Anda di halaman 1dari 2

1.

0 PENGENALAN Tugasan kursus MTE 3109E iaitu Mengajar Nombor, Pecahan, Perpuluhan dan Peratus ini mengandungi enam sub tugasan yang perlu dilaksanakan. Perkara yang pertama adalah mencari tiga rencana yang sesuai tentang pengajaran nombor atau pecahan. Kami telah memilih tajuk nombor dan tiga rencana yang berkaitan iaitu Nombor, Isu Penguasaan Nombor Asas dan juga Asas-Asas bagi Nombor Bulat. Ketiga-tiga rencana ini kemudiannya telah dikaji dan dikeluarkan isi pentingnya dan dipindahkan ke dalam bentuk pengurusan grafik. Persediaan rancangan mengajar adalah satu komponen penting dalam

menyumbangkan kepada kejayaan pengajaran di bilik darjah. Rancangan mengajar yang disediakan perlu mengambil kira teknik, isi kandungan dan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan pembelajaran matematik. Oleh itu, tugasan kursus MTE 3109E ini memerlukan kami menyediakan satu rancangan pengajaran harian yang lengkap bagi tajuk nombor dan melaksanakan pengajaran mikro. Kami telah memilih hasil pembelajaran iaitu menentukan nilai tempat dan nilai digit bagi murid tahun 1. Segala kekuatan, kelemahan dan cadangan penambahbaikan bagi pengajaran mikro yang dilaksanakan telah dinyatakan pada bahagian refleksi. Diharapkan dengan pelaksanaan pengajaran mikro ini, guru pelatih dapat melatih diri dan mempersiapkan diri untuk mengajar di sekolah kelak.

4.0 RUMUSAN Kesimpulannya, tugasan ini dapat menghubungkaitkan teori pembelajaran

matematik dalam rangka pembelajaran kanak-kanak dengan nombor melalui pengajaran mikro. Di samping itu, ia dapat mengukuhkan konsep matematik kanakkanak dalam nombor melalui pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Oleh itu, perlu diingatkan kepada guru pelatih bahawa persediaan rancangan mengajar adalah satu komponen penting dalam menyumbangkan kepada kejayaan pengajaran di bilik darjah. Rancangan mengajar yang disediakan perlu mengambil kira teknik, isi kandungan dan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan pembelajaran matematik. Diharapkan dengan pelaksanaan tugasan ini, guru pelatih dapat melatih diri dan mempersiapkan diri untuk mengajar di sekolah kelak. Kesemua ilmu yang diperoleh sangat berguna kepada kami sebagai persediaan untuk menjadi seorang guru matematik yang cemerlang seiring dengan hasrat kerajaan dalam melahirkan

masyarakat yang berdaya saing dan seimbang dari lima aspek iaitu JERIS.

Anda mungkin juga menyukai