Anda di halaman 1dari 6

Panduan Tanggungjawab Jawatankuasa Ko-Kurikulum

Bidang Tugas Bidang Ko-Kurikulum


Tugas dan Tanggungjawab Penolong Kanan Ko-Kurikulum
1. Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar/PK
Pentadbiran/ PK HEM
2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar
3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam aspek pengurusan kokurikulum
4. Menyelia dan menilai aktiviti Kokurikulum sekolah
5. Membantu Guru Besar di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan
kokurikulum sekolah
6. Menyelaras proses penubuhan kelab dan persatuan,sukan dan permainan
serta unit pakaian seragam
7. Menyusun, menyelaras dan memantau takwim kegiatan kokurikulum
8. Menyediakan anggaran perbelanjaan pengurusan kokurikulum
9. Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam kokurikulum yang diambil
10. Membantu sekolah dalam segala jenis pengelolaan atau penganjuran dalam
program yang melibatkan kokurikulum
11. Menyelaras Hari-Hari Perayaan dan Upacara Sekolah
12. Menyelaras pengagihan murid mengikut aktiviti dalam kegiatan kokurikulum
untuk meningkatkan tahap pencapaian
13. Mengurus alatan dan kemudahan untuk kegiatan kokurikulum
14. Memastikan rekod dan data kokurikulum dilengkap dan dihantar satu salinan
ke Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri
15. Mengurus kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang
kokurikulum
16. Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum
dan menyusun serta merancang latihan untuk mereka
17. Menyelaras tuntutan Skim Takaful Malaysia Berhad bagi kes-kes kamalangan
yang layak dituntut
18. Merancang aktiviti kokurikulum untuk aktiviti selepas peperiksaan dan
semasa cuti sekolah (jika perlu)

TUGAS-TUGAS LAIN
19. Menganggotai Jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari masa ke
semasa
20. Melaksanakan arahan dan tugas yang diamanahkan oleh Guru Besar dari
masa ke semasa

Tugas dan Tanggungjawab Setiausaha Ko-Kurikulum


1. Mengatur rancangan / jadual sekolah yang sesuai dengan rancangan PPD,
JPN dan KPM sepanjang tahun.
2. Membahagikan murid mengikut kelab dan persatuan,sukan dan permainan
serta unit pakaian seragam
3. Membantu Guru Besar dan GPK Ko-kurikulum menetapkan guru penasihat
kelab/persatuan serta membahagikan tugas kelab/persatuan kepada guru.
4. Menyelaraskan kegiatan latihan dan pertandingan antara kelab/persatuan dan
sekolah supaya sesuai dengan hari, masa dan tempat. 
5. Menentukan tempat dan keperluan untuk acara-acara anjuran sekolah ,daerah
dan negeri.
6. Mengatur rancangan lengkap untuk Program utama kelab dan persatuan
seperti Hari Kokurikulum, Perkemahan Unit Beruniform dan sebagainya.
7. Membantu menyediakan anggaran perbelanjaan aktiviti kelab dan persatuan
untuk tahun berkenaan.
8. Membantu dan menyelaras penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan
koakademik dan badan beruniform yang dianjurkan oleh sekolah yang lain.
9. Mengawal dan menjaga alat kelab / persatuan/ badan beruniform dengan
keadaan yang baik.
10. Mengemaskini buku stok kelab/persatuan/badan beruniform.
11. Mengatur guru pengiring, pengangkutan dan kenaikan untuk pasukan
sekolah sekiranya perlu.
12. menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi kelab /
persatuan / badan beruniform sekolah.
13. Membantu GPK Kokurikulum memantau perjalanan aktiviti kokurikulum
sekolah.
14. Memastikan segala aktiviti kokurikulum direkod.
15. Memastikan maklumat penyertaan murid dalam aktiviti anjuran sekolah,
daerah, negeri direkod.
16. Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut
dibeli dan diperbaiki oleh sekolah mengikut keutamaan.
17. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.
18. Menjadi setiausaha bagi setiap mesyuarat berkaitan dengan kokurikulum .

Tugas dan Tanggungjawab Setiausaha Sukan.


1. Mengatur rancangan/ jadual sukan sekolah sesuai dengan rancangan/jadual
MSSD, MSSK, dan MSSM.
2. Membahagikan pelajar mengikut rumah sukan.
3. Menyelaraskan kegiatan latihan dan pertandingan antara rumah-rumah dan
sekolah-sekolah supaya sesuai dengan hari, masa, tempat, gelanggang dan
padang.
4. Mengatur rancangan lengkap untuk kejohanan sukan tahunan sekolah.
5. Menyediakan anggaran perbelanjaan sukan untuk tahun berkenaan.
6. Menyelaraskan pernyertaan sekolah dalam kegiatan yang dianjurkan oleh
badan-badan sukan yang lain.
7. Mengawal dan menjaga alat sukan dalam keadaan baik dan mengemaskinikan
buku stok.
8. Mengagihkan alat-alat sukan kepada guru-guru berkenaan.
9. Mencadangkan peralatan dan kemudahan yang patut dibeli atau diperbaiki oleh
pihak sekolah mengikut keutamaannya.
10. Mengatur pengangkutan untuk pasukan sukan sekolah sekiranya perlu.
11. Menyediakan laporan sukan tahunan.
12. Menilai semula rancangan sukan sekolah dan mencadangkan langkah-langkah
untuk meningkatkan prestasi sukan sekolah.
13. Merekodkan penglibatan/pencapaian pelajar dalam kegiatan sukan serta
mencadangkan olahragawan dan olahragawati sekolah.
14. Melaksanakan tugas-tugas seperti diarahkan oleh Pengetua atau wakilnya.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYELARAS KELAB / PERSATUAN / BADAN
BERUNIFORM
1. Mengatur rancangan / jadual sekolah yang sesuai dengan rancangan PPD sepanjang
tahun.
2. Membantu GPK Kokurikulum dan Setiausaha Kokurikulum membahagikan murid
mengikut KELAB dan PERSATUAN..
3. Membantu Setiausaha Kokurikulum menetapkan guru penasihat kelab/persatuan
serta membahagikan tugas kelab/persatuan kepada guru.
4. Megenal pasti murid yang berpontensi untuk mewakili sekolah.
5. Mengenal pasti murid yang layak mendapat bantuan uniform.
6. Membantu GPK Kokrikulum dan SU kokurikulum menyelaraskan kegiatan latihan dan
pertandingan antara kelab/persatuan dan sekolah supaya sesuai dengan hari, masa dan
tempat. 
7. Membantu SU Kokurikulum menyelaras tempat dan keperluan untuk acara-acara
anjuran sekolah ,daerah dan negeri.
8. Mengatur rancangan lengkap untuk Program utama dan pembangunan unit masing-
masing.
9. Membantu dan menyelaras penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan yang diserti
oleh unit masing-masing.
10. Mengawal selia dan menjaga alat kelab / persatuan/ badan beruniform dengan
keadaan yang baik.
11. Menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi kelab / persatuan /
badan beruniform sekolah.
12. Membantu GPK Kokurikulum memantau perjalanan aktiviti kokurikulum unit masing-
masing .
13. Membantu SU Kokurikulum memastikan segala aktiviti kokurikulum direkod.
14. Membantu SU Kokurikulum memastikan maklumat penyertaan murid dalam aktiviti
anjuran sekolah, daerah, negeri direkod.
15. Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut dibeli
dan diperbaiki oleh unit masing-masing mengikut keutamaan.
16. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.
Tugas dan Tanggungjawab Guru Penasihat Persatuan dan Kelab
1.Guru Penasihat setiap unit adalah bertanggungjawab akan semua
peraturan,latihan,ujian dan kemajuan unitnya.

2.Guru Penasihat bertanggungjawab menguruskan pemilihan anggota pasukan


daripada pelajar baru setiap tahun sebagai tambahan kepada pasukannya.Satu daftar
keahlian hendaklah di simpan sebagai rekod.

3.Menguruskan yuran pendaftaran bagi unit beruniform hendaklah di lakukan pada awal
tahun.

4.Guru Penasihat bertanggungjawab menguruskan latihan pasukannya pada hari yang


ditetapkan.Pengecualian daripada melaksanakan latihan pada hari yang ditetapkan tidak
boleh dilakukan tanpa kebenaran khas daripada Guru Besar.Latihan tambahan pada
hari lain boleh diadakan dengan mendapat kebenaran daripada Guru Besar.

5.Guru Penasihat bertanggungjawab menyimpan fail-fail dan lain-lain butiran dan


maklumat dan sebagainya berkaitan dengan pertubuhan berkenaan dan satu salinan
laporan aktiviti hendaklah dihantar ke pejabat untuk fail sekolah.
6.Menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi unit masing-masing.

7.Mengenal pasti murid yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai penasihat atau
wakil sekolah.

Tugas dan Tanggungjawab Guru Penasihat Sukan dan Permainan


1. Memajukan kemahiran pelajar dalam permainan di bawah jagaanya dengan cara
melatih mereka mengikut jadual yang telah di tetapkan atau masa-masa lain
dengan persetujuan Setiausaha Sukan dan mengatur seberapa banyak
permainan atau perlawanan persahabatan dengan pasukan lain atau sekolah-
sekolah berdekatan.
2. Menyerahkan perkara-perkara berikut kepada Setiausaha Kokurikulum melalui
Setiausaha Sukan.
i Peraturan/Perlembagaan
ii Senarai AJK
iii Rancangan/Kegiatan setahun
iv Anggaran perbelanjaan/penyata kewangan
3. Mengurus dan melatih Pasukan Sekolah mengikut kumpulan untuk pertandingan
MSSD dan MSSK.
4. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar dalam
permainan.
5. Menguruskan pengangkutan dengan bantuan Setiausaha Sukan untuk pasukan
sekolah ke pertandingan luar dan mengurus surat kebenaran ibubapa.
6. Mengiringi dan menjaga disiplin pelajar dalam satu-satu perlawanan.
7. Bertanggungjawab atas kehadiran pemain pada masa latihan dan perlawanan.
8. Kehadiran pelajar mesti ditandatangani didalam kad/buku rekod kehadiran
selepas tamat perjumpaan.
9. Bertanggungjawab serta mengagihkan alat-alat dan pakaian pemain dan
memungut balik disimpan tempat yang selamat.
10. Menyimpan rekod perlawanan yang disertai pada semua peringkat dengan
mencatat butir-butir, tarikh, pasukan lawan, tempat berlawan dan keputusan.
11. Menjaga kebajikan pemain-pemain seperti keselamatan, minuman, kecederaan
dan sebagainya.
12. Memastikan pasukan sekolah memiliki semangat kesukanan yang tinggi
disamping menjunjung undang-undang dan disipilin sekolah.

Tugas dan Tanggungjawab Guru Penasihat Badan Beruniform


1. Menentukan dan menetapkan objektif-objektif badan beruniform serta menentukan
bahawa objektif-objektif tersebut tercapai.
2. Memastikan Unit Beruniform mempunyai perlembagaan.
3. Membuat rancangan / takwim tahunan, satu aktiviti rutin dan satu aktiviti
pembangunan dan menyerahkan satu salinan takwim, aktiviti rutin dan
pembangunan tersebut kepada Penolong Kanan Kokurikulum.
4. Mengawal setiap perjumpaan / kegiatan dan menentukan perjumpaan / kegiatan itu
sihat dan tidak menyalahi undang-undang.
5. Menyelia latihan / perjumpaan pada hari yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan
mengambil berat terhadap kehadiran ahli.
6. Menyimpan laporan-laporan setiap mesyuarat/kegiatan/laporan tahunan, senarai
nama ahli, kedatangan ahli dalam Buku Pengurusan Kokurikulum dan menyerahkan
buku tersebut kepada Penolong Kanan Kokurikulum untuk disemak pada akhir
setiap bulan.
7. Menguruskan segala urusan surat menyurat melalui Pengetua jika melibatkan gerak
kerja luar sekolah seperti mengadakan rombongan / lawatan sambil belajar.
8. Mendapat kebenaran ibu bapa / penjaga untuk sesuatu aktiviti di luar sekolah.
9. Mengadakan Mesyuarat Agung setahun sekali pada tarikh yang diselaraskan oleh
sekolah dan menghantar satu salinan AJK baru kepada Penolong Kanan
Kokurikulum.
10. Menentukan papan-papan kenyataan persatuan digunakan sepenuhnya dan
dikemaskinikan.
11. Bekerjasama dengan badan-badan lain sama ada di luar atau di dalam sekolah
dengan menyertai kegiatan/pertandingan yang sihat.
12. Menghadiri mesyuarat / taklimat / kursus jika dikehendaki.
13. Menjadi jurulatih Unit Beruniform setakat mana yang boleh.
14. Menyelenggarakan rekod simpanan peralatan yang dikehendaki.
15. Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar dari
semasa ke semasa.

Tanggungjawab Guru Rumah Sukan


1. Membentuk jawatankuasa
2. Merancang dan meningkatkanpengetahuan, kemahiran dan minat murid dalam aktiviti
sukan dan permainaN
3. Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi
4. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim
5. Menganjurkan perlawanan antara rumah, asrama dan kelas jika perlu
6. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar
7. Mengurus surat kebenaran ibu bapa dan penjaga dan surat akuan rawatan ke
pertandingan luar
8. Melapor dan merekodkan keputusan  pertandingan yang disertai
9. Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan ahli
10. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat
dan mencukupi
11. Merancang aktiviti tahunan dengan ahli atau murid dibawah seliaannya
12. Tugas –tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa
Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Persatuan dan Kelab,Sukan dan
Permainan,Badan Beruniform
1. Pengerusi

1.1 Mempengerusikan mesyuarat yang diadakan.


1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala tindakan yang
diputuskan diambil tindakan sewajarnya.
1.3 Membincangkan semua program dan aktiviti mingguan, semester
dan tahunan bersama-sama ahli jawatankuasa dan guru penasihat.
1.4 Memastikan semua kegiatan yang dirancang dapat dijalankan dengan
baik.
1.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa
2. Naib Pengerusi

2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab


yang diberi.
2.2 Mempengerusikan mesyuarat jika pengerusi tidak dapat hadir.
2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.

3. Setiausaha

3.1 Mencatat minit mesyuarat dan mengedarkannya kepada ahli.


3.2 Menyediakan laporan semester dan laporan tahunan untuk diselia oleh
Guru Penasihat.
3.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.
4. Penolong Setiausaha

4.1 Membantu Setiausaha menjalankan segala tugas dan


tanggungjawabnya.
4.2 Berkerjasama dengan setiausaha.
4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.
5. Bendahari

5.1 Mengutip wang derma daripada ahli.


5.2 Mencatat wang masuk dan keluar dalam laporan kewangan.
5.3 Menyerahkan segala kutipan untuk disemak dan disimpan oleh Guru
Penasihat.
5.4 Mengeluarkan resit bagi penerimaan dan pembayaran yang dibuat.
5.5 Memastikan akaun sentiasa dikemaskini.

6. Ahli Jawatankuasa

6.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat.

Anda mungkin juga menyukai