Anda di halaman 1dari 2

GARIS PANDUAN TUGAS SETIAUSAHA SUKAN

1. Mengatur rancangan/ jadual sukan sekolah sesuai dengan rancangan/jadual MSSD, MSSK, dan MSSM.
2. Membahagikan pelajar mengikut rumah sukan.
3. Menyelaraskan kegiatan latihan dan pertandingan antara rumah-rumah dan sekolah-sekolah supaya sesuai
dengan hari, masa, tempat, gelanggang dan padang.
4. Mengatur rancangan lengkap untuk kejohanan sukan tahunan sekolah.
5. Menyediakan anggaran perbelanjaan sukan untuk tahun berkenaan.
6. Menyelaraskan pernyertaan sekolah dalam kegiatan yang dianjurkan oleh badan-badan sukan yang lain.
7. Mengawal dan menjaga alat sukan dalam keadaan baik dan mengemaskinikan buku stok.
8. Mengagihkan alat-alat sukan kepada guru-guru berkenaan.
9. Mencadangkan peralatan dan kemudahan yang patut dibeli atau diperbaiki oleh pihak sekolah mengikut
keutamaannya.
10. Mengatur pengangkutan untuk pasukan sukan sekolah sekiranya perlu.
11. Menyediakan laporan sukan tahunan.
12. Menilai semula rancangan sukan sekolah dan mencadangkan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi
sukan sekolah.
13. Merekodkan penglibatan/pencapaian pelajar dalam kegiatan sukan serta mencadangkan olahragawan dan
olahragawati sekolah.
14. Melaksanakan tugas-tugas seperti diarahkan oleh Pengetua atau wakilnya.


SETIAUSAHA SUKAN
Penting
Setiausaha sukan adalah satu tugas yang amat penting dalam menjayakan kegiatan sukan di mana-
mana sekolah jua. Pada amnya, setiausaha sukan bertanggungjawab dalam melaksanakan segala
program sukan bertanggungjawab dalam melaksanakan segala program sukan sekolah, membimbing
latihan , menyelaras olahraga, permainan, sukan antara kelas, rumah, sekolah dan sebagainya. Ia
bertindak sebagai penasihat dan bertanggungjawab dalam pengelolaan, pengurusan, perancangan,
kewangan, penglibatan pelajar, membuat penilaian di samping menjadi sebagai untuk
memperkembangkan minat mereka dalam bidang sukan dan permainan. Tugas-tugas setiausaha sukan
yang lain adalah seperti berikut:
1. Menyelaras semua permainan antara sekolah dengan Majlis Sukan Sekolah Menengah Malaysia
(MSSSM).
2. Menyelaraskan semua sukan dan sukan antara pasukan yang ada di peringkat sekolah.
3. Menyelaras semua kegiatan sukan dan permainan antara rumah-rumah di peringkat sekolah.
4. Berhubung dengan pengerusi majlis sukan untuk mangadakan mesyuarat dengan guru-guru
sukan dan permainan, rumah dan jawantankuasa palajar.
5. Menyediakan anggaran perbelanjaan sukan dan permainan tahunan dan membuat pesanan
terhadap peralatan yang diperlukan oleh sekolah.
6. Menyediakan jadual latihan untuk semua guru bertugas dan menetapkan hari, masa dan tempat
latihan.
7. Menyelaraskan semua acara sukan dan permainan sebelum dan sehingga hari sukan dan
permainan.
8. Mengurus dan menyediakan gelanggang, padang dan tempat-tempat pertandingan dan
memastikan semnuanya berada dalam keadaan baik dan mengikut peraturan sebelum hari
perlawanan.
9. Menyemak dan menyelaraskan urusan permohonan wang pendahuluan untuk membeli pakaian
pemai-pemain pasukan sekolah dan peralatan persendirian para peserta sukan dan permainan.
10. Mandapat pengadil bagi pertandingan peringkat majlis sukan sekolah-sekolah dengan kerjasama
guru majlis sukan.
11. Mambahagikan para pelajar mengikut pasukan rumah masing-masing di sekolahnya.
12. Menyimpan senarai daftar pelajar dengan lengkap dan kemas kini melalui guru-guru rumah.
13. Membantu dan mambahagikan tugas sukan dan permainan di kalangan guru-guru sekolah.
14. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan dan memesan segala peralatan sukan dan
permainan sekolah.
15. Menyimpan stok alatan sukan dan permainan yang diperlukan oleh sekolah dan memastikan
stok itu berada dalam keadaan yang baik dan memuaskan.
16. Mengawas dengan rapi penggunaan dan keselamatan alatan sukan dan permainan sekolah
seluruhnya.
17. Menguruskan pengangkutan para pemain sekolah yang akan mengambil bahagian dalam sukan
dan permainan di luar sekolah.
18. Menguruskan surat-surat kebenaran ibu bapa atau penjaga bagi pelajar-pelajar yang akan
mengambil bahagian mewakili sekolah.
19. Menjaga dan menentukan kesihatan kesihatan pelajar yang mewakili sukan dan permainan
sekolah sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
20. Menyediakan laporan lengkap sukan dan permainan bagi pelajar untuk tujuan menyediakan
surat akaun dan sijil berhenti sekolah.
21. Menyusun program yang teratur untuk perancangan sukan dan permainan sekolah sekolah
sepanjang tahun.
22. Menentukan pelaksanaan prancangan sukan dan permainan yang telah disusun itu dilakukan
sepenuhnya.
23. Mengambil langkah-langkah tegas untuk meninggikan mutu dan prestasi sukan dan permainan
sekolah.


GARIS PANDUAN TUGAS KETUA RUMAH SUKAN
1. Menguruskan latihan pelajar mengikut jadual yang ditetapkan oleh S/U Sukan.
2. Mengagih tugas kepada guru penolong rumah.
3. Menyediakan dan mempastikan adanya buku kedatangan ahli-ahli rumah.
4. Membentuk pasukan rumah mengikut kumpulan
5. Merangkakan kegiatan-kegiatan rumah.
6. Menubuhkan Jawatankuasa pengurusan rumah.
7. Memastikan peralatan sukan mencukupi untuk kegunaan rumah serta bertanggungjawab menjaga peralatan
tersebut.
8. Mencadangkan peralatan-peralatan yang patut dibeli kepada setiausaha sukan
9. Menyerahkan laporan kegiatan pertandingan antara rumah-rumah kepada Setiausaha Sukan Sekolah.
10. Mencadangkan ahli-ahli rumah yang berpotensi untuk diserapkan kepada pasukan sekolah.
11. Mengagihkan pelajar-pelajar kepada jenis permainan yang disediakan.
12. Menyimpan rekod penyertaan pelajar dalam aktiviti rumah untuk diserahkan kepada setiausaha sukan.
13. Memilih dan menentukan ahli-ahli pasukan rumah untuk menyertai kegiatan pada peringkat sekolah.
14. Menjamin keselamatan ahli-ahli rumah dan sentiasa menjaga nama baik sekolah
15. Melaksanakan tugas-tugas seperti diarahkan Pengetua atau wakilnya.

Anda mungkin juga menyukai