Anda di halaman 1dari 12

Resepi Semperit Dahlia Sukatan Cawan

Bahan-Bahan:
1 cawan mentega /butter
1 cawan gula kisar
2 biji kuning telur
2 cawan tepung jagung @ tepung kastad
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
2 sudu teh pewarna kuning ( kalau dah guna tepung kastad tak payah letak)
1 sudu teh esen vanila
hirisan buah ceri merah /hijau untuk hiasan
Cara Membuat Biskut Semperit Dahlia
Putar gula dan mentega.Kemudian campurkan telur dan esen vanilla.
Ayak ketiga-tiga tepung.Campurkan sedikit demi sedikit bahan yang diputar.Uli sampai sebati.
Tambah tepung jagung jika masih lembik
Sapu dulang dengan butter
Masukkan doh dalam acuan semperit dan tekan doh ikut bentuk Bunga Dahlia.
Panaskan oven dengan suhu 150 darjah celcius dalam 30 minit atau lebih hingga masak.
Petua Supaya Bunga Biskut Semperit Tak Rebah
Rehatkan dulu biskut yang sudah diterap dalam setengah jam sebelum masuk ke dalam oven atau
Masukkan doh ke dalam peti ais dalam setengah jam sebelum di terap menggunakan acuan
semperit.
Hanya masukkan kuning telur sahaja dan jangan campurkan putih telur.

Kalau mix atau putar doh jangan sampai overbeat.InsyaAllah berhasil dapat biskut semperit Dahlia
yang cantik.

BISKUT SAMPAN
Bahan-bahan :
Kulit :
250 gram butter
1 cawan gula castor
1 cawan tepung jagung
31/2 cawan tepung gandum
Inti :
125 gram butter
3/4 cawan gula castor
1 biji telur
1 st esen vanilla
1 cawan tepung jagung
1 tin kelapa kering
450 gram buah2an campur
Langkah membuat:
Untuk kulit:
1. Putar butter dan gula hingga kembang
2. Masukkan tepung sedikit2 hingga doh menjadi lembut dan tak melekat dijari.
3. ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan yang telah dilenser menjadi bentuk sampan
4. Masukkan inti ditengah2 sampan dan sapu inti hingga menutupi sampan.

5. Hias dengan ceri merah atau hijau.


6. Susun dalam loyang dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180 C
Untuk inti:
1. Pukul butter, gula dan telur hingga sebati.
2. Masukkan tepung, kelapa dan buah2an ke dalam adunan dan gaul.
3. Uli menjadi doh yang lembut dan melekat dijari.

Resepi Mama Carrey


Bahan-bahan ( 60-75 biji )
2 1/2 cawan mentega/marjerin
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
2/5 cawan gula icing
1/2 sudu teh esen vanila
Utk hiasan
1 biji putih telur
2/5 100gm gula icing
1sudu besar tepung jagung
Cara-cara
Ayak tepung gandum & tepung jagung-ketepikan.
Pukul mentega/marjerin dan gula icing hingga kembang.
Masukkan esen vanila.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut.
Canai doh dan terap dengan acuan berbentuk "heart".
Sapukan HIASAN (sila lihat "HIASAN" di bawah) keatas biskut yg telah diterap. Utk melorek,

gunakan penyunkil gigi.


Bakar pada suhu 150C selama 20-30 min, atau sehingga masak. Gunakan api bawah supaya
hiasan tidak berwarna perang.
***utk HIASAN***
Pukul putih telut hingga gebu.
Masukkan gula & tepung. kacau sebati.
Ambil 1 sudu besar adunan dan titikkan dgn pewarna atau emulco kegemaran anda.
Sapukan putih telur keatas biskut
Lorek kan dgn adunan yg telah dicampur dgn pewarna/emulco.

Bahan-Bahan;
biskut sarang semut sedap rangup
- 1 Buku Buttercup (250g)
- 1 1/4 Cawan Gula Kastor
- 1 Cawan Tepung Naik Sendiri
- 2 1/2 Cawan Tepung Gandum
- 1/2 Cawan Tepung Jagung
- 1 Cawan Tepung Kastard
- 1/2 Sudu Teh Baking Powder

- 1 Sudu Teh Esen Vanilla


- 1 Biji Telur
- Chocolate Rice
Cara-Cara;
biskut sarang semut sedap rangup
1. Pukul buttercup dan gula kastor hingga agak kembang sedikit.
2. Masukkan telur dan esen vanilla kemudian pukul lagi hingga kembang dan sebati.
3. Masukkan semua jenis tepung dan baking powder. Pukul lagi hingga sebati. Pukul dengan
perlahan. Tinggalkan sedikit tepung gandum untuk masukkan last sekali sambil uli dengan tangan,
supaya kita boleh kurangkan bila adunan dah jadi doh.
4. Pastikan ianya menjadi doh bila kita genggam, kalau lembik, masukkan lagi tepung gandum
sedikit demi sedikit dan uli lagi sehingga jadi doh yang tidak melekat ditangan.
5. Sagat doh menggunakan sagat timun. Sagat sikit-sikit supaya tak tertekan dan melekat.
6. Masukkan kedalam cup dan taburkan choclate rice diatasnya.
7. Susunkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 selama 10-15 minit.

BISKUT DANISH BUTTER


Bahan-Bahan:2 cawan gula (mklang guna 1 cwn)
1 cawan butter
3 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
Vanilla
2 biji merah telur

Bahan Icing:2 kati kacang tanah sangai & tumbuk (mklang beli readymade aje)
2 bungkus gula icing
4 camb serbuk koko
Air panas
*(Nota : bg sesiapa yg rajin nak buat icing ni silalah tapi maklang buat ringkas aje dengan
mencairkan cooking choc + shortening, celup biskut dlm coklat dan golek ngan kcg tumbuk) - akak
pun wat style Maklang jek..hehe
Cara-Cara:Adunkan butter + gula hingga berkrim
Masukkan telur kemudian kacau hingga sebati
Masukkan esen vanilla dan kacau sebati
Ayak semua tepung, masukkan sedikit-sedikt uli hingga menjadi lembut.
Gentel bulat sebesar hujung jari manis je , sbb nanti ia mengembang.. bakar dan sejukkan. (*ummi
bakar pd suhu 180C selama 15 - 18 minit - hingga nmpak nak garing sikit, baru rangup! Itupn,
bergantung jgk pd oven masing2 ya..)

TART NENAS GULUNG


Sumber: Rahel
Bahan Untuk Kulit Tart:( Dapat 180 Biji tart)
1 kg tepung gandum
625g mentega (2 1/2 buku mentega)
4 kuning telur
1 putih telur
1/2 sudu teh garam halus

15g gula halus


1 sudu teh esen vanilla
Bahan Untuk Jem Nenas
Sumber :Jintan Manis
2 biji nenas
3/4 cawan gula pasir
sedikit pewarna kuning
cara Menyediakan Jem Nenas :
Buat Jem nenas dahulu, blender nenas dengan secawan air, curahkan dalam kuali bersama gula
dan sedikit pewarna kuning, kacau selalu dan biarkan betul-betul pekat dan jus nenas nye agak
kering. sejukkan terlebih dahulu.
Sapuan:
1 kuning telur + pewarna kuning + 1/2 sk air-kacau sebati
Cara membuat:
Campurkan kuning telur,putih telur,garam,esen vanilla dan pewarna kuning dalam mangkuk
kecil.Pukul sedikit.
Dalam mangkuk besar,gaulkan mentega,gula dan tepung hingga menjadi serbuk roti.
Kemudian masukkan campuran telur tadi.Gaul sebati.Masukkan dalam acuan tat gulung kemudian
picit
dan letakkan jem.Kemudian gulung.
Sapu atasnya dengan bahan sapuan kemudian bakar pada suhu 160'C selama 20 minit atau
sehingga masak.(suhu dan masak bergantung pada jenis oven)
Jika adunan keras yakni gulungan putus-putus bolehlah tambah
sedikit lagi marjerin/mentega
sehingga mendapat adunan yang betul-betul lembut.

BISKUT LIDAH KUCING PELANGI


2 cawan butter - aku guna brand planta
2 cawan gula kastor
4 cawan tepung gandum - cap cempaka murah,haha
1 cawan tepung jagung
1 sudu kecil emplex - Benda ni kat kedai kek berlambak bertujuan nak bagi biskut tu ranggup
3 biji putih telur - Tapi nak guna 4 biji telur pun boleh.
Cara-caranya:1. Ayak tepung gandum,tepung jagung dan emplex bersama. Ketepikan.
2. Pukul gula kastor dan mentega menggunakan mixer. Pukul sampai rupanya seperti krim.
3. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit.
4. Masukkan tepung yang diayak tadi ke dalam adunan yang korang putar. Aku guna mixer
wei,haha. Tapi bila search google,ramai yang guna teknik kaup balik menggunakan spatula. haha.
Suka hati aku je,wakakaka.
5. Nak senangkan kerja aku, aku ambil sedikit adunan tadi kemudian letak pewarna yang paling
cerah seterusnya aku guna paling pekat sedikit dan pekat. Actually,aku guna teknik ni sebab aku
malas nak guna bekas banyak-banyak. kahkahkahkah...Warna tu bergantung pada uols,aku guna 4
warna je.
6. Masukkan adunan yang telah diletakkan pewarna dalam piping dan gunting hujung piping tu.
7. Selamat bermain dengan warna uolsss, Good Luck !

Resepi
Biskut Almond
London Sukatan Cawan Ala Chef Wan
Bahan-bahan ( anggaran 140 biji )
250 gm mentega
9 oz / 2 1/2 cawan tepung gandum
1 oz / 1/2 cawan nestum ( di kisar halus )
3 oz / 1 cawan tepung jagung
4 oz / 1 cawan gula aising
1 biji kuning telor
Badam biji di panggang secukupnya
Badam cincang untuk hiasan
Coklat masakan secukupnya
Mangkuk kertas/ paper cup warna hitam yang paling sesuai
Sedikit minyak jagung
Cara-cara Penyediaan

Pukul mentega bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi
sehingga rata.
Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut
dan tak melekat di tangan.
Ambik sedikit doh, isi badam dan bentukan bujur atau bulat mengikut citarasa sendiri.
Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit atau sehingga masak dan sejukkan.
Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung anggaran 2 sudu makan untuk mengilatkan
coklat itu. Kaedah double boiler boleh digunakan.
Apabila coklat sudah cair sepenuhnya, celupkan biskut sebiji biji.

Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang di atasnya.


Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara.

Anda mungkin juga menyukai