Anda di halaman 1dari 4

SJK(T) LADANG KATOYANG, TG. MALIM, PERAK.

KERTAS KERJA KARNIVAL 1 MURID 1 SUKAN


1.0 LATAR BELAKANG
Karnival 1 Murid 1 Sukan SJK(T) Ladang Katoyang merupakan acara tahunan yang mesti dilaksanakan setiap
tahun. Karnival ini akan melibatkan semua murid bagi pertandingan futsal, bola jaring , badminton, dan ragbi.
Melalui acara inilah bakat-bakat murid dalam bidang sukan akan dapat dicungkil dan dididik supaya mencapai
kecemerlangan dalam bidang sukan selaras dengan dasar kerajaan 1 Murid 1Sukan.
2.0 RASIONAL
Karnival 1 Murid 1 Sukan ini bertujuan untuk membentuk dan melahirkan murid yang cergas, progresif dan
berdaya saing demi memastikan kemenjadian murid sebagai insan yang seimbang dan harmonis dan menghargai
alam sekitar selaras dengan dasar kerajaan . Program ini juga turut melibatkan semua murid dalam acara sukan
demi melahirkan murid yang cergas dan aktif dalam bidang sukan.
3.0 MATLAMAT
Karnival 1 Murid 1 Sukan ini bertujuan untuk menarik minat murid-murid dalam bidang sukan dan dapat
membentuk serta melahirkan murid yang berkeyakinan diri dengan mempertingkatkan kebolehan dalam bidang
sukan selaras dengan misi sekolah dalam memberikan pendidikan berkualiti yang menyeluruh ke arah
membentuk pelajar berilmu dan berhemah tinggi selaras dengan falsafah dan aspirasi negara. Program ini juga
bertujuan menyahut seruan kerajaan dalam melibatkan murid secara menyeluruh dalam bidang sukan selaras
dengan dasar 1 murid 1 sukan yang diperkenalkan.
4.0

OBJEKTIF

4.1

Meningkatkan kebolehan,kemahiran dan bakat murid.

4.2

Memupuk dan menyuntik semangat kesukanan dalam diri murid-murid.

4.3

Mewujudkan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat serta meningkatkan daya tahan murid.

4.4

Guru dapat mengenal pasti murid yang berpotensi dan berbakat dalam bidang sukan.

4.5

Memastikan visi sekolah sebagai institusi pembangunan modal insan berkualiti tinggi sepanjang zaman.

4.6

Memastikan murid -murid akan berkembang secara seimbang dari segi jasmani,rohani,emosi dan
intelektual.

4.7

Memperkembangkan kemahiran pengurusan diri, disiplin, mendengar dan mematuhi arahan.

5.0

TARIKH / MASA
11.11. 2014 ( Selasa) / 7.30 pagi hingga 10.00 pagi

6.0

TEMPAT
Padang dan gelanggang badminton sekolah

7.0

KUMPULAN SASARAN
Semua murid

8.0

STRATEGI PELAKSANAAN
8.1

Penubuhan Jawatankuasa Karnival 1 Murid 1 Sukan SJK(T) Ladang Katoyang, Tg. Malim.

8.2

Mengadakan mesyuarat menentukan tempat, masa, dan tugas untuk memastikan aktiviti
karnival berjalan dengan lancar.

8.4

Menyediakan borang-borang penyertaan dan pemarkahan.

8.5

Menyediakan hadiah-hadiah untuk pemenang.

8.6

Memberikan taklimat dan jadual pertandingan kepada murid, guru dan staf terbabit.

8.7

Menyediakan peralatan padang.

8.8

Karnival diadakan pada tarikh yang ditetapkan

Jawatankuasa Karnival 1 Murid 1 Sukan


Penasihat:

En.Murugesu a/l Athiyappan (Guru Besar)

Pengerusi:

Pn.ShiamalaDevi a/p Muthusamy

Naib Pengerusi1:

Pn.Tholasiamma a/p Ramaiyah

Naib Pengerusi 2:

Pn.Ricnuka a/p Gurusamy

Setiausaha:

En.Thiagarajan a/l Karuppiah

Bendahari:

Cik.Rekha a/p Raju

Pengadil Futsal
En. Kumanan a/l Elango
Pengadil Bola Jaring
Cik.K.Saraswathy
Pengadil Rugbi
En. K.Thiagarajan
Pengadil Badminton
Cik. N. Tahvamani Devi
Siaraya /Peralatan
Pn.S. Mogana
Kawalan Keselamataman dan Kecemasan
Pn.M.Shiamala Devi
Hadiah Dan Cenderamata
Cik.R.Rekha & Pn.S. Seela
Makanan dan Minuman
Pn. G.Ricnuka
Fotografi Dokumentasi
Pn. R.Thulasi

ANGGARAN PERBELANJAAN MAKANAN DAN MINUMAN:


PERKARA

KUANTITI

HARGA

JUMLAH

Makanan dan minuman


peserta:
1. Air kotak

4 kotak

RM 13.00

4 x RM13.00 = RM 52.00

2. Bee Hoon

56 bungkus

RM 2.00

56 x RM 2.00 = RM112.00

3. Karipap

60 ketul

RM 0.30

60 x RM 0.30 = RM 18.00

4. Kuih sambal

60 ketul

RM 0.30

60 x RM 0.30 = RM 18.00

JUMLAH

RM 200.00

Disediakan Oleh,

Disahkan Oleh,

SHIAMALA DEVI A/P MUTHUSAMY


(GK KOKURIKULUM)

.
MURUGESU A/L ATHIYAPPAN
(GURU BESAR)

Anda mungkin juga menyukai