Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PROGRAM KEM PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SMK KETARI, 2014

1. PENDAHULUAN
Perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan seseorang pelajar tidak hanya bergantung
kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan para pelajar juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap,
berketrampilan, pekerti yang mulia, dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan era globalisasi.
Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli pasukan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara.
Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati sepanjang program ini. Di samping itu, semua
peserta perkhemahan perlu sentiasa menjunjung nilai permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti yang
dijalankan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, seperti kata pepatah bulat air kerana pembentung, bulat
manusia kerana muafakat.
2. LATAR BELAKANG
Segala perancangan dan persiapan telah diadakan dengan teliti untuk memastikan semua anggota perkhemahan
akan dapat menikmati suasana sebenar perkhemahan melalui penganjuran aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.
Pada tahun 2014, dijangkakan sejumlah 80 orang pelajar dari AJK dan ahli badan beruniform serta 19 pelajar
sains sukan tingkatan 6 rendah akan menyertai Perkhemahan Unit Beruniform dan Kursus Kepimpinan.
3. TUJUAN PROGRAM
3.1 Perkhemahan yang dijalankan akan dapat menyemai semangat perpaduan kaum, disiplin yang tinggi dan
menjana etika bekerjasama dalam menjayakan sesuatu kerja.
3.2 Menyediakan pelajar agar dapat bersedia dengan jawatan yang disandang.
3.3 Menyampaikan maklumat dan bimbingan berkaitan cara gaya kepimpinan berkesan kepada pemimpin pelajar
sekolah tahun 2014.
3.4 Memberi panduan dan bimbingan berkaitan cara gaya kepimpinan berkesan kepada kumpulan yang dipimpin.
3.5 Menanamkan nilai tanggungjawab.
3.6 Membentuk budaya kerja berpasukan dan bertanggungjawab di kalangan peserta serta mempunyai nilai
hormat menghormati yang tinggi sesama insan.
4. OBJEKTIF
4.1 Melahirkan ahli yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan kecemerlangan yang seimbang
dalam bidang kokurikulum dan kurikulum.
4.2 Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli tentang aspek perkhemahan secara
menyeluruh.
4.3 Untuk memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan keyakinan diri setiap
peserta.
4.4 Memperkukuhkan kesediaan pemimpin pelajar untuk memimpin.
4.5 Pemimpin pelajar tahu dan sedar cara gaya kepimpinan yang baik dan sesuaiuntuk digunakan sebagai
pemimpin.
4.6 Sebagai pemimpin mereka perlu sedar ciri-ciri pemimpin yang perlu ada padadiri agar mereka boleh dihormati
dan diteladani.
4.7 Pelajar dapat memimpin dengan penuh keyakinan.
5. Matlamat
Melahirkan golongan pelajar yang bermatlamat, bermotivasi tinggi, rajin, tekun dan sentiasa berkesanggupan
membantu sekolah dalam pelbagai tugas kepimpinan.

6. Sasaran
80 AJK dan Ahli Badan Beruniform (10 wakil dari setiap badan beruniform)
19 Pelajar Sains Sukan tingkatan 6
Seperti di lampiran 1.
7. Latar Belakang
Tarikh
Hari
Tempat

: 15 Ogos hingga 17 Ogos 2014


: Jumaat hingga Ahad
: Mak Lang, Pulau Santap, Janda Baik

8. Penyelaras Untuk Dihubungi


Cik Chen Chiu Wen
Pn Amy Azreyan Binti Amy

017-3093369
013-7337379

9. Aturcara Program
Seperti di lampiran 2.
10. Pengangkutan
a) 2 buah bas
b) Kenderaan guru
11. Sumber Kewangan dan Anggaran Pembelanjaan
KEWANGAN
1) SUMBER PENDAPATAN
Bil
1.
2.

Perkara
Kokurikulum
Sumbangan PIBG
Jumlah

Jumlah
RM 4100.00
RM 4000.00
RM 8100.00

ii) Perbelanjaan
Bil
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
7.

Perkara
Pengangkutan
-bas 2 buah
Makanan
-RM 250 x 8 badan berunifrom
Hadiah,cenderamata dan sijil
Cost aktiviti dan ceramah
Peti kecemasan
Sewa tapak kem mak Lang
Outdoor games
Sewa Dapur
JUMLAH

RM 1200.00
RM
RM
RM
RM
RM
RM
RM
RM

2000.00
350.00
1400.00
50.00
2500.00
500.00
100.00
8100.00

12. Jawatankuasa Pelaksanaan


Seperti di lampiran 3.

13. PENUTUP
Adalah amat diharapkan agar Perkhemahan Unit Beruniform dapat dijalankan dengan lebih cemerlang ke arah
kegemilangan yang paling tinggi. Kerjasama daripada para pegawai dan semua pihak yang terlibat begitu diperlukan
untuk menjayakan perkhemahan tahun ini.

______________
Disediakan oleh
(CHEN CHIU WEN)
Penyelaras Unit Beruniform

______________________
Disemak Oleh
(ROSTAM BIN ABDULLAH)
GPK KOKU

______________
Disahkan oleh
(ZAINAB BINTI HARUN)
Pengetua

Anda mungkin juga menyukai