Anda di halaman 1dari 9

LAPORAN AKTIVITI OLAHRAGA PERINGKAT SEKOLAH

Laporan Temasya sukan tahunan SK Semenggok 2013 Unit Kokurikulum SKS telah menganjurkan satu program sukan peringkat sekolah yang melibatkan semua pelajar dan dibahagikan kepada empat rumah sukan.

Antara objektif diadakan acara sukan ini adalah: 1. Melahirkan anggota kadet yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan kecemerlangan yang seimbang dalam bidang kokurikulum dan kurikulum.

2. Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada para pelajar tentang aspek aktiviti secara menyeluruh.

3. Untuk memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan keyakinan diri setiap peserta.

4. Menjadikan olahraga suatu sukan yang diminati oleh pelajar.

5. Memberi pengiktirafan serta motivasi kepada pelajar yang cemerlang dalam sukan serta guru yang banyak memberikan sumbangan dalam memajukan olahraga.

6. Membina intergrasi serta persefahaman dalam permaufakatan antara pelajar serta guru-guru Sekolah Kebangsaan Semenggok Padawan. 7. Melahirkan lebih ramai atlit-atlit SK semenggok yang mampu bersaing kepringkat lebih tinggi. 8. Mencapai dan menjayakan matlamat Dasar 1Murid 1Sukan ( 1M1S )

LAPORAN AKTIVITI OLAHRAGA PERINGKAT SEKOLAH

Program ini telah berjaya dilaksanakan pada 11 12 Mei 2013 di sekolah dengan melibatkan semua murid tahun satu hingga tahun enam.

Acara penutupan program ini telah disempurnakan oleh guru besar SK Semenggok sendiri iaitu Puan Ithnaini Binti Tahir pada pukul 9.00 pagi, 12 Mei 2013. Beliau telah berbesar hati meluangkan masa dan menyampaikan hadiah-hadiah dan sijil kepada para peserta.

Berikut beberapa rakaman gambar yang berjaya diabadikan sepanjang program ini berlangsung:

Lampiran A

LAPORAN AKTIVITI OLAHRAGA PERINGKAT SEKOLAH

Lampiran B

Lampiran C

LAPORAN AKTIVITI OLAHRAGA PERINGKAT SEKOLAH

Lampiran D

Lampiran E

LAPORAN AKTIVITI OLAHRAGA PERINGKAT SEKOLAH

REFLEKSI KELEBIHAN

Merapatkan hubungan silaturrahim antara peserta-peserta dimana mereka

perlu berinteraksi sesama sendiri atau dalam aktiviti berkumpulan supaya tugas yang diberi dapat dilaksanakan dengan cekap.

Membina insan yang kental dari segi fizikal dan mental. Aktiviti yang

dijalankan semasa temasya sukan ini sebenarnya mengandungi elemen-elemen yang boleh meningkatkan ketahanan fizikal dan mental peserta dalam menghadapi cabaran.

Memberi pendedahan tentang cara permainan.

Membentuk disiplin yang mantap dalam diri peserta. Salah satu aktiviti wajib

untuk dilaksanakan setiap hari pada acara tahunan ini ialah bersenaman sebelum memulakan aktiviti sukan. Aktiviti ini dapat mendisiplinkan para peserta dan membentuk mereka menjadi orang yang berguna.

Membentuk kerjasama antara ahli kumpulan. Semasa aktiviti berkumpulan

diadakan peserta-peserta terpaksa berinteraksi antara satu sama lain dalam menyiapkan tugasan yang telah diberi. Di sini, mereka dapat belajar bekerjasama dan bukan bertindak seorang diri.

Membentuk nilai kepimpinan. Melalui acara ini, peserta-peserta akan dididik

untuk bekerjasama dan berinteraksi dalam kumpulan mereka. Ini akan menghapuskan rasa malu mereka untuk berinteraksi dengan orang lain.

LAPORAN AKTIVITI OLAHRAGA PERINGKAT SEKOLAH

KELEMAHAN 1. Keadaan cuaca yang kurang baik di tapak acara telah menyebabkan

sesetengah aktiviti yang telah dirancang tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

2.

Kekurangan peralatan juga merencatkan perlaksanaan aktiviti semasa sukan

ini di mana peralatan ini disediakan dalam kuantiti yang sedikit serta keadaan peralatan yang sudah uzur.

3.

Terdapat binatang berbisa seperti lipan, ular, kala jengking dan sebagainya di

sekitar kerana adanya hutan dan boleh membahayakan keselamatan para peserta.

4.

Tiadanya khidmat professional semasa melaksanakan acara menyebabkan

perlaksanaan sedikit kucar kacir. 5. Para peserta kurang mematuhi masa dan jadual aktiviti yang telah ditetapkan.

Ini menyebabkan sesetengah aktiviti dijalankan lebih lewat daripada yang sepatutnya.

PENAMBAHBAIKAN

1.

Memilih tarikh yang sesuai untuk menjalankan aktiviti sukan olahraga iaitu

mengelakkan daripada melaksanakan temasya sukan pada musim hujan.

2.

Memastikan penyediaan peralatan sukan yang mencukupi. AJK peralatan

yang telah dilantik hendaklah memainkan peranan dengan menyemak segala peralatan sukan yang hendak diguna pada hari temasya sukan dalam keadaan baik dan selamat digunakan dan memastikannya mencukupi untuk aktiviti yang akan dijalankan. 3. Memastikan adanya bekalan air minum dan penyediaan makanan yang

mencukupi pada hari temasya sukan untuk memastikan peserta-peserta selesa dan cergas dalam penyertaan sukan.
6

LAPORAN AKTIVITI OLAHRAGA PERINGKAT SEKOLAH

4.

AJK olahraga hendaklah lebih tegas dengan melaksanakan aktiviti tepat pada

masanya serta menghukum peserta yang tidak menepati masa. 5. Memastikan tapak untuk menjalankan aktiviti sukan dalam keadaan baik dan

selesa untuk memastikan peserta-peserta dapat menjalankan aktiviti dengan selesa dan selamat. 6. Memastikan AJK yang mencukupi dalam menjalankan aktiviti sukan supaya

program dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.

Penutup Secara keseluruhannya, acara olahraga ini berjalan lancar dan mencapai objektifnya. Namun, masih terdapat beberapa permasalahan dan kekurangan yang perlu diambil perhatian dan diambil tindakan segera supaya tidak lagi berlaku pada sesi olahraga tahunan yang akan datang. Segala permasalahan ini mungkin tidak dapat dilihat kesannya secara langsung, namun sedikit sebanyak ia menjejaskan kesempurnaan perlaksanaan aktiviti semasa. Adalah diharapkan acara sukan tahunan yang akan datang dapat dijalankan dengan lebih menarik dan lebih teratur.Kerjasama daripada para pegawai dan semua pihak yang terlibat begitu diperlukan untuk menjayakan hasrat murni Jabatan Pendidikan serta Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak dalam melahirkan insan yang cemerlang serta bersiasiah tinggi. RUMUSAN Rata-rata peserta memberikan komen yang positif setelah berakhirnya program acara temasya sukan ini. Nyatanya mereka telah menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi dalam menjayakan semua aktiviti sepanjang program ini berlangsung. Semoga program sebegini akan diteruskan pada masa akan datang, dalam usaha melahirkan murid SKS yang seimbang dari aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sahsiah.

LAPORAN AKTIVITI OLAHRAGA PERINGKAT SEKOLAH

Secara kesimpulannya, Acara Olahraga Sekolah Kebangsaan Semenggok Padawan Kuching,Negeri Sarawak 2013 telah berlangsung dengan jayanya dan mencapai matlamat seperti yang diharapkan. Diharapkan Aktiviti seperti ini dapat dijalankan lagi. Ini kerana aktiviti seumpama ini sangat membantu para peserta dalam pelbagai aspek seperti aspek kepimpinan,sikap, kendiri,kesabaran,mental ,fizikal dan sebagainya.

Sekian ,Terima Kasih

Laporan disediakan oleh, MOHAMAD FAIZUL BIN ZAINOL ABIDIN PELATIH J-QAF 2013

Disahkan oleh

----------------------------------------( PUAN ITHNAINI BINTI TAHIR ) GURU BESAR SK SEMENGGOK.

LAPORAN AKTIVITI OLAHRAGA PERINGKAT SEKOLAH

Anda mungkin juga menyukai