 1 sudu kecil esen vanilla 95 gram air caranya: Campur semua bahan basah dan masukkan ke dalam tepung yang telah diayak, gaul higga rata.ketepikan. Dalam bekas lain: 5 biji putih telur (baki telur yang digunakan di atas) 1 gram krim tartar 55 gram gula halus caranya: Pukul putih telur dengan krim tartar hingga kembang dan masukkan gula sedikit demi sedikit, pukul lagi hingga lembut dan pekat. Kemudian masukkan adunan ini ke dalam adunan tepung tadi.Gaul adunan perlahan-lahan hingga sebati.

Ok,nak mula masak dah ni.. 1) Panaskan oven 2)Tuang adunan kastard ke dalam loyang yang dah sedia dengan gula hangus tu. 3) Tuang adunan chiffon perlahan-lahan ke atas adunan kastard 4) Letak loyang ke dalam dulang yang berisi air lebih kurang inci. 5) Bakar pada suhu 180c,45 minit atau hingga masak. Selamat mencubahasilnya memang memuaskan sedap juga kalau di makan bersama buah koktel. Resepi Kek Kastard Ciffon, Kuih muih Posted by jerry_03 at 11:42 PM 0 comments

KEK KUKUS 7 UP
Resepi hari ni Umi listkan satu resepi yang memang best, Resepi ni Umi ambil dari Blog Chetam..mula2 buat dah menjadi, sekarang kek ni dah menjadi salah satu kegemaran keluarga umi. Lagi satu bestnya kek ni tak payah nak pakai butter. jimat belanja. Kepada sesiapa yang berminat nak mecuba ini resepinya. 5 Biji telur 220gm gula halus 150gm tepung kek (Blukey) 150gm tepung gandum biasa sudu besar ovallete 180gm air 7up / sprite / soda ( sekadar untuk menghaluskan tekstur dan lembut) 2 sudu besar susu pekat manis pewarna ikut citarasa Caranya: 1.Panaskan kukusan 2. Pukul telur dan gula sampai kembang (patikan betul-betul kembang) masukkan ovallete dan pukul lagi hingga kembang 3. Masuk susu pekat manis 4. Masukkan tepung yag telah diayak dan diselang selikan dengan air 7up tadi 5. Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bahagian dan warnakan ikut citarasa 6. Kukus dulu adunan warna asal dalam 5 hingga 7 minit 7. Selepas itu mulakan dengan warna pertama kukus lagi dan buat yang seteusnya hingga habis. 8. Kalau boleh lapisan jangan terlalu tebal, sedang-sedang je.nanti bila potong nampak cantik. Selamat mencuba.. Resepi Kek Kukus 7U, Kuih muih Posted by jerry_03 at 8:35 PM 0 comments

Monday, January 1, 2007


KUIH DANGAI

BAHAN-BAHANYA:1 peket tepung pulut 3 biji kelapa parut muda (putih) 4 sudu besar gula putih Gula merah atau gula melaka secukup rasa. Sedikit garam. CARANYA:-

1 Gaulkan tepung, kelapa, gula dan garam 2. Bahagikan kepada 2 bahagian Tekan bahagian 1 dalam loyang yang telah disapukan dengan butter/ minyak. Kemudian taburkan sedikit gula merah/ melaka. 3. Tuang bahagian 2 di atas gula tadi dan tekan sedikit supaya mampat. Bila potong nanti tak terlerai. 4. Bakar dalam oven 180C hingga masak. Bahagian tepi kekuningan. P/S- Kalau nak cantik gunakan loyang yang panjang. Umi dah banyak kali buat kuih ni. Setiap kali Umi buat gerenti menjadi punyalah. Family Umi suka kuih ni. Sukatan bahan di atas untuk sajian seisi keluarga. Umi selalu buat separuh bancuhan jer. Selamat mencuba Resepi, Kuih dangai, Kuih muih Posted by jerry_03 at 4:32 PM 0 comments

APAM BERAS
Resepi ni adalah hadiah istemewa dari emak Umi yang tersayang. Bila Umi buat Apam ni mesti umi ingat dekat emak .Umi suka Apam Beras ni. Bahan-bahanya:1 cawan tapai 1 cawan gula 3 cawan tepung beras 2 cawan air suam camca besar mauripan Sedikit garam Eno peket Caranya:1. Blender semua bahan kecuali Eno 2. Simpan dalam 2 jam 3. Bila nak kukus, Masukkan eno (pastikan air dah mengelegak) 4. Masuk kedalam acuan dan kukus 15 hingga 20 minit. Selamat mencuba. Sila bagi komen untuk resepi ni.

Resepi Apam Beras, Kuih muih Posted by jerry_03 at 4:22 PM 1 comments

Sunday, December 31, 2006


KEK BATIK
Bahan-Bahannya:4 biji telur 1 ketul butter 1 cawan gula 1 kati biskut merie (600 gram) patah empat cawan milo cawan koko powder 1 mug air Caranya:1. Pukul butter, telur dan gula 2. Masukkan milo dan serbuk koko, kacau hingga rata 3. Masukkan air, gaul hingga rata 4. Masukkan ke dalam kuali/ periuk masak dengan api perlahan 5. Setelah mendidih dan agak pekat, masukkan biskut marrie yang dipatah 4. Gaul rata 6. Masukkan ke dalam loyang yang telah di alas dengan plastic, tekan hingga padat 7. Sejukkan dan potong. Resepi ni selalu Umi buat, mudah jer dan memang sedap. Suami dan anak-anak pun suka. Bila balik ke kampong tu memang ramai yang minta resepi ni. com.

Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa kebenaran dari tuan punya asal ataupun myresipi.com.

oleh: kak fida Pineapple Tarts

kak fida@myresipi.com Kuih tat nanas...

Created on : 06-08-2010 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan

100Share

Bahan-bahan ( 2 balang )

1 kilo tepung gandum - ayak 2 buku mentega (500 g) 2 sb susu manis 2 biji kuning telur (akak tambah sedikit putih telur) 1/2 teh garam (opt) inti nanas secukupnya :http://www.myresipi.com/top/detail/5392

Cara-cara
1. Mentega,susu,kuning telur(dan putih telur) dikacau hingga sebati.Masukkan tepung gandum sedikit2 sambil digaul rata sehingga adunan lembut.

2. Canai doh dan terap dengan penerap khas kuih tat atau bentukkan doh ikut suka.Isikan inti nanas dan bakar pd suhu 160C selama 20 min atau ikut kepanasan oven masing2

Biskut Butter Susu

zheinysha@myresipi.com menjadi kegemaran anak2.. :)

Created on : 25-06-2009 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan

Bahan-bahan ( lebeh 100bj )


2 cwn Tepung Gandum 1 cwn Gula (saye guna icing sugar) 3 cwn Tepung Jagung (saye guna tepung jagung Maizena yg dlm kotak) 2 cwn Butter (1 block 250gm tu) 1/2 cwn Susu Tepung (saye guna susu tepung nespray) 1 sd teh Bicarbonate of soda 1 sd teh Esen Vanilla (* bhn tidak memerlukan telur)

Cara-cara

1. Butter dan gula dipukul hingga sebati. Kemudian masukkan esen vanilla. Masukan tepung gandum, tepung jagung dan bicarbonate of soda. Gaul sebati lagi. Baru masukkan susu tepung. Gaul lagi. Canai adunan dan teraplah ikut acuan yg anda suka. 2. Hiasan diatas biskut terpulang kepada citarasa masing. Disini saye letak chocolate rice sebagai hiasan. SELAMAT MENCUBA

Biskut Butter Susu

zheinysha@myresipi.com menjadi kegemaran anak2.. :)

Created on : 25-06-2009 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan

Bahan-bahan ( lebeh 100bj )


2 cwn Tepung Gandum 1 cwn Gula (saye guna icing sugar) 3 cwn Tepung Jagung (saye guna tepung jagung Maizena yg dlm kotak) 2 cwn Butter (1 block 250gm tu) 1/2 cwn Susu Tepung (saye guna susu tepung nespray) 1 sd teh Bicarbonate of soda 1 sd teh Esen Vanilla (* bhn tidak memerlukan telur)

Cara-cara

1. Butter dan gula dipukul hingga sebati. Kemudian masukkan esen vanilla. Masukan tepung gandum, tepung jagung dan bicarbonate of soda. Gaul sebati lagi. Baru masukkan susu tepung. Gaul lagi. Canai adunan dan teraplah ikut acuan yg anda suka. 2. Hiasan diatas biskut terpulang kepada citarasa masing. Disini saye letak chocolate rice sebagai hiasan. SELAMAT MENCUBA

Biskut Semprit Gebu

zureyna@myresipi.com Sedap macam resepi orang dulu-dulu

Created on : 22-09-2008 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 200 Biji )


200 gm marjerin/butter 1 cawan tepung gandum 1 cawan tepung kastard 1 cawan tepung jagung 1/2 (setengah) cawan gula 1 biji Kuning Telur 1 sudu esen vanila Hirisan buah Ceri secukupnya Pewarna Kuning Telur

Cara-cara

1. Pukul marjerin dengan gula hingga kembang. 2. Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan esen vanila dan Pewarna Kuning. 3. Apabila semuanya dah sebati masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung Kastard sedikit demi sedikit. 4. Bentukkan dengan menggunakan acuan semperit dan hiaskan ceri merah di atasnya. 5. Bakar selama 15-20 minit pada suhu 150C

Anda mungkin juga menyukai