Anda di halaman 1dari 87

Tepung

 1/4 cup = 30gm


 1/2 cup = 60gm
 1 cup = 125gm
 6 3/4 cups = 1kg (1000gm)

Gula atau Mentega

 1/4 cup = 60gm


 1/2 cup = 125gm
 1 cup = 250gm

Cecair

 1/4 cup = 50ml


 1/2 cup = 125ml
 3/4 cup = 180ml
 1 cup = 250ml
 4 cups (1 quart) = 1 Liter

Sukatan cawan ke gram (oz)

 1 cup plain flour = 125g ( 4 0z)


 1 cup self raising= 125g ( 4 oz)
 1 cup castor sugar = 250g ( 80z)
 1 cup brown sugar = 185g ( 4 oz)
 1 cup icing sugar = 125g ( 4 oz)
 1 cup sultana= 125g ( 4 oz)
 1 cup coco = 125g ( 4 0z)
 1 cup walnut = 125g ( 4 oz)
Mass

Mass/weight

 30g = 1 oz
 60g = 2 oz
 90g = 3 oz
 120g = 4 oz
 150g = 5 oz
 180g = 6 oz
 210g = 7 oz
 240g = 8 oz
 250g = 81/3 oz
 270g = 9 oz
 300g = 20 oz
 330g = 11 oz
 360g = 12 oz
 390g = 13 oz
 420g = 14oz
 450g = 5oz
 480g = 16 oz

 (1 lb)500g = 1 lb 2/3 oz
 600g = 1 lb 4oz
 720g = 1 lb 8 oz
 840g = 1 lb 12oz
 960g = 2 lb
 1kg = 2 lb 1 1/3 oz
 1.2kg = 2 lb 8 oz (2 1/2 lb)
 1.5kg = 3 lb 2 oz (3 1/8 lb)
 2kg 4lb = 2 2/3 oz
kek pelangi Daisy

Bahan-bahan ( 20cm )

 5 biji telur gred A


 2 cwn tepung gandum
 1 cwn gula pasir
 1 sudu teh soda bikarbonat
 1 sudu teh baking powder
 1 sudu teh ovelette
 1/2 sudu teh esen vanila
 1 cwn margerin Daisy yg dicairkan
 1/2 sudu teh pewarna yg digemari (merah/hijau)

Cara-cara

1. pukul telur hingga kembang.


2. letakkan gula dan pukul sehingga sebati.
3. masukkan tepung gndum serta ovelette dan kacau sebati.
4. masukkan pula baking powder dan soda bikarbonat dan akhir sekali margerin yang dicairkan.
kacau hingga rata dan sebati
5. bahagi 3 adunan, letakkan pewarna yag disukai.
6. tuang adunan satu persatu , susunan ikut suka , dan bakar pada suhu 170 c selama 30 minit.
Coppps!..panaskan oven dan tin pembakar dulu ye.
Kek Gulung Kasih

bahan-bahan :

 70 g tepung gandum (diayak)


 1 sudu besar susu tepung
 3 biji telur A
 60 g gula kastor
 60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
 1 sudu kecil esen vanilla
 2 sudu kecil ovalette
 Pewarna merah, hijau dan kuning
cara-cara :

1. Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking
paper. Sapukan dengan sedikit mentega.
2. Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan,
kemudian putar hingga gebu.
3. Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati
dengan senduk kayu atau rubber spatula.
4. Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau.
5. Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-
tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah). Tak perlu
ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
6. Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C
dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-
masing.
7. Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
8. Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri.
9. Gulung kek dengan kemas.
10. Bolehlah dipotong dan dihidangkan.
SWISS ROLL BATIK COKLAT (loyang 8 x 11 inci)

Bahan-bahan :
3 biji telur B
2 oz gula castor
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar ovallete
1.5 oz tepung gandum, keluarkan 1 1/2 sudu besar tepung dan gantikan 1 1/2 sb dengan koko powder
(jadikan jumlah tepung + koko = 1.5 oz shj)
1/2 sudu besar susu tepung
2 oz mentega cair
butter icing secukupnya
Kaedah penyediaan :
- Telur, gula, ovallete, baking powder, esen vanilla, tepung gandum dan susu tepung dipukul dengan
kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit) ...ketepikan.
- Masukkan mentega cair menggunakan spatula or whisker aje, kemudian kaup balikkan biar adunan
rata.
- Ambil skit adunan coklat (utk wat design) dicampur dengan choc. emulco..dan msk dlm piping bag.
- Tuangkan adunan selebihnya dalam loyang kemudian ratakan permukaannya.
- Paipkan adunan coklat tadi di atas adunan yg diratakan dlm loyang
- Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 12 minit, api
atas dan bawah.
- Apabila kek sudah masak, keluarkan dari oven ke atas redai. Biarkan sejuk. Letakkan sekeping
kertas di atas bahagian yang berlorek kemudian terbalikkan.
- Keluarkan kertas alas semasa membakar. Sapu permukaan dengan butter icing.
- Gulung kek tadi perlahan-lahan dan cermat.
- Balutkan dengan cling film dan simpankan di dalam peti ais untuk mengentalkan buttercream
selama 2jam.
Yang kat atas ni,guna creamcheese frosting tu..aku buh coklat chips..untuk gigitan berkrim dan
kerangupan coklat..hmmmp!sedappp!!

Tapi yang ni pun sedap juga,dan anak2 lebih suka yang ni..creamcheese frosting tu aku tindan
dengan blueberry filling..baru gulung..dengan kek span yang lembut tu memang best nak
gigit..nyummmy
Kek Gulung
(sumber: ahpek, Forum Cari)

Bahan-Bahan

6 biji telur gred A


4 oz gula castor/112gram
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovalet
3 oz tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
4 oz mentega (dicairkan)
sedikit coklat emulco
jem strawberri secukupnya

Cara

1. Telur, gula, ovalet, baking powder, esen vanilla, tepung gandum (Top) dan susu tpg dipukul dgn
kelajuan tinggi sehingga pekat dan gebu (5-7minit).

2. Kemudian, masukkan mentega cair, lalu digaul/kacau hingga rata. Asingkan sebahagian drpd
adunan tadi (lebih kurang 1 cwn) ke dalam bekas lain dan bubuh sedikit coklat emulco. Kacau rata
dan masukkan adunan coklat ini ke dalam piping bag.

3. Tuangkan adunan plain tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya. Seterusnya,
picitkan adunan coklat secara memanjang pada permukaan adunan plain tadi. Lorekkan/corakkan dgn
menggunakan lidi dari hujung ke hujung. Bakar dalam oven selama kira-kira 20minit dgn suhu 170
darjah celcius.

4. Apabila kek dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sebentar di atas redai kek. Selepas itu,
keluarkan kek dari loyang dan terbalikkan ke atas sehelai kertas dan sapukan jem / Nutella/
buttercream sehingga rata. Setelah itu, gulung kek perlahan2 sehingga kemas. Boleh di balut dgn
kertas tracing/kek atau cling wrap.
coffee roll cake 30x30cm

cecair capuccino

 4 sudu besar capuccino


 2 sudu besar air panas, campur aduk, lalu dinginkan.

Kek span

 4 biji telur(L saiz)


 60g tepung gandum
 70g gula
 1 sudu besar cecair capuccino

Sirap

 1 sudu besar gula


 1 sudu besar air panas

Krim capuccino

 200ml fresh cream


 2 sudu besar gula
 1/2 sudu besar cecair capuccino

Cara-cara

1. Sediakan cecair capiccino Campurkan capuccino dengan air panas. Kacau dan sejukkan.
2. Letakkan kertas minyak di atas dulang oven. Panaskan oven ke 180 degree.
3. Letakkan 1/2 gula ke dalam telur putih. Penaikkan sehingga telur putih bertanduk.. atau
meringue
4. Letak 1/2 gula lagi ke dalam telur kuning. Pukul sehingga putih. Kemudian masukkan 1sudu
besar cecair capuccino yg telah disejukkan tadi.
5. Letakkan 1/2 dr no.3 tadi ke dalam no.4. Mix sehingga sebati.
6. Letakkan tepung yg telah diayak ke dalam no.5. Mix lagi.
7. Kemudian lebihan no.3 (meringue) tadi ke dalam no.6. Kacau perlahan-lahan dengan spatula
dengan kaedah kaup balik.
8. Tuangkan ke dalam dulang oven. Jangan sentuk dengan jari. Pusing-pusing dulang oven
sehingga jadi rata. Ketuk-ketukkan sikit bahagian bawah dulang oven untuk keluarkan angin.
Bakar selama 10 minit
MARBLE BUTTER CAKE

Bahan A
-8 biji telur
-225 g gula caster
- 340g mentega tanpa garam
-255 g tepung
- 1 1/2 sudu teh baking powder
- 11/2 sudu teh esen vanila
- 1/4 sudu teh garam

Bahan B
-2 sudu besar serbuk koko

-2 sdm susu kental

-1 sdm emulco coklat


Cara-cara
1. Panaskan oven 160 degree celcius
2. Pukul mentega dengan mixer sehingga gebu.
3. Dalam bekas berasingan pukul telur kuning dan gula sehingga rngan dan gula hancur.
4. Kemudian masukkan telur ini sedikit demi sedikit kedalam adunan mentega.
5. Pukul dengan mixer sehingga semuanya sebati.
6. Dalam bekas berasingan pukul putih telur sehingga bertanduk.
7. Masukkan sedkit demi sedikit adunan putih telur kedalam adunan mentega dan telur kuning tadi.
'Fold' / kaup balik dengan menggunakan sudip/ spatula.
8. Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. Kaup balik sehingga semuanya sebati
9. Ambil 1/4 daripada adunan tersebut dan masukkan dalam bekas berasingan. Campurkan BAHAN B
dalam adunan tersebut.
10. Masukkan adunan koko dan adunan mentega kedalam loyang secara selang seli. Setelah habis
semua adunan dimasukkan dalam loyang, ambil lidi dan lorekkan untuk mendapatkan corak marble.
11. Bakar selama 40-50 minit atau sehingga masak.
SWISS ROLL BERCORAK

Bahan A
3 biji kuning telur
75gm gula kaster
50ml air
40ml minyak jagung / minyak masak
80gm tepung gandum - ayak
1 sudu teh esen vanilla (Tapi saya letak perasa pandan)

Bahan B
3 biji putih telur
2 sudu teh gula kaster
1/8 sudu teh cream of tartar

Bahan C
coklat emulco dan lidi
150ml whip topping cream (non-diary) Putar hingga pekat (saya gunakan 200g unsalted butter +
150g icing sugar shj)

Loyang 9"x 13" (di alas dan di gris)

Cara-cara :
1. Pukul bahan B hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan.
2. Pukul kuning telur dan gula hingga kembang di ikuti air, minyak, esen vanila dan tepung. Pukul
dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu. Kaup balikkan dengan adunan B hingga bergaul rata.
3. Ketepikan 2 1/2 sudu besar adunan (tambah pewarna pink) dan 2 sudu besar adunan (tambah
pewarna hijau). Masukkan kedua-dua adunan ke dalam piping bag kecil yang di gunting sedikit
muncungnya. Pipe ke atas loyang bentuk strawberry dan daun.
4. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu 170 degree selama 1 minit. Angkat dan
ketepikan.
5.Tuang baki adunan ke atas corak strawberry yg telah dibakar tadi. Ratakan dengan spatula. Bakar
selama 10-15 minit pada suhu 170C.

6. Keluarkan dari oven dan sejukkna di atas redai kek.


Strawberry Swiss Roll.

Bahan-bahan:

3 kuning telur grade A


55 g tepung naik sendiri
30 ml susu
30 ml minyak jagung
20 g gula
Vanilla
Meringue:

10 g gula
3 putih telur
1/2 sudu teh cream of tartar

Pukul sebati telur kuning dan gula. Masukkan tepung. Selang selikan dengan minyak dan susu.
Ketepikan.

Untuk meringue, pukul hingga kembang putih telur dalam 2 minit. Masukkan gula dan cream of
tartar. Pukul lagi hingga lembut dan gebu.

Masukkan 1/3 meringue dalam adunan tepung. Kaup balikkan. Ulang hingga habis meringue. Bakar
selama 15 minit pada suhu 170oC.
VERY SOFT CHOCOLATE MARBLE CAKE

VERY SOFT CHOCOLATE MARBLE CAKE


Bahan A
250g majerin/mentega
100g gula halus
1/2 tsp garam
5 biji kuning telur
1 tbsp susu sejat
1 tsp essen vanila
200g tepung gandum
5g baking powder

Bahan B
5 biji putih telur
100g gula halus

Bahan C
1 tbsp serbuk koko
1 tbsp susu sejat
1 tbsp coklat emulco

Cara-caranya:
1. Pukul majerin/butter bersama gula dan garam dari Bahan A hingga betul2 kembang dan gebu.
2. Setelah gebu, masukkan kuning telur satu demi satu dan pukul hingga sebati. ( Semasa
mengasingkan putih telur dan kuning telur, pastikan tiada walau sedikit pun kuning telur yang
tercampur ke dalam putih telur)
3. Tambahkan susu sejat dan esen vanila dan pukul lagi sehingga sebati.
4. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder kedalam adunan majerin/butter tadi.
Kacau secara kaup balik sehingga semuanya sebati. Ketepikan dahulu.
5. Pukul pula putih telur bersama gula sehingga putih telur menjadi kembang dan tidak terjatuh ke
bawah bila diangkat ke atas (membentuk soft peak).
6. Campurkan adunan putih telur ini ke dalam adunan butter. Kacau secara kaup balik sehingga
semuanya bergaul sebati. Pastikan ianya dikacau secara perlahan-lahan sahaja.
7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
8. 1 bahagian dibiarkan warna asal dan satu bahagian lagi dicampurkan koko dari bahan C yang telah
diayak, susu sejat dan coklat emulco dan kacau sehinnga sebati.
9. Sediakan loyang yang sesuai. Sapukan shortening di sekeliling loyang tersebut dan taburkan sedikit
tepung.
10. Ambil satu sudu adunan yang berwarna asal dan letakkan di tengah2 loyang.
11. Ambil pula satu sudu adunan coklat dan letakkan di atas adunan warna asal tadi.
12. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan selesai.
13. Bakarlah didalam oven pada suhu 160 degree Celcius selama 50 minit atau sehingga masak. (
Bergantung pada jenis oven masing2.Anda sahaja yang mengetahui ragam oven masing2.

Resepi asalnya mengikut kata kak


sofea nih adalah daripada Kha,selongkar dapur kha tak jumpa pulak...jadi kopipes dari umah kak
sofea je lah...resepi di bawah nih aku edit sikit ikut cara aku buat kek nih yer..untuk rujukan di hari
tua.. terima kasih yer kha,kak fiza dan anna qawina(sila sebut intonasi arab) kerana menyebarkan
resepi nih..hehe

KEK PISANG GORENG


Sumber : Khazaini Khalid
By : Sofea@after6am & HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan:

250g pisang emas@ lain2 pisang


4 biji telur
3/4 cawan gula castor
2 cwn tepung gandum ~ayak
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonate
1 cwn minyak suam ~guna minyak goreng pisang tadi.
1/2 sudu teh esen vanila

Cara:

1. Pisang digoreng sebiji2 hingga perang gelap, angkat dan sejukkan sebentar.Blend bersama minyak
masak.
2. Sementara itu,putar telur dan gula hingga kembang & putih.
3. Kemudian ayakkan tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat sedikit demi sedikit
sambil gaul perlahan menggunakan kaedah kaup balik.
4. Akhir sekali tuangkan adunan yang dikisar tadi.
5. Tuang dalam acuan yang sudah digris dan dilapik baking sheet dan bakar 160'c -40 min @
sehingga masak(bergantung jenis oven). -hasue bakar lebih kurang 30 minit sahaja pada suhu yg
sama

Tips dari kak fiza-

 selepas masukkan minyak dlm adunan tepung, jgn diputar terlalu lama sbb nanti kek bantat.
 Jika tidak cukup minyak lebihan gorengan tadi bolehlah campur minyak yang belum
digunakan untuk mencukupi sukatan

Kek ni memang gebus


jer..menurut kha,dia belajar kek ni kat kelas masakan dan cikgu yang ajar tu kata kek ni laa yang
biasa dijual kat kedai2 tu ...betul tak puan Kha?hehe..

RESEPI KEK PISANG LEMBUT


Sumber : Internet (maaflah, lupa dah dari blog mana. Dah lama sangat. Apa-apapun
terimakasih banyak-banyak resepi yang sedap ini)

Bahan-bahan

150g pisang masak (kalau boleh pisang emas atau rastali)


180g gula
120ml minyak sayuran
10g ovellete
3 biji telur gred B
280g tepung kek
1/2 st soda B (earlier lupa nak letak sini...)

Panas!

Cara Mengadun

Cuma campurkan semua bahan di dalam mangkuk dan pukul sehingga kembang. Kemudian
bolehlah dimasukkan dalam tin empatsegi bersaiz 8". Bakar sehingga masak.
Siap potong mudah orang nak makan

Untuk membuat kek pisang versi coklat pula, cuma kurangkan tepung kepada 260g dan
ditambah serbuk koko sebanyak 20g. Kek ini boleh dicampur dengan kekacang seperti
walnut, almond dan sebagainya.
Kek Pisang Lembut versi Coklat

Lepas ni bolehlah buat untuk kudapan selepas sembahyang Terawih sambil minum kopi
panas. Penat berpuasa sepanjang hari, nyaman rasanya dihidangkan kek ini.

Kek Chiffon Pandan

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ni saya buat kek chiffon pandan. Saya memang suka
sangat kek atau kuih perisa pandan...bau harum satu rumah bila di masak. Terdapat banyak resepi
kek chiffon pandan, dan ini adalah salah satu resepi yg biasa saya guna dan alhamdulillah menjadi
dan lembut sangat. Kalau kawan2 nak rasa, bolehlah cuba membuatnya ya... Inilah bahan2nya..
Bahan-bahan

Bahan A
* 6 biji kuning telur
* 2/3 cawan minyak Mazola
* 2/3 cawan santan pekat
* ½ sudu kecil garam
* 1 cawan gula pasir
* pewarna hijau dan perisa pandan
* 1 1/2 cawan tepung gandum *diayak
* 2 sudu kecil baking powder* diayak

Bahan B
* 6 biji putih telur
* 1/2 cawan gula pasir
* 1 sudu kecil cream of tar tar

Cara-cara

Bahan (A):

1. Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup)
2. Masukkan pewarna hijau, minyak & santan dan kacau lagi.
3. Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan
dahulu.

Bahan (B):

1. Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.


2. Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
3. Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak
jatuh.
4. Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja,
cara kaedah kaup balik.
5. Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
6. Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c
7. Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
8. Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.
Hokkaido Chiffon Cupcakes

Hokkaido Chiffon Cupcakes


Recipe by Cornercafe
Translate

Bahan A
55gm tepung kek
20gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder
4 biji kuning telur
30gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila **
40ml susu segar
40ml minyak canola / minyak jagung

Bahan B
4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80gm gula caster

Filing Kastard - rujuk instruction pada pack


100gm instant kastard
700ml susu segar sejuk
(Masukkan ke dalam piping bag)

Cawan cupcake secukupnya


Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 170C.
2. Bahan A : Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.
3. Pukul kuning telur dan gula dengan hand whisk, masukkan esen vanila, susu dan minyak jagung.
Pukul hingga rata. Masukkan tepung dan gaul hingga rata.
4. Bahan B : Pukul putih telur dan garam hingga berbuih, masukkan gula dan pukul dengan kelajuan
tinggi hingga kental dan bertanduk.
5. Kaup balik adunan putih telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung hingga bergaul rata.
6. Masukkan 1/3 adunan ke dalam cawan kertas dan hentakkan sedikit untuk mengeluarkan
gelembung udara.

7. Bakar selama 25minit - 30minit hingga masak. Keluarkan dari oven dan hentakkan sedikit cawan
cupcake.
8. Sejukkan dahulu sebelum di pipe dengan filling kastard. Tabur dengan gula aising jika suka.

** Tahan 2-3 hari dalam bekas tertutup di dalam peti sejuk.

Hokkaido Chiffon Vanila


Hokkaido Chiffon Cupcake Pandan

gantikan esen vanila dengan :


2 sudu teh pandan emulco
1 sudu teh pewarna hijau
gantikan 20gm tepung kastard dengan tepung gandum

Hokkaido Chiffon Cupcake Strawberry

gantikan esen vanila dengan :


2 sudu teh strawberry emulco
1 sudu teh pewarna pink / merah
gantikan 20gm tepung kastard dengan tepung gandum
Hokkaido Chiffon Cupcake Coklat
gantikan esen vanila dengan :
1 sudu besar coklat emulco
gantikan 20gm tepung kastard dengan serbuk koko yang diayak

Hokkaido Chiffon Cupcake menggunakan basic Chiffon cake, sungguh lembut seperti kapas dan
sangat enak dengan isian filling custard.
Bahan bolu gulung marinka.

Bahan-bahan:
5 kuning telur
1 putih telur
1/4 sdt cake emulsifier
50g gula pasir
40g tepung terigu
10g tepung maizena
50g margarine, lelehkan
1/2 sdt vanili bubuk

Krim oles
80g mentega putih
80g margarine
100g gula bubuk
1/2 sdt essens rhum, kocok hingga lembut

Cara Memasak

1. Siapkan loyang 22x22x2 cm, olesi dengan margarin dan taburi tepung terigu,
panaskan oven dengan temperatur 175 derajat celcius.
2. Kocok kuning telur, putih telur bersama emulsifier dan gula pasir, kocok hingga
lembut.
3. Tepung terigu dengan margarin leleh, aduk rata, tambahkan vanili bubuk, aduk rata.
4. Tuang ke dalam loyang dan panggang 15-20 menit, angkat.
5. balik kue di selembar kertas roti, plesi dengan krim oles dan gulung, rapatkan.
6. Permukaan kue olesi dengan krim dan taburi dengan keju KRAFT Cheddar Parut.
7. Sajikan.
Bolu gulung bogasari

400 gram Telur


125 gram Kuning Telur
240 gram Gula pasir Halus
10 gram Emulsifier
190 gram Terigu Kunci Biru
30 gram Tepung jagung (corns starc )
6 gram Garam
60 gram Salad Oil
40 gram Susu cair

Filling:
200 gram Strawberry Jam

Cara membuat:
1. Aduk telur, kuning telur & gula pasir halus hingga mengembang.
2. Campur salad oil & susu cair ke baskom stainles. Panaskan hingga suhu
65oC.
3. Ayak corn starch, terigu Kunci Biru & garam. Masukkan ke dalam kocokan
telur yang telah mengembang 80%, kemudian angkat.
4. Masukkan salad oil & susu cair yang telah dipanaskan, ke dalam adonan.
Aduk perlahan dengan tangan hingga rata.
5. Tuang ke dalam loyang 40 cm x 60 cm. Ratakan.
6. Panggang dengan api atas 200oC, api bawah 120oC hingga kekuningan sekitar
12 menit.
7. Setelah dingin, balik. Olesi strawberry jam lalu gulung.
Bolu Gulung Mini

Bolu gulung ini rasanya lembut sekali. Tapi sayangnya di oven tangkringku, permukaan
atasnya tidak bisa benar-benar kering. Sehingga pada saat dibalik permukaannya ada yang
lengket diserbet. Sebagai solusinya, setelah digulung permukaannya saya olesi buttercream
dan ditaburi coklat parut, at the end.....hasilnya......looks yummy kannn.. :)

Bahan :

 3 butir kuning telur


 2 butir putih telur
 50 gram Gula pasir
 40 gram terigu protein sedang
 1/2 sdm maizena
 Vanili secukupnya (saya pakai vanila susu L'arome)
 40 gram mentega, lelehkan

Cara membuat :
1. Campur dan ayak terigu, maizena dan vanili.
2. Panaskan oven kira-kira 150 derajat celcius
3. Kocok kutel, putel dan gula pasir dengan kecepatan tinggi sampai mengembang dan
kental berjejak.
4. Kecilkan kecepatan mikser dan masukkan bahan kering secara bertahap.
5. Matikan mikser lalu masukkan mentega leleh dan aduk balik sampai rata
6. Tuang keloyang bolu gulung 20 x 25cm (pakai loyang yang pendek agar kue lebih
gampang matangnya)
7. Panggang sampai matang. Dioven tangkringku kira-kira 15 menit.
8. Apabila setelah 15 menit, bagian atas kue masih basah, pindahkan kue ke rak atas dan
panggang 5 menit lagi.
9. Setelah matang, keluarkan kue dari oven dan biarkan sebentar agar pinggiran kue
lepas dari loyang, lalu balik kuenya diatas serbet. Oles dengan selai bluberry.
10. Gulung dan padatkan lalu hias sesuai selera.

MARMER CAKE
230 gr mentega, lembutkan
200 gr telur (+/- 4 btr)
200 gr gula pasir halus
200 gr self rising flour -- aku pake 200 gr terigu segitiga + 1/2 sdt Baking powder + 1 sdt
soda kue
60 ml susu cair
vanilla extract
1/2 sdt pasta coklat BF utk buat corak marmer

Cara :
- pisahkan kuning dan putih telur
- kocok mentega dengan 150 gr gula hingga putih dan kembang
- tambahkan vanila extract, dan kuning telur satu per satu, kocok terus
- masukkan terigu dan susu cair bergantian ke dalam adonan, sambil terus dikocok dgn kec.
rendah
- kocok putih telur setengah kembang, masukkan sisa gula pasir sedikit demi sedikit, kocok
hingga kembang soft peak
- masukkan kocokan putih telur ke dalam adonan mentega, aduk rata
- ambil sedikit adonan,tambahkan pasta coklat.
- tuang adonan putih ke loyang bulat/ kotak uk. 20 cm, atau loyang tulban yg sudah dialasi
kertas roti dan disemir mentega, tuang adonan coklat diatasnya, buat motif acak/ marmer
- panggang kue dgn suhu 180 oC +/- 45 mnt (tergantung suhu oven masing2 yaaa), tes tusuk
utk mengecek kematangan kue. Bila permukaan kue sudah mulai coklat, sementara tengah
kue masih belum matang, tutup sebagian permukaan kue dengan aluminium foil, dan
turunkan suhu oven..aku kemarin sekitar 150-160 oC..tiap oven ga sama ya..harus kenali
oven masing2
Vanilla Butter Cake

Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:

230gm butter (salted) - lembutkan

200gm telur tanpa kulit (4 biji gred B)

50gm + 150gm gula kaster

200gm tepung naik sendiri - ayak

60ml susu segar/wholemilk


1 sk vanilla extract

Panaskan oven pada 170C. Lapik loyang 8x8" dan lenser mentega termasuk di sekeliling
loyang.

Asingkan kuning dan putih telur. Masukkan putih telur dalam mangkuk dan pukul sehingga
kembang dan tidak jatuh bila diterbalikkan. Masukkan 50gram gula sedikit demi sedikit
sehingga kembang. Ketepikan.

Pukul mentega dan 150 gram gula sehingga kembang. Masukkan vanilla extract dan pukul
seketika.

Masukkan telur kuning satu persatu sambil terus diputar.

Masukkan separuh dari tepung dan kacau dengan kelajuan perlahan. Masukkan susu dalam
2 kali sebelum dimasukkan baki tepung gandum.

Masukkan separuh dari adunan telur putih dan putar dengan kelajuan perlahan. Masukkan
baki telur putih dan dikaup balik menggunakan sudip sahaja sehingga sebati.

Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan. Bakar pada suhu 170C selama 45 minit atau
sehingga masak. Boleh kurangkan suhu pada 15 minit terakhir
Siap untuk dideco

Sumber Asal : BLOG UMI'S CUP CAKE (Terima Kasih)

Tips ini sesuai untuk kek span dan kek chiffon (tips ini dari kak mariza dan ada di FB Jom
masak page)

1. Tepi loyang TIDAK perlu di gris, jika gris, kek akan penyek sebaik sahaja di
keluarkan dari loyang.
2. Terlebih bakar, kek akan mengecut sedikit
3. Sebelum terbalikkan kek, ambil sehelai kertas minyak , sapukan sedikit
marjerin...letak pada permukaan loyang, letakkan pada redai, baru diterbalikkan,...ini
untuk mengelakkan permukaan kek 'cedera'.
4. kek yang telah masak, wajib terus dikeluarkan dari oven...sisipkan tepi kek dengan
pisau dan terus di terbalikkan... kek yang dibiarkan sejuk dalam loyang akan
mengecut dan penyek

Resepi Kek span coklat...walaupun mudah tak pe la Yatie share kan juga....

Sumber Asal :Azlitamasammanis ( Terima Kasih)


CHOCOLATE SPONGE CAKE
By : Chef Alex Goh
Rujukan :Buku Masakan Fruity Cakes

Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula kastor

Bahan B
4 biji putih telur
100 gm gula kastor

Bahan C
95 gm tepung gandum
15 gm serbuk koko
~ kedua-dua bahan ini di ayak

Bahan D
70 gm butter ~ dicairkan
1 sudu teh esen vanila

Sediakan loyang bulat 8 inc


Oleskan bawah loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas kek ~ ketepikan
Panaskan oven pada suhu 170C

Pukul bahan A hingga ringan dan gebu


Dalam bekas lain yang bersih dan kering, pukul pula putih telur hingga berbuih.
Tambahkan gula (100gm) dan terus putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan menjadi
kental dan bertanduk ( meringue)
Masukkan 1/3 bahagian adunan putih telur ( meringue) kedalam adunan kuning telur dan
kaup balik dengan spatula hingga rata.
Masukkan semua baki adunan putih telur dan ratakan secara kaedah kaup balik juga
sehingga adunan bergaul sempurna.
Masukkan tepung dan koko yang telah di ayak dan kaup balik adunan hingga rata
Tambahkan esen vanila
Akhir sekali masukkan butter cair dan kaup balik semula hingga semua adunan bergaul
sebati
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 25~ 30 minit atau
sehingga adunan dibakar sempurna ( suhu bergantung pada kepanasan oven masin-masing)
Segera keluarkan kek dari loyang setelah masak dan sejukkan atas redai.
Kek yang lewat dikeluarkan akan penyek atau turun akibat tarikan graviti
6 keping slice cheese

300 ml susu segar


100gram butter

6 biji telur di asingkan putih dan


kuning nya seperti gambar di bawah
kuning telur

putih telur
125 gram gula ( rai maniskan
sedikit)

100 gram
100gr tepung gandum

sedikit esen vanilla

Cara2 membuatnya:
1. Siat slice cheese kecil2

2. Campurkan susu segar


3. Masak di atas api sederhana
sehingga semua cheese cair dan larut

4. Masukkan butter. biarkan


butter mencair.
5. Tutup api dan sejukkan

6. dalam satu bekas pukul gula +


putih telur sehingga kembang. (guna mixer)
7. Pukul lagi sehingga ia menjadi
meringue camni..
(proses nie sangat2 penting. kalau masa anda pukul tu still tak kembang dan telur cair je... better
jangan teruskan.buat je yang baru..sebab mesti tak jadi nanti. check semula mungkin putih telur
anda mengandungi kuning telur/air/minyak.sebab tu dia tak boleh kembang..dan make sure mixer
bowl and bersih dan kering)

8. Ha.. nak tengok camana


meringue tu jadi.. bila anda terbalikkan bowl tadi... tak jatuh wokeh adunan tu!!! tu tandanya dah
jadi tau =)
9. Dalam bekas lain, pukul kuning
telur sehingga kembang.

10. macam nie pun dah ok.


11. Untuk memudahkan kerja,
masukkan sebatian cheese + butter + susu tadi dalam satu bekas besar

12. Masukkan kuning telur.


13. Kacau rata.

14. Masukkan tepung sedikit


demi sedikit dan kaup balik. jangan buat sekaligus masuk semua tepung.. nanti tepung tak boleh
sebati.
15. Nak mudah guna pemukul
tangan nie.. tapi tak yah pukul,cuma cukup sekadar nak ratakan tepung tu.. pastikan tepung tadi tak
berketul2..

16. Masukkan 2 titik esen vanilla.


17. Akhir sekali masukkan
meringue ke dalam adunan tadi. Gunakan cara kaup balik sehingga adunan rata.

18. Nak senang kaup balik, guna


senduk kayu k.. hehehe. ok. dah siap sebati.
19. Guna loyang bersaiz
20cm.Jangan lupa sapu butter di keliling permukaan loyang dan alaskan ngan kertas minyak.
Masukkan adunan ke dalam loyang.

20. Bakar menggunakan kaedah


bain marie atau waterbath untuk mendapatkan cake yang lebih cantik... kalau nak tahu kaedah tu
macamana... click sini untuk melihat lebih lanjut.. mudah je.. tutup bawah permukaan loyang tu
dengan aluminium foil... kemudian, masukkan loyang yang berisi cake nie ke dalam dulang/loyang
yang lebih besar. masukkan air didih dalam dulang tu..lebih kurang paras separuh daripada loyang
cake ni.. kemudian masukkan ke dalam oven pada suhu 170 celsius selama 20 min. kemudian
kurangkan suhu kepada 140 celsius dan sambung bakar lagi 40 minit..
Haha. kek ku dah merekah
gunung berapi. kua2... nie memang salah daku pown.. terlajak masa sebab leka berwebcam ngan
idzmi. kitorang main game chess,sahibba online masa nie... mana taknya asyik gaduh main. sebab
dia main tipu selalu...
sampai daku lupa ada cake dalam oven...
hahahahaha....=P.. pastu last2 daku marah dia...
wakakakkaa.. sebab dia kek daku dah merekah nie... eeeeeeeeeeeeeeee.....

jangan sedih... sebab...


dalam dia.... sangat2 memuaskan hati... keh2...
biar rupa tak lawa...
tapi rasa sedap...
betul tak..
statement macam nak pujuk hati pun ada...

jom tengok dalam dia kalau tak percaya.. hihi...


yeay...

ha... dont judge a book by its


cover... hihihi.
picit2... macam span.... takde
span basuh pinggan boleh guna nie.. keh2..

daku makan tak leh berhenti


k..sebab rasa dia tak muak....
dah2.. tutup tupperware.. hehehe.
selamat mencuba =)
Bahan A
1 cawan susu cair
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang [brown sugar]

Bahan B [kacau rata]


2 biji telur gred B
1 s/k esen vanilla

Bahan C [ayakkan]
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
2. Kacau bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B dan kacau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
6. Bakar selama 45 - 50 minit.
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.

Chocolate Topping Bahan


250 gm cooking coklat [cap tulip]
1 s/b butter/majerin
1 s/k susu cair

Cara-cara
1. Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.
Bahan A :

 1 cawan butter cair / minyak masak


 1 cawan susu cair
 2 cawan gula perang
 1 cawan air panas
 1/2 - 1 sudu kecil nescafe - bancuh dengan air panas diatas
 2 - 3 sudu besar sunquick orange

Bahan B : (kacau rata) - guna wisk

 1 sudu kecil esen vanilla


 2 biji telur gred B

Bahan C : ( ayakkan )

 2 cawan tepung gandum


 1 cawan serbuk koko
 1 sudu kecil baking powder
 1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara - cara :

1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.


2. Kacau bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B dan kacau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
6. Bakar selama 45 - 50 minit.
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.

Chocolate Topping
 250 gm coklat masakan
 1 sudu besar butter
 1 sudu kecil susu cair

Cara-cara untuk topping :

1. Panaskan coklat dalam periuk / bekas secara double boil.


2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.

Kek Chiffon Oren

Salam dan bertemu kembali. Hari ini saya buat kek chiffon oren merangkumi kek kegemaran saya
serta keluarga. Saya suka sangat makan kek chiffon tak kiralah perisa apa. Kek chiffon ni sedap,
lembut dan gebu, jadi mmng sesuai sangat dngn selera saya. Resepi asal adalah dari Gert dan saya
C&P dari rumah Mat Gebu. Terima kasih kepada penyumbang resepi. Ramai kawan2 yg dah cuba
buat kek ni, pada yg belum buat tu, bolehlah mencubanya.
BAHAN A :-

 1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*)


 1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
 6 kuning telur gred A
 1/2 cawan gula halus
 1 biji oren, diparut kulitnya( saya letak sikit je...)
 3/4 cawan jus oren
 1/4 cawan minyak jagung/sayur

BAHAN B :-

 6 putih telur gred A


 3/4 cawan gula halus
 1 camca teh cream of tartar

CARA MEMBUATNYA :-
1. Panaskan oven pada suhu 175C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga
larut, masukkan kesemua bahan2 A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
2. Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula
halus dan cream of tartar, terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental.
3. Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan no. 1 sehingga rata. Masukkan baki putih
telur tadi dan gaul hingga sebati. Taung dalam tin chiffon berukuran 10 inci (JANGAN lenser
tin dgn mentega atau minyak), bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test dengan mencucuk
lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak.
4. Terlungkupkan kek dan biar betul2 sejuk (dalam 1 - 2 jam), baru disisip tepi kek dengan pisau
untuk dikeluarkan. Boleh dihidangkan...

KEK CHIFFON PANDAN


Sumber : Mat Gebu @ MyResipi

BAHAN-BAHAN

Bahan A

 6 kuning telur (gred A)


 150 gm gula halus ~Sue kurangkan jadi 100 gm jeeee
 100 ml pati santan (guna santan kotak)
 100 ml minyak jagung/masak
 70 ml air
 225 g tepung gandum*
 1 ½ camca teh baking powder*(*diayak bersama)
 1 camca teh perisa keladi
 ½ camca teh pewarna ungu
 Secubit garam

Bahan B

 6 putih telur (gred A)


 135 g gula halus ~ Sue buh 3 sb jeeee
 ½ camca teh cream of tartar

PENYEDIAANNYA

1. Dalam satu bekas, satukan semua bahan A dan kacau dengan wisk hingga semua sebati dan
larut. Ketepikan sebentar.
2. Masukkan putih telur ke dalam mixing bowl, masukkan cream of tartar dan putar pada
kelajuan tinggi. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga kembang
dan kental.
3. Gaulkan putih telur tadi ke dalam no.1 dgn kaedah "kaup balik" hingga sebati.
4. Tuang dalam acuan chiffon dan ratakan. Tak payah disapu apa2 pada acuan. Biar macam tu
saja. Hentak 2 - 3 kali utk membuangkan ruang2 udara dalam adunan kek tadi.
5. Bakar dalam oven pada suhu 175C, selama 30 - 35 minit.
6. Bila kek masak, keluarkan dari oven dan terus terbalikkan acuan tadi atas dulang dan biarkan
sejuk dalam acuan dalam berkeadaan terbalik.
7. Bila kek betul2 sejuk, sisip tepi acuan dgn pisau kecil, tanggalkan acuan dan sisip juga
bahagian dasar acuan dan boleh alihkan kek ke pinggan. Potong dan hidangkan.

Resep Chiffon Cake Pandan

Bahan A :

 7 butir kuning telur


 160 ml santan kental dan 1 sendok teh garam
 125 ml minyak goreng
 250 gr tepung terigu
 ½ sendok teh baking powder
 ½ sendok teh vanili bubuk
 1 sendok teh pasta pandan
 150 gr gula pasir berbutir lembut
 3 tetes essen pandan

Bahan B :

 8 putih telur
 ¼ sendok teh cream of tartar
 150 gr gula pasir

Cara membuat :

Campuran bahan A

Kocokan bahan B
Masukkan bahan B ke bahan A, aduk rata

Tuang ke dalam loyang Chiffon


Tunggingkan loyang

1. Campur kuning telur ,gula, santan, dan minyak goreng, essen pandan. Aduk hingga
rata.
2. Ayak tepung terigu, baking powder. Masukkan campuran tepung pada adonan kuning
telur, aduk perlahan hingga rata. Tambahkan pasta pandan, aduk rata.
3. Kocok putih telur hingga berbusa. Masukkan cream of tartar dan gula pasir sedikit
demi sedikit sambil terus dikocok hingga kaku.
4. Campur adonan tepung dengan adonan putih telur. Aduk perlahan hingga rata.
5. Panaskan oven dan siapkan cetakan chiffon.
6. Alasi cetakan chiffon dengan kertas roti. Tuang adonan ke dalam cetakan lalu
panggang dengan suhu 160oC selama 45 menit.
7. Setelah matang, keluarkan kue dari oven lalu balikan/tunggingkan cetakan chiffon
dan biarkan hingga kue dingin. Setelah dingin, lepaskan kue dari cetakan.
2 telur

280gr nutella

62 gr terigu

KEK KASTAD PANDAN


December 1, 2012

KEK SPAN PANDAN


Bahan-bahan:
150 gm tepung gandum- ayak
1 tsp baking powder- ayak
5 biji telur gred B
100 gm gula kastor
1 tsp ovallete
50 ml susu segar/ susu cair
1 tsp esen vanillaPerisa pandan
pewarna hijau
50 ml minyak masakCara-cara:

Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali minyak masak.Pukul dengan
maksimum speed selama 15 minit atau hingga adunan berkrim.Masukkan minyak masak dan
kaup balik dengan spatula hingga sebati.Gris dan alas loyang di dasar sahaja. Tuang
adunan.Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit dengan api atas dan bawah.Setelah masak,
sisipkan pisau atau spatula di tepi-tepi kek dan terbalikkan ke atas redai. Biar sejuk.

KASTAD PANDAN

Bahan-bahan:

1200 ml santan atau susu cair (Naz selalu guna santan kotak
)1 cawan gula kastor
10 gm serbuk agar-agar
100 gm tepung Hoen Kwe warna putih/ warna hijau
Secubit garam
Perisa pandan dan pewarna hijau(kalau dah guna tepung Hoen Kwe yang bewarna hijau,
pewarna hijau ni tak perlu)

Cara-cara:

Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sambil mengacau-ngacau adunan hingga
likat. Kacau guna whisk jer.Bila dah likat, tutup api. Jangan terlalu likat sangat sebab nanti
susah nak layer pada kek.** Kalau guna santan, santan tu tak perlu likat sangat. Santan biasa
jer.

CARA MELAPIS KEK KASTAD

Sedikan loyang. Lapik dasar loyang dengan plastik. Kalau tak nak lapik pun boleh juga.
Tuang sedikit kastad dan ratakan.
Ambil sekeping kek dan letak di atas kastad tadi.
Kemudian tuang sedikit kastad lagi dan ratakan.
Untuk bahagian tepi-tepi kek, sekiranya rasa susah nak masukkan kastad, boleh guna pipping
bag. Pancitkan je kastad tu biar penuh di bahagian tepi-tepi kek.Buat hingga habis kesemua
lapisan kek dan kastad digunakan dengan bahagian atas sekali adalah lapisan kastad.
Kemudian hentak-hentak manja sikit loyang tu biar padat kastad tu. Then biar kastad keras.
Bila dah keras, tarik sikit kastad dari tepi-tepi loyang. Nanti nampak kastad akan meregang
dari tepi-tepi loyang.
Terbalikkan dan keluarkan loyang dari kek kastad.Hias ikut suka. Naz selalu sapu kek dengan
fresh cream (yang telah kental) atau sapu dengan pipping gel dan taburkan kelapa parut
kering.Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab kek ni memang
sedap dimakan sejuk.

NOTA & TIPS NAZ:

Bagi yang kali pertama membuat kek ini, mungkin semasa melapis kek dengan kastad akan
mengambil masa sedikit. Bila masa panjang, kemungkinan adunan kastad akan mula
mengeras dan ini menyukarkan proses merata kastad pada kek. Tapi, jangan khuatir… Kalau
lihat kastad di dalam periuk tu mula mengental, just tambah sikit air biasa atau santan dan
kacau kejap di atas api dapur. Nanti kastad tu akan cair semula. So bolehlah terus
menyambung kerja-kerja melapis kek anda.
* acuan 8 inci
Terimakasih untuk Nadz Nazharzan kerana berkongsi resepi.

resepi dari:http://ovenkecil.blogspot.com/2012/11/kek-kastad-pandan.html

Posted by KhidzamIsmail in Resepi Kek dan Muffin

Reply

Dried Cherry Buns


October 30, 2012
Bahan-bahanBahan A ( di campur semuanya)
1 cup yogurt
1/2 cup cerry kering
1/2 cup epal di potong kecilBahan B
115 gm/ 1/2 cup butter
175 gm/ 3/4 cup caster sugar

Bahan C- di pukul sedikit


2 biji telur gred B
1 tsp vanila

Bahan C- ayak
200gm/1 1/3 tepung gandum
1 tsp bicarbonat soda
2 tsp baking powder
1/4 garam

1. Pukul butter dengan gula hingga kembang.


2. Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.
3. Masukkan bahan A – yougurt, epal dan cherry.
Dan di ikuti dengan tepung dan gaul rata.

Bakar kepanasan oven- 150 – ikut oven masing2


25-30 minit. 12- 16 biji.

Posted by KhidzamIsmail in Resepi Kek dan Muffin

Reply

Cherry Cake
October 27, 2012
3 eggs
1 cup sugar
1 cup vegetable oil
2 cups all-purpose flour
2 teaspoons baking powder
¼ teaspoon dried cloves
1 cup pitted, halved sour cherries
1 lemon, zested

250 ml whipping cream

Directions:
1) Preheat oven to 350°F. Lightly grease and flour an 8-inch round cake pan.

2) Combine eggs, sugar, and oil in a large bowl; beat until smooth. Add flour, baking powder,
and cloves; gently beat until blended. Fold in cherries and zest.

3) Pour batter into prepare cake pan. Bake 35 to 45 minutes, or until a toothpick inserted in
the middle comes out clean.
Author: Kim Stakal
Pasted from <http://www.cherryrecipes.com/cherry-cake.html >

Posted by KhidzamIsmail in Resepi Kek dan Muffin

Reply

Pandan Kaya Kek


September 17, 2012

Pandan Kaya Kek


Sumber dari kak Siti Sobehah

Bahan A

6 biji telur ( di sejukkan) telur gred A

170 gram tepung superfine

85 gram tepung jagung

1 suduteh baking powder

145 gram gula castor

1 sudu besar Q75/ovalette

1 suduteh esen pandan

1 suduteh pewarna hijau

¾ cawan air sejuk

Bahan B

½ cawan butter cair

Cara membuatnya:

1. Campur semua bahan A dan mesin dengan kelajuan tinggi sehingga kembang.

2. Masukkan butter cair kacau dengan menggunakan sudip

3. Bakar dan biarkan sejuk.

4. setelah sejuk bolehkah di lapiskan dengan kaya.


Bahan untuk kaya

¾ tin susu cair

1 tin air sejuk

10 gram agar-agar serbuk

¾ cawan gula

3 sudu besar tepung jagung

Sedikit garam

Pandan oil dan pewarna hijau

Cara membuat Kaya:

1. Masak semua bahan sehingga mendidih dan pekat (guna api pelahan)

Apabila masak lapiskan dengan kek


Posted by KhidzamIsmail in Resepi Kek dan Muffin

Reply

Nutella Marble Cake


September 4, 2012

Bahan-bahan

250 gram butter

200 gram gula castor

1 camb susu pekat


4 biji telur ( gred A)

250 gram tepung kek( SRF Flour)

2 sudu besar susu segar

1 camb moca paste

1 camb chocolatel emalco

2 camb nutella

1. Pukul butter, susu pekat dengan gula sehingga kembang.


2. Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.
3. Masukkan moca paste, tepung berselang seli dengan susu cair. Kacau rata
4. Bahagikan kepada dua bahagian.
5. 1 bahagian di letakkan chocolate emalco dan nutella, kacau rata.
6. Masukan dalam acuan berselang2 .
7. Bakar 35-45 sehingga masak.

Posted by KhidzamIsmail in Resepi Kek dan Muffin

Reply
Peach Cup Cakes
June 28, 2012

Bahan A

250 gm butter

150 gm caster sugar

Bahan B

4 biji telur gred A

Perasa peach

Bahan C – di ayak

200 gm tepung superfine

1 tsp baking powder

Bahan D

100ml susu pekat

Buah peach secukupnya di potong nipis.


Cara membuatnya:

1. Pukul bahan A sehingga kembang dan gebu. Masukkan susu pekat .

1. Masukkan telur sebiji2 dan pukul adunan sehingga sebati.

1. Campurkan tepung dan dan di kacau sehingga sebati.

1. Masukkan separuh adunan kedalam cup cake dan letakkan hirisan buah peach kemudian
penuhkan adunan sehingga 3/4 bahagian.

1. Bakar 35-40 minit – anggaran.

2.
1.

Posted by KhidzamIsmail in Resepi Kek dan Muffin

Reply

Apple and Cranberry Muffins


May 29, 2012

Apple and Cranberry Muffins


500 fabulous cakes

Bahan A
50 gm butter ( di cairkan)
1 biji telur
90 gm gula caster
120ml/ 1/2 cawan jus oren

Ayak semua bahan B ( ayak sekali)


150 gm tepung gandum
1 tsp baking powder
1/2 tsb bicarbonat soda
1 tsp serbuk kulit kayu manis

Bahan C
2 biji epal merah/hijau di parut kasar
50 gm walnut cincang
175gm cranberrries

Cara membuatnya:
1. Pukul telur ( tak berapa kembang).
2. Masukkan butter cair, masukkan gula dan kacaurata.
3. Masukkan bahan B dan kacau sehingga adunan sebati barulah di masukkan
4. Bahan-bahan C ( epal parut, cranberries dan walnut)

Bakar 20 minit.
Menghasilkan 12 muffins.
Posted by KhidzamIsmail in Resepi Kek dan Muffin

Reply

Kek Batik Marie with telur & without telur

KEK BATIK MARIE/KEK BATIK COKLAT


gambar ni ehsan google. saja bagi korang terliur tgk gambar ;p

Special to Zatil Kema @ Adek yang request nak tengok gambar kek batik yang akak buat. yang paling
tak tahann, siap request suh buat tutorial kat youtube tuuu. haihh, idak ler teman nak buat video
bagai. buek malu den sajo. cek bukannya pro-chef. trainee-chef pun belum tentu lagi diiktiraf.
setakat 'chef' kat dapoq sendiri tu buleh la dok gagah sikit-sikit. hambek hangg rojak bahasa sudahh.
haru !
alkesah kek batik ni feveret hang Adek oii, maka sila la buat sehingga dirasakan menjadi ya? dua kali
dalam dok rasa tak menjadi kek tu (tak tau lah rupa tak jadi tu lagu mana), tapi licin jugak noh? hehe.
ni haa akak post gambaq siap cara-cara nak buat. harap kali ni menjadi ye. kalau tak jadi jugak,
takpa, tunggu nanti bila-bila akak buat special untuk Adek naa. haha sweet dak? kehkeh ;p

bahan-bahan (ada telur) :

300 gram biskut marie dipatahkan 4 (ikut suka nak patahkan cemana pun. nak susun selapis-selapis
pun boleh)

1 cawan/ 125 gram butter (kalau takda butter, aku guna planta je)

½ cawan susu pekat manis

2 cawan milo

3 sudu besar serbuk koko

1 sudu kecil esen vanila

1 cawan nestum/oat yang dikisar halus

3 biji telur (dipukul)

bahan-bahan (tanpa telur) :

sama saja seperti bahan diatas kecuali telur, cuma bezanya perlu ditambah ;

¼ cawan susu pekat manis

3 sudu besar susu segar

1 sudu kecil minyak sapi (tak letak pun tak apa. aku saja tambah)

cara-cara membuatnya :

1. patah-patahkan biskut marie.


2. campurkan kesemua bahan diatas api kecik/sederhana. cairkan butter terlebih dahulu. kemudian
masukkan susu pekat, serbuk koko dan milo sedikit demi sedikit sambil dikacau rata supaya bahan-
bahan tak mengeras. kemudian masukkan esen vanila dan nestum/oat, kacau lagi sehingga adunan
memekat. (kalau masukkan telur, campurkan telur ke dalam bahan-bahan itu sekali dan kacau rata)

3. apabila bahan-bahan coklat tadi dah memekat, tutup api. kemudian curahkan ke dalam bekas
yang mengandungi biskut marie yang dipatah-patahkan tu. gaul sehingga rata. sehingga semua
permukaan biskut marie disaluti coklat. baru best. hehe
4. kemudian, masukkan marie diselaputi coklat tadi ke dalam acuan/loyang/bekas yang korang nak
guna tu lahh. (aku guna tupperware je. senang. boleh tutup dengan penutup tupperware tu. so kalau
dalam peti sejuk ada air-air, takdala tumpah atas kek batik aku ni haa. hehe)

5. tekan-tekan marie coklat dalam bekas tu sampai padat dan meliputi seluruh ruang bekas. haa, ni
lahh rupanya setelah ditekan-tekan hingga padat. (Adek, sila take note ya. haha). kalau nak efek
lebih dramatik sikit, korang bolehlah tabur milo/gula manik/badam atau apa-apa bahan yang sesuai
sebagai hiasan kek batik anda.
6. sejukkan dulu kek batik anda pada suhu bilik. (tadi kan masak atas api. so sejukkan dulu la. jangan
panas-panas terus masukkan dalam peti sejuk. kang tak jadi kek korang, haa tak tauu la. hihi) then
baru masukkan ke dalam peti sejuk supaya kek menyejuk dan mengeras. biarkan coklat dan biskut
marie itu membentuk bonding yang kukuh dalam peti sejuk. hehe

keluarkan dari peti sejuk, potong, hidang dan makan ! nyummy ! :D

tadaaa, ini la rupa lapisan kek batik setelah dipotong. (amek gambaq special semata-mata nak tunjuk
kat Adek)
kek batik ni banyak versi dan cara membuatnya. aku takdalah cakap resipi ni yang superb sedap, tapi
setakat yang dicuba, aku suka resipi ni. rasa coklatnya memang mavelesss ! ohsem ! nak lagi
awesome, cairkan skali coklat masakan dalam bahan-bahan atas api tadi. wow ! tu memang ohsem
gilaa la rasa coklat. oh, jangan terkejut, aku memang gila coklat. ngee :D

kek paling senang untuk dibuat. rugi kalau tak cuba. so selamat mencubaaa ^__^

Anda mungkin juga menyukai