Anda di halaman 1dari 19

SJKC SAM YOKE

KM 4, JALAN SUNGAI BESI


57100 KUALA LUMPUR

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG


KE-53
TAHUN 2019
ISI KANDUNGAN

Kandungan
1.0 Penghargaan

2.0 Pengenalan

3.0 Matlamat

4.0 Objektif

5.0 Kumpulan Sasaran

6.0 Tarikh, Hari, Waktu Dan Tempat

7.0 Laporan Aktiviti

8.0 Lampiran Bergambar

9.0
KEJOHANAN BALAPAN & PADANG KE-53
SJKC SAM YOKE
2019

1.0 PENGHARGAAN

Kejohanan Balapan dan Padang dianjurkan pada 6 Oktober 2019 (Ahad) bermula
pada pukul 8.00 pagi hingga 11.30 pagi. Aktiviti ini telah disertai semua warga SJKC
Sam Yoke pada tahun 2019.
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbir
sekolah atas kerjasama dan sokongan bagi menjayakan kejohanan tahunan ini. Di
samping itu, penghargaan juga diucapkan kepada guru-guru, murid-murid dan pembantu-
pembantu pengurusan murid yang telah memberi kerjasama.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang telah
berusaha keras dalam menjayakan kelancaran perjalanan kejohanan sukan ini. Terima
kasih juga diucapkan kepada pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
langsung atas sokongan dan kerjasama yang diberi.
Semoga dengan sokongan semua pihak sekolah ini akan menjadi lebih cemerlang
pada masa akan datang.

2.0 PENGENALAN

Kejohanan Balapan dan Padang adalah salah satu program tahunan sekolah.
Kejohanan ini dirancang bagi mengisi program ko-kurikulum SJKC Sam Yoke
tahun 2019. Kejohanan pada tahun ini adalah kali-53. Kejohanan olaharaga
tahunan dianggap sebagai acara kemuncak bagi aktiviti ko-kurikulum di peringkat
sekolah. Ia menjadi satu medan kepada para murid memperlihatkan kekuatan
mental dan fizikal dalam pelbagai acara yang dipertandingkan seperti acara
padang dan acara balapan. Pengelolaan sesuatu kejohanan olahraga tahunan
melibatkan pelbagai aspek teknikal yang amat penting terutama berkaitan
pengurusan sumber manusia.
Beberapa ahli jawatankuasa dibentuk untuk menyedia, merancang,
memantau dan melaksanakan tugas-tugas tertentu yang berkaitan dengan
pengelolaan sesuatu kejohanan olahraga sama ada di peringkat sekolah, daerah,
negeri atau kebangsaan. Elemen-elemen positif seperti sikap proaktif, kreatif,
inovatif dan semangat kerjasama perlu disemai dalam kalangan warga kerja
sepasukan bagi merealisasikan kejohanan sukan tahunan ini dengan lancar.
Aktviti dijalankan mengikut kategori yang telah ditetapkan. Aktiviti ini
berjalan dengan lancar sehingga pihak sekolah dapat mengenal pasti beberapa
pelajar yang mempunyai bakat dalam acara yang disertai mereka. Hal ini penting
untuk memastikan mutu keunggulan negara dalam bidang sukan pada masa
hadapan dipandang tinggi oleh negara-negara sejagat.

3.0 MATLAMAT

Pelaksanaan program seumpama ini adalah untuk mengembangkan potensi dan


minat murid ke arah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Melalui
penglibatan murid dalam aktiviti-aktiviti permainan dan olahraga di peringkat
sekolah dan pertandinga-pertandingan yang diadakan dapat mengimbangkan
antara emosi, jasmani, intelek dan rohani selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Negara.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan bakat mereka ke


tahap yang optimum.
4.2 Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dalam kalangan murid-murid.
4.3 Melahirkan murid yang aktif dan berpotensi dalam bidang kokurikulum.
4.4 Melahirkan murid yang berkeyakinan dan memantapkan diri untuk lebih
berjaya dan lebih cemerlang.
4.5 Murid yang aktif dan berpotensi akan dipilih dan dihantar menwakili
sekolah ke kejohanan olahraga peringkat zon.
4.6 Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan sekali gus mengeratkan
perpaduan dalam kalangan warga sekolah

5.0 KUMPULAN SASARAN

Semua guru, murd-murid dan ibu bapa murid SJKC Sam Yoke.

6.0 TARIKH, HARI, WAKTU DAN TEMPAT

Hari Waktu Tempat

8.00 pagi
6 Oktober 2019 Gelanggang bola keranjang
hingga
(Ahad) SJKC SAM YOKE
11.30 pagi

7.0 LAPORAN AKTIVITI

Pada hari Ahad yang lepas, 6 Oktober 2019, SJKC Sam Yoke telah mengadakan
Kejohanan Balapan dan Padang Kali ke-53 di gelanggang bola keranjang sekolah.
Sebanyak dua acara jemputan, tiga acara trek, enam aktiviti sukaneka peringkat akhir
telah dipertandingkan dan setiap acara dibahagikan kepada 12 kategori iaitu lelaki Tahun
6, perempuan Tahun 6, lelaki Tahun 5, perempuan Tahun 5, lelaki Tahun 4, perempuan
Tahun 4, lelaki Tahun 3, perempuan Tahun 3, lelaki Tahun 2, perempuan Tahun 2, lelaki
Tahun 1 dan perempuan Tahun 1.
Peserta berkumpul dan bersedia untuk perbarisan pada jam 7.30 pagi. Pada jam 8
pagi, acara pembukaan dimulakan dengan lintas hormat perbarisan bagi setiap rumah
sukan. Setiap pasukan rumah sukan mempersembahkan perarakan dan slogan masing-
masing dengan kreativiti yang tinggi. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku
dan lagu sekolah. Seterusnya diikuti ucapan aluan daripada Yg Berusaha Naib Pengerusi
merangkap YDP Pengerusi PIBG, Dato Yong Kok Tin. Seterusnya, Yg Berbahagia
Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah, Puan Tay Mee Hua, menyampaikan ucapan
perasmian. Dengan itu, beliau merasmikan kejohanan balapan dan padang kali ke-53.
Majlis perasmian diikuti dengan bacaan ikrar daripada wakil murid, saudari Thean Kang
Yee.

Acara diserikan lagi dengan persembahan senam aerobik daripada semua murid
SJKC Sam Yoke yang diirinigi oleh Cik Tan Zee Ying. Seterusnya persembahan tarian
daripada murid PPKI diikuti oleh persembahan Wushu daripada murid aliran perdana.
Kemudian, persembahan diabolo dipersembahkan oleh ahli persatuan diabolo dan
seterusnya persembahan tarian yang menarik dipersembahkan oleh murid-murid
prasekolah Twinkle Star. Persembahan gimnastik turut memeriahkan lagi suasana
kejohanan.

Setelah itu, acara yang amat dinanti-nantikan bermula. Semua murid berkumpul
di ruang rumah sukan masing-masing dan peserta bersedia untuk acara masing-masing.
Bagi murid yang tidak mengambil bahagian perlu berkumpul di ruang rumah untuk
menyaksikan acara balapan dan padang. Kemeriahan sorakan para murid dapat dilihat
apabila acara sedang berlangsung. Semua murid menyorak dengan bersungguh-sungguh
bagi rakan mereka.

Setelah semua acara telah dipertandingkan, semua rumah bersedia dalam


perbarisan di gelanggang bola keranjang. Rumah Biru telah dinobatkan sebagai johan
keseluruhan pada kali ini. Saudara Ijril Syameel dan saudari Tai Yu Zhen telah dipilih
sebagai olahragawan dan olahragawati pada tahun ini. Sebelum majlis diakhiri, laungan
“Hip hip hooray” sebanyak 3 kali dibimbing oleh Cikgu Afiq. Dengan ini, kejohanan
berakhir dengan sesi fotografi dan bersurai pada pukul 11.30 pagi.
Kejohanan olahraga tahunan kali ke-56 telah berjalan lancar dengan bantuan dari
semua pihak yang telah terlibat sepanjang program ini dijalankan. Semoga program ini
dapat memberi pelbagai manfaat dan ilmu baharu kepada para murid yang menyertai
aktiviti ini. Murid dapat memupuk semangat kesukanan yang tinggi dan juga dapat
mengembangkan lagi bakat mereka dalam bidang kesukanan dengan mewakili di
peringkat daerah. Semangat kesukanan tersebut harus diterapkan oleh para pelajar dalam
meningkat prestasi akademik mereka. Setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih
diucapkan kepada semua guru dan murid SJKC Sam Yoke yang telah menjayakan
kejohanan balapan dan padang ke-53 pada tahun 2019.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

……………………… ……………………… ………………………


(CIK TAYE ZHI HUI) (PN CHEW SAU WAI) (PN LEE SIEW LING)
Guru Pendidikan Khas PK KK Guru Besar
SJKC Sam Yoke SJKC Sam Yoke SJKC Sam Yoke
8.0 LAPORAN BERGAMBAR

Rumah merah

Rumah Kuning
Rumah biru

Rumah PPKI
Rumah Prasekolah Twinkle Star

Perbarisan rumah sukan


Majlis perasmian

Senamrobik
Persembahan tarian dari murid PPKI

Persembahan Wushu
Persembahan diabolo

Persembahan tarian dari Prasekolah Twinkle Star


Persembahan gimnastik

acara sukaneka kategori prasekolah


acara sukaneka

acara sukaneka
Peserta acara jemputan 4x100m dari SJKC Chin Woo

Penyampaian hadiah bagi pemenang acara lari pecut 100m Perempuan Tahun 4
Penyampaian hadiah bagi pemenang acara lari pecut 100m Lelaki Tahun 5

Sesi fotografi bersama johan keseluruhan


Tetamu kehormat menjamu selera di dapur

Sesi fotografi di Photobooth


Sesi fotografi

Anda mungkin juga menyukai