Anda di halaman 1dari 7

KERTAS CADANGAN KURSUS KAWAD KAKI PASUKAN BADAN BERUNIFORM SMK

MUADZAM SHAH 2016

1.0

LATAR BELAKANG

Pasukan badan beruniform ditubuhkan di sekolah-sekolah dan mengadakan pelbagai aktiviti


dengan harapan mampu membentuk disiplin dan sahsiah pelajar. Sesuai dengan penubuhan matlamat
penubuhanya,pasukan badan beruniform di SMKMS ini telah berkembang dan menjadi pasukan yang
disegani dipelbagai peringkat. Pertandingan kawad kaki ini adalah salah satu program yang bukan sahaja
dapat membantu mencapai matlamat penubuhanya, bahkan dapat menunjukkan usaha pelajar
memperlihatkan kebolehan dan kepakaran masing-masing dalam disiplin yang penting dalam pergerakan
pasukan badan beruniform ini. Aktiviti Pasukan Badan Beruniform ini dapat membantu murid
menyediakan diri untuk menghadapi masa depan dengan penuh berdisiplin dan bertanggungjawab. Unit
beruniform juga dapat menonjolkan nilai-nilai perkhidmatan kepada masyarakat.

2.0

RASIONAL
2.1

Pelajar sekolah merupakan aset dan sumber tenaga manusia untuk masa depan negara
yang perlu dibangunkan sesuai dengan kehendak dan keperluan aspirasi negara.

2.2

Pelajar sekolah adalah golongan yang mempunyai potensi untuk dibangunkan dan
dikembangkan kea rah pembentukan anggota masyarakat yang dinamik dan progresif
selaras dengan pembinaan modal insane di dalam teras kedua PIPP.

2.3

Kekuatan dalaman para pelajar seperti daya juang, ketahanan diri dan mental,
pengukuhan keyakinan diri,serta daya saing yang boleh dipupuk secara positif dan
rasional melalui aktiviti dalam program ini.

2.4

Membina dan mengukuhkan sikap, kepimpinan serta membina sahsiah dan moral pelajar
sejak dari sekolah lagi di samping memupuk sikap harmoni di kalangan pelajar pelbagai
kaum secara kolektif.

3.0

4.0

5.0

MATLAMAT
3.1

Untuk memupuk disiplin, nilai-nilai murni dan sikap positif dalam jiwa pelajar

3.2

Memupuk sifat kepimpinan,mematuhi arahan dan peraturan

3.3

Memupuk semangat kewarganegaraan dan perpaduan dalam jiwa pelajar.

3.4

Untuk menerapkan rasa tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia

3.5

Melatih pelajar supaya berdikari,berfikiran tajam serta boleh mengelola perjalanan


pasukan.

3.6

Untuk membentuk jati diri pelajar agar sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan.

OBJEKTIF
4.1

Menyemarakkan aktiviti kawad kaki badan beruniform di peringkat sekolah

4.2

Membina semangat kerjasama yang tinggi di kalangan anggota

4.3

Memupuk semangat perpaduan di kalangan pelajar berbilang kaum

4.4

Memberi peluang kepada peserta menunjukkan prestasi kepimpinan masing-masing


dalam situasi yang pertandingan yang sihat.

4.5

Memupuk daya saing dan daya juang tinggi

4.6

Mewujudkan perasaan yakin diri

4.7

Membentuk jati diri agar sentiasa bersedia, cergas dan setia.

PELAKSAAN
5.1

Tarikh dan Hari :

11 NOVEMBER 2016

5.2

Masa

5.3

Tempat :

Dataran Kejat SMKMS

5.4

Sasaran :

Semua pasukan beruniform SMKMS

7.30 12.20 Tengahari

6.0

ANGGARAN PERBELANJAAN
6.1

6.2

BIL
1
2

7.0

Sumber Kewangan
6.1.1

BKK

RM 1062.00

6.1.2

Bayaran Tambahan

RM 830.00

JUMLAH KESELURUHAN

RM 1892.00

Perbelanjaan

PERKARA
Minuman dan makanan pelajar
Air Mineral
JUMLAH BESAR

JUSTIFIKASI
RM 3.00 X 531
RM 13.00 X 23

JUMLAH
RM 1593.00
RM 299.00
RM 1892.00

JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi

Hajah Zahrah Bt A. Hamid


Pengetua SMK Muadzam Shah
( Komandan KRS Sekolah)

Timbalan Pengerusi

Hajah Norida Bt Saidin


PK Kokurikulum SMKMS

En Azman Bin Mahat


GPK Pentadbiran

Ustaz Arifin Bin Mat Tahir


GPK HEM

En Azmat Bin Mohamed


GPK PPU

Penyelaras Kursus

En.Rahmat Bin Hassanuddin


Penyelaras Badan Beruniform
En. Azizul Bin Aziz
Penyelaras Permainan

Setiausaha

: Pn Mashitah Binti Mustaffa

Ahli-ahli Jawatankuasa:
SENARAI TUGAS

NAMA AJK

1. Persiapan tempat
dan siaraya

SAFARU ZAMRI BIN SETAPANI

2.Hadiah dan sijil

MOHD ZAHARI BIN KHALIB


NOR HAYATI BINTI HAMID
NORIZAM BINTI MAT AMIN

3.Kepengadilan dan
Teknikal

MOHD NASIR BIN CHE PEE


MOHD KAMARUDIN BIN MOHAMED
MOHD RUHAIFI BIN AB RAZAK

4.Juruacara
5.Disiplin dan Kawalan
Murid
6.Pengurus Pasukan
7. Dokumentasi

7.0

BIDANG TUGAS

EN AZAMN BIN ABDULLAH


Semua guru penasihat
AZRI BIN ABDULLAH
HAMRIM BIN SALLEH
HAJI SAIPUANUAR BIN SAMSUDIN
SUHANA BINTI ISMAIL

7.1 Penyelaras program


- Mengadakan perbincangan dengan PK Kokurikulum.
- Membuat kertas kerja dan mengadakan perjumpaan yang perlu.
7.2 Setiausaha
- Menguruskan surat-meyurat.
- Menguruskan makluman mesyuarat dan minit mesyuarat.
- Meyimpan semua maklumat penting tentang pertandingan
7.3Persiapan Tempat dan Siaraya
-

Menyediakan trek pertandingan kawad kaki.


Menyusun tempat pertandingan dan keperluan pengadil
Menyediakan dan memastikan siaraya berfungsi
Mencari alternatif dan back up sekiranya ada gangguan.

7.4Hadiah dan Sijil


- Mendapatkan senarai nama pemenang dari setiausaha
- Menyediakan sijil dan hadiah
- Mengendalikan majlis penyampain hadiah kepada para pemenang
7.5Kepengadilan dan Teknikal
- Menyediakan format dan syarat-syarat pertandingan
- Menyediakan borang kepengadilan
- Memberi taklimat kepada pengadil
- Menyerahkan keputusan pertandingan kepada setiausaha
7.6Juruacara
- Menyediakan draf teks ucapan pengacaraan program.
- Berbincang dengan penyelaras berkaitan dengan aturcara majlis.
- Mempengerusikan majlis hingga tamat
7.7 Disiplin dan Kawalan Murid
- Memastikan murid yang menjadi penonton dalam keadaan yang
berdisiplin
- Berada berhampiran dengan murid dan memastikan kawalan murid
berkesan
- Memastikan murid-murid berada di kawasan sekitar dataran perdana
7.8Pengurus Pasukan
- Mempersiapkan pasukan kawad mengikut unit masing-masing
- Menyerahkan senarai nama pasukan kepada setiausaha
- Mengawasi atau mengatur jadual latihan pasukan
- Memastikan semua ahli kawad kaki bersedia pada hari pertandingan
- Memastikan disiplin ahli pasukan kawad masing-masing

7.9Dokumentasi
- Merakam gambar dan menyiapkan laporan
- Mengumpul semua bahan dan

8.0

Tentatif Kursus Kawad Kaki


7.30 8.00

Pendaftaran & Persiapan

8.00 9.30

Teori Kawad Kaki Dijalankan

9.30 10.00

Rehat / Minum pagi

10.00 11.40

Praktikan kawad kaki

11.40 12.20 : Majlis penutup


11.40-11.45 : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

13.0

11.45-11.50

Bacaan Doa

11.50 12.10

Ucapan Perasmi / Majlis Penutupan

12.10 12.20
12.20

Penyampaian Sijil
:
Majlis Tamat & Bersurai

PENUTUP

Adalah diharapkan dengan adanya program ini dapat menambahkan


pengalaman ahli pasukan beruniform dan seterusnya mewakili sekolah ke
pertandingan peringkat daerah dan negeri. Ini juga diharapkan dapat melahirkan
pemimpin yang berkebolehan dan akhirnya mampu menjana dan membentuk
barisan kepimpinan unit uniform, kelab dan persatuan, sukan dan permainan pelajar
yang berfikiran positif, kreatif, kritis dan proaktif.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

(RAHMAT BIN HASSANUDDIN)

(Hajah Norida Binti

Saidin)
Penyelaras Unit Beruniform
SMK Muadzam Shah
Muadzam Shah

Diluluskan oleh,

..
(Hajah Zahrah Binti A. Hamid)
Pengetua
SMK Miadzam Shah

GPK Kokurikulum
SMK

Anda mungkin juga menyukai