Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN MESYUARAT PERJUMPAAN IBU BAPA DAN GURU ( PIBG) KALI KE 39 SEKOLAH KEBANGSAAN SEPRI TENGAH

Aturacara 2.30 petang 2.45 petang 3.00 petang 4.30 petang 5.00 petang Ketibaan ibu bapa dan guru di dewan SK Sepri Tengah. Ketibaan YB Dato Siow Chen Pin, ADUN Chennah. Ucapan oleh guru besar,Tuan Hj Zainal Abidin bin Jaafar . Ucapan oleh YB Siaw, ADUN Jelebu. Mesyuarat Agung PIBG kali ke 39. Penyampaian cenderahati Jamuan makan. Penyampaian bantuan RM100. Bersurai

LAPORAN MESYUARAT PERJUMPAAN IBU BAPA DAN GURU ( PIBG) KALI KE 39 SEKOLAH KEBANGSAAN SEPRI TENGAH

Hari Tarikh Masa Tempat

: Rabu : 30 Januari 2013 : 2.30 petang : Dewan Sekolah Kebangsaan Sepri Tengah

Pada 30 Januari 2013 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Sepri Tengah telah mengadakan mesyuarat perjumpaan ibu bapa dan guru (PIBG) kali ke 39 yang bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Sepri Tengah. Mesyuarat bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 39 dapat berlangsung dengan jayanya. Majlis diteruskan dengan upacara perasmian yang dilaksanakan oleh YB Siow. Acara yang ditunggu tiba iaitu Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 39. Semua hadirin memainkan peranan dengan memberi cadangan, saranan dan sumbangan yang bermanfaat kepada persatuan ini. Bagi pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas titik peluh ibu bapa yang memberikan sokongan dan komitmen dalam setiap agenda yang dijalankan. Tidak lupa juga kepada guru-guru, para dapat dilangsungkan dengan jayanya. Program berakhir dengan ucapan daripada pengerusi majlis bagi merumuskan segala intipati sepanjang program itu dijalankan supaya objektif program ini dianjurkan dapat dicapai. Semua jemputan dijemput untuk menjami selera di kantin sekolah. Program ditamatkan dengan ibu bapa mengambil bantuan RM 100 di setiap kelas. Program tamat tepat pada pukul 5.00 petang. Diharapkan program ini dapat memberi manfaat dan kesan yang dalam kepada semua yang terlibat.

Disediakan oleh,

---------------------------(NOORMAISARAH BT ABDUL WAHAB) Guru Pelatih, Institut Perguruan Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan.

Pendaftaran Ibu Bapa

Ketibaan Ibu Bapa

Ucapan YB Siaw

Penyampaian vendera mata

Jamuan ringan

Anda mungkin juga menyukai