Anda di halaman 1dari 3

Program Hari Sukan Negara, 2015

1 0

O k t o b e r

2 0 1 5

LAPORAN
PROGRAM HARI SUKAN NEGARA, 2015
Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan
sebagai satu langkah proaktif dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan
Malaysia sebagai sebuah Negara Bersukan (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan
Negara dijadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.
Sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk
memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan
Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air .
Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan
berganding bahu bagi menganjurkan program dan aktiviti sukan, serta kecergasan pada hari
berkenaan. Hari Sukan Negara ini adalah penting dalam usaha kerajaan untuk menggalakkan
rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat
Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding
dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan
aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dalam kalangan
rakyat Malaysia. SK(P) Methodist 1 turut terlibat menjayakan Program Hari Sukan Negara.
Maklumat Program yang telah dijalankan
1. Tarikh

10 Oktober 2015

2. Hari

Sabtu

3. Masa

8.00 pagi hingga 10.30 pagi

4. Tempat

Dewan Bickley dan Padang , SK(P) Methodist 1

5. Instruktur
Senamrobik
:

: Pn Hariani bt Abdul Wahab

6. Kumpulan Sasaran

A) 126 orang murid Tahap 2


Tahun 4H - 23 orang
Tahun 4K - 23 orang
Tahun 5H -19 orang
Tahun 5K - 21 orang
Tahun 6H - 20 orang
Tahun 6K - 20 orang
B) 32 orang guru, staf dan pekerja sekolah
C) Murid, guru MGS2 dan JKKK
1

Program Hari Sukan Negara, 2015


1 0

7. Kehadiran

O k t o b e r

2 0 1 5

A) 72 orang murid
B) 25 orang guru, staf dan pekerja sekolah
C) 45 orang guru, murid (MGS2) dan JKKK

8. Modus Operandi

Program dijalankan secara kolaboratif dengan SK(P) Methodist 2


dan JKKK.

Berpusat di SK(P) Methodist 1


Aktiviti yang dijalankan ialah :
Senamrobik
Sukaneka
Atur Cara
7.30 am

Pendaftaran

8.00 am

Senamrobik Hari Sukan Negara

9.00 am

Rehat

9.30 am

Sukaneka
Tahun 4 : Acara Bola Lantun
Tahun 5 : Acara Tarik Tali
Tahun 6 : Permainan Bola Jaring

10.30 am
9. Perbelanjaan

Bersurai

BIL PERKARA

PERBELANJAAN

JUMLAH

1.

Sijil @ 90 orang murid

RM1.00 x 90 orang

RM 90.00

2.

Makanan/minuman murid
I ) Roti

RM 0.50 x 90 orang

RM 45.00

ii ) Nasi Lemak

RM 1.00 x 90 orang

RM 90.00

iii) Air Teh O

RM45.00x 1 tong

RM 45.00

JUMLAH

RM270.00

Program Hari Sukan Negara, 2015


1 0

O k t o b e r

2 0 1 5

10. IMPAK

1. Warga sekolah SK((P) Methodist 1 menyahut seruan kerajaan dalam menjayakan Hari
Sukan Negara.
2. Program Hari Sukan Negara dapat membudayakan aktiviti fizikal yang sihat di sekolah.
3. Program Hari Sukan Negara dapat membudayakan program sukan di sekolah.
4. Program Hari Sukan Negara dapat memupuk semangat kesukanan dalam kalangan
murid-murid.
5. Program Hari Sukan Negara merupakan salah satu aktiviti galakan ke arah amalan gaya
hidup sihat.
5. Murid mengetahui tentang kepentingan bersukan dalam kehidupan.
6. Pihak sekolah berharap lebih ramai murid terlibat dalam program seperti ini.
11. PENUTUP

Program ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya berkat kerjasama dan komitmen jitu daripada
semua warga sekolah. Semoga program ini dapat membudayakan program sukan dalam kalangan
warga sekolah dan dijadikan acara tahunan pada hari Sabtu, minggu kedua dalam bulan Oktober.
Disediakan oleh,
NORZIATON HAMID
AJK Laporan,
Program Hari Sukan Negara, 2015

Disahkan oleh,
ANNA ONG SIAH LIAN,
Guru Besar,
SK (P) Methodist 1(MBB2045)

Anda mungkin juga menyukai