Anda di halaman 1dari 9

BISKUT ULAT BULU

Bahan-Bahannya:
300 gm tepung gandum
150 gm tepung jagung
50 gm susu tepung nespray
180 gm minyak sapi
100 gm mentega
100 gm gula aising
- Perisa pandan hijau
- Buah kurma yang dipotong memanjang,lebih kurang 6 hirisan untuk 1biji kurma.
- Gula kastor - untuk tabur atas biskut sebagai hiasan.
Cara Membuatnya:
1- Putar gula aising dan mentega hingga sebati.
2- Kemudian masukkan minyak sapi,perisa pandan dan susu tepung.
3- Putar hingga sebati.
4- Masukkan tpg jagung,tpg gandum,uli dengan tangan hingga sebati.
5- Selalunya tpg gandum diletak kemudian,dan bergantung pada adunan.
6- Kalau dah dapat dibentuk tidak perlu habiskan 300gm td,selepas itu,bentuk doh
sebesar ibu jari dan letakkan satu hiris buah kurma,kemudian bentuk memanjang dan
tekan atasnya dengan garfu untuk bentuk ulat.

7- Masukkan kedalam loyang dan bakar pada suhu 160-180C.


8- Agak sukar untuk menentukan biskut ini masak atau tidak,sebab walaupun sudah
masak,biskutnya masih lembut,tapi bila dah diletak diluar ia akan mengeras sendiri.
9- Untuk menentukan dah masak tgk dibawah biskut agak kekuningan sedikit,sesudah
diangkat dari oven,tabur gula kastor diatasnya sebagai hiasan.

KUIH TIRAM
Bahan-Bahannya:
3 cawan tepung gandum
150 ml air
1 biji telur
1/2 cawan tepung beras/tepung jagung
3/4 cawan minyak masak
- Santan kotak
- Sedikit garam
Cara Membuatnya:
1- Masukkan tepung kedalam bekas,masukkan telur dan sedikit garam.
2- Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga ia menjadi doh ,jangan terlalu lembik seperti doh karipap,jangan terlalu
ikut sangat kuantiti air diatas,sebab ia boleh kurang /lebih bergantung pada jenama tepung yang anda guna.
3- Rehatkan seketika.
4- Bahagikan doh kepada beberapa bahagian yang kecil.
5- Guna mesin pasta,mula2 guna no 8,leperkan doh memanjang dan masukkan kedalam mesin,tukar kepada no 6
dan kemudian kepada no 4 dan akhir sekali no 3,biar sehingga ia menjadi sekeping doh panjang yang nipis.
6- Sapukan sedikit minyak dibelakang talamatau meja kerja anda,letakkan doh.
7- Bancuh tpg jagung/tpg beras dengan minyak dalam bekas kecil,kacau rata.
8- Gunakan sudu dan renjis bancuhan tepung jagung/tpg beras dengan rata.
9- Guna hujung jari,ratakan bancuhan atas doh.

10- Gulung dan potong kecil,sebesar jari manis.


11- Tekan dengan ibu jari untuk leperkan dan ambil pengelek,gelek memanjang jangan tekan terlalu kuat.
12- Panaskan kuali dan masukkan minyak,guna api sederhana.
13- Apabila telah panas,masukkan satu keping doh dalam kuali dan guna 2btg chopstick atau senduk yang bukan
besi,ketuk doh tersebut secara perlahan2,jangan kuat sangat,ini supaya lipatan kuih tiram terbuka,teknik ini adalah
penting untuk anda dapatkan kuih tiram yang terbuka cantik,lepas tu barulah masukkan doh yang lain,ulangi proses
yang sama.
14- Angkat dan toskan dengan tisu masakan.
15- Blender gula pasir sehingga halus dan tabur atas kuih satu persatu.

Resepi Agar2 Kering..


febret ramai.. teringat masa beraya kecik2
dulu, mesti ada agar2 kering nyum2
sekarang da bole buat sendiri.
Bahannya :
* 50grm agar-agar Tali
* 400 g gula pasir
* 1 cwn gula batu
* 8 gelas air
* Perasa/pewarna mengikut selera masing2.
Cara-caranya :

Rebus agar-agar kering dengan air sehingga mendidih.Masukkan gula batu sebab gula batu lambat cair. Biar gula
batu hancur
Masukkan gula pasir.Biar mendidih lagi.
Masukkan adunan kedalam loyang. Masukkan pewarna dan perasa mengikut selera masing-masing.
Setelah sejuk bolehlah dipotong. Jangan potong terlalu kecil sebab agar-agar mengecut selepas kering.Jemur agaragar. Disini perlukan kesabaran ye. Sesekali balik2kan agar2 supaya kering sekata. Jemur sehingga agar-agar betul2
kering dan tidak melekat. Kalau cuaca panas elok 3-4 hari pun dah okey

SEKAYA PULUT HITAM MANJA


BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
200gm beras pulut
100gm pulut hitam
150ml santan pekat
150ml air
1 helai daun pandan | diikat
Garam secukup rasa

BAHAN B:
200ml air
200ml santan pekat
140gm gula
40gm tepung jagung
40gm tepung gandum

sudu teh garam


Pewarna hijau secukupnya
Perasa pandan secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Untuk bahan A, masukkan santan, air garam dan daun pandan ke dalam beras
pulut. Kacau rata dan kukus sehingga masak. Keluarkan pulut dan tekan sehingga
mampat. Kukus lagi selama lima minit. Ketepikan.
2. Seterusnya untuk bahan B, satukan kesemua bahan di dalam periuk dan didihkan
sehingga menjadi pekat.
3. Akhir sekali, tuangkan di atas lapisan pulut tadi. Kukus semula sehingga pulut
dan sekaya masak sempurna.
4. Sejukkan sebelum dipotong. Sedia dimakan

Resepi Biskut Ferrero Rocher heart emoticon


Bahan-bahan:
250gm butter
80gm gula icing
20gm qroquant/cornfleks hancur
360gm tpg gandum
100gm almond powder
40gm tpg jagung
1/2 sdt esen vanilla
almond nibs secukupnya (utk menyalut biskut)
3bj putih telur (utk melekatkan almond nibs dgn biskut)
coklat masakan secukupnya.(utk menyalut biskut)
Cara-cara:

-putar butter & gula sebati.masukkan qroquant.


-masukkan esen vanilla.
-masukkan tpg gandum,almond powder & tpg jagung. uli sebati.
-panaskan oven suhu 150c.
-bulatkan adunan mengikut saiz yg dikehendaki.letakkan dlm dulang pembakar yg sudah dilengser dgn marjerin.
-bakar suhu 150c selama 20-25 minit.
-golekkan biskut yg telah dibakar ke dalam telur putih.kemudian golekkan di atas almond nibs.
-bakar balik biskut lebih kurang 5 minit.
-cairkan coklat masakan & golekkan biskut dlm coklat & masukkan ke dlm paper cup.biarkan sejuk & siap utk
dihidang...

Cornflakes Madu
Bahan :
1. Cornflakes
2. 1 cwn Madu
3. 3 sudu butter
4. papercup secukupnya

Cara membuat :

atas api kecil Cairkan butter & masukan madu . kacau perlahan hgga sebati & sedikit pekat . dah sebati tutup api .
tggu madu suam kemudian masukan cornflakes . gaul rata . masukan ke dlm papercup . susun atas loyang & bakar
dlm oven 160c ( ekot jenis oven masing2 ) selama 15 mnt @ hgga sdkit keperangan . ^.^V

TALAM VANILLA COKLAT


Anak Lambat Bercakap? Klik Ragam Anak
.
Bahan-Bahan- loyang 10x10x3 inci
.
Lapisan Bawah
.
1 1/2 cwn tepung beras
1/4 cwn tepung jagung
1/2 cwn tepung kastard
1 cwn gula
1 cawan santan pekat
2 1/2 cawan air
2 biji telur-pukul sikit
1 sudu kecil esen vanilla
secubit garam
.
Cara Menyediakan Lapisan Bawah
.
Satukan kesemua jenis tepung dlm mangkuk.
.
Masukkan sedikit garam, gula, telur dan santan.
.
Gaul sebati dan tapiskan. Masukkan ke dlm periuk dan masak diatas api sederhana sehingga naik wap. Sentiasalah
di kacau guna whisk supaya tak berketul2.
.

Alaskan loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.
.
** Setiap 10 minit saya buka penutup kukus dan lapkan air yg terdapat di penutup kukus. Tutup semula dan kukus lagi
selama 10 minit.(utk mengelakkan air bertakung di permukaan kuih..)
.
Bahan Utk Lapisan Atas
.
1 cwn santan pekat
2 cwn air
1 cwn tepung gandum
1/4 cwn tepung jagung
3 biji telur
1 cwn gula pasir
secubit garam
1 sudu besar serbuk koko- bancuh dngn 4 sudu besar air suam
1 sudu kecil coklat emulco
.
Cara Menyediakan Lapisan Atas
.
Masukkan kesemua bahan dlm mangkuk kecuali coklat emulco dan serbuk koko.. Gaul sebati, nak mudah blend
kesemuanya.
.
Masukkan adunan ke dlm periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil je.
.
Cakar2kan sedikit permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan coklat ke atas lapisan vanilla tadi dan kukus selama
20 minit.
.
Saya kukus 10 minit dan buka penutup kukus, lapkan air yg terdapat pada penutup kukus dan kukus lagi selama 10
minit.(jumlahnya 20 minit juga kan..)
.
Tips.
.
** Sekiranya terdapat sedikit air di permukaan kuih, sengetkan loyang sedikit dan buangkan air yg terdapat di
permukaan kuih...guna sudu je...atau lapkan guna kitchen towel.
.
** Sejukkan kuih, kuih ni hendaklah betul2 sejuk barulah cantik bila di potong.
.

Anda mungkin juga menyukai