Anda di halaman 1dari 11

Resepi ini adalah hak milik DDK, anda di larang mencetak atau mengedar kembali samada

melalui media cetak atau media social tanpa izin pemilik

PJJ SOFT DOUGHNUT MONSTER GEBU

Dari Dapur Kaksu (DDK) by Suhasnida Ismail


TERIMA KASIH
Terima kasih kerana sudi membeli Ebook Module Soft Doughnut Monster Gebu.

Module ini adalah cetusan idea dari DDK yang mana minat mendalam dalam pembuatan
donat gebu,lembut dan tidak muak di makan.
Resepi dan teknik serta tips yang di kongsikan adalah hasil pemerhatian,pembacaan dan
eksperimen berkali-kali melalui idea sendiri dalam menghasilkan donat yang selembut kapas
beserta gabungan topping dan filling pelbagai rasa.

Pihak DDK mengharapkan semoga perkongsian melalui ebook ini dapat memeriahkan lagi
menu donat anda serta mempelbagaikan idea untuk santapan keluarga mahupun sebagai
satu perniagaan. Yang baik itu semua dari Allah,dan yang buruk itu adalah kelemahan saya
sendiri.

RESEPI ASAS SOFT DOUGHNUT


Bahan (A)
500gm tepung high protein
65gm gula
8gm yis
7gm garam
5gm GR Superbake
3gm double action baking powder

Bahan (B)

2biji kuning telur


220ml +- air sejuk (cold water)

Bahan (C)
30gm mentega/marjerin
30gm shortening

Cara-Cara:
Masukkan bahan A dan putar rata,pastikan ketika masukkan bahan A ke dalam bowl,yis
dan garam tidak bercampur.Kemudian masukkan bahan B dan putar perlahan
menggunakan speed no 1,harus di ingatkan dimana cold water perlu di masukkan sedikit
demi sedikit sehingga membentuk doh yang kasar.Kemudian bolehla masukkan bahan C
dan uli sehingga licin dan elastic.Maksud elastic adalah doh tersebut boleh ditarik dan
apabila di regangkan ia menjadi nipis dan tidak koyak.

Step seterusnya timbang doh 40-45gm (size biasa) atau 50-70gm(size besar).Selepas itu
boleh lah bulatkan (rounding) sehingga licin.Ketika step rounding ni kena buat betul-betul
kerana kalau kita rounding tak kemas dan licin,donat akan jadi tak cantik bila di goring
nanti.
Step seterusnya,susun dalam bekas dan jarakkan untuk proses pengembangan yang
mengambil masa lebih kurang 30-45 minit bergantung kepada cuaca area masing-masing.
Rehatkan donat tersebut untuk proses kembang sebelum di goreng.Sementara menunggu
donat kembang sempurna,bolehla panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana.

Kemudian boleh la goreng donat yang dah kembang sempurna dalam minyak
panas,gunakan api kecil ketika menggoreng

Proses menggoreng donat ni kena teliti untuk dapatkan “ring putih” yang mana jika
Berjaya tu maknanya donat tuan puan menjadi dengan jayanya

Seeloknya guna chopstick untuk proses menggoreng donat tersebut. Tuan Puan hanya
perlu balik donat tersebut hanya 2x sahaja,lebih kurang 1-2minit tu donat dah mula
perang dan boleh balik untuk yang sebelahnya pula.Harap jelas penerangan yang saya
berikan.
RESEPI DONAT MONSTER PREMIUM
Bahan A
500gm Tepung high protein
45gm gula
6gm yis jenama saf instant
5gm garam
30gm milk powder flavour
20gm Egg Yolk Powder @ 4biji kuning telur
5gm GR superbake
3gm double action baking powder

Bahan B
75ml whipping cream/susu cair
180ml cold water
5-6 titik butter compound
5-6 titik vanilla compound/1 tsp vanilla powder

Bahan C
25gm mentega/marjerin
20gm shortening

Cara-cara
Masukkan bahan A dan putar rata,kemudian masukkan bahan B sedikit demi sedikit dan
putar rata sehingga membentuk doh yang kasar.Masukkan bahan C dan putar sehingga licin
dan elastic.Step seterusnya sama seperti penerangan resepi donat asas.
RESEPI BONUS 1
RESEPI DONAT KENTANG GEBU

Bahan A
500gm tepung high protein
65gm gula
8gm yis
7gm garam
30gm potato flakes
5gm GR Superbake
3gm double action baking powder
30gm milk powder

Bahan B
2biji kuning telur
75ml susu segar
200ml air sejuk

Bahan C
30gm shortening
30gm mentega/marjerin

Cara-cara
Masukkan bahan A dan putar rata,kemudian masukkan bahan B sedikit demi sedikit dan
putar rata sehingga membentuk doh yang kasar.Masukkan bahan C dan putar sehingga licin
dan elastic.Step seterusnya sama seperti penerangan resepi donat asas.
RESEPI BONUS 2
RESEPI DONAT PANDAN
Bahan A
400gm tepung high protein
100gm low flour /multipurpose flour
65gm gula
8gm yis
7gm garam
5gm GR Superbake
3gm double action baking powder
30gm milk powder

Bahan B
1biji kuning telur
75ml susu cair
140ml +-air pandan sejuk (letak dalam peti ais dulu)
1teaspoon pandan paste (optional)
2-3 titik pewarna apple green (optional)

Bahan C
30gm shortening
30gm mentega/marjerin

Cara-cara
Masukkan bahan A dan putar rata,kemudian masukkan bahan B sedikit demi sedikit dan
putar rata sehingga membentuk doh yang kasar.Masukkan bahan C dan putar sehingga licin
dan elastic.Step seterusnya sama seperti penerangan resepi donat asas.
TEKNIK MEMBENTUK DONAT
MONSTER TANPA ACUAN

1- Rupa doh yang licin dan elastic,doh akan berkilat dan apabila diregangkan nipis ia
tidak akan koyak
2- Timbang doh 40-45gm (size biasa) atau 50-60gm (size besar),kemudian bulatkan doh
serta biarkan sekejap sebelum di canaikan
3- Canai doh membulat dan tebuk lubang biar betul-betul center
4- Susun doh tadi biarkan kembang sempurna sebelum di goreng
TEKNIK MENGEMBANGKAN DONAT
MONSTER

1- Kembangkan doh donat dalam 30-45 minit bergantung pada keadaan suhu masing-
masing
2- Susun dalam bekas plastic untuk elak melekat,walaupun kita tak tabor tepung ia
takkan melekat semasa proses mengangkat donat untuk di goreng.
TEKNIK MENGGORENG DONAT
MONSTER

1- Masukkan minyak dalam kuali,tak kisah kuali jenis leper atau jenis yang dalam.
Pastikan minyak banyak yea
2- Panaskan minyak dengan api sederhana,biar betul-betul panas
3- Untuk test samada minyak dah panas,boleh cuba masukkan cebisan donat kecil,jika
Nampak buih-buih kecil tu,maknanya minyak tu dah panas.
4- Kawal api jangan terlalu kecil atau besar,sedang-sedang sahaja
5- Semasa menggoreng,pastikkan jangan usik donat tu berkali-kali,Maknanya jangan
balikkan donat tu banyak kali.Cukup hanya 2x sahaja.Inshaallah akan dapat “ring
putih” di tengah.Itu tanda kejayaan bagi pembuat donat
SENARAI BAHAN YANG DI GUNAKAN
1- VANILLA COMPOUND
2- BUTTER COMPOUND
3- GR SUPERBAKE
4- YIS SAF INSTANT
5- MARJERIN PELANGI
6- SUSU CAIR
7- DOUBLE ACTION BAKING POWDER
8- POTATO FLAKES
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai