Anda di halaman 1dari 3

Bahan-bahan biskut almond london:

 300g Tepung gandum


 200g Tepung jagung
 150g Gula halus
 250g butter (mentega)
 1 sudu kecil baking powder (serbuk penaik)
 1 sudu kecil Esen vanila
 1 biji telur
 Badam hancur untuk hiasan

Bahan-bahan salutan coklat:

 500 gram Coklat Masakan


 1 Sudu Besar Mentega
 1 Sudu Besar Lelemak Sayur (shortening)

Cara-cara membuat biskut almond london:

1. Bakar badam ketul terlebih dahulu pada suhu 160ºC selama 30-40 minit atau sehingga
kering dan betul-betul garing.
2. Bakar pula badam cincang pada suhu 150ºC selama 5-10 minit.
3. Pukul mentega bersama gula sehingga sedikit kembang.
4. Masukkan telur dan juga esen vanila. Pukul lagi sehingga sebati.
5. Masukkan pula serbuk badam. Kacau dengan menggunakan senduk sehingga rata.
6. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung, dan juga tepung beras. Masukkan ke semua
tepung ke dalam adunan tadi bersama serbuk penaik dan juga emplex.
7. Kacau rata adunan dan uli sehingga menjadi doh.
8. Ambil sedikit doh lebih kurang seberat 6 gram. Masukkan seketul badam di dalam doh
dan bentukkannya menjadi bujur.
9. Susun di dalam loyang dan bakar pada suhu 170ºC selama 20-25 minit atau sehingga
kekuningan bergantung pada oven masing-masing. Gunakan api atas dan bawah. Pastikan
oven dipanaskan terlebih dahulu.
10. Untuk membuat coklat, cairkan kesemua bahan dengan menggunakan keadah double
boiled sehingga sebati.
11. Setelah biskut tadi sejuk, celupkannya ke dalam coklat cair tadi dan letakkan ke dalam
paper cup.
12. Tabur badam cincang di atasnya. Biarkan coklat sejuk dan keras pada suhu bilik. Sedia
untuk dimakan.

Tips:

 Untuk mendapatkan badam yang lebih rangup, boleh bakar badam 2 kali. Bakar kali
pertama selama lebih kurang 10-15 minit pada suhu 160ºC. Kemudian sejukkan badam.
Bakar kali kedua pada suhu yang sama selama lebih kurang 30 minit atau sehingga badam
betul-betul rangup

TART NANAS RESEPI 1

 Bahan-bahan untuk tart:


o 125 gram butter, premium Anchor butter
o 1 sudu besar gula kastor
o 1 biji kuning telur
o 1 3/4 cawan tepung gandum*
o 1/4 cawan tepung jagung*
o 1 sudu besar tepung kastard*
o 1/2 sudu kecil garam halus, (jika guna unsalted butter)

Cara Penyediaan:

1. Cara-cara untuk tart:

1. Pukul mentega ( dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula sehingga


putih dan berkrim.
2. Masukkan kuning telur, minyak sapi dan garam. Kacau sehingga sebati.
3. Ayak ketiga-tiga jenis tepung (bertanda *). Masukkan tepung sedikit demi
sedikit ke dalam adunan sehingga menjadih doh yang lembut. Rehatkan
seketika.
4. Masukkan doh ke dalam acuan tart, tekan dan gulung bersama inti nenas
yang digentel kecil membujur. Susun di atas loyang yand dilapik dengan
baking paper atau digriskan dengan butter.
5. Sapukan atas tart gulung dengan bahan hiasan. Panaskan oven pada suhu
175 darjah celcius, masukkan kuih dan bakar selama 20-25 minit.

Tips:

 Jika doh masih agak keras, uli doh bersama soft butter sedikit demi sedikit
sehingga doh menjadi senang untuk diterap.

________________________________________________________________________________________

TART NANAS RESEPI 2

Biskut Tart Nenas


Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
250 gm mentega
350 gm tepung gandum
50 gm gula kaster
40 gm tepung jagung
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit kuning telur + sedikit air  +  pewarna kuning - sapuan

Cara cara:
Satukan semua bahan dan uli dengan menggunakan tangan sahaja

BISKUT CERELAC
Bahan-bahan
1 kg tepung gandum
1 bungkus tepung kanji (starch/tepung ubi kayu) = 400g
1 cwn setengah gula halus
1 buku butter = 250g
500gm minyak sapi
Susu Nespray
Untuk salut luar biskut: 1 cawan Nestum Beras Cerelac (tin warna biru) + 1/2 cawan susu
nespray (gaulkan)

Cara-cara:
- Campurkan minyak sapi dan butter dan gula halus dan pukul hingga kembang.
- Ayak tepung gandum dan tepung kanji
- Masukkan tepung yg telah diayak dan gaulkan ke dalam minyak sapi dan butter tadi, gaul
hingga lembut.
- Canai dan terap dgn acuan yg dikendendaki (biasa kat Sabah guna acuan bentuk bunga tuh)
- Bakar dalam over macam biskut biasa
- Bila dah masak, gaulkan biskut dengan campuran Nestum cerelac beras + susu nespray itu
tadi. SIAPPP!!!
Sy canai bentuk bunga. Bila masukkan tepung, masuk sikit2 dan sampai doh dah boleh
dicanai. Tp jgn bagi doh keras, nanti biskut tak rangup. Biar asal boleh dicanai jek, sy tak
habiskan pun tepung coz doh dah ok dan lagipun sy guna Ghee 400g jek masa buat tadi.
P/s: - Bila adunan terlalu keras tambahkan minyak sapi, kalau terlalu lembut tambahkan
tepung.
- Kalau nak sedap guna pure ghee tau.

Anda mungkin juga menyukai