Anda di halaman 1dari 3

RESEPI ALMOND LONDON

Bahan-bahannya :
Anggaran dalam 120 - 150 biji
250 gm butter
450 gm tepung gandum
2 sudu kecil emplex
140 gm gula icing
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
150 biji badam - dipangang
Untuk menyalut biskut
Cawan kertas secukupmnya
Coklat masakan secukupnya
Badam cincang - yg di panggang
Cara-caranya :
1. Panaskan oven dan bakar badam dengan suhu 170 C selama 15 - 20 minit
atau sehingga badam masak sempurna.
2. Ayak tepung dan emplex ketepikan
3. Pukul butter, gula icing dan esen vanila hingga lembut.
4. Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul lagi hingga adunan bergaul
sempurna.
5. Masukkan tepung dan uli adunan hingga menjadi doh yang lembut.
6. Bulatkan doh seberat 6 gm. Letakkan sebiji badam di dalamnya dan bulatkan
membujur.
7. Buat hingga adunan habis dan susun dalam loyang.
8. Panaskan oven 150C dan bakar biskut selama 25 - 30 minit atau sehingga
biskut masak sempurna.
9. Keluarkan biskut setelah masak dan susun atas redai sehingga ia sejuk.
10.Cairkan coklat secara double boiler. Ambil biskut tadi dan celup dalam coklat.
Letakkan dalam cup kertas. Taburkan badam dan biarkan ia mengeras. Simpan
biskut dalam bekas kedap udara.
Boleh juga hiaskan ikut citarasa masing.

Biskut Bangkit Cheese


Bahan-bahan
250g Mentega
180g Gula Aising
2 Kuning Telur
250g Tepung Ubi - sanggar 10 min
225g Tepung Jagung
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam - K1 tk letak
70g Parutan Keju Cheddar
Parutan Keju - utk hiasan
Cara-cara :
1. Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan pukul
sebati.
2. Masukkan bahan-bahan yang lain dan uli hingga sebati.
3. Canai dan terap dengan acuan yang di sukai.
4. Susun di dalam loyang yang bergris, sapu permukaan biskut dengan kuning
telur dan tabur dengan parutan keju di atasnya.
5. Bakar di rak tengah pada suhu 160C selama 15-20 minit.
Snow Almond
Bahan-bahan
250g butter
90g gula halus - (I kurangkn)
50g serbuk badam (I letak 100g)
50g tepung ubi
25g coffeemate
25g nestum - kisar
1sk esen coffee
1 biji telur
tepung gandum secukupnya

Untuk saduran:-

Chocolate masakan
Note : Untuk chocolate masakan saya tambahkan sedikit shortening untuk
mendapatkan chocolate yang x pekat apabila di coating.
Nestum @ breadcrumbs

Cara-cara:-

Pukul butter dan juga gula hingga kembang. Masukkan telur dan esen kopi dan
pukul lagi hingga berkrim.
Masukkan badam kisar, tepung ubi, nestum dan coffeemate. Gaul menggunakan
spatula.
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli sehingga tidak melekat di
tangan atau boleh di terap.
Bentukkan ikut suka samada terap menggunakan cutter, bentuk kiub atau
bulat2kan.
Bakar suhu 170-180 selama 15min atau hingga keperangan. Sejukkan atas redai.
Cairkan coklat masakan secara double boiler. Celupkan kukis tadi. Kemudian
golek2kan ke dalam nestum@breadcrumbs. Jika buat bulat2 bleh masukkan ke
dalam paper cup yg comel2.

LIDAH KUCING
250 gm mentega
175 gm gula kastor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex

Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru


Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega

Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan


Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim
Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati
Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
Letakkan pewarna untuk setiap bahagian
Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan
Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil
Paipkan atas loyang lidanh kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut
warna pelangi
Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit
Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan
tidak menyerlah
Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara

Biskut Sarang Semut


Bahan :
250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum ( Mas ikut Noorsha guna 250 gm saja )
100 gm tepung kastard ( Mas ikut Noorsha tambah )
100 gm tepung jagung
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
Bahan Hiasan : sedikit coklat rice sedikit manik gula kecil ( warna warni )
secukupnya paper cup kecil

CORNFLAKES MADU
200g cornflakes
6 sudu besar madu3 sudu besar brown sugar/gula biasa pon ok juga
100g butter
3 sudu besar almond cincang
3 sudu besar sweet cherry/colourfull pearl
dengan api yang perlahan cairkan butter+gula
+madu...larutkan jangan sampai hangit ok.agak2 dah cair semua...padam api.

campurkan cornflakes+almond cincang


+sweet cheery dan gaul kan bersama larutan madu tadi.
susun papercup molek2 dalam tray, dan sudukan cornflakes madu tadi. ikut
suka nak byk mana ok.

bakar sekejap dalam 10 minit dengan suhu 150


sejukkan dulu sebelum isi dalam balang.

cornflakes bersalut coklat


1. Coklat masakan (aku amik perisa milk )
2. Mentega or Planta (mane2 pun boleh )
3. Cornflakes ( aku lebih suka cornflakes Nestle sbb rangup )
4. Manik berwarna warni sebagai hiasan ( yg kecik2 bulat2 tu je, jgn beli yg
bntuk rice plk, nanti tak cantik )
5. Paper cup
Cara-cara:

Susun papercup dalam dulang .


Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler.
Bila dah cair,tutup api dan angkat letakkan di tempat lain.
Masukkan cornflakes dalam mangkuk ke apa key g senang korunk nak gaul nanti.
Masukkan coklat, gaul rata.
Masukkan cornflakes yang telah digaul tadi ke dalam paper cup.
Tabur manik berwarna warni sebagai hiasan.
Sejukkan dalam peti sejuk.
Siap untuk disusun dalam balang.

Anda mungkin juga menyukai