Anda di halaman 1dari 17

Disediakan oleh :

Hanani Ismail
EBOOK MUDAHNYA MEROTI : TIPS DAN RESEPI MUDAH ROTI

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

4 RESEPI DI DALAM MUDAHNYA MEROTI MERUPAKAN HIMPUNAN RESEPI-


RESEPI ROTI YANG DIPEROLEHI MELALUI PERKONGSIAN UMUM DAN TELAH
MENDAPAT IZIN SECARA LISAN UNTUK DIEDARKAN KEPADA UMUM. SETIAP
RESEPI TELAH DIOLAH SEMULA OLEH PENULIS MENGIKUT KESESUAIAN
RESEPI.

ANDA BOLEH MENGIKUTI PERKEMBANGAN KAMI MELALUI :

FB : Mysteetpizza Kitchen @ Hanani Ismail


PAGE : Mystreet Pizza Kitchen
Telefon : 012-224 5054
Khidmat : Kelas roti hand ons & online (PJJ)

E-BOOK INI ADALAH SEBAGAI PANDUAN ASAS UNTUK ANDA YANG SUKA DAN
BERMINAT MEMBUAT ROTI MENGGUNAKAN TEKNIK ASAS DAN MUDAH.
DIHARAPKAN DENGAN SEDIKIT PERKONGSIAN DAPAT MEMBERI MANFAAT
KEPADA SESIAPA YANG MEMBACANYA.

TERIMA KASIH.

Disediakan oleh |Hanani Ismail @ 012-224 5054 1


EBOOK MUDAHNYA MEROTI : TIPS DAN RESEPI MUDAH ROTI

ISI KANDUNGAN

RESEPI 1 : MEXICAN BUN

Resepi : Mocha Buttermilk (filling)


Resepi : Mexican bun (topping)

RESEPI 2 : ROTI OAT DAN KISMIS

RESEPI 3 : ROTI KENTANG

Resepi : Kastad (filling/topping)

RESEPI 4 : ROTI COKLAT KURMA

TIPS MEROTI

ANDA TANYA SAYA JAWAB (Q&A)

Disediakan oleh |Hanani Ismail @ 012-224 5054 2


EBOOK MUDAHNYA MEROTI : TIPS DAN RESEPI MUDAH ROTI

RESEPI 1 : MEXICAN BUN

1000 gm tepung high protein


12 gm yis
15 gm garam
120 gm gula
100 gm marjerin

* 50 gm susu pekat
* 200 gm ais kiub
* 250 gm air sejuk

Yang bertanda * perlu timbang dan campurkan sekali dalam satu bekas

Cara-cara :

1) Masukkan tepung high protein, garam, gula dan yis ke dalam bowl.

2) Masukkan pula campuran bahan basah yang bertanda * seperti susu pekat, ais
kiub dan air ke dalam bowl tadi.

3) Mula-mula guna speed yang paling perlahan untuk uli dengan sebati sahaja.
Kemudian masukkan marjerin.

4) Kemudian tukar kepada speed sederhana sehingga doh elastik dalam 20-25 minit.

5) Keluarkan doh dari bowl dan mula menimbang berapa gram yang di perlukan.
Cadangan beat 50 gm untuk sebiji bun.

6) Masukkan inti mocha buttermilk di dalam doh dan rounding doh dengan
sempurna.

7) Perap sehingga adunan 2 kali ganda dalam anggaran 40 minit (bergantung


kepada keadaan cuaca di tempat masing-masing).

8) Sebelum bakar, pipekan topping ke atas bun. Pastikan sekata untuk mendapatkan
hasil bun yang cantik.

8) Bakar suhu 170°C atas bawah bagi oven industri selama 20-25 minit (Suhu oven
perlu mengikut oven masing-masing).

9) Roti perlu di sejukkan di atas redai sebelum di bungkus.

Disediakan oleh |Hanani Ismail @ 012-224 5054 3


EBOOK MUDAHNYA MEROTI : TIPS DAN RESEPI MUDAH ROTI

Panduan (bergambar)

Disediakan oleh |Hanani Ismail @ 012-224 5054 4


EBOOK MUDAHNYA MEROTI : TIPS DAN RESEPI MUDAH ROTI

Mocha Buttermilk (filling)

100 gm mentega tanpa gaam (cairkan suhu bilik)


30 ml susu pekat
70 gm gula aising
Sedikit garam
2 biji telur kuning
1 sudu teh cappucino / coffee emulco
120 gm susu tepung (di ayak)

Cara-cara :

1) Pukul mentega, susu pekat, gula aising dan telur kuning dalam satu bekas.

2) Masukkan cappucino/ coffee emulco.

3) Apabila semua bahan-bahan sebati, masukkan tepung susu dan kacau sebati.

Mexican bun (topping)

50 gm butter @ marjerin
40 gm gula aising
1 biji telur
50 gm tepung gandum
1 ½ sudu teh coffee emulco / nescafe

Kacau bahan-bahan higga sebati dan


masukkan dalam piping bag.

* Adunan boleh menghasilkan 13-15 biji bun.

TIPS:

1) Untuk doh roti manis : Boleh terus timbang dan bulatkan. Selepas itu, boleh
terus masukkan ke dalam loyang.

2) Untuk bun : Timbang berapa gram yang diperlukan. Perap selama 15 minit untuk
mengelakkan doh mengecut semasa proses mencanai. Selepas perap 15 minit,
barulah canai dan membentuk roti yang disukai.

Disediakan oleh |Hanani Ismail @ 012-224 5054 5


EBOOK MUDAHNYA MEROTI : TIPS DAN RESEPI MUDAH ROTI

RESEPI 2 : ROTI OAT DAN KISMIS


Bahan A
480 gm high protein / tepung roti
120 gm tepung gandum
80 gm gula kastor / halus
8 gm yis
6 gm garam
20 gm oat
20 gm kismis

Bahan B
1 biji telur sejuk
220 gm air berais

Bahan C
50 gm butter/ marjerin
50 gm shortening

Cara-cara :

1) Masukkan bahan A ke dalam bread maker @ mixer.

2) Tambahkan bahan B dan mix sebati dan menjadi doh.

3) Masukkan bahan C dan mix lagi hingga doh elastik.

4) Keluarkan doh rehatkan selama 15 minit.

5) Selepas 15 minit, timbang doh sebanyak 50 gm. 4 biji doh untuk setiap bekas.

6) Leperkan doh dan gulung sebelum dimasukkan ke dalam bekas. Rujuk panduan
seperti dalam gambar.

7) Rrehatkan doh sehingga doh naik 2 kali ganda atau kembang. Hias dengan bijan
hitam dan putih @ oat sebelum dibakar.

8) Bakar pada suhu 180°C selama 20 minit (mengikut oven masing-masing)

Disediakan oleh |Hanani Ismail @ 012-224 5054 6


EBOOK MUDAHNYA MEROTI : TIPS DAN RESEPI MUDAH ROTI

Panduan (step by step)

Disediakan oleh |Hanani Ismail @ 012-224 5054 7


EBOOK MUDAHNYA MEROTI : TIPS DAN RESEPI MUDAH ROTI

Roti yang dihasilkan

Disediakan oleh |Hanani Ismail @ 012-224 5054 8


EBOOK MUDAHNYA MEROTI : TIPS DAN RESEPI MUDAH ROTI

RESEPI 3 : ROTI KENTANG

1 kg tepung roti

+ bahan-bahan di bawah

50 gm potato flakes @ 2 biji kentang yang dah di rebus dan di lenyek halus
20 gm susu pekat manis
80 gm gula
12 gm yis
8 gm gaam
1 biji telur
6 gm bread improver *optional
80 gm marjerin

Sukatan air sejuk 400 gram -+ (tengok keadaan, jangan letak sekaligus)

Cara-cara :

1) Campur bahan-bahan dan mix sehingga sebati.

2) Timbang 25 gram dan bulatkan.

3) Sapu tray dengan shortening @ minyak sayuran.

4) susun doh 4 biji x 6 biji dalam loyang(bergantung pada loyang masing-masing).

5) Pastikan doh kembang sempurna.

6) Pipe bancuhan kastad di atas doh yang telah kembang.

7) Bakar guna suhu oven 170°c api atas bawah.

8) Pembakaran 20-24 minit (ikut oven masing-masing).

Disediakan oleh |Hanani Ismail @ 012-224 5054 9


EBOOK MUDAHNYA MEROTI : TIPS DAN RESEPI MUDAH ROTI

Kastad (filling/topping)

* 2 sudu besar gula


* 2 sudu besar tepung kastad
* 3/4 cawan susu segar

1 sudu teh esen vanila


2 sudu besa butter

Cara-cara :

1) Masak semua bahan-bahan ( * ) hingga pekat.

2) Sentiasa kacau untuk elak bahan-bahan berketul.

3) Bila pekat, tutup api dapur. Tambah 1 sudu teh esen vanila dan 2 sudu besar
butter dan kacau sebati.

Panduan (bergambar)

Disediakan oleh |Hanani Ismail @ 012-224 5054 10


EBOOK MUDAHNYA MEROTI : TIPS DAN RESEPI MUDAH ROTI

Roti yang dihasilkan

Disediakan oleh |Hanani Ismail @ 012-224 5054 11


EBOOK MUDAHNYA MEROTI : TIPS DAN RESEPI MUDAH ROTI

RESEPI 4 : ROTI COKLAT KURMA

280 gm tepung high protein


50 gm gula pasir
4 gm garam
5 gm yis
20 gm susu tepung
1 sudu teh coffee emulco
5 gm chocolate powder
50 gm kurma (buang biji dan potong halus)
50 ais kiub
100 air sejuk
30 gm marjerin

Sedikit chocolate filling untuk inti


Sapuan atas roti - marjerin (selepas roti masak)

Cara-cara :

1) Masukkan bahan kering - garam, tepung, gula pasir, susu tepung, marjerin, kurma
mengikut turutan.

2) Masukkan bahan basah - coffee emulco, ais kiub dan air sejuk mengikut turutan.

3) Mix hingga elastik.

4) Selepas mix timbangkan doh 25 gram dan letakkan chocolate filling di atas doh.
Kelipkan doh rapat agar chocolate filling tidak terkeluar apabila masak.

5) Masukkan ke dalam loyang bulat sebanyak 10 biji.

6) Perapkan doh sehingga naik 2 kali ganda.

7) Masukkan doh yang siap di perap ke dalam oven yang telah di panaskan terlebih
dahulu. Suhu 170°c atas bawah selama 20-25 minit atau sehingga masak (suhu
oven kena ikut suhu masing-masing).

8) Apabila sudah masak, terus keluarkan dari loyang untuk mengelakkan roti
mengecut.

9) Sapu mentega sementara roti masih lagi panas untuk mengilatkan roti.

10) Sedia di hidangkan.

# Bagi yang menggunakan bread maker, bahan basah perlu di letak di bawah
dan bahan kering perlu letak di atas. Guna sepenuhnya air sejuk 150 gram. Tak
perlu letak ais kiub.
Disediakan oleh |Hanani Ismail @ 012-224 5054 12
EBOOK MUDAHNYA MEROTI : TIPS DAN RESEPI MUDAH ROTI

Panduan (bergambar)

Disediakan oleh |Hanani Ismail @ 012-224 5054 13


EBOOK MUDAHNYA MEROTI : TIPS DAN RESEPI MUDAH ROTI

TIPS MEROTI

1) Masa menguli.

~ Masa menguli menggunakan mixer hanya untuk 25-35 minit. Agak doh tersebut
licin, berkilat dan elastik.

2) Doh terlebih perap.

~ Kena kenalpasti doh yang di gunakan berapa gram dan boleh perap setinggi mana
pada loyang.

~ Doh yang terlebih perap juga akan menyebabkan doh jatuh.

3) Buka tutup oven.

~ Buat roti jenis ini. Seeloknya selagi tidak cukup 15 minit, tak perlulah buka pintu
oven.

~ Bila dah 15 minit. Bukalah pintu oven untuk lihat roti atau untuk pusingkan tray roti
untuk memastikan roti masak sekata.

3) Suhu

~ Kebiasaan suhu yang di gunakan adalah suhu yang tinggi iaitu 170 - 180°C ++
untuk suhu atas dan bawah. Selama 20 minit atau lebih. (kenali betul-betul oven
anda)

4) Masa pembakaran

~ Boleh guna suhu 170 - 180°C dengan masa 20-25 minit. Roti yang masak
sempurna berwarna kuning keperangan dan mempunyai ketahanan lebih lama.

~ Jika roti kita masak tidak perang. Roti hanya akan bertahan 3 hari sahaja.

5) Selesai pembakaran

~ Selesai sahaja roti di masak. Terus keluarkan dengan SEGERA dari oven. Sapu
dengan planta untuk memberi warna yang cantik pada permukaan roti.

~ Biarkan selama 30 minit - 1 jam sebelum packing. Kadang roti sejuk di luar tapi
masih suam di bahagian dalam.

Disediakan oleh |Hanani Ismail @ 012-224 5054 14


EBOOK MUDAHNYA MEROTI : TIPS DAN RESEPI MUDAH ROTI

ANDA TANYA SAYA JAWAB (Q&A)

1) Boleh tak guna tepung gandum?

Jawapan : Boleh guna. Tapi hari ke 4 dah mula berderai jika guna tepung gandum
sepenuhnya. Melainkan pelanggan beli dan terus makan. Bolehlah guna.

Kalau nak campur, nisbah : 800 gm tepung gandum campur 200 gm tepung high
protein atau 700/200 terpulang pada cara kita olah bahan-bahan resepi yang kita
ada.

2) Apa beza roti guna tepung gandum dan tepung roti?

Jawapan :

Tepung gandum : Tekstur roti yang dihasilkan agak kasar dan kering. Roti yang
dihasilkan menggunakan tepung gandum biasanya sesuai untuk jualan roti harian –
buat hari ni, jual hari ni, hari ni jugak habis roti. Esok buat dan jual roti baru.

Kandungan protein dalam tepung gandum agak rendah, sebab tu tekstur jadi agak
kasar dan ketahanan roti tak kekal gebu untuk tempoh lama. Tapi roti baru yang
dihasilkan tetap sedap dan gebu. Seperti kata kawan, ia mengingatkan pada roti
zaman 90an dan zaman dulu-dulu.

Tepung roti : Tekstur roti sangat halus, dan hasilkan roti yang lembut dan gebu. Jika
kena olahan resepi dan teknik yang betul, sampai berkulatpun roti lembut lagi. Ini
kerana kandungan protein dalam tepung roti sangat tinggi.

3) Yis jenama apa nak pakai?

Jawapan : Pakailah yis jenama apapun boleh. Cuma elakkan mauripan kerana hari
ke 4 dah mula bau kurang enak. Yis yang biasa digunakan ialah jenama saf @ white
rose kerana roti tidak berbau.

4) Guna garam kasar atau garam halus?

Jawapan : Garam halus.

5) Gula?

Jawapan : Gula biasa yang biasa guna tu aje. Masukkan terus dalam bowl. Tak
perlu nak kisar gula bagi halus. Nanti bila campur dengan semua bahan-bahan dan
putar roti, gula akan hancur dengan sendiri.

Disediakan oleh |Hanani Ismail @ 012-224 5054 15


EBOOK MUDAHNYA MEROTI : TIPS DAN RESEPI MUDAH ROTI

6) Gula castor boleh tak?

Jawapan : Kos tinggi. Guna gula biasa pun dah cukup.

7) Pakai marjerin apa?

Jawapan : Pakailah marjerin apapun boleh. Contoh : cap pelangi, mariana, butter
pun boleh. Tapi kos tinggi.

8) Susu pekat manis jenama apa pakai?

Jawapan : Apa-apa pun boleh. Yang murah tak apa.

9) Ais kiub tu nak tunggu cair dulu, baru masukkan susu pekat dan air ke?

Jawapan : Tak perlu tunggu cair. Ais kiub yang ketul kecik tu memang diperlukan
untuk membuatkan doh dalam bowl sejuk.

Doh yang bagus adalah doh yang apabila di keluarkan dari bowl adalah sejuk. Jika
doh panas bermakna, yis dah mula naik dalam bowl. Sebab tu struktur roti kita
berongga.

Bila kita masukkan ais kiub dalam bowl, doh akan sejuk. Tak sempat yis nak naik.
Jadi sempatlah kita nak bulatkan dan bentuk doh.

10) Nak pakai air apa?

Jawapan : Pakai air bertapis lagi bagus. Sebab jangkahayat sesuatu produk lebih
dari sehari.

11) Berapa lama masa putar doh dan suhu yang diambil untuk doh naik dan
kembang?

Jawapan : Tempoh putar dan doh mengembang sangat mempengaruhi hasil roti.
Jika terlebih putar, doh akan panas dan kelihatan mencair. Jadi doh mengembang
sebelum masanya menyebabkan kita susah nak bentuk dengan sempurna.

Suhu doh naik juga mempengaruhi tekstur roti yang dihasilkan. Jika terlebih proofing,
doh akan jatuh balik dan hasil roti tidak cantik

Masa putar bun : 10 minit 10 kg

Masa putar loaf : 6 minit 10 kg

Poofer (untuk kembang doh) : Suhu 38 oC, Humidity (kelembapan) 80oC.

Disediakan oleh |Hanani Ismail @ 012-224 5054 16

Anda mungkin juga menyukai