Anda di halaman 1dari 7

DASAR KOKURIKULUM DAN SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN

KUALA TAHAN
Fungsi Dan Peranan Kokurikulum Dan Sukan
Unit Kokurikulum Dan Unit Sukan, Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan sebagai
perancang, pelaksana, pemantau dan penilai sebarang perkara yang
berkaitan dengan kokurikulum dan sukan sekolah.
Peranan dan fungsi ;
Aktiviti yang dilaksanakan dalam gerak kerja kokurikulum diharap dapat membentuk pelajar
mempunyai sifat-sifat seperti berikut :
-

Kepercayaan Kepada Tuhan


Beradab dan bertatasusila
Bertanggungjawab
Jujur
Dapat mengawal diri dan emosi
Kasih sayang
Kreatif dan inovatif

- Bertimbang rasa dan bertolak ansur


- Bercita-cita
- Keyakinan diri dan cekal hati
- Berfikiran tajam, logic dan rasional
-Berdikari Tolong menolong-Taat
- Hormat-menghormati
-Berdaya saing

MISI PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN SUKAN


Melahirkan generasi yang berdisiplin, bersahsiah tinggi, bersifat daya
juang
yang tinggi dan berilmu berdasarkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Visi Kokurikulum Dan Sukan
Kearah Kecemerlangan Kokurikulum menjelang 2016.
Dasar Pengurusan Kokurikulum & Sukan
Dasar 1 : Tenaga Pengajar
Dasar 2 : Penyertaan Murid
Dasar 3 : Hari Rabu Hari Kokurikulum
Dasar 4 : Dasar Sukan
Dasar 5 : Penyertaan Aktiviti Peringkat Negeri, Kebangsaan Dan
Antarabangsa
Dasar 6 : Penilaian Kokurikulum Dan Sukan
Dasar 7 : Penghargaan

Dasar Kokurikulum SK Kuala Tahan

DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR


1.1.Guru
Penolong
Kanan
Kokurikulum
adalah
orang
yang
dipertanggungjawabkan sepenuhnya membantu Guru Besar memastikan
semua aktiviti kokurikulum dan sukan di peringkat sekolah dilaksanakan
serta mengurus penyertaan murid/pasukan sekolah ke peringkat zon,
daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
1.2.Guru-guru
yang
mengendalikan
kegiatan
atau
aktiviti
Kokurikulum & Sukan dikenali dengan gelaran
1.2.1. Guru Penasihat/Pemimpin (guru kelab/persatuan/permainan)
1.2.2. Guru Pegiring (jika mengiring murid menyertai aktiviti sekolah/negeri)
1.2.3. Jurulatih /guru pembimbing kokurikulum dan sukan sekolah,
1.2.4. Jurulatih Utama Kokurikulum/Sukan Negeri (JU)
1.2.5. Pengerusi Teknik Dan Pembangunan Kokurikulum Negeri (PTPK)
1.2.6. Pengerusi Teknik Dan Pembangunan Sukan Negeri (PTPS)
1.2.7Semua guru adalah terlibat dan menjadi guru penasihat
dalam :1.2.7.1. Kelab dan Persatuan .
1.2.7.2. Pasukan Badan Beruniform .
1.2.7.3. Sukan dan Permainan .
1.2.7.4. Kegiatan-kegiatan lain sebagaimana ditentukan oleh pentadbir.
1.3 Semua guru penasihat perlu melaksanakan perkara-perkara
berikut :1.3.1. Memastikah semua bidang kokurikulum dan sukan dilaksanakan.
1.3.2. Menggubal perlembagaan kelab dan persatuan yang ada di sekolah.
1.3.3. Memastikan kelab dan persatuan berdaftar dengan badan induk.
1.3.4. Mempunyai tauliah yang sah daripada badan induk.
1.3.5. Melantik Jawatankuasa setiap unit di bawah kawalan.
1.3.6. Mendaftar murid dengan badan induk.
1.3.7. Merekod kehadiran murid setiap perjumpaan/aktiviti.
1.3.8 Melaksanakan aktiviti harian,mingguan dan tahunan.
1.3.9. Menyimpan rekod penglibatan dan pencapaian murid.
1.3.10 Menyediakan statistik lengkap yang sentiasa kemaskini dari segi
jumlah dan
peratus penglibatan murid mengikut kelab dan persatuan.

Dasar Kokurikulum SK Kuala Tahan

1.3.11 Menyediakan Pelaporan Tahunan.

DASAR 2 : PENYERTAAN MURID


2.1 Semua murid sekolah rendah Tahap Dua ( Tahun 4, 5 dan 6 ) dan sekolah
diwajibkan menyertai kegiatan bagi ketiga-tiga bidang berikut :2.1.1.Kelab dan Persatuan
2.1.2.Pasukan Badan Beruniform
2.1.3.Sukan dan Permainan
2.2. Bilangan masa yang ditetapkan untuk sekolah rendah (mengikut SPI bil
2/2007)
2.2.1. Tahun 3 dan 4, 60 minit seminggu
2.2.2. Tahun 5 dan 6, 120 minit seminggu
2.4 .Semua murid Tahun 3, digalakkan menyertai ketiga- tiga bidang di atas
dengan
kebenaran ibubapa.
2.5. Semua murid ditetapkan untuk menyertai kegiatan yang ingin disertai
berdasarkan
pilihan-pilihan yang ditawarkan oleh sekolah
2.6. Semua murid diwajibkan hadir semasa kegiatan dijalankan:2.6.1. Pasukan Badan Beruniform
2.6.1.1 18 Kali perjumpaan atau lebih setahun
(Bahagian Kokurikulum & Kesenian, Kementerian pelajaran Malaysia)
2.6.1.2 12 Kali perjumpaan atau lebih setahun
(Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK),
Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia)
2.6.2. Kelab dan Persatuan - 12 kali perjumpaan atau lebih setahun
2.6.3. Sukan dan permainan 12 kali perjumpaan atau lebih setahun.

Dasar Kokurikulum SK Kuala Tahan

DASAR 3 : HARI RABU HARI KOKURIKULUM


3.1. Semua kegiatan /aktiviti kokurikulum dijalankan pada hari Rabu di luar
waktu pembelajaran dan pengajaran (PdP).
3.2. Semua murid wajib memakai pakaian pasukan badan beruniform
(PBB) lengkap mengikut unit masing-masing semasa sesi pembelajaran
dan pengajaran (PdP) (SPI bil 8/2007).
3.3. Sebelum atau selepas sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP), semua
murid diwajibkan memakai pakaian pasukan badan beruniform (PBB)
lengkap ATAU pakaian aktiviti mengikut unit yang telah dijadualkan pada
hari tersebut.
3.4. Sebelum atau selepas sesi persekolahan semua guru diminta memakai
pakaian pasukan badan beruniform (PBB) lengkap ATAU pakaian
aktiviti mengikut unit yang telah dijadualkan pada hari tersebut.
3.5. Perhimpunan Khas Kokurikulum mesti diadakan pada hari Isnin minggu
ketiga setiap bulan (mengikut jadual perhimpunan sekolah) atau hari Rabu
(sebagai pilihan jika perlu). Masa untuk pelaksanaan aktiviti ialah mulai jam
3:30 hingga 5:30 petang setiap hari Rabu.
3.6. Pihak sekolah boleh membatal/menangguhkan perjumpaan/aktiviti atas
arahan Pengarah, Pengetua dan Guru Besar sebab berikut :Cuaca buruk ( hujan lebat, ribut petir, banjir dan sebagainya).
Ada aktiviti utama yang berlangsung di sekolah.
Cuti khas yang diumumklan oleh kerajaan.
3.7. Notis/pengumuman mengenai hari perjumpaan/aktiviti hendaklah dibuat
sekurang-kurangnya 2 hari lebih awal. Ini memberikan tempoh masa
yang cukup kepada ibubapa/penjaga merancang pengangkutan dan makan
anak/jagaan masing-masing.

Dasar Kokurikulum SK Kuala Tahan

3.8. Sekiranya hari perjumpaan/aktiviti hendak dibatalkan/ditunda, maka


notis/pengumuman mengenai pembatalan mestilah dimaklumkan kepada
murid sekurang-kurangnya 1 hari sebelum hari perjumpaan/aktiviti.
Pihak sekolah tidak dibenarkan membuat pengumuman pada hari yang
sama di mana perjumpaan/aktiviti akan diadakan, kerana pemberitahuan
secara mengejut, akan menimbulkan masalah keselamatan, disiplin dan
pengurusan pengangkutan murid-murid.
Dasar 4 : DASAR SUKAN
Sukan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Sukan Untuk
Semua(SUS) dan Sukan Untuk Kecemerlangan (SUK)
4.1. Sukan Untuk Semua (SUS) 1M1S
4.1.1. Penglibatan murid Tahap Dua (tahun 4,5&6) di Sekolah Rendah adalah
wajib.
4.1.2. Murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan
juga wajib mengambil bahagian dalam aktiviti sukan.
4.1.3. Murid tahap 1 (Pra sekolah, tahun 1,2& 3) adalah digalakan untuk
menyertai aktiviti sukan & permainan.
4.1.4. Sebarang ativiti latihan sukan di peringkat sekolah mestilah
dijalankan pada waktu petang sebagai langkah Melindungi Masa
Instruksional (MMI)
4.1.5. Kejohanan Balapan & Padang peringkat sekolah mestilah
dilaksanakan selepas Bulan Jun. Bagi aktiviti lain boleh dilaksanakan
sepanjang tahun (cth merentas desa, sukantara dll)
4.1.6. Masa yang diperuntukkan adalah 90 minit seminggu, minimum 12 kali
setahun (SM), 60 minit seminggu, minimum 12 kali setahun (SR)

Dasar Kokurikulum SK Kuala Tahan

DASAR 5 : AKTIVITI
ANTARABANGSA.

PERINGKAT

NEGERI,

KEBANGSAAN

DAN

5.1. Penyertaan pasukan sekolah dalam mana-mana kegiatan di peringkat


negeri, kebangsaan dan antarabangsa, sama ada di bawah kelolaan
kementerian, jabatan dan agensi luar mestilah mendapat kelulusan
pengarah.
5.2. Permohonan untuk penyertaan mestilah sekurang-kurangnya
5.2.1 Dua minggu sebelum tarikh program untuk peringkat negeri,
5.2.2 Satu bulan untuk peringkat kebangsaan
5.2.3 Tiga bulan untuk peringkat antarabangsa.
5.3. Tujuan penyertaan mestilah atas dasar memberi peluang penyertaan,
penglibatan dan pendedahan di kalangan murid dan bukannya atas tujuan
sebagai memeriahkan atau meramaikan acara/program.
5.4. Setiap 10 orang murid atau kurang mesti diringi oleh seorang guru
pengiring/pembimbing (nisbah 10:1) dan sekiranya ada murid perempuan
mesti diringi oleh guru perempuan.
5.5. Murid mestilah mendapat kebenaran ibubapa/penjaga secara bertulis.
5.6. Guru pengiring/pembimbing mesti menjaga kebajikan dan keselamatan
murid termasuk perjalanan pergi dan balik ke tempat program.
5.7.Pihak penganjur bertanggungjawab menjaga kebajikan dan keselamatan
sepanjang tempoh program dijalankan.
5.8.Guru pengiring /pembimbing wajib bersama-sama murid sepanjang masa
semasa aktiviti .
5.9. Penyertaan dan penglibatan murid di peringkat negeri mestilah tidak
melibatkan waktu pembelajaran dan pengajaran (PdP). Sekiranya melibatkan
waktu tersebut, pihak pengelola/penganjur mestilah mendapatkan
kebenaran pengarah.
DASAR 6 : PENILAIAN PENCAPAIAN KOKURIKULUM DAN SUKAN
6.1. Penilaian pencapaian kokurikulum dan sukan murid wajib dibuat
sepanjang tempoh persekolahan. Penilaian di sekolah rendah merangkumi
tahun 4,5 dan 6 (Tempoh 3 tahun persekolahan) .

Dasar Kokurikulum SK Kuala Tahan

6.2. Penilaian kokurikulum dan sukan murid hendaklah dibuat berdasarkan


garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu
penilaian markah 10% ke IPTA (Bahagian Kokurikulum Dan Kesenian) dan
Sistem (Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK),
Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kem.Pelajaran Malaysia.
6.3. Sekolah hendaklah menyedia dan menyerahkan pelaporan bertulis
pencapaian kokurikulum dan sukan murid kepada ibubapa setiap akhir
tahun.
6.4. Sekolah hendaklah menyimpan rekod kokurikulum dan sukan murid
dengan baik dan teratur untuk tujuan rujukan, pemantauan dan penilaian.
Jika ada murid berpindah dari sekolah lain, pihak sekolah hendaklah
mendapatkan rekod kokurikulum dan sukan dari sekolah asal murid tersebut.
Pihak sekolah juga hendaklah membekalkan maklumat yang serupa jika ada
murid yang berpindah ke sekolah lain.
6.5.Sekolah mestilah membuat penilaian dan pengiraan bagi
6.5.1 Gred Point Average (GPA) dan Cumulative Gred Point Average CGPA
murid.
6.5.2 Gred Purata Pencapaian Persatuan/Kelab.
6.5.3 Gred Purata Pencapaian Kokurikulum Sekolah (GPS)
DASAR 7 : PENGHARGAAN
7.1 Memberikan pelbagai bentuk penghargaan kepada murid yang
mengharumkan nama sekolah dan Jabatan Pelajaran melalui pelbagai
kegiatan Kokurikulum & Sukan berbentuk :Barangan, trofi, medal atau Wang Tunai
Sijil Penghargaan
7.2. Setiap kejayaan murid diperingkat negeri, kebangsaan dan
antarabangsa mestilah diumumkan dalam majlis sekolah seperti semasa
perhimpunan mingguan atau perhimpunan Kokurikulum & Sukan (HRHK).
Hadiah-hadiah dan sijil hendaklah dipamerkan pada ruang /sudut khas (Hall
of Fame/galeri).
7.3 Mewujudkan Anugerah Khas kepada murid/pelajar yang cemerlang dalam
kokurikulum dan sukan seperti Anugerah Kokurikulum & Sukan Sekolah dan
Anugerah Gemilang Kokurikulum & Sukan Unit/Sektor/Jabatan.
7.4. Setiap penglibatan dan pencapaian mestilah direkodkan .
7.5. Penghargaan hendaklah diberikan kepada guru yang terlibat.

Dasar Kokurikulum SK Kuala Tahan

Anda mungkin juga menyukai