Anda di halaman 1dari 2

Kuih Talam Pandan

Bahan-bahan diperlukan:

 *Lapisan Bawah - Hijau:


 1 1/2 cawan gula
 2 1/4 cawan tepung beras
 1/3 cawan tepung gandum
 5 1/2 cawan air pandan (10 helai daun pandan)
 1 1/2 sudu air kapur

 **Lapisan Atas - Putih:
 1/3 cawan tepung beras
 3 cawan santan
 4 sudu tepung jagung
 1 sudu teh garam

Cara menyediakan dan memasak:

1. Campurkan semua bahan *. Kacau hingga tidak bergentel. Masak


sekejap dengan api sederhana, kacau. Cukup sampai naik wap dan
gula hancur.
2. Isikan dalam acuan yang disapu minyak. Kukus hingga masak (15-20
minit) bergantung kepada saiz bekas.
3. Campur semua bahan **. Kacau. Masak sekejap dengan api
sederhana hingga naik wap.
4. Tuangkan atas lapisan hijau, dan kukus lagi hingga masak.
5. Pastikan penutup kukusan dibungkus dengan kain, untuk
menghasilkan permukaan yang cantik & rata.
6. Biar betul-betul sejuk baru potong.
KUIH TALAM PANDAN

Lapisan hijau:

1 cawan tepung beras


Secubit kapur dibancuh dengan 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
2 cawan santan cair
1/2 cawan air daun pandan(5 daun pandan)
2 titis pewarna hijau

Lapisan putih:

1/2 cawan tepung beras


2 1/2 cawan santan pekat
1/2 sudu teh garam

Cara2

1. Campur semua bahan lapisan hijau dalam periuk & kacau atas api hingga
nampak sedikit pekat.Sudukan separuh penuh dalam cawan-cawan kecil
yang sudah dipanaskan dalam pengukus.

* Jika dibuat dalam loyang..Setelah adunan dimasukkan dalam loyang


,masukkan dalam pengukus.
Jangan tutup pengukus..Kacau dahulu adunan dalam loyang hingga
nampak pekat baru ditutup pengukusnya..
- Tujuannya supaya tepung dan cecair akan bercampur sama rata &
mengelakkan tepung mendap kebawah semasa proses kukus..Jika tepung
mendap..kuih akan keras didasarnya & lembil diatasnya

2. Sementara mengukus lapisan hijau,campurkan semua bahan lapisan


putih hingga sedikit pekat
3. Setelah lapisan hijau beku,sudukan pula lapisan putih & kukus lagi
hingga masak.Lebih kurang 15 minit..
Sejukkan sebelum dicungkil keluar daripada acuannya.

Anda mungkin juga menyukai