Anda di halaman 1dari 45

CHEESE CUPCAKES

BAHAN-BAHAN ( 12-15 BIJI )


200 g tepung gandum
150 g mentega
150 g gula kastor/halus
2 biji telur
2 sk baking powder
60 g cream cheese

CARA-CARA PENYEDIAANNYA:
Ayak tepung dan baking powder dan ketepikan.
Pukul mentega dan gula hingga kembang lalu masukkan telur sedikit2 sambil
dipukul terus.
Masukkan pula campuran tepung sedikit2 sambil dikacau dengan senduk
hingga rata.
Sediakan mangkuk kertas beralas acuan dan isi adunan kek 1/2 penuh,isi 1/2
sudu kecil cream cheese dan tutup lagi dgn adunan kek.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan dulu selama 20-30 min. pada suhu
180C atau ikut kepanasan suhu oven masing2.
Cream cheese boleh jugak diganti cheddar cheese atau cheese slice yg
dipotong kecil,ikut selera.
Kemudian boleh lah dihiaskan mengikut kreativiti masing2.
Asz hiaskan dengan lapisan Buttercream dan bunga Ros foundant.



RED VELVET CUP CAKE

BAHAN-BAHAN UNTUK KEK :

butter
2 1/2 cup (300gm) gula (asz gn 250gm)
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 cup ( 240ml) buttermilk2 1/2 cup ( 250gm ) tepung
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar (15gm) serbuk koko
1/2 cup (113gm) unsalted
2 sudu besar pewarna merah @ merah jambu
1 sudu teh cuka @ white distilled vinegar
1 sudu teh baking soda
cup

* kalau takde buttermilk jangan susah-susah, ambil susu segar pada suhu bilik
sebanyak 240ml kemudian tambahkan 1 sudu besar cuka @ lemon juice.. biarkan
selama 5-10 minit.

CREAM CHEESE FROSTING:
250gm cream cheese
30gm butter
1 sudu besar perahan lemon @ lime
1 sudu besar esen vanilla
1 sudu besar susu segar
100gm gula ising


CARA-CARA PENYEDIAAN CREAM CHEESE FROSTING :
gunakan electric mixer, mix cream cheese sampai creamy.
Masukkan bahan-bahan lain.. butter + perahan limau + esen vanilla + susu segar +
gula ising.

CARA-CARA PENYEDIAAN CUP CAKE:

panaskan oven: 175 c
Ayak serbuk koko dan tepung dalam satu bekas dan kacau.
Campurkan buttermilk dengan pewarna merah @ pink
Dalam bekas lain, mix kan butter sampai kembang dan creamy, kemudian tambah
gula dan pukul lagi sampai kembang dan sebati.
Masukkan vanilla esen, mix. Masukkan telur satu persatu. Lepas satu biji telur, mix.
Kemudian masukkan satu lagi telur dan mix lagi.
Kemudian masukkan tepung+koko yang sudah diayak secara berselang seli dengan
buttermilk. masukkan tepung, mix.. then masukkan buttermilk mix sampai habis
kesemuanya.
Bila dah sebati, campurkan 1 sudu teh baking soda dan 1 sudu teh cuka sampai ada
bubbles. Then cepat-cepat masukkan dalam batter yang dah di mix tadi ok!
kemudian terus masukkan dalam cup...
Bagi memudahkan dan bersih ketika masukkan adunan dlm cup bleh la gunakan
piping beg...
Bakar selama 15 minit @ sehingga masak.
Sejukkan, kemudian bleh la deco cup cake mengikut kreativiti msg2 menggunakan
cheese frosting td...
Sejukkan dan boleh lah dihidangkan....







CHOCOLATE MOIST CAKE

BAHAN-BAHAN:
2 cwn tepung gandum
1 1/2 cwn gula
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn minyak jagung
1 cwn air
2 biji telur
2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh baking powder

CARA-CARA PENYEDIAANNYA:
Panaskan oven 170c. Ayakkan tepung ,koko, baking soda dan baking powder.
Kacau rata kemudian masukkan gula dan kacau rata semula.
Masukkan satu persatu bahan-bahan yang lain dan kacau sehingga sebati.
Masukkan adunan ke dalam cup.
Kemudian bakar pada suhu 170c selama 20 minit.
Sebelum dikeluarkan dari oven pastikan kek masak sepenuhnya...caranya.. gunakan
garpu atau lidi satay dan cucuk tengah-tengah kek jika tiada adunan yg melekat
pada lidi tersebut maknanya kek telah masak sepenuhnya.









HIASAN :

FRESH CREAM FROSTING
By: Wilton
Rujukan : Kak Cek

2 cawan Non Dairy Whip Topping ~ pastikan dari peti ais
1/2 cawan gula icing
1 sudu kecil esen vanila

Menggunakan Stand @ hand mixer....whisker....pukul whip topping sehingga agak
kental...
Masukkan gula icing ...vanila esen dan pukul lagi hingga frosting fresh cream betul2
'stiff '
OK dah bleh digunakan....bleh lah dihiaskan mengikut kreativiti masing-masing
Selamat Mencuba...:)))


























MUFFIN COKLAT CADBURY
by: Yani My Resepi

BAHAN-BAHAN:
200g coklat masakan Cadbury
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
CARA-CARA PENYEDIAANNYA:
Cairkan coklat Cadbury. Gunakan kaedah "double boiler" .
Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair.
Panaskan oven sehingga suhu 170C.
Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati.
Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati
Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga
sebati.
Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh.
Bakar selama 20 minit.
Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sedikit( sebab hanya sedikit
tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi
kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.




RESEPI RED VELVET CAKE


BAHAN-BAHANNYA :

2 1/2 cup ( 250gm ) tepung (asz gn tepng gandum jer )
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar (15gm) serbuk koko
1/2 cup (113gm) unsalted butter
2 1/2 cup (300gm) gula (asz gn 250gm)
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 cup ( 240ml) buttermilk
2 sudu besar pewarna merah @ merah jambu
1 sudu teh cuka @ white distilled vinegar
1 sudu teh baking soda


CREAM CHEESE FROSTING:

250gm cream cheese
30gm butter
1 sudu besar perahan lemon @ lime
1 sudu besar esen vanilla
1 sudu besar susu segar
100gm gula ising







CARA-CARA:

panaskan oven: 175 c

ayak serbuk koko dan tepung dalam satu bekas dan kacau.
campurkan buttermilk dengan pewarna merah @ pink
dalam bekas lain, mix kan butter sampai kembang dan creamy, kemudian
tambah gula dan pukul lagi sampai kembang dan sebati. Masukkan vanilla
esen, mix. Masukkan telur satu persatu. Lepas satu biji telur, mix. Kemudian
masukkan satu lagi telur dan mix lagi.
Kemudian masukkan tepung+koko yang sudah diayak secara berselang seli
dengan buttermilk. masukkan tepung, mix.. then masukkan buttermilk mix
sampai habis kesemuanya.
Bila dah sebati, campurkan 1 sudu teh baking soda dan 1 sudu teh cuka
sampai ada bubbles. Then cepat-cepat masukkan dalam batter yang dah di
mix tadi ok! kemudian terus masukkan dalam loyang @ springform loyang ye.
Terus bake selama 25-30 minit.
bila kek dah siap bake, sejukkan dalam peti ais beberapa jam.. Supaya senang
nak dibelah nanti, sebab lepas masak ni, kek agak fragile. Takot terkoyak ke
pulakan. huhu.
Kemudian terpulanglah nak belah 2 @ 3 @ 4.. huhu. aku belah jadi 3 lapis je.
Setiap lapis tu sapukan cream cheese frosting ye. Kemudian dah siap sejukkan
lagi dalam peti ais sehari semalam boleh, beberapa jam pun boleh. Bolehlah
dihidangkan....:))






















OREO CHEESECAKE

BAHAN DASAR: (ASZ GUNA LOYANG BULAT 8 INCI)
200gm biskut oreo (di buang krimnya)
50gm mentega cair

BAHAN-BAHAN FILING:
500 gm keju krim
110 gm gula kaster
1/2 tbsp esen vanila
2 biji telur
200ml whipping krim
1 tbsp. lemon juice
15 keping biskut oreo (di buang krimnya)

*Acuan springform 4.5" @ 4 biji (Menghasilkan 4 biji mini cheese cake) atau acuan 8"
menghasilkan satu biji.

CARA-CARA PENYEDIAANNYA:

BASE KEK :
Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam
acuan springform/loose base tin.
Kalau untuk loyang besar, masukkan kesemuanya dlm pan dan tekan.
Bakar selama 5 minit pada suhu 150C. Angkat dan masukkan dalam freeze
sementara filing siap..

CARA PENYEDIAAN BAGI FILLING:
Pukul keju krim dan gula hingga sebati.
Masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim
dan jus lemon.
Putar hingga sebati.
Masukkan separuh aduanan filling, susunkan biskut oreo.
Kemudian masukkan aduanan yang selebihnya.
Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit.
Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya
selama 1 jam.
Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan.
Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk
selama 4 jam atau semalaman.
Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka.






























BLUEBERRY CHEESE CAKE
by : Along Roz (My Resepi)


BAHAN-BAHAN UNTUK BASE:
110g Butter - cairkan
200g Biskut digestive (kalau xde, apa2 biskut pun boleh)

BAHAN-BAHAN UNTUK FILLING:
500g / 2 buku Cream cheese
30g Butter
120g Gula Kastor
1 sudu perahan lemon atau perisa vanila
30g Tepung jagung - ayak
200-300ml whipping cream
3 biji Telur - pukul sedikit
150g Blueberry pie filling
CARA-CARA PENYEDIAANNYA:
Hancurkan biskut & gaul dgn bhn2 base. Chill sehingga di perlukan.
Pukul cream cheese & butter sehingga smooth.
Campurkan gula, parutan & jus lemon (atau perisa vanila) dan tepung jagung.
Pukul lagi sehingga smooth.
Campurkan cream & pukul lagi sehingga pekat.
Akhir sekali masukkan telur yg telah di pukul sedikit.
Pukul sehingga cukup sebati, jgn pukul terlalu lama.
Tuangkan separuh adunan ke atas base. Ratakan blueberri & tuangkan baki
adunan.
Bakar dlm "water bath" dgn oven yg telah di panaskan terlebih dahulu 150
celcius selama 1 jam.
Sejukkan kek pada suhu bilik (sebaik2 nya biar sekejap dlm oven baru
keluarkan so that ia tak terkejut & merekah).
Sejukkan sekurang2 nya 6 jam ataupun semalaman baru lah di potong.(
Cheesecake tak boleh potong/makan waktu panas2, ok.
Untuk topping,ratakan filling blueberry. Sapukan ke atas cheesecake &
sejukkan sebentar.



















CHOCOLATE MOIST CAKE

BAHAN-BAHAN:

2 cwn tepung gandum
1 1/2 cwn gula
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn minyak jagung
1 cwn air
2 biji telur
2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh baking powder

CARA-CARA PENYEDIAANNYA:

Panaskan oven 170c. Ayakkan tepung ,koko, baking soda dan baking powder.
Kacau rata kemudian masukkan gula dan kacau rata semula.
Masukkan satu persatu bahan-bahan yang lain dan kacau sehingga sebati.
Masukkan adunan ke dalam cup.
Kemudian bakar pada suhu 170c selama 20 minit.
Sebelum dikeluarkan dari oven pastikan kek masak sepenuhnya...caranya.. gunakan
garpu atau lidi satay dan cucuk tengah-tengah kek jika tiada adunan yg melekat
pada lidi tersebut maknanya kek telah masak sepenuhnya.


CHEESE TART
by : Azita

TART CRUST @ SHELL

BAHAN-BAHAN :

170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla


CARA-CARA PENYEDIAAN :

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar
lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu
sebelum dibakar.
Bakar pada suhu 170 C sehingga masak.




NOTA :


Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust
menjadi keras sangat.
Cream Cheese Filling

BAHAN-BAHAN :

250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
sudu teh esen vanilla / esen lemon


CARA-CARA PENYEDIAAN:

Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Masukkan filling ke dalam kulit tat.
Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170C.
Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak.
Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

FILLING :

Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.
























FRESH FRUIT TART

BAHAN A (PASTRI):
250gm tepung gandum
110gm mentega
75gm gula aising
BAHANB:
1 biji telur

BAHAN HIASAN:

100gm coklat masakan
50gm aprikot glaze
Buah aprikot secukupnya
Strawberi secukupnya
Beri secukupnya

BAHAN A (INTI KASTARD):

50gm tepung jagung
120gm gula kastor
120ml susu segar
250ml air
2 biji telur
40gm susu tepung
1/8 sudu teh perasa vanilla
Pewarna kuning secukupnya


BAHAN B:25GM MENTEGA


CARA MEMASAK:

1. Inti: Satukan kesemua bahan (A) ke dalam periuk, masak menggunakan api
sederhana sehingga pekat.
2. Tutup api, masukkan mentega dan sejukkan sekejap sebelum dijadikan inti.
3. Bahan pastri: Satukan kesemua bahan (A) ke dalam mangkuk adunan, adun
sehingga sebati dan masukkan telur.
4. Adun sehingga menjadi doh dan rehatkan doh selama 20 minit.
5. Canai, terap dan masukkan ke dalam acuan. Bakar pada suhu 180C selama 15
minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan sekejap, cairkan coklat masakan dan sapukan ke dalam permukaannya.
7. Masukkan inti kastard, susun buah-buahan, sapu apricot glaze dan hidangkan.
































PIZZA HUT

BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :-)
300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

BAHAN-BAHAN PIZZA GEBU :-)
3 batang sosej ayam "ayamas", hiris serong
4 hirisan gegelang red capsicum
4 hirisn gegelang yellow capsicum
4 hirisan gegelang green capsicum
1 biji bawang besar, hiris bulat (optional)
175 g keju mozzarella, hiris nipis2
Sos tomato dalam botol secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
1. UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali
mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan
terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung.
Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :-
Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread
maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.


2. UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza
berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh,
bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung
dan canai bulat (gambar no 1). Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan
hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal
(macam dalam gambar no2). Ratakan sebahagian sos pizza tadi (gambar no. 3) dan
susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju
mozzarella (gambar no. 4). Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti
kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos
kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.





































CREAM PUFF
Sumber ; Zaliana@Myr
oleh; Dapurmamasya

BAHAN-BAHAN ( UNTUK 28 BIJI CREAM PUFF )- DPT DLM 38 BIJI :
125 gm self raising flour @ tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur

BAHAN-BAHAN UNTUK INTI JAGUNG:
1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 cawan jagung dalam tin
1/2 cawan tepung kastad
5 sudu besar gula

CARA-CARA
CARA-CARA UNTUK PUFF :
1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.
Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.- bila masuk tepung
perlahankan api, guna api yg paling kecil,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk,
nampak tepung tu dah jadi doh , terus padam api dan angkat. Sejukkan.
2.Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
4. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga
permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
- tak spray hanya renjis dgn air.pre heat oven, bakar selama 30 min; 180'C api atas bawah
5. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung


CARA-CARA UNTUK INTI :
1. Kacau tepung kastad dan air.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan
gula.Kacau hingga naik wap
2.Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.Biarkan sejuk sebelum di
masukkan ke dalam puff

CUSTARD CREAM :
Sumber; Honey @ Myr
Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200cc(1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega

CARA-CARA :

Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau
jangan ada yang berketul.
Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak
sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga
pekat.
Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur
kuning.

Nota dapurmamasya
Buat 2 adunan inti cream custard utk 1 adunan puff . Kacau atas dapur dg api sederhana
perlahan hingga pekat. masukkan mentega dan tutup api,kacau. sejukkan cream custad
sampai keras sikit.nak mudah isi inti, masukkan dlm piping bag/plastik kecil gunting
bucunya.pipingkan inti dlm cream puff.kalau suka taburkan gula icing semasa
menghidang...














SUPER FUDGY BROWNIES

BAHAN-BAHAN :
120 gm unsalted butter - (8 sudu besar) Saya guna buttercup
130 gm all purpose flour - (1 cawan) Saya guna tepung superfine
1/2 sudu teh baking powder
30 gm serbuk koko - (1/4 cawan)
1/2 sudu teh garam
220 gm coklat masakan - dadu kecil-kecil
240 gm gula perang - (resepi asal 1 1/4 cawan gula kastor)
3 biji telur gred A
3/4 cawan choc chips

BAHAN UNTUK DITABUR :
Almond slice / choc chips
CARA-CARA :

1. Panaskan oven 180'C. Sapu loyang dengan mentega dan alas dengan baking paper
dan lebihkan ditepi loyang untuk memudahkan untuk dikeluarkan brownies nanti,
dan sapu juga baking paper dengan mentega. Ketepikan.

2. Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder, garam dan choc chips sekali.
Ketepikan. Pindahkan choc chips yang telah diayak kedalam bekas lain.

3. Cairkan coklat masakan dan butter guna keadah double boiler. Pastikan air tidak
masuk dalam coklat. Matikan api.

4. Masukkan gula dalam adunan coklat dan kacau rata dengan whisk hingga gula
larut dan sebati dengan coklat. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata-rata
dengan perlahan-lahan.

5. Masukkan adunan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit hingga tercampur
rata. Masukkan sekali choc chips yang diayak tadi. Jangan aduk terlalu lama, cukup
sekadar bercampur dan tiada tepung lagi.

6. Tuang adunan dalam loyang dan ratakan. Taburkan almond slice dan choc chips
ikut suka. CT guna loyang 10x10x2 inci.

7. Bakar selama 50 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan sejukkan 30
minit. Bila dah sejuk baru keluarkan dari loyang dan letak atas redai dan boleh
dipotong-potong. Hias ikut suka... Selamat mencuba :)

* K.Nor hanya guna 200gm gula perang dan bakar dgn suhu 170C
































SNOW ALMOND

BAHAN A :
260 gm mentega
150 gm gula kaster
1 tsp esen vanilla
50 gm serbuk badam
BAHAN B :
300 gm tepung gandum
50 gm tepung kastad
50 gm susu tepung
40 gm tepung jagung
HIASAN:
Coklat masakan & Breadcrumb putih

CARA-CARA :
1. Sebatikan semua bahan A
2. Masukkan bahan B dan uli rata sehingga menjadi doh.
3. Canai dan terap dengan acuan segi empat sama. Panaskan ketuhar.
4. Bakar pada suhu 140 darjah celsius selama 30 minit.
5. Setelah biskut sejuk cairkan coklat masakan, celupkan biskut
dan golekkan biskut kedalam breadcumb.







ROTI SOSEJ BERKEJU

BAHAN- BAHAN :
10 keping roti putih
10 batang sosej ~ direbus sekejap dan toskan
10 keping slice cheese
1 biji telur ~ dipukul sedikit
breadcrumbs @ serbuk roti secukupnya
minyak utk menggoreng
CARA MEMBUATNYA :
1. Gelek roti hingga leper (boleh buang kulit tepi jika suka)
2. Letakkan sekeping slice cheese dan letakkan pula 1 btg sosej.
3. Sapukan hujung gulungan roti dengan sedikit telur (untuk melekatkan)
4. Gulung dengan kemas. Buat hingga habis.
5. Dengan menggunakan brush, sapu keseluruhan roti dgn telur yg dah dipukul sedikit
tadi.
6. Golek2kan ke dalam breadcrumbs dan goreng dalam minyak yg dah dipanaskan.
7. Goreng hingga golden brown, angkat dan toskan.
8. Hidangkan bersama sos kegemaran spt sos cili, mayonis dan jalapeno cheese.











BISKUT BEBOLA CORNFLAKES
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

BAHAN:- (ANGGARAN 70 - 80 BIJI)
1/2 cawan butter
1/2 cawan gula kastor
1 biji telor
1 sudu teh esen vanila
2/3 cawan kismis hitam (jenama Lego elok halus sikit)
1 cawan tepung naik sendiri (diayak)
2 - 3 cawan cornflakes (ramas2 hancurkan sikit)
cawan kertas saiz kecil secukupnya

CARA MEMBUAT:-
Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Masukkan telor dan esen vanila, pukul lagi hingga sebati.
Dalam bekas lain, campurkan tepung dengan kismis. Gaul rata.
Kemudian masukkan dalam adunan dan gaul rata.
Gunakan sudu teh, cedok adunan jadi ketul dan jatuhkan ke dalam bekas yang berisi
cornflakes ramas tadi, golek-golekkan rata.
Letak dalam paper cup (cawan kertas). Bakar pada suhu 180 C selama 12 - 15 minit/hingga
kuning keemasan. Biarkan sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara.












LASAGNA

BAHAN-BAHAN:
Kulit lasagna ikut suka yg kena rebus dulu or takpayah
Mozarella cheese

SOS DAGING
1 block daging kisar RAMLY (400g)
1 tin cendawan butang potong dadu
1 biji bawang besar potong dadu
5 ulas bawang putih ketuk & cincang
1 sudu besar cili boh ( ini aku tak letak sebab x nak pedas sangat..sesuai untuk anak
makan..)
2 sudu besar tomato pure
1 tin kecik PREGO tomato sos (original)
2 sudu sos cili
1 kuib pati ayam KNORR
sedikit lada hitam & oregano
gula & garam secukupnya

SOS PUTIH
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2 kotak (250ml) susu full cream
1/2 bar cheedar cheese potong dadu / parut if rajin
sedikit lada sulah & garam






CARA-CARA MEMASAK

SOS DAGING
1. Tumis bawang besar & bawang putih sampai naik bau.
2. Masukkan cili boh & tumis sampai kering kemudian masukkan daging.
3. Bila daging empuk masukkan sos PREGO, tomato puree, sos cili, kiub ayam, oregano
& lada hitam.
4. Masak hingga sebati kemudian masukkan cendawan butang.

SOS PUTIH
1. Cairkan butter, then masukkan tepung atas api sederhana.
2. Bila dah sebati tepung & butter masukkan susu & kacau atas api sederhana jugak
sampai pekat. Masukkan garam (jgn byk) dan lada sulah.
3. Masukkan cheese & tutup api.

Cara susun:
1. Letaklah sikit sos daging kat base mangkuk or aluminium foil supaya tak lekat nanti.
Susun lasagna rapat2 kemudian lapis sos daging dan kemudian sos putih.
2. Tabur mozarella cheese byk2.
3. Ulang sampai penuh mangkuk diakhiri taburan cheese di atas sekali.
4. Bakar pada suhu 180-185 darjah celsius selama 45 minit.
5. Tunggu lasagna sejuk sikit supaya senang nak potong.




















BEEF LASAGNA
LASAGNA
Bahan-bahan :
1 kotak instant Lasagna sheet
Shreeded cheese

Sos daging :
400 - 500 gm daging cincang (guna daging cincang Ramly burger je)
1 labu bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (cincang halus)
1 batang carrot (hiris/cincang halus)
2 sudu besar minyak masak
1 botol atau 1 tin sos spagetti(any brand, naz guna kimball or Preggo)
Lada sulah
Garam

Sos putih/sos keju :
2 sudu besar mentega/margarine
2 sudu besar plain flour
2 cawan susu segar
Garam
2 sudu besar shredded cheese

Cara Membuat Sos Daging :
1. Panaskan minyak masak. Masukkan bawang putih, bawang besar dan carrot. Biar hingga
naik bau dan layu.
2. Masukkan daging cincang dan biar hingga perang.
3. Masukkan sos spagetti, lada sulah dan rasakan garamnya. Biar hingga kering sikit tapi
jangan terlalu kering kerana kita memerlukan kelembapan dari sos daging untuk
melembutkan kulit lasagna semasa proses membakar di dalam oven.

Cara Membuat Sos Keju :
1. Di atas api perlahan, masukkan mentega ke dalam periuk. Biarkan cair.
2. Masukkan plain flour dan kacau dengan ballon wisk hingga sebati. Tutup api.
3. Masukkan susu dan gaul hingga sebati. Kemudian letakkan semula periuk di atas api
sederhana dan terus kacau hingga adunan menjadi likat. (Jangan terlalu likat/lama sebab
apabila sos keju telah sejuk, ia akan menjadi lebih likat daripada ketika panas). Tutup api.

Cara Melapis Lasagna :
1. Buat satu lapisan nipis sos daging di dalam loyang.
2. Tuang sos keju ke atas lapisan sos daging tadi.
3. Lapiskan pula dengan instant lasagne sheet menutupi permukaan daging dan sos keju.
4. Buat beberapa lapisan sos daging, sos keju dan lasagne sheet lagi lebih kurang 2-3
lapisan lagI
5. Pada lapisan terakhir selepas lapisan sos keju, taburkan shreeded cheese rata-rata.
7. Bakar di dalam oven sehingga keju kelihatan mencair dan masak. Suhu 180 C selama 35-
40 minit atau hingga keju mencair sepenuhnya.
8. Sejukkan seketika sebelum dipotong dan dihidangkanMakan semasa masih suam lebih
sedap sebenarnya.

NOTA :
Ada jugak orang yang bertanya, kulit lasagna tu tak perlu direbus dulu ke sebelum
digunakan? Naz memang tak pernah merebus kulit lasagna tu sebab dengan
kelembapan dari sos daging dan sos keju yang dibuat, teleh cukup menjadikan kulit
lasagna itu lembut selepas proses membakar.
















PIZZA

PIZZA BASE I :
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis segera mauripan
2 sudu besar susu tepung
160 ml air suam
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar bread softener (pelembut doh)
1 sudu besar olive oil atau marjerin/mentega cair

CARA-CARA :
1. Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan
buih)
2. Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan
gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-
tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang
elastik.
3. Simpan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab.
Rehatkan doh selama 45-50 minit.
4. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan/loyang/pan pizza. Lengserkan
sedikit dengan minyak zaitun.
5. Keluarkan doh dari bekasnya. Tumbuk-tumbukkan sedikit untuk keluarkan angin.
Kemudian letakkan doh di dalam pan dengan hanya menekan dengan telapak
tangan sahaja. Tidak perlu dicanai (tapi kalau nak, boleh juga). Ratakan doh
sehingga padat.
6. Cucuk permukaan doh dengan garpu dan sapukan dengan minyak zaitun di tepi-tepi
doh dengan berus pastri(supaya ia akan kelihatan cantik dan berkilat setelah
masak). Biarkan ia rehat selama lebih kurang 10 minit.
7. Bakar doh selama 7-10 minit. Kemudian keluarkan dari oven.
8. Akhir sekali ratakan dengan sos tomato, mayonis dan bahan-bahan topping yang
lain. Tuangkan sos keju dan taburkan keju parut.
9. Bakar selama 20 minit atau hingga keperangan.

PIZZA BASE II :
2 cawan tepung roti
2 sk yis mauripan
90 ml air suam
70 ml susu segar suam
1 sk garam halus
2 sb gula
1 sb marjerin
1 sb susu tepung

CARA-CARA :
Satukan kesemua bahan(kecuali susu segar dan air) di atas ke dalam satu bekas besar dan
gaulkan rata. Kemudian tuangkan susu segar dan air. Uli sehingga menjadi doh yang
elastik.
Kemudian rehatkan doh(tutup dengan kain lembab) selama 1 jam.
Panaskan oven pada suhu 180C. Sesudah itu, tumbuk-tumbukkan doh tadi dan canaikan
mengikut saiz dulang/pan yang digunakan. Sapukan sedikit minyak zaitun/minyak masak
pada dulang tersebut dan ratakan dengan doh tadi. Cucuk-cucukkan doh dengan garpu.
Bakar selama 5 minit. Keluarkan.

untuk menyusun topping : Sapukan sos tomato dan mayonis di serata doh pizza, diikuti
dengan toppingnya. Kemudian tuangkan sos keju di atasnya dan taburkan dengan keju
parut dan oregano. Bakar selama 20 minit atau sehingga keperangan.












TOPPING/FILLING : (2 LARGE PIZZA)

400 g daging cincang (dicincang/minced)
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
1/2 botol sos spagetti lada hitam (lain-lain pun boleh)
sedikit garam dan gula
3 sudu besar mentega

UNTUK HIASAN :
sedikit oregano kering
cendawan shitake
hirisan nenas
hirisan kapsikum
hirisan bawang besar
keju parut
lain-lain ikut suka




CARA-CARA : Panaskan mentega di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar
sampai perang. Masukkan minced beef/chicken dan kacau rata-rata. Biarkan ia kering
seketika. Kemudian masukkan bahan-bahan selebihnya. Kacau hingga pekat/kering.

UNTUK SOS KEJU :

* 1 1/2 cawan susu segar
* 1 sudu besar mentega
* 1 sudu besar tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
* 100g cream cheese
* sedikit lada sulah
* sedikit gula dan garam

CARA-CARA : Cairkan mentega di dalam periuk/saucepan. Masukkan susu dan krim keju.
Kacau hingga keju hancur. Masukkan bancuhan tepung, lada sulah, gula dan garam. Kacau
lagi hingga pekat.

***Jika tak nak menggunakan sos keju, boleh je skip, ok. Tapi kalau letak, lagilah makan
bertambah-tambah. Enak bangat!!

Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2012/03/resepi-lengkap-pizza-my-
style.html#ixzz20VKcKLXV





















PIZZA
BAHAN DOH
500 grm high protein flour (tepung roti)
1 peket Mauripan
1 tsp bread improver
1 tsp garam
300 grm air sejuk (yg dlm peti es tu)
25 grm olive oil
Oregano 1tsp

CARA MEMBUAT DOH
Putarkan tepung, mauripan, oregano & bread improver, saya guna kenwood mixer. So guna
kelajuan no. 1 dulu.
Masukkan air (yg telah dicampurkan dengan garam) secara sedikit-sedikit , gaul sebati
kedalam adunan tepung tadi sehingga sebati, kira-kira 2 minit (saya guna kelajuan no. 2)
Akhir sekali masukkan olive oil tadi. Biarkan minyak bersatu dengan tepong tadi kira-kira
5-10 minit sampai adunan licin.
Keluarkan doh tadi, bahagikan kpd 2 dan biarkan doh rehat kira-kira 15 minit sehingga
nampak doh dah naik gebu.
Bila dah naik gebu barulah dicanai & taburkan segala topping keatasnya. (sebelum tabur
cocokkan sedikit doh dgn garpu)

BAHAN UTK GRAVY
Dicampurkan sekali, gaul rata dan dimasak atas api hingga pekat
3 tbsp sos tomato
1 tbsp sos cili
3 tbsp puree tomato
1 tbsp corn flour
gula & garam secukup rasa

BAHAN TABUR UTK BEEF PIZZA
400 grm daging/ayam hancur/cincang
3 tbsp sos tomato
3 tbsp sos cili
1/2 tin kecil puree tomato ] kesemua bahan2 ni dicampurkan sekali & diperap 1/2 jam,
barulah di masak sehingga kering
1 tsp serbuk lada sulah
1 tsp oregano
1-2 helai bay leaf
garam & gula secukup rasa

CARA MENABUR GRAVY
Sapukan gravy rata-rata taburkan oregano secubit, daging yang telah dimasak tadi, cili
benggala, tomato, nenas kiub, button mushroom & mozarella cheese.
Panaskan aben 180 celcius, bakar selama 20 minit.















BEST MOIST CHOCOLATE CAKE

Ingredients :

2 cups flour
2 cups sugar
cup cocoa powder
2 teaspoons baking soda
1 teaspoon baking powder
2 large eggs
1 teaspoon salt
1 cup buttermilk
1 cup cooking oil (I used Seri Murni)
1 teaspoons vanilla essence
1 cup boiling water + 3 tablespoons nescafe granules
(You can use 1 Cup of strong coffee instead of the boiling water. Doing so intensifies the
chocolate flavor. If you're making it for children you might want to stick with the boiling
water
Method :

1. Preheat Oven to 300 F/ 150 C (This is not a typo! This is a slow bake chocolate cake
recipe.)
2. Use Crisco Shortening to lightly grease and flour the 9 x 13 inch baking dish. (It's a one
layer chocolate cake!)
3. Place all the ingredients except the cup of boiling water into a mixing bowl.
4. Mix at medium or medium high speed.
5. After about 1 minute add the 1 cup of boiling water. Then continue to mix until all
ingredients are blended and smooth.
6. Pour into greased and floured baking dish.
7. Bake for 1 hour or until a skewer inserted comes out clean. (Cupcakes 22 - 23 min. Be
sure to use cupcake liners.)
8. Remove from the oven and allow to cool before slicing.






















KEK BATIK COKLAT

BAHAN-BAHAN:

* 200gm millo > boleh letak lebih sikit jika suka
* 250gm butter/marjerin-hasue guna marjerin puteri,jadi kek tak mudah lembik
* 3 sudu makan serbuk koko
* 1 tin kecil susu pekat manis > boleh kurangkan sedikit
* biskut meri secukupnya

CARA-CARA
1. Cairkan marjerin dalam kuali atas api yang kecil sekali...
2. Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit dan kacau(guna hand whisk)
sehingga milonya hancur
3. Seterusnya masukkan serbuk koko.... kacau tanpa henti sehingga halus dan tidak
berketul lg....
4. Setelah pekat(membentuk kerak halus),padamkan api.
5. Susun biskut meri di dalam loyang(lapik dengan plastik agar mudah dikeluarkan
setelah sejuk)lapis ngan adunan coklat,susu biskut meri lagi,sendukkan adunan
coklat.Ulang langkah ini selapis demi selapis sehingga habis...
6. Siap...dan biarkan semalaman.... potong dan hidangkan...kalau mahu cepat keras
masukkan dalam peti sejuk dan bila keras potong dan hidangkan...





KARAMEL CHEESE PUDDING

KARAMEL:
3 tbsp gula
2 tbsp air
1 biji kulit lemon di parut

PUDDING:
250g cream cheese
1/2 tin susu pekat
400g susu segar
5 biji kuning telur
1 tsp vanila

CARA2:
1. Masak gula & air dalam loyang hingga keperang-perangan (jangan gaul). Matikan api &
parutkan kulit lemon di atasnya.
2. Pukul cream cheese sampai kembang, masukkan esen vanila, susu pekat & kuning telur.
3. Panaskan susu segar & tuang dlm adunan tadi. Gaul sebati & tuang dalam loyang.
4. Bakar dalam loyang berisi air pada suhu 160 C selama 40-50min hingga tengah pudding
masak.
5. Simpan dalam peti sejuk sebelum di hidang.











BAHAN-BAHAN INTI :-)
2 biji kentang saiz sederhana, kupas dan dadu kecil, rebus hingga empuk dan toskan
1 cawan isi ayam yang dipotong kecil
1 camca besar penuh rempah kari daging
1/2 camca besar rempah kurma
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*ditumbuk lumat)
Garam dan gula secukup rasa
1 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/2 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan

BAHAN DOH PAU :-)
500 gram tepung pau (boleh beli dipasaraya dan kedai2 runcit)
1/2 cawan gula halus
1/4 cawan minyak jagung
1 1/4 cawan air
6 gram instant yeast


CARA MEMBUATNYA :-)
1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, daun
kari, kayu manis, bungalawang, bawang putih + halia hingga harum. Masukkan
rempah kari + rempah kurma, kacau dan tuang air. Masukkan ayam dan kacau.
Tambah kentang, gaul rata. Biar mendidih dengan api kecil.Bila inti pekat, tambah
gara, secukup rasa dan secubit gula. Kacau hingga rata dan kering, masukkan hirisan
daun bawang, gaul rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan.
2. UNTUK DOH :- Satukan gula dengan air, kacau hingga gula larut. Masukkan yeast
dalam tepung, gaul rata. Tuang minyak dan gaul hingga sebati. Tuang bancuhan air +
gula tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga mendapat doh yang tidak melekat
dimangkuk. Keluarkan doh, tabur sedikit tepung dan uli 10 - 15 minit hingga
mendapat doh yang kenyal. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 untuk doh
dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan ON. Selepas 30 minit, boleh
keluarkan doh dari breadmaker.
3. UNTUK PAU GEBU MONTOK TEMBAM :- Keluarkan doh, bagi doh pada beberapa
bahagian yang setiap satu beratnya kurang lebih 65 gram, bulat2kan. Ambil ia
bahagian, leperkan dan isi dengan 1 camca besar inti, tutup kemas dan bulat2kan.
Letak atas kertas pau atau paper cup saiz besar. Buat kaedah sama pada baki
adunan. Biar naik selama 30 - 40 minit. Kukus selama 10 - 15 minit dengan api
besar. Sejukkan sebentar sebelum dihidangkan.













KARAMEL CHEESE KEK

Loyang 6 inc.bulat (sangat sesuai dgn ketebalan puding & kek)

BAHAN GULA HANGUS :
1 sudu besar gula pasir

*Taburkan gula dalam loyang kek, panaskan atas api sederhana, biar mencair &memenuhi
dasar loyang, lenggok2kan loyang bagi rata. (blh juga guna sudu utk meratakan gula
hangus ni ketika ianya masih cair ya)

BAHAN PUDING KARAMEL :
1/2 tin susu cair (200ml)
60 grm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 biji kuning telur

*Kacau semua bahan puding karamel perlahan-lahan hingga sebati, jangan sampai berbuih.
*Tapiskan adunan puding ni ke dalam loyang gula hangus tadi, ketepikan.


BAHAN KEK :
(A)
125 grm cream cheese
25 grm butter
50 ml susu segar (30 ml susu cair + 20 ml air)
3 biji kuning telur
1/2 sudu besar esen vanila / jus lemon
secubit garam
10 grm tepung jagung
30 grm tepung gandum *ayak tpg gandum 2/3 kali

(B)
3 biji putih telur
70 grm gula kastor
1/3 sudu kecil jus lemon / 1/2 sudu teh cream of tartar *optional..Ana skip bhn ni

CARA BUAT KEK :
Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler.
Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td.
Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning
telur, garam & jus lemon/esen vanila & gaul hingga sebati (gaul guna senduk kayu
sj).
Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon/c.o.t, sampai berbuih2
(foamy). (masa ni Ana tak letak c.o.t/jus lemon ya, sekadar putar putih telur semata-
mata)
Lepas tu, tambahkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau
smpai sebati.
Bahagi adunan kek kepada 2 bahagian, 1 bahagian letak pewarna kesukaan, 1
bahagian lagi dibiarkan kosong je.
Sendukkan 3 sdbesar adunan kek bewarna ditepi loyang, letak lagi 3 sdbesar
adunan kosong (ungu-putih-ungu-putih), cara macam ni kena buat cepat2 sebab
dasar kek atas karamel tu akan membuatkan kek cepat merebak memenuhi ruang.
Lapisan ke 2, adunan diletakkan bertompok, sudukan 2 sdb adunan berlainan warna
atas adunan yang dibawahnya (macam gambar). Buat sampai habis.



Bakar kek kira-kira 1 jam 10 minit dengan suhu 160-165'C, dgn cara waterbath,
menggunakan api bawah sahaja selama 1 jam & kemudian api atas bawah untuk 10
minit terakhir *Blh juga guna api atas bawah sepenuhnya.
Suhu & masa yang digunakan bergantung kepada oven masing2
Biarkan kek didalam loyang selama 20 minit-30 minit kemudian sisip tepi loyang
agar semua bahagian puding & kek renggang sepenuhnya, terbalikkan atas papan
kek, tunggu sejuk kemudian bolehla disapu blueberry topping.




TOPPING BLUEBERRY
*Optional..kalau tak letak topping pun kek ni dah secukup rasa sedapnya.
1/2 tsp Gelatin Halal / Serbuk agar2
15 ml Air
75 g Blueberry filling

CARA-CARA :
campurkan gelatin/agar2 dgn air.
Panaskan sebentar & campurkan blueberry.
Sapukan ke atas kek yang dah sejuk & sejukkan sebentar sebelum dihidangkan.

Anda mungkin juga menyukai