Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KE - 51


TAHUN 2022

TARIKH  : Rabu/ 29 Jun 2022


MASA    : 7.30 – 2.30 petang
TEMPAT : SMK DATUK UNDANG ABDUL MANAP, JOHOL , KUALA PILAH

     Kejohanan olahraga merupakan salah satu aktiviti tahunan sekolah ini yang sering
mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan dalam kalangan warga sekolah
dan ibu bapa. Aktiviti ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SMK DUAM dengan
kerjasama para guru. Pada tahun ini, acara olahraga ini melibatkan semua murid
sekolah ini ( sukan tara ) kecuali mereka yang tidak sihat serta memaklumkan tahap
kesihatan mereka pada guru kelas dan diberikan kebenaran untuk tidak menyertai
kejohanan ini. Sebelum kejohanan ini telah di adakan terlebih dahulu sukan tara agar
murid lebih bersedia untuk menghadapi kejohanan sebenar ( Tarikh boleh rujuk di
ruang lampiran )

     Aktiviti bermula seawal jam 7.35 pagi. Guru-guru saling membantu menyusun


murid-murid mengikut kategori. Pada jam 8.00 pagi, guru bertugas telah mengambil
kehadiran murid-murid. Seterusnya, pada jam 8.45 pagi, aktiviti perbarisan di antara
rumah sukan dan membaca ikrar kejohanan telah dimulakan.

     Tepat jam 9.30 pagi, acara larian 200 m bagi kategori perempuan
dimulakan. Larian peserta dimulakan oleh En Nursham sebagai pelepas. Pada jam 9.20
pagi pula, peserta kategori lelaki pula dijalankan. Kejohanan pada tahun ini berjalan
lancar kerana mendapat kerjasama yang amat baik dari semua guru dan staff SMK
Datuk Undang Abdul Manap, Johol.

    Sebaik tamat kejohanan lebih kurang pada pukul 1.00 tengahari , majlis
penyampaian hadiah kepada para pemenang dijalankan. Penyampaian
hadiah disempurnakan oleh pihak pentadbir sekolah dan guru-guru SMK DUAM.
( Senarai pemenang boleh dirujuk di ruangan lampiran yang disediakan).

Aktiviti bersurai pada jam 2.30 petang. Secara keseluruhan, kejohanan pada


kali ini berjalan lancar. Tiada sebarang kemalangan berlaku. Unit Kokurikulum SMK
DUAM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat. Syabas diucapkan. Diharapkan agar kita dapat merancang dan
melakukan sesuatu yang lebih baik pada masa mendatang. Semoga Tuhan membalas
jasa baik kalian.

Laporan disediakan oleh,

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………………………………… …………………………………………………………

Wan Rafhan Zuraihi B. Salleh En Roslan B. Mohammad


SU KOKO GPK KOKO
SMK Datuk Undang Abdul Manap SMK Datuk Undang Abdul Manap
Tarikh: 30 JUN 2022 Tarikh:30 JUN 2022
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai