Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO SYED NAHAR

JALAN SANGLANG, 06100 KODIANG,


KEDAH DARUL AMAN

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH


SK DATO SYED NAHAR

DOKUMENTASI
TARIKH : 2 JUN 2022

HARI : KHAMIS

MASA : 7.30 PAGI

TEMPAT : SK DATO SYED NAHAR


DOKUMENTASI
KEJOHANAN MERENTAS DESA
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ SYED NAHAR
TAHUN 2022

_________________________________________________________________________________

1.0 PENGENALAN
Acara merentas desa bagi murid-murid SK Dato Syed Nahar telah diadakan pada 2 Jun 2022 serta merupakan salah satu
aktiviti tahunan bagi sekolah ini. Aktiviti ini yang terkandung di dalam takwim tahun 2022 telah dirancang dengan lebih awal.
Hal ini demikian kerana pihak sekolah berhasrat mencari peserta yang layak bertanding sehingga ke peringkat daerah.

Aktiviti ini telah disertai oleh warga SK Dato Syed Nahar. Ia melibatkan murid-murid tahun 3 sehingga tahun 6.Kejohanan
tahun ini mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan dalam kalangan warga sekolah. Aktiviti ini dianjurkan oleh
Unit Kokurikulum SK Dato Syed Nahar dengan kerjasama warga sekolah yang membantu dalam aktiviti kawalan
keselamatan.

2.0 OBJEKTIF KEJOHANAN MERENTAS DESA


Kejohanan merentas desa ini diadakan berlandaskan beberapa objektif utama. Anataranya adalah untuk :
 Memperkembang dan meningkatkan potensi setiap warga SK Dato Syed Nahar seiring dengan Falsafah
Pendidikan Negara.
 Memberi peluang kepada pelajar untuk menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan secara positif
 Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan seterusnya membentuk warga sekolah yang cergas.
 Memilih wakil sekolah untuk bertanding pada peringkat daerah.

3.0 MATLAMAT
 Menambahkan lagi bilangan penyertaan pelajar dan guru serta staf ke arah integrasi Nasional.
 Menbina budaya dan gaya hidup sihat serta mengamalkan Konsep Keghairahan Bersukan (Passion of Sport).

4.0 PENYERTAAN MURID


4.1 Penyertaan adalah wajib bagi semua pelajar tahun 3 sehingga 6 dan guru sebagai pegawai pengelola
KECUALI atas arahan kesihatan
4.2 Pendaftaran dikira melalui kehadiran pelajar yang telah di ambil oleh guru rumah sukan masing-masing.

5.0 PRARENTAS DESA


Satu sesi latihan untuk semua murid yang terlibat telah diadakan sebanyak dua kali sebelum acara sebenar diadakan Sesi
latihan ini amat penting supaya murid-murid supaya murid dapat menyesuaikan diri dengan trek merentas desa tersebut.
Sesi latihan telah dimulakan dengan sesi pemanasan badan terlebih dahulu sebagai persediaan sebelum mereka
memulakan latihan.
6.0 KEJOHANAN MERENTAS DESA 2020
Pada 2 Jun 2022, bersamaan hari Khamis, iaitu pada pukul 7.30 pagi, para peserta telah berkumpul di tapak perhimpunan.
Guru penasihat mengambil kehadiran peserta rumah masing-masing bagi tujuan pendaftaran. Selepas nyanyian lagu
negaraku dan juga bacaan doa, satu aktiviti memanaskan badan yang diketuai oleh Pn. Sofiah bt Wahab telah dilakukan di
Dewan Al Qayyum SK Dato Syed Nahar. Kemudian murid-murid diberi taklimat mengenai perjalanan sepanjang acara
merentas desa berlangsung.

Pelepasan murid-murid dilakukan mengikut kategori. Kategori murid perempuan dilepaskan dahulu dan kemudian murid
lelaki. Sepanjang laluan trek merentas desa tersebut, guru-guru bertugas menjaga checkpoint juga bertindak sebagai
pegawai keselamatan bagi menjamin keselamatan para peserta. Marshal atau guru peronda juga meronda dengan
motosikal di sepanjang laluan trek merentas desa bagi mengenalpasti peserta yang mungkin mengalami masalah atau
kecederaan. Walaubagaimanapun, acara ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang kecederaan. Para peserta tiba di
garisan penamat iaitu di depan pintu pagar sekolah lebih kurang pada pukul 9.30 pagi. Nama peserta yang berjaya
mendapat tempat direkodkan oleh guru bertugas.

7.0 PENUTUP / POST MORTEM


Kejohanan merentas desa SK Dato Syed Nahar telah berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak yang terbabit . Para
peserta telah menunjukkan minat yang tinggi dan kerjasama yang baik. Begitu juga dengan semua petugas yang terdiri
daripada guru-guru dan warga sekolah yang telah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan komitmen yang
jitu. Perjalanan acara sukan merentas desa telah dapat dijayakan dengan sempurna berikutan kerjasama yang sepenuhnya
diberikan. Aspek keselamatan amat diutamakan. Pada akhir acara ini tiada sebarang situasi yang tidak diingini berlaku.
Murid-murid yang terpilih akan mewakili daerah di dalam acara merentas desa peringkat daerah Kubang Pasu.

Penyertaan murid-murid sekolah pada hari kejohanan tersebut adalah sangat meberangsangkan. Walaubagaimanapun ia
masih boleh dipertingkatkan lagi di masa akan datang. Semoga pada tahun-tahun akan datang, pihak sekolah dapat
menjayakan kejohanan ini dengan lebih baik dan sempurna . Penghargaan harus diberikan kepada semua yang telah
bertungkus lumus untuk menjayakan acara tahunan ini supaya berjalan lancar dan menepati matlamatnya.
Disediakan oleh ,

…………………………………..
(NOORMAISARAH BT ABDUL WAHAB)
AJK Dokumentasi,
Kejohanan Merentas Desa 2022,
SK Dato Syed Nahar..

Disemak oleh;

.............................................
(EN. MUHAMMAD BIN IBRAHIM)
GPK Kokurikulum,
SK Dato’ Syed Nahar.

Disahkan oleh;

..................................................
(PN ROSIAH BT SAFUAN)
Guru Besar,
SK Dato’ Syed Nahar.
LAMPIRAN BERGAMBAR

Murid berkumpul di dewan Al Qayyum untuk sesi


memanaskan badan

Sesi memanaskan badan sebelum acara bermula

Taklimat sebelum pelajar dilepaskan


Suasana sekitar checkpoint guru

Pelepasan murid-murid mengikut kategori


Acara merentas desa

Murid tiba di garisan penamat


Acara penyampaian hadiah

Anda mungkin juga menyukai